Sabtu, 11 Mei 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dunia ketawakan keputusan pilihanraya Malaysia

Posted: 11 May 2013 09:04 AM PDT


Demokrasi di Malaysia adalah lawak jenaka.Pilihanraya ke-13 yang baru lalu  adalah memalukan.

Bila rakyat komplen pasal dakwat yang mudah hilang bila dibasuh dgn air sabun biasa, SPR kata sebab botol dakwat tidak di goncang...

Bila komplen pasal pengundi Bangla dan Myanmar, SPR asyik ada jawapan untuk menafikan....SPR kata mana ada tipu.Najib kata mana tipu...cer tengok gambar bawah -


Nak tengok gambar lain, sila korang  klik di sini

Malaysia bukan sebuah negara yang benar-benar mengamalkan demokrasi tetapi adalah korupsi dan autokrasi.


Warga Malaysia di Singapura adakan protes aman

Posted: 10 May 2013 09:24 PM PDT

Berita dari Straits Time Singapura ~


Sekumpulan warga Malaysia telah berhimpun berhampiran Merlion Park di Marina Bay, mercu tanda negara itu malam tadi.

Kebanyakan mereka adalah anak-anak muda, berpakaian hitam memegang sepanduk dan melaungkan perkataan 'Ubah' beberapa kali beramai-ramai.


Mereka mula berkumpul pada jam 9.00 malam turut  menyanyikan lagu Negara Ku. 

Mereka juga melaungkan kata-kata  "kembalikan demokrasi kepada saya" dalam bahasa Mandarin.

Tiada ulasan: