Sabtu, 11 Mei 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


DAP akan ambil alih jika pusat MCA, Gerakan ditutup

Posted: 11 May 2013 03:54 AM PDT



 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyeru ahli parti dan wakil rakyatnya supaya mengambil alih perkhidmatan yang disediakan sebelum ini oleh pusat perkhidmatan BN yang ditutup.

"Jika mereka fikir mereka boleh menakut-nakutkan rakyat dengan menutup pusat perkhidmatan mereka, inilah masanya bagi DAP  mengambil alih dari MCA dan Gerakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat, tanpa mengira bangsa, agama, atau latar belakang politik.

"Jika mereka mahu tutup, biarkan mereka tutup. Marilah kita ganti parti BN untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Jika mereka mengatakan mereka tidak mahu berkhidmat, jangan berkhidmat lah. Kami akan berkhidmat," katanya dalam ucapan perasmian beliau di perhimpunan wakil rakyat DAP hari ini.

Beliau juga mengulangi kritikan terhadap MCA dan Gerakan - di mana beberapa pemimpin bahagian telah mengancam untuk menutup pusat perkhidmatan mereka selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 - sebagai kebudak-budakan..

Lebih baik BN yang sertai Pakatan, kata Karpal

Posted: 11 May 2013 03:52 AM PDT

 


 
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kemungkinan parti itu menyertai BN "tidak timbul sama sekali" tetapi secara bergurau berkata mungkin sebaliknya BN mahu menimbang untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya akan menjadi orang pertama yang keluar jika DAP memutuskan untuk berbuat demikian dan saya pasti 100 peratus daripada anda semua bersama saya," katanya ketika berucap di majlis pertemuan wakil rakyat DAP pagi ini.

Bagaimanapun, beliau berkata parti itu "perlu menimbang dengan berhati-hati" untuk bekerjasama dengan BN dalam isu-isu kepentingan negara bagi mengelakkan polarisasi politik negara.

"Sudah tentu, yang terbaik adalah untuk BN menyertai Pakatan Rakyat," katanya berjenaka.

Rais: MCA, Gerakan cetus suasana sebahagian dari kekalahan BN

Posted: 11 May 2013 03:50 AM PDT



 
MCA sepatutnya tidak mengambil keputusan yang mencerminkan sahsiah yang rendah dalam erti kata belum apa-apa lagi sudah menyatakan mereka tidak akan menyertai Kabinet, kata pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim.
  
Beliau berkata itu bukan satu pendirian yang baik, oleh kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentuk kerajaan Persekutuan yang baru, begitu juga kerajaan-kerajaan negeri.
  
"Seharusnya muafakat dilaksanakan tetapi mereka awal-awal lagi telah tolak. Ini satu fiil yang sangat-sangat dicurigai. Secara terus terang kita perlu menyatakan bahawa MCA dan Gerakan sebenarnya telah mencetuskan suasana sebahagian daripada kekalahan BN.

"Percakaran dalaman dan tiadanya persefahaman ataupun pendirian kolektif sehingga beberapa kawasan telah hilang (kalah) ke tangan musuh politik BN," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran sempena kemenangan BN Jelebu dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas di Dewan Majlis Daerah Jelebu, malam tadi.
  
MCA mengumumkan pendirian parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi teruk pada PRU13 apabila hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi, dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
  
Gerakan pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Simpang Renggam, daripada 11 kerusi yang ditandinginya, dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis di Johor dan Tanjong Papat serta Elopura di Sabah, daripada 31 kerusi yang ditandinginya.
  
Rais yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan, berkata "Jadi dalam konteks itulah, kita berpendapat MCA tidak seharusnya membuat pendirian seperti itu melainkan berunding dahulu dengan Perdana Menteri dan mencari jalan keluar, bagaimana struktur dan tindakan lanjutan boleh dilaksanakan oleh mereka".
  
Beliau berharap Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan menimbangkan untuk menyertai Kabinet kerana keengganan berbuat demikian akan membawa kepada keadaan negara mungkin mempunyai masa depan yang tidak harmoni dan "tempang" dalam struktur kemasyarakatan pelbagai kaum.
  
"Sama ada menerusi MCA atau menerusi jurusan lain, masyarakat Cina harus diberi perwakilan dalam Kabinet. Begitu juga bagi masyarakat India dan masyarakat minoriti ataupun wilayah menerusi Sarawak dan Sabah. Ini sudah tertera dalam amalan BN dan kita tidak boleh pada masa ini meninggalkan tanggungjawab ini.
  
"Saya yakin pimpinan MCA ada ruang dalam pemikiran mereka untuk memperbaiki keadaan ini kerana jika tidak mereka akan dituduh sebagai pihak yang subjektif dan tidak memikirkan negara bangsa Malaysia ini," katanya.

Mengenai keputusan PRU13 yang menyaksikan DAP memenangi 38 kawasan Parlimen, Rais berkata tumpuan segera perlu diberikan terhadap aspek perumahan, pendidikan  dan pekerjaan yang memerlukan pembabitan semua kaum secara seimbang bagi penyatuan masyarakat majmuk.
  
"Saya yakin Perdana Menteri akan berupaya mewujudkan satu bentuk dan struktur masyarakat yang baharu di mana kejutan yang berlaku pada PRU13 menjadi pelajaran dan batu sempadan bagi kita," katanya.  
- Bernama

Keputusan MCA tidak sertai Kabinet bukan pendirian baik

Posted: 11 May 2013 03:39 AM PDT

SINAR HARIAN
Rais Yatim
Datuk Seri Dr Rais Yatim
 
JELEBU - MCA sepatutnya tidak mengambil keputusan yang mencerminkan sahsiah yang rendah dalam erti kata belum apa-apa lagi sudah menyatakan mereka tidak akan menyertai Kabinet, kata pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim.
  
Beliau berkata itu bukan satu pendirian yang baik, oleh kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu, begitu juga kerajaan-kerajaan negeri.
  
"Seharusnya muafakat dilaksanakan tetapi mereka awal-awal lagi telah tolak. Ini satu fiil yang sangat-sangat dicurigai. Secara terus terang kita perlu menyatakan bahawa MCA dan Gerakan sebenarnya telah mencetuskan suasana sebahagian daripada kekalahan Barisan Nasional (BN).
  
"Percakaran dalaman dan tiadanya persefahaman ataupun pendirian kolektif sehingga beberapa kawasan telah hilang (kalah) ke tangan musuh politik BN," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran sempena kemenangan BN Jelebu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas di Dewan Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang di sini, malam tadi.
  
MCA mengumumkan pendirian parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi teruk pada PRU13 apabila hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi, dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Gerakan pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Simpang Renggam, daripada 11 kerusi yang ditandinginya, dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis di Johor dan Tanjong Papat serta Elopura di Sabah, daripada 31 kerusi yang ditandinginya.
  
Rais yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan, berkata "Jadi dalam konteks itulah, kita berpendapat MCA tidak seharusnya membuat pendirian seperti itu melainkan berunding dahulu dengan Perdana Menteri dan mencari jalan keluar, bagaimana struktur dan tindakan lanjutan boleh dilaksanakan oleh mereka".
  
Beliau berharap Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan menimbangkan untuk menyertai Kabinet kerana keengganan berbuat demikian akan membawa kepada keadaan negara mungkin mempunyai masa depan yang tidak harmoni dan "tempang" dalam struktur kemasyarakatan pelbagai kaum.
  
"Sama ada menerusi MCA atau menerusi jurusan lain, masyarakat Cina harus diberi perwakilan dalam Kabinet. Begitu juga bagi masyarakat India dan masyarakat minoriti ataupun wilayah menerusi Sarawak dan Sabah. Ini sudah tertera dalam amalan BN dan kita tidak boleh pada masa ini meninggalkan tanggungjawab ini.
  
"Saya yakin pimpinan MCA ada ruang dalam pemikiran mereka untuk memperbaiki keadaan ini kerana jika tidak mereka akan dituduh sebagai pihak yang subjektif dan tidak memikirkan negara bangsa Malaysia ini," katanya.

Mengenai keputusan PRU13 yang menyaksikan DAP memenangi 38 kawasan Parlimen, Rais berkata tumpuan segera perlu diberikan terhadap aspek perumahan, pendidikan dan pekerjaan yang memerlukan pembabitan semua kaum secara seimbang bagi penyatuan masyarakat majmuk.
  
"Saya yakin Perdana Menteri akan berupaya mewujudkan satu bentuk dan struktur masyarakat yang baharu di mana kejutan yang berlaku pada PRU13 menjadi pelajaran dan batu sempadan bagi kita," katanya. - Bernama

Flash mob tolak perkauman 13 Mei di seluruh negara

Posted: 11 May 2013 03:37 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia' akan mengadakan 'Flash Mob Menolak Perkauman' pada 13 Mei 2013 jam 1 petang serentak di seluruh Malaysia.

flash mob Pengarah Flash Mob Tolak Perkauman cabang Kuala Lumpur, Haizal Yatiran menyifatkan Flash Mob berkenaan penting bagi menolak provokasi perkauman yang sengaja dimainkan oleh Umno Barisan Nasional melalui media utama mereka.

"Umno Barisan Nasional seolah sengaja mengapi-apikan rakyat supaya membenci kaum lain. Flash Mob ini kami cetuskan sebagai 'jawapan balas' kepada mereka

"Anak muda menolak segala bentuk provokasi jahat ini. Flash mob ini tanda penyatuan kita sebagai bangsa Malaysia

"Kami alu-alukan semua kaum datang ke Flash Mob Tolak Perkauman terutama yang berada di sekitar Kuala Lumpur," katanya

Beberapa lokasi utama telah mengesahkan penyertaan mereka seperti Kuala Lumpur (Dataran Merdeka), Selangor (Petaling Jaya, Shah Alam), Pulau Pinang (Kepala Batas, Bertam), Pahang (Bandar Kuantan), Kelantan (Kota Bharu).

Anak muda yang berminat menganjurkan Flash Mob ditempat anda boleh meminta khidmat nasihat Haizal (017-5996955) atau rujuk laman Facebook Flash Mob Menolak Perkauman.

SAMM anjur ‘Rapat Umum Perdana Selamatkan Demokrasi’ 13 Mei di KLSCAH

Posted: 11 May 2013 03:34 AM PDT

Ruqayya Rahman

SAMM

KUALA LUMPUR  : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru orang ramai untuk hadir ke 'Rapat Umum Perdana Selamatkan Demokrasi' bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 13 Mei ini.

Program yang bermula jam 8 Malam dianjurkan dengan kerjasama fron Mahasiswa SAMM merupakan langkah pertama anak muda meraikan 13 Mei sebagai Hari Bangsa Malaysia.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, rapat umum perdana itu diadakan bertepatan dengan situasi dan mood rakyat yang bangkit sekaligus melenyapkan cubaan jahat menjadikan negara tidak harmoni.

"13 Mei diiktiraf sebagai hari penyatuan rakyat Malaysia bakal merungkai sentimen perkauman yang telah dimainkan oleh pihak rasis untuk menutup penafian demokrasi rakyat Malaysia dalam tragedi Black505.

"Menakut-nakutkan, memeras ugut dan amalan 'pecah-perintah' legasi penjajah diteruskan kerajaan Umno-BN. Selagi rakyat berjaya dipecah-belahkan, selagi itu cengkaman penjajah era baru tidak berganjak,

"Namun hari ini suasana jauh berbeza. Rakyat sudah berani dan bersatu melawan penafian demokrasi," kata Edy sambil menggalakkan hadirin memakai pakaian hitam bagi meneruskan momentum himpunan Black505.

Antara barisan pemidato ialah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, dua Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah, Profesor  Aziz Bari dan Datuk Thamrin Ghaffar.

Turut hadir penulis Hishamuddin Rais, ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah, penyelaras Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim dan wakil Mahasiswa seperti Safwan Anang, Adam Adli, KS Bawani dan KC Heng.

Penipuan BN buatkan PR gagal bentuk kerajaan Persekutuan

Posted: 11 May 2013 03:32 AM PDT

 Oleh Noor Jaafar



RAKYAT Malaysia sebenarnya sudah melakukan perubahan sebab itu undi popular banyak diperolehi Pakatan Rakyat (PR) berbanding Barisan Nasional (BN) cuma penipuan yang dilakukan membuatkan PR gagal membentuk kerajaan Persekutuan.

Sebab itu juga lebih 100,000 rakyat menyertai Perhimpunan Penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, malam tadi yang turut dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah ketika berucap pada perhimpunan itu berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi DAP dan parti lain dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR sehingga mencatat peningkatan dan pertambahan kerusi yang membanggakan.

PRU-13 yang diadakan 5 Mei lalu juga mencatat sejarah kerana undi popular rakyat Malaysia banyak diperoleh PR berbanding Barisan Nasional (BN) termasuk undi popular untuk kerusi Parlimen di seluruh negara dan undi popular untuk semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini bermakna rakyat sudah memilih PR untuk memerintah negara kerana mereka mahukan perubahan iaitu sebuah kerajaan yang bersih, telus, adil, urus tadbir yang baik, tidak rasuah, tidak lakukan penyelewengan, tidak memperkayakan kroni dan merakyatkan ekonomi negara.

Bagaimanapun yang jelas penipuan yang dilakukan BN yang bersekongkol dengan beberapa agensi, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuatkan PR gagal menubuhkan kerajaan sebaliknya BN mengalami kemerosotan teruk.

Jika bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh ditekan ahli UMNO untuk mendesak beliau meletakkan jawatan kerana kekalahan teruk pada PRU-12 2008, tidak ada sebab bagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak tidak menerima tekanan yang sama untuk memaksanya meletakkan jawatan kerana BN mengalami kekalahan yang lebih teruk berbanding ketika Pak Lah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak boleh lagi berdiam diri kerana beliau sebelum ini sudah memberikan bayangan nasib yang sama akan menimpa Najib jika gagal mencatat kemenangan cemerlang dua pertiga majoriti di Parlimen.

Sehubungan itu, DAP dan PR terhutang budi kepada semua rakyat Malaysia, termasuk yang tidak menyokong kerana pembabitan mereka dalam kempen dan komitmen untuk masa depan Malaysia. Semua rakyat Malaysia bersatu dengan satu tujuan untuk menjadikan negara ini dan rakyatnya kuat.

Menurut Lim Kit Siang, yang pentingnya keperluan untuk menjelaskan semua penyelewengan ketika pilihan raya yang bukan sahaja paling kotor dalam sejarah negara, tetapi prosesnya paling dicemari sebab itu menyokong tribunal Bersih ditubuhkan sebagai satu langkah penting untuk keadilan dan ketelusan.

"Kami juga menyokong petisyen pilihan raya untuk mencabar penipuan dan kecacatan pertandingan di mana kita mempunyai laporan yang boleh dipercayai mengenai penipuan pilihan raya dan manipulasi.

"Kami bangga dengan sokongan orang ramai untuk keadilan dan kesaksamaan pada pilihan raya umum, kerana akhirnya mereka yang akan digagalkan. Kami bangga dan terharu dengan tanggungjawab yang dihadapi mewakili majoriti rakyat Malaysia," katanya.

Dalam penilaian awal, PR boleh menunjukkan kepada beberapa kerusi di mana penyelewengan serius berlaku iaitu Labis, Tapah, Segamat dan Bentong. PR percaya penyelewengan di seluruh negara memberi kesan minimum sehingga 30 kerusi yang memberikan peluang PR menang membabitkan sekurang-kurangnya dua kerajaan negeri – Perak dan Terengganu.

"DAP dengan kerjasama rakan dalam PR akan berusaha mengumpul dan mengemukakan bukti. Jika Malaysia mempunyai pilihan raya yang bebas dan adil, PR akan berada di Putrajaya dan negeri lain di seluruh negara. Rakyat Malaysia tahu ini, dan BN tahu.

"Kemenangan BN diperolehi melalui wang dan manipulasi bukan kemenangan kerana sokongan semua rakyat. Ia bukan satu kemenangan sebenar.

"Saya amat yakin keputusan menunjukkan majoriti rakyat Malaysia mahukan tadbir urus yang lebih baik dan sistem yang tidak rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Majoriti PR mendapat sokongan pengundi," katanya.

Rakyat juga harus berbangga, walaupun ramai yang kecewa dan marah, sila ambil masa untuk menikmati masyarakat yang dikongsi bersama yang dibina dalam pilihan raya ini dan penegasan daripada cita-cita untuk Malaysia yang lebih baik.

Tanpa sokongan semua rakyat adalah mustahil bagi PR untuk memenangi majoriti yang lebih tinggi di Selangor dan Pulau Pinang, Begitu juga saya di Gelang Patah. Sebab itu kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong PR terutamanya kepada orang Melayu yang mengundi untuk perubahan, untuk perdamaian kebangsaan dan negara yang lebih kuat.

Kami memberi jaminan bahawa anda dan semua rakyat Malaysia menerima komitmen jujur ​​dan gigih untuk rakyat dan reformasi.

Kami menyeru semua pemimpin dalam UMNO untuk bertindak secara bertanggungjawab. Ini perangkap bangsa adalah satu lagi bentuk politik lama dan kami sangat mengutuk taktik itu. Ia adalah kisah lama apabila UMNO berjuang untuk dirinya sendiri, dan apabila kerajaan mahu mengalih perhatian ramai berbanding perkara sebenar, mereka mempolitikkan bangsa. Ia adalah salah dan perlu dihentikan segera.

Pilihan raya ini berhadapan masalah serius, SPR dan agensi kerajaan lain gagal menjalankan tanggungjawab secara profesional. Kita lihat dalam kempen ini secara terbuka antaranya syarikat kroni dan kerajaan melakukan pembelian undi secara berleluasa.

Sekarang terserah kepada rakyat untuk membantu, menyalurkan maklumat dan mendedahkan penyelewengan dan rasuah dan mendedahkan langkah terdesak untuk memegang kuasa. Kami perlukan sokongan anda berterusan untuk menjadikan kekecewaan ke dalam usaha membina masyarakat dan meningkatkan tadbir urus.

Ini adalah satu pilihan raya rakyat – pilihan raya menafikan kehendak rakyat, tetapi pada masa sama mengingatkan kita keperluan masyarakat untuk terus mengutamakan rakyat. Tetapi perjuangan untuk keadilan, demokrasi dan Malaysia yang lebih baik adalah hak kita semua untuk berusaha dengan keyakinan dan komitmen. – Roketkini.com

Tsu Koon lepas jawatan 16 Mei, Soi Lek sebelum akhir tahun

Posted: 11 May 2013 03:30 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
 
SHAH ALAM - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada 16 Mei ini - perkembangan diumumkan hari ini, seminggu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow juga akan melepaskan jawatannya pada 16 Mei ini.

Perkara itu diumumkan oleh Tsu Koon di ibu negara selepas mesyuarat pusat parti tersebut pagi tadi.

Timbalan Tsu Koon, Chang Ko Youn akan mengambil alih sebagai jawatan sebagai pemangku presiden sehingga akhir bulan Jun.

Pemilihan parti akan bermula akhir bulan depan.

Dalam perkembangan lain, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau akan berundur selepas pemilihan parti yang diadakan antara Jun dan Disember ini.

"Saya akan pergi pada masa yang sesuai apabila semuanya sudah selesai," kata beliau selepas mesyuarat Mesyuarat Majlis Presiden MCA di ibu negara hari ini.

Pemilihan pusat MCA akan diadakan paling awal bulan depan dan tidak lewat daripada Disember ini.
Kedua-dua Tsu Koon dan Soi Lek tidak bertanding pada PRU13 yang diadakan Ahad lalu.

Sementara itu. Tsu Koon berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau rasa bertanggungjawab atas kekalahan teruk parti berkenaan pada PRU13.

"Saya telah memaklumkannya (peletakan jawatan) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan memberi laluan kepada parti untuk memulakan proses pembaharuan melalui pemilihan jawatankuasa baru pada masa akan datang.

"Walaupun telah meletakkan jawatan, saya tetap akan memberi khidmat saya sekiranya perlu dan akan terus bersama-sama dengan parti bagi meneruskan

Berkenaan dengan penyertaan wakil parti itu dalam kerajaan pusat, Tsu Koon berkata pihaknya tetap dengan pendirian mereka untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam Kabinet.  

Bagaimanapun, pemimpin Gerakan masih boleh memegang jawatan di peringkat negeri, katanya.

Ditanya mengenai dakwaan DAP yang menyifatkan keputusan MCA dan Gerakan tidak menyertai Kabinet sebagai tidak matang, Tsu Koon berkata: "Kami hanya menang satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dun sahaja, tidak mungkin bagi kami untuk menerima sebarang jawatan dalam Kabinet kerana anggota yang mewakili kami terlalu sedikit."

Gerakan menang kerusi Parlimen Simpang Renggam (Johor) serta Dun Sidam (Kedah), Pemanis (Johor) dan Tanjong Papat di Sabah.

Gerakan bertanding 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dun pada PRU13.

Pada PRU 2008, parti itu menang dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dun.

Cucu kurang siuman pukul nenek hingga mati

Posted: 11 May 2013 03:24 AM PDT

SINAR HARIAN
TUMPAT - Seorang nenek mati dipercayai akibat dipukul cucunya yang dikatakan kurang siuman ketika mengamuk di rumah mereka di Kampung Pasir, Pekan Hilir, Wakaf Baharu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharudin Rasip berkata Che Minah Hassan, 84, meninggal dunia di rumah itu akibat cedera parah di muka setelah ditumbuk cucunya berumur 35 tahun itu dalam kejadian 7 pagi.

Zaharudin berkata dalam kejadian itu, suspek turut dipercayai menumbuk ibunya, Rahimah Che Will, 60, di muka dan keadaannya (Rahimah) dilaporkan stabil di Hospital Tumpat.

Suspek ditahan di rumah tersebut dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh, katanya.

Menurutnya suspek sebelum ini pernah menerima rawatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan Hospital Psikiatri, Kota Baharu dua tahun lalu dan kini tinggal di rumah itu. - Bernama

Mubarak: Jangan lantik calon tewas anggota Kabinet

Posted: 11 May 2013 03:21 AM PDT

SINAR HARIAN

Abdul Aziz Rahman
Abdul Aziz ketika sidang media sempena Persidangan Meja Bulat Politik dan Kerajaan Malaysia (PRU13) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini mencadangkan calon Barisan Nasional (BN) yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak dilantik sebagai senator untuk menganggotai Kabinet.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, budaya 'pilihan kedua' itu bukan satu idea yang baik untuk diamalkan, malah ia juga tidak baik bagi masa depan negara.

"Bagilah mereka yang kalah ini peluang untuk berehat dan carilah yang berpengalaman untuk menganggotai Kabinet," katanya dalam sidang media selepas Persidangan Meja Bulat Mengenai Politik dan kerajaan Pasca PRU13 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Persidangan tertutup selama empat jam itu menyaksikan pembentangan analisis PRU13 oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ruslan Kasim dan Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad Datuk Kamarul Rashdan Mohd Salleh.

Turut hadir Setiausaha Mubarak Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Menjelas lanjut mengenai perkara itu Abdul Aziz berkata,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mempertimbangkan individu yang tidak bertanding pada PRU13 untuk menganggotai Kabinet jika mereka mempunyai kebolehan.

Beliau berkata walaupun tidak bertanding atau bergelar wakil rakyat, namun kemahiran, pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh golongan profesional boleh membantu dalam membangunkan negara.

"Boleh lantik profesional sama ada dalam parti atau luar parti. Sekarang dah ramai layak jadi pemimpin, malah mempunyai banyak pendedahan selain taraf pendidikan yang tinggi," katanya.

Menyentuh tentang perwakilan kaum Cina dalam Kabinet Abdul Aziz berkata: "Carilah wakil Cina yang berpengalaman, ada idea bagus dan tidak ekstrim".

Mengulas mengenai dakwaan wujudnya polarisasi kaum di negara ini susulan keputusan PRU13 yang menyaksikan BN kurang mendapat sokongan daripada pengundi Cina dan di bandar, Abdul Aziz mencadangkan supaya satu kajian dibuat ke atas ucapan pemimpin pembangkang.

Beliau berkata ia penting untuk mengetahui sama ada benar pembangkang telah menanam kebencian pengundi kepada BN serta membangkitkan isu perkauman.

"Walaupun Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kata bukan rasis...tapi ini perlu dikaji supaya kita tahu kenapa sokongan kepada BN di bandar dan masyarakat Cina merosot," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Abdul Aziz berkata, BN perlu memantapkan peranan dan penggunaan media sosialnya bagi memikat hati pengundi muda sebagaimana yang diguna oleh  pembangkang.

"Bila media arus perdana tak laporkan sesuatu bahan berita, orang muda ini ada alternatif lain... mereka pergi ke media sosial yang merupakan medan perang persepsi sekarang," katanya. - Bernama

DAP tidak berhasrat serta BN untuk ganti MCA: Kit Siang

Posted: 11 May 2013 03:15 AM PDT

Roketkini.com


KUALA LUMPURI: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengulangi pendiriannya bahawa DAP tidak berhasrat menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menggantikan MCA kerana perjuangan parti itu bukan hanya untuk kaum Cina sebaliknya untuk semua rakyat Malaysia, termasuk Melayu, India, Kadazan dan Iban.

"Saya sudah jelaskan sebelum ini, sama ada pada sidang media di Ibu Pejabat DAP tengahari semalam atau pada ceramah DAP di Ipoh, malam semalam bahawa saya menolak sepenuhnya cadangan berkenaan," katanya dalam kenyataan media di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.

Beliau berkata, perjuangan DAP sejak penubuhan 47 tahun lalu tiodak berubah iaitu memperjuangkan hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban dan bukan hanya untuk orang Cina.

Bagaimanapun, katanya, beliau terkejut apabila bangun pagi semalam apabila diberitahu menjadi sasaran serangan di Facebook kerana mengkhianati rakyat, DAP dan PR kerana mahu membentuk kerajaan gabungan bersama BN.

"Saya kembali ke Petaling Jaya kira-kira jam 3 pagi selepas fenomena "lautan hitam" yang terhasil daripada kepadatan dan gemuruh orang ramai pada ceramah penghargaan kepada pengundi DAP Ipoh di Dewan Chin Woo dan hadirin yang sama hebat, baik dari segi bilangan dan komitmen untuk Malaysia baru di luar Chin Woo malam semalam.

"Tetapi saya bangun daripada tidur yang cuma beberapa jam dengan kejutan paling hebat dalam hidup saya, saya diberitahu menjadi sasaran di media social, terutamanya Facebook, kerana mengkhianati rakyat, DAP dan Pakatan Rakyat atas sebab mahu membentuk satu kerajaan gabungan dengan BN.

"Oleh kerana berterusan kurang tidur, baik sepanjang 15 hari kempen PRU-13 dan empat hari yang sibuk selepas mengundi pada Ahad, saya mengambil masa untuk benar-benar memahami apa yang sedang terjadi, memandangkan saya tidak melakukan apa-apa sepanjang empat hari itu yang menjustifikasikan bahawa saya telah mengkhianati rakyat, DAP dan PR kerana mahu membentuk kerajaan gabungan dengan BN," katanya dalam kenyataan media, semalam..

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, seorang penyokong setia DAP menjadi sasaran pertama serangan kerana tajuk akhbar melaporkan beliau kononnya bersetuju dengan cadangan membentuk kerajaan gabungan dengan BN kerana mahu menggantikan MCA sebagaimana penyokong setia DAP itu menjelaskan pengalamannya di Facebook:

Menurutnya, tidak mungkin perkara itu berlaku kerana pemimpin DAP telah berkorban sepanjang 47 tahun lalu, termasuk diheret ke mahkamah, ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dipenjarakan bukan hanya untuk orang Cina tetapi untuk hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia.

Katanya, adalah tidak masuk akal DAP sudah begitu lama memperjuangan hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahu dimusnahkan hanya untuk menggantikan MCA dalam BN.

"Saya dapati maklum balas di Facebook menyuarakan rasa terkejut bahawa terdapat salah tanggapan, memetik ucapan saya di ceramah Ipoh semalam, menolak sepenuhnya sebarang idea DAP menyertai BN untuk menggantikan MCA.

"Ada juga cadangan kedua untuk Pakatan Rakyat membentuk kerajaan gabungan dengan BN, yang mana saya katakan jawapannya akan datang daripada majlis kepemimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Katanya, beliau secara peribadi berpendapat BN sepatutnya bersedia menyokong Kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan manifesto PRU-13 PR, membasmi rasuah, salah guna kuasa, segala bentuk ketikdakadilan dan eksploitasi, barulah berasas untuk mempertimbangkan cadangan kerajaan gabungan BN-PR.

Beliau berkata, ketika perhimpunan di Ipoh, beliau secara khusunya bertanya kepada hadirin apakah mereka bersetuju dengan pendekatan berkenaan dan disambut dengan laungan "Ya".

"Saya rakaman video ucapan saya di Ipoh. Ia telah pun dimuatnaik di blog dan Facebook saya. Jadi bagaimana boleh tersebar tanggapan salah di media sosial bahawa saya menyokong DAP menyertai kerajaan gabungan BN untuk menggantikan MCA," ujarnya

Menurut Kit Siang, rupa-rupanya, kesalahan itu adalah pada tajuk dalam akhbar Cina yang mencampuradukkan dua isu berbeza, pertama, sama ada DAP akan menyertai BN untuk menggantikan MCA dan kedua, cadangan kerajaan gabungan BN-PR.

Katanya, contohnya, tajuk muka depan Sin Chew memberi gambaran kepada pembaca yang membaca tajuk itu tetapi tidak membaca tajuk sekunder atau kandungan berita bahawa saya menyokong idea DAP menyertai BN menggantikan MCA.

"Sepatutnya menjadi pengajaran berharga buat Sin Chew dan semua pengarang supaya mereka berhati-hati bagi memastikan tajuk utama tidak memberikan kesimpulan salah dan salah tanggapan kerana boleh membuat pembaca keliru dan menyalah anggap maksud sebenar apabila tidak membaca kandungan berita itu," katanya.-Roketkini.com

Selepas dituduh kafir harbi, diajak masuk BN!

Posted: 10 May 2013 10:06 PM PDT

Harakahdaily,


KOTA BHARU: "Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?" kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai reaksi kepada cadangan agar DAP menyertai BN.


Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah?

"Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?" kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.

Kafir harbi dan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian adalah laporan utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari tafsiran perundangan Islam adalah orang bukan Islam yang memerangi Islam dan mereka dihalalkan darah oleh Islam.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya, beliau membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN.

"Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin Umno yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?" katanya.

Ekoran itu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat."

Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut.

"Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus!" tegas bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Bagi beliau, daripada DAP masuk BN, lebih baik Umno keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

"Sedarlah, ideologi perjuangan Umno hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang!

"Sudah sampai masanya BN dan Umno bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu!" ujar beliau.

Mahasiswa bantah keputusan PRU13

Posted: 10 May 2013 10:02 PM PDT

 
Antara desakan mereka termasuk peletakan jawatan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof.
 


PETALING JAYA: Sekumpulan 200 mahasiswa hari ini berarak ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya kerana membantah keputusan pilihan raya umum ke 13.

Perhimpunan tersebut diketuai oleh pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang. Kumpulan mahasiswa tersebut berpakaian hitam  turut mengusung dua replika keranda, simbol kematian demokrasi yang diarak sehingga ke pintu utama ibu pejabat SPR.

"Kita beri tempoh kepada SPR sehingga Jumaat akan datang untuk respon kepada memorandum kita serta pengerusinya supaya meletakkan jawatan.

"Jika tak jawab, kita akan turun ke jalanraya. Pada waktu itu, bersedialah untuk berhadapan dengan kemarahan rakyat," tegas Safwan.

"Kita juga akan membawa perkara ini ke Istana," Safwan dipetik berkata.

Lima orang wakil pelajar telah menghantar memorandum sebagai tanda protes.

Antara kandungan memorandum ialah penolakan keputusan PRU 13, desakan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula.

Kira-kira 50 anggota polis dan tujuh anggota unit Lightt Strike Force turut kelihatan di sana.

Walau bagaimanapun tiada tangkapan dibuat.

LIHAT VIDEO DI SINI

Kemenangan BN yang rapuh di Perak

Posted: 10 May 2013 09:41 PM PDT



ANALISA BN mampu mengekalkan pentadbirannya di Perak apabila memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Namun kedudukan parti itu dilihat rapuh apabila situasi itu sama seperti kemenangan tipis Pakatan Rakyat pada 2008 sehingga  berlaku peralihan kuasa apabila tiga ADUN gabungan itu keluar parti.

Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang, menjadi ADUN bebas
yang mesra BN.

Kecuali Behrang, dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Pakatan berjaya merampas semula DUN Changkat Jering dan Jelapang.

Meskipun jauh kemungkinannya potensi untuk wakil rakyat BN melompat parti, namun kedudukan BN boleh tergugat jika berlaku pilihan raya kecil, khususnya di DUN yang dimenanginya dengan majoriti tipis.

Antara kerusi DUN BN yang dilihat goyah dengan majoriti tipis ialah Lubok Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama (619).

Seperti pada 2009, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan di seluruh negara berikutan kematian wakil rakyatnya.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya kali ini, terdapat perubahan pola pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN berbanding 2008,

lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.

Seperti di Manjoi dan Pasir Panjang, dalam masa lima tahun, pertambahan pengundi baru di dua kawasan itu naik mendadak. Di Manjoi, pertambahan pengundinya naik sehingga 36

peratus. Begitu juga Pasir Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah- purata luar biasa bagi sebuah kawasan kampung.

Berbeza pada 2008, di Manjoi, pertambahan pengundi hanya tujuh peratus begitu juga di Pasir Panjang- yang dulunya merupakan kerusi PAS- hanya lapan peratus.

Purata biasa pertambahan pengundi baru bagi sesebuah negeri  ialah sebanyak 19.6 peratus. Justeru, pemerhati berpendapat, dengan pertambahan pengundi baru yang begitu ketara

sehingga menimbulkan persoalan menjadi punca dua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti tipis.

Di Changkat Jong pula, antara punca kekalahan PAS di kerusi yang mempunyai 62 peratus pengundi Melayu itu ialah dengan pertambahan pengundi baru sebanyak 5,463.

Dengan jumlah majoriti undi yang meningkat berbanding 2008, hampir separuh daripada jumlah undi pengundi baru itu pergi kepada calon BN iaitu Mohd Azhar Jamaluddin

Selain pertambahan pengundi, BN juga mengalami peningkatan jumlah majoriti undi di kerusi yang mereka kekal menang iaitu di Kenering (dulu 2,798 kepada 8,216), Selama

(355-619), Kubu Gajah (66-1,085), Batu Kurau (2,439-3,834), Alor Pongsu (95-2,196), Trong (916-1,804), Chenderoh (1,039-1567), Belanja (1,887-2,963), Bota

(2,068-3,448), Kampong Gajah (1,416-6,100) dan Slim (3,526-3,853).

Dengan peningkatan jumlah majoriti itu, pemerhati berpendapat, di kawasan yang rata-ratanya bahagian utara Perak - majoriti Melayu ini, juga mempunyai pertambahan

pengundi  dan menjadi salah satu faktor kejayaan BN mengekalkan kerusi-kerusi tersebut walaupun dengan majoriti tipis. 

Aduan kepada SPR berhubung dakwaan beli undi di Bayan Baru

Posted: 10 May 2013 09:40 PM PDT

 


 
Dua pemimpin PKR negeri telah membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pulau Pinang semalam berhubung dakwaan "pembelian undi" dan mendakwa mereka menyaksikan aktiviti yang mencurigakan itu di kawasan Bayan Baru.
NONENaib Pengerusi PKR negeri, Datuk Abdul Halim Hussein (kanan) berkata, beliau dimaklumkan mengenai laporan bahawa orang ramai berkumpul di sebuah rumah kedai di Sungai Dua untuk mengambil "hadiah cabutan bertuah" mereka.

Beliau berkata antara RM120 hingga RM200 - telah diserahkan kepada individu-individu apabila mereka menunjukkan kad pengenalan dan tiket cabutan bertuah.

"Jumlah wang bergantung kepada kawasan pilihan raya, sebagai contoh, mereka dari Bayan Lepas hanya mendapatkan kira-kira RM120," katanya ketika ditemui di pejabat SPR pada kira-kira 4 petang semalam. Beliau ditemani Ahli Parlimen PKR bagi Bayan Baru, Sim Tze Tzin (bawah).

NONEAbdul Halim sebelum ini telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong  berhubung perkara itu pada jam 3 petang.

Malah, katanya, beliau telah bercakap dengan seorang pemimpin wanita Umno cawangan yang ditemuinya ketika ke rumah kedai tersebut yang kelihatan "sangat teruja untuk mendapatkan RM160 itu".

"Kita tidak mahu membuat sebarang kesimpulan tetapi kita mahu pihak berkuasa seperti polis, SPR dan kemudian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Abdul Halim yang juga speaker DUN Pulau Pinang.

"Kami telah membuat laporan kerana kami telah menerima aduan mengenai isu ini," kata ADUN PKT kerusi Teluk Bahang itu sambil menambah pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Anwar: 'Adakah saya gagal dalam PRU?'

Posted: 10 May 2013 09:34 PM PDT

DETIK DAILY

PASCAPILIHAN Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan pelbagai perkara termasuk insiden pengundi hantu menarik perhatian media. Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tidak berpuas hati dan menganggap perikatan itu sepatutnya sudah menang

. Ikuti temu bual Anwar bersama wartawan Sinar Harian dan Sinar Harian Online SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN dan NOOR SHAZURA ZUKI.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk Seri, nampaknya berbanding 2008, Datuk Seri terima keputusan pilihan raya. Semalam (Ahad lalu), Datuk Seri memberikan pandangan yang sebaliknya walaupun bilangan kerusi Parlimen meningkat. Mengapa?

ANWAR: Kerana kita dah menang... kemudian dirompak kemenangan itu dari BN dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini kita perkukuh dengan bukti kehadiran orang Bangladesh, Myanmar mengundi, pegawai SPR mengeluarkan kertas undi ke luar, pemadaman lampu. Kes di Lembah Pantai terpaksa di kawal begitu keras sekali, kalau tidak kita tewas. Ini hanya lambang penipuan dan politik samseng. Kalau tidak ada dukungan yang kuat, semangat anak-anak muda di Lembah Pantai, Nurul Izzah akan tewas.

Gerombolan yang terlibat dalam penipuan itu terlalu kuat dengan pengaruh dan kaya. Bukti lain yang besar ialah, undi awal, undi pos, termasuk yang dari media.

Saya sudah tahu kerana mereka mengundi... tak kan 12 peratus saja diberi kepada kita. Keduanya, undi itu diberi kepada pejabat pos, melalui pejabat pos. Bukannya SPR. SPR beri pejabat pos, pejabat pos kepada media.

Media undi, pos beri kepada SPR, baru kita boleh pantau. Jadi, pemantauan itu hanya berlaku pada peringkat akhir. Kita tengok pada undi-undi daripada luar negara, itu 70 hingga 80 peratus memilih PR yang dinyatakan.

Tetapi apabila buka undi semuanya, kita 12 hingga 15 peratus. Ini semua berapa undi media, 50,000. Undi pos, 230,000. Undi awal jumlah keseluruhan mungkin dalam 200,000. Jadi besar. Kalau tidak dipantau, maka kecurangan berlaku.

SINAR HARIAN ONLINE: Nampaknya, Datuk Seri menggunakan istilah kemenangan dirompak. Adakah Datuk Seri masih tidak mahu menerima keputusan PRU13 walaupun ada peningkatan bagi pihak PR?

ANWAR: Ya. Bukan soal peningkatan. PR sudah menang. Cuma pendekatan kita seperti yang kita tahu harus mengikut beberapa proses undang-undang, sama ada... saya bincang dengan Pas terutamanya dengan PKR, apakah kita buat petisiyen pilihan raya untuk beberapa kawasan. Tiap kali kalau kira semula, kita tewas semua. Atau keduanya, bantahan. Seperti mana yang dicadangkan oleh badan-badan bukan kerajaan.

Kemenangan dirompak
 
SINAR HARIAN ONLINE: Ke mana nak pergi selepas ini? Pilihan yang Datuk Seri ada bagi PR? Nampaknya kecurigaan itu (berterusan)...

ANWAR: Kalau hak kita dirompak, kita minta hak kita semula. Kalau tidak diberikan, maka ada cara-cara. Sepatutnya, bukan dibuat oleh SPR yang ada sekarang ini. Yang ini suruhanjaya cawangan Umno. Ia mesti suruhanjaya bebas dan adil.

Sebab ini hak dari Perlembagaan, sebagai seorang Muslim atau rakyat Malaysia ia tak boleh buat penipuan yang terang-terang bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan melanggar undang-undang. Tapi kalau tanya, semua dia kata tak ada. Ini dakwat kekal, tak boleh basuh.

Pembohongan yang ditertawakan oleh semua rakyat. Kalau dulu semasa undi pos, sebahagian orang saya tengok yang tergolong dalam 'social network' Umno ini yang diupah mengatakan tengok ini penipuan PR.

Sekarang apa jurucakap Umno cakap tentang dakwat kekal? Tidak ada jawapan. Kerana mereka boleh pulang dan basuh. Di Permatang Pauh, tak kurang dari puluhan orang yang tunggu saya, sebab saya akan melawat pusat mengundi, tunjuk tangan dia. Saya kata, bila nak undi. Dia kata dah undi. Dia boleh basuh. Tengok dalam Facebook tapi apa jawab SPR? Oh tidak mungkin. Ini semua alat pembangkang.

Saya beri 42 nama (warga) Bangladesh, Indonesia yang undi pos atas nama tentera dan polis. Seminggu sebelum pilihan raya, dari senarai sah 2013 SPR. Mahu bukti apa lagi? Sepatutnya SPR tidak perlu tanya bukti, tanya hati nurani mereka apakah mereka ini, perasuah atau penjenayah?

SINAR HARIAN ONLINE: PR akan hantar memo (memorandum) secara rasmi?

ANWAR: Memo apa? Mereka tak baca. Memo apa lagi yang perlu? Siapa yang tidak tahu bahawa dakwat kekal itu tak kekal? Siapa yang tidak tahu berlaku percanggahan dalam senarai pengundi? Siapa yang tidak tahu bahawa orang Bangladesh datang mengundi?

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana desakan itu akan dibuat?

ANWAR: Petisyen pilihan raya itu adalah untuk proses penipuan. Tapi SPR ini, bagi saya ia perlu ditukar.  Kalau Datuk Najib kata sekarang ini kita harus ada penyatuan semula.

Bagi saya, kalau begitu, saya akan beri yang terbaik. Melainkan kempen kita ini secara sivil... anda bacalah Utusan. Sivil ke biadab? Tonton TV3, RTM. Nasib baik Sinar boleh tahan sedikit. Kadang-kadang kritik, tak apa. Kalau tak setuju, kritik. Kebebasan media. Tapi tidaklah sampai menghina orang, mengaibkan orang terus-menerus. Tak bagi ruang langsung. Ini kita kata pilihan raya bebas dan adil? Begitu bodoh kalau ada yang berpandangan sebegitu.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah PR akan boikot angkat sumpah, ahli-ahli Parlimen?

ANWAR: Yang itu kita sedang fikirkan sebab kita tak mahu ambil atau memilih cara yang saya nampak bukan menimbulkan keresahan. Jadi, kita kena timbang juga. Sebab itu, saya tidaklah menghalang kerajaan untuk meneruskan kerja, nanti kita tak ada kerajaan pula.

Tapi janganlah kerajaan itu boleh terus-menerus menipu dan rasuah macam sedia kala. Menghina orang dan menggunakan jentera kerajaan untuk mendera orang.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk Seri, komen sedikit tentang peningkatan kerusi DAP?

ANWAR: Itu yang disebut Datuk Seri Najib, tsunami politik. Ini saya rasa satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari seorang pemimpin yang uar-uarkan 1Malaysia. Di Kelantan, Melayu semua dan Pas pertahankan dua pertiga kerusi. Di Terengganu Melayu, kawasan Melayu, dan Pas menambah kerusi dari satu kerusi Parlimen jadi empat. Kawasan saya (PKR, Azmin Ali), Gombak majoriti Melayu dan kita menang dengan mudah. Jadi, untuk mengatakan begitu...ya betul, etnik Cina ada suara dukungan yang ada juga etnik Melayu.

Yang ada kemungkinannya ialah jenis penipuan lebih itu banyak di kawasan yang dianggap campuran atau Melayu kerana majoriti yang diperoleh PR tidak besar. Agak lebih mudah untuk buat penipuan. Kalau nak dibuat penipuan di Bukit Bintang, dia kena bawa orang Bangladesh 10 kapal terbang pun tak cukup. Ini hanya dilakukan oleh SPR. Sebab itu kalau dilihat, orang yang marginal 6 itu, Bangladesh itu banyak muncul di kawasan marginal. Ada lah satu dua terselit masuk ke Bukit Bintang dan Permatang Pauh.

Tak wajar (dilabel tsunami cina). Maknanya pertentangan. Satu, dia kata kita rekonsiliasi, kemudian dia kata kita tsunami Cina, kenyataan ini tidak konsisten, tidak wajar. Kalau betul pun kemarahan orang Cina, tanyalah sebab apa. Sebab apa ada kebangkitan kemarahan masyarakat Cina?

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana masa depan politik negara berdasarkan keputusan PRU13?

ANWAR: Ya, saya dukacita kerana masa depan negara itu tercemar. Sudah 50 tahun merdeka, kita gagal mengamalkan politik yang bersih dan pilihan raya yang bebas dan adil. Ia dijamin dalam perlembagaan ini merampas hak rakyat.

SINAR HARIAN ONLINE: Tahun lepas Datuk Seri pernah kata kalau Datuk Seri gagal dalam pilihan raya, Datuk seri mungkin akan berundur dari politik.

ANWAR: Adakah saya gagal dalam pilihan raya kali ini? Ada peningkatan kerusi, kita menang. Soal keputusan saya itu, seandainya pilihan raya itu bersih, malah saya sudah berbincang dengan teman-teman di beberapa universiti utama untuk, jawatan pun sudah sedia untuk saya, tak realistik.  Kalau pilihan raya itu okey dan kita tewas, nak pergi Uitm mereka tak boleh terima.

Buat masa sekarang tidak. Buat masa sekarang saya harus jalankan tanggungjawab untuk memastikan proses pilihan raya itu, kecurangan itu diperbetulkan.

SINAR HARIAN ONLINE: Pada tahun 2008, Datuk Seri menjadi Ketua Pembangkang tapi kali ini dari segi komposisi kerusi, DAP mengatasi PKR.

ANWAR: Dari dulu pun kerusi DAP mengatasi PKR. Saya memang menawarkan diri untuk undur tapi kedua-dua, DAP dan Pas minta saya teruskan.

Saya ada beritahu tadi... tidak ada masalah sebenarnya jika YB Kit Siang (Lim Kit Siang) menjadi ketua pembangkang. Kelayakan dia, pengalaman dia. Saya boleh tumpu pada kerja-kerja lain. Setakat ini, DAP dan Pas berpendirian saya harus teruskan tapi saya akan bincangkan lagi. Jangan pula tulis Anwar letak jawatan... belum belum.

Masa depan Pakatan Rakyat

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana masa depan Pakatan Rakyat selepas ini Datuk Seri?

ANWAR: Baik. Kita meningkat dan kerjasama baik. Semalam dengan pimpinan DAP, tadi kita jumpa Dap dan Pas, semalam pun jumpa Dap dan Pas. Saya hubungi Ustaz Hadi secara personal, berbincang panjang soal ini. Juga dengan Lim Guan Eng. Hubungan itu masih baik.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana kerusi MB Selangor?

ANWAR: Kerusi MB Selangor itu memang kita bagi sedikit masa dan kita runding dengan baik. Sebab itu saya dapatkan Lim Kit Siang, Ustaz Hadi. Tidak seperti mana yang berlaku pada tahun 2008, ada satu kelompok yang berebut dengan keadaan ini, saya syukur keadaan lebih baik. Tapi memang perkara ini dibincangkan. Hari ini atau esok kita selesaikan.

SINAR HARIAN ONLINE: Kemungkinan besar Tan Sri Khalid?

ANWAR: Saya tak ada masalah Tan Sri Khalid. Tapi masalahnya... bukan masalah tapi perlu satu perbincangan. Apakah ada calon lain, ke muka nama lain, nak teruskan?

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah Datuk Seri sedih kerana PR kehilangan satu negeri, di Kedah?

ANWAR: Ya, tapi kita nak tahu juga sejauh mana kecurangan itu menyebabkan kekalahan kerusi-kerusi di situ. Ataupun ada masalah-masalah lain. Macam kekalahan Kulim Bandar Baru, saya tidak percaya itu berlaku tanpa proses yang curang. Kerana sambutan yang kempen itu luar biasa.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah strategi PR itu sendiri silap apabila tak beri tumpuan pada kerusi-kerusi yang dimenangi?

ANWAR: Tidak juga. Kita menang kerusi-kerusi dengan baik. Fuziah, Azmin, Surendran. Cuma, apabila calon-calon dulu yang lompat dan tidak menjalankan tanggungjawab. Prestasi kawasan cukup lemah. Sedangkan sebab dia lompat itu sebab saya bagi isyarat bahawa kamu tidak boleh mempertahankan rekod dan prestasi kawasan itu lemah. Itu kadang-kadang ada menjejaskan. Tapi kalau kehadiran Saifuddin di Kulim, itu lain. Sebab saya tahu, Kulim itu kejiranan saya. Saya tidak fikir boleh kalah.

SINAR HARIAN ONLINE: Di sebalik serangan berterusan oleh musuh selama ini, adakah Datuk Seri mahu memberi mesej kepada penyerang-penyerang supaya berhenti semua itu?

ANWAR: Kita bagi mesej ini, hanya pada orang yang (tidak) tahu batas akhlak dan politik yang sivil. Jadi saya tidak peduli... tengok badan-badan yang Tibai lah, apa... mereka diupah untuk mencerca. Kadang-kadang kerana begitu lucah dan kotornya, dia tahu pimpinan Umno tak sanggup buat begitu, sebab itu akan buat orang tak suka. Dia upah. Saya selalu sebut.

Saya kata, saya boleh pilih nak buat begitu kerana saya pernah pimpin negara ini. Banyak maklumat sampai pada saya. Tapi saya tak sanggup aibkan orang kerana ia melibatkan orang lain. Itu tidak menjamin mereka menghentikan. Dalam ucapan saya sebut, peralihan kuasa ini juga peralihan nilai etika, sistem akhlak.
Maknanya, kita tak boleh apabila ada kuasa ia sebagai sijil atau kesempatan untuk menyerang orang tanpa pertimbang

Proses pilihan raya yang tempang...

Posted: 10 May 2013 09:31 PM PDT


Oleh SELENA TAY

PILIHAN raya umum ke-13 (PRU13) sudah pun diadakan dan keputusannya berkesudahan dengan BN memenangi 133  kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat (PR) mendapat 89 buah kerusi.

Namun demikian, undi popular (jumlah undi yang diperolehi pada keseluruhannya) memihak kepada PR dengan kadar 51%.  Ini adalah kerana ramai calon PR yang menang dengan majoriti yang besar.  Tetapi kemenangan dengan majoriti yang besar sebenarnya tidak memberi apa-apa manfaat kepada PR kerana ia masih menyumbangkan 1 kerusi Parlimen sahaja. Beberapa contoh diberi dibawah ini:

1.Puchong: DAP: Gobind Singh Deo menang dengan majoriti 32,802 undi
2. Petaling Jaya Utara: DAP: Tony Pua  menang dengan majoriti 44,672 undi

3. Cheras: DAP: Tan Kok Wai menang dengan majoriti 37,409 undi

4. Kepong: DAP: Tan Seng Giaw menang dengan majoriti 40,307 undi

5. Segambut: DAP: Lim Lip Eng menang dengan majoriti 19,199 undi

6. Bukit Bintang: DAP: Fong Kui Lun menang dengan majoriti 19,399 undi

7. Seputeh: DAP: Teresa Kok menang dengan majoriti 51,552 undi

8. Batu: PKR: Tian Chua menang dengan majoriti 13,284 undi

9. Ipoh Barat: DAP: S. Kulasegaran menang dengan majoriti 29,038 undi

Bayangkanlah dengan jumlah keseluruhan undi di atas iaitu 287,662 PR sebenarnya sudah pun boleh membentuk Kerajaan Pusat.  Tetapi kemenangan di atas hanya menyumbangkan sembilan buah kerusi Parlimen sahaja walhal jumlah tersebut boleh menghasilkan beberapa puluh buah kerusi Parlimen di kawasan kampung dan pedalaman.

Tetapi inilah sistem pilihan raya yang tempang yang akan mengekalkan BN sebagai Kerajaan Pusat buat selama-lamanya jika rakyat masih tidur lagi!  Adakah ini akan bermakna bahawa Pakatan Rakyat akan kekal sebagai parti pembangkang buat selama-lamanya?!

Keikhlasan bertaraf 5 bintang!

Posted: 10 May 2013 09:30 PM PDT


Oleh Rossem

Sore kelmarin didatangi seorang Ahli Jawatankuasa Peti Undi PAS, selepas ngobrol beberapa minit, ia membisikkan sesuatu " Saya punya lebihan wang yang diperuntukkan parti untuk digunakan pada hari mengundi 5 Mei kelmarin. Kurang lebih RM1,000. Kepada siapa saya mahu mengembalikan wang ini".

"Apakah ada orang tahu dan bertanya tentang baki wang itu?" tanyaku.

"Tiada siapa yang tahu tentang baki wang ini kerana semua menyangka sudah habis digunapakai, makan minum dan membayar pengundi luar pada hari mengundi" kata lelaki itu.

Itulah gambaran keikhlasan yang dimiliki petugas PAS pada PRU 13 yang berlangsung kelmarin sehingga membawa kepada kemenangan parti itu di Kelantan dengan majoriti dua pertiga.

Lalu teringat kita kepada sebuah parti yang terasa berat mahu menyebut namanya sekarang, pelbagai cara telah dilakukan untuk menarik pengundi agar mengundi parti mereka. Sumpah laknat, sumpah wa llahi, bahkan sehingga kepada melafaz ta'lik dilakukan, namun gagal merampas Kelantan. Kerana apa jua yang tidak didasari keikhlasan akan terluar dari jalur kemenangan.

Rata-rata wakil PKR mahu Khalid sebagai MB Selangor, kata sumber

Posted: 10 May 2013 09:24 PM PDT

leh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR — Majoriti ahli parlimen dan ketua cabang PKR di negeri Selangor mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar (MB), kata sumber, ketika bantahan oleh sekumpulan dalam parti yang diketuai timbalan presiden Azmin Ali.

The Malaysian Insider difahamkan sokongan tersebut dibuat dalam "pertemuan" tertutup yang diadakan di Empire Hotel, Subang Jaya pada hari Isnin lalu di mana ia dihadiri 14 ahli dewan undangan negeri, 16 ketua cabang dan beberapa Ahli Parlimen (MP), malah mereka yang hadir ini merasakan Abdul Khalid layak memimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor untuk penggal kedua.

"Mesyuarat itu sepatutnya dihadiri Azmin juga, tetapi beliau tidak hadir. Kebanyakan mereka yang hadir mahu TSKI sebagai MB," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Abdul Khalid (gambar) dengan singkatan TSKI.

Beberapa pemimpin PKR, termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan MP Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengesahkan pertemuan di Empire Hotel pernah berlaku.

"Ya," katanya melalui pesanan ringkas ketika ditanya sama ada mesyuarat itu termasuk perbincangan tentang jawatan seseorang MB.

Azmin mendakwa PKR semalam tidak menjalankan proses perundingan yang diperlukan dalam memilih calon untuk jawatan itu apabila surat yang kononnya menyokong Abdul Khalid untuk jawatan itu didakwa telah dihantar ke istana Selangor.

Beliau juga muncul untuk mempersoalkan kepimpinan Abdul Khalid pada sidang akhbar semalam dan mahu mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama PKR untuk menggesa satu keputusan secara rundingan di dalam memilih MB Selangor yang baru.

Ketua cabang Pelabuhan Klang PKR, Yeoh Boon Lye memberitahu The Malaysian Insider bahawa kebanyakan pemimpin Selangor merasakan Abdul Khalid faktor penyumbang kepada sokongan PR meningkat di negeri tersebut.

PR yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), melebihi lapan kerusi daripada pilihan raya umum lepas. PKR, bagaimanapun, hanya menang 14 kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi.

Walaupun DAP dan PAS mendapat lebih kerusi, kedua-dua rakan komponennya tersebut menegaskan mereka mahu Abdul Khalid memimpin negeri untuk penggal kedua, satu langkah yang dilihat menunjukkan keyakinan terhadap kepimpinan beliau, pandangan tersebut juga dinyatakan oleh Yeoh.

"Kami mendapat kejayaan dari Tan Sri Khalid. Bagaimana kami mahu tukar (beliau) apabila beliau membawa kami kearah kemenangan? Kami menang kerana dia," katanya.

Pertikaian jawatan MB menjadi perkara yang dibangkitkan selepas Azmin yang dikatakan juga bersaing untuk jawatan tersebut berkemungkinan akan meninggalkan PKR ekoran sokongan parti tersebut ke atas pentadbiran Abdul Khalid.

Namun, Azmin menolak spekulasi tersebut dalam satu sidang akhbar hari ini dimana beliau diapit oleh beberapa barisan parti di Selangor, ia juga petanda bantahan terhadap kemungkinan pelantikan semula Abdul Khalid sebagai ketua eksekutif negeri.

Walaupun ADUN Bukit Antarabangsa tersebut berulang-kali cuba mengelak apabila dihujani dengan soalan-soalan tentang pencalonan dirinya untuk mengisi jawatan tersebut, timbalan presiden PKR tersebut telah membuat beberapa sindiran sinis terhadap isu perlantikkan Abdul Khalid.

Beliau berulang-ulang sepanjang sidang akhbar itu berkata pentadbiran Abdul Khalid dipenuhi dengan aduan "pita merah" dan pada masa sama mendakwa kerajaan negeri tidak pernah responsif kepada isu-isu yang dihadapi oleh pengundi.

"Dalam jangka kedua, mesti ada reformasi pentadbiran (Selangor). Kami mempunyai simpanan sebanyak RM2.6 bilion tetapi ini bermakna apa-apa jika tiada manfaat yang dirasai oleh rakyat.

"Rakyat mahu sebuah kerajaan yang responsif... terdapat aduan sampah tidak diambil, masalah pembentungan, jalan tidak dibaiki," katanya, sambil menambah bahawa aduan telah dibawa ke kepimpinan pusat PKR beberapa kali sebelum ini.

Azmin menafikan kritikan tersebut adalah berkaitan dengan isu pertikaian jawatan MB dan bantahan tersebut dibuat oleh pengundi Selangor dan ADUN di negeri tersebut.

Kuasa Melayu akan lemah, jika Umno lemah, kata Utusan

Posted: 10 May 2013 09:19 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 


KUALA LUMPUR — Kuasa politik Melayu akan semakin lemah jika Umno menjadi lemah dan ini boleh menyebabkan ketidakstabilan politik, tulis akhbar parti itu hari ini oleh pengarang menjelang ulangtahun ke-67 Umno esok.

Akhbar berbahasa Melayu itu terus menerus menggelar keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai "tsunami Cina", akan tetapi sudah mula mengakui sebahagian rakyat Malaysia — bukan Cina turut mengundi seteru Umno PKR dan PAS.

"Jika Umno lemah, bererti kuasa Melayu juga akan lemah dan mungkin akan mengundang ketidakstabilan politik negara. Inilah yang dikhuatiri," tulis penulis minda pengarang, Azman Anuar.

Beliau mengatakan pemimpin parti yang mempunyai 3.5 juta ahli itu perlu membangkitkan isu, mengingatkan Umno sendiri mendapat 89 daripada 133 kerusi Parlimen dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

"Adakah benar perjuangan Melayu dalam Umno sudah tidak ada apa-apa lagi?

"Ringkasnya, dasar dan tindakan Umno dikatakan tidak memiliki kesungguhan politik yang kuat seperti mana parti kaum lain," katanya.

Beliau mengakui hanya Perlembagaan Persekutuan dilihat perisai yang menentukan tenggelam timbul Umno dan bangsa Melayu untuk masa akan datang.

Untuk parti bergerak kehadapan, beliau meminta agar sejarah penubuhan Umno pada tahun 1946 dahulu dihayati.

"Wajarlah para pemimpin Umno sekarang menerapkan kembali semangat perpaduan dan bersatu orang Melayu seperti di era 1946. Jangan pinggirkan pendapat dan komen akar umbi Umno. Jelajahlah ke seluruh negara untuk memberikan semula keyakinan ahli Umno terhadap parti," katanya.

MCA mula melakukan introspeksi diri dan itu tindakan terpuji

Posted: 10 May 2013 09:15 PM PDT


Saya amat berminat kepada isu yang melingkari MCA akhir-akhir ini. Hari ini perjumpaan di kalangan bekas pimpinan utama MCA telah membuat keputusan untuk mendesak Chua Soi Lek meletakkan jawatan dengan segera. Chua Soi Lek wajar bertanggungjawab atas kekalahan MCA yang begitu besar dalam PRU yang baru selesai minggu lepas. Daripada 37 kerusi yang ditandingi MCA hanya 7 kerusi sahaja dimenangi oleh parti kaum Cina yang terbesar dan tertua di negara ini.  

MCA merupakan rakan UMNO dan MIC yang bersama-sama menyempurnakan perolehan kemerdekaan dari Britain pada tahun 1957 dahulu dan kekalahan MCA dalam pilihanraya yang baru selesai ini merupakan 'follow through' kepada kekalahannya yang besar pada PRU 2008 yang lalu. Dalam pilihanraya ke-12 2008 dahulu MCA hanya memenangi 15 kerusi dari 45 yang ditandinginya.

MCA nampak serius dalam usaha memperbaiki diri dan bekas-bekas pimpinan utama parti itu berjumpa dan membuat keputusan mendesak Chua Soi Lek untuk mengundurkan diri sebagai peneraju parti untuk kaum Cina yang tertua di negara ini. Sikap bekas pimpinan utama parti itu amat terpuji dan jika inilah sikap pimpinan veteran itu, MCA akan kembali pulih secara beransur-ansur seperti banyak parti lain di dalam dunia ini yang kembali berkuasa setelah ditolak rakyat dalam pilihanraya mereka.

Dua hari lepas MCA telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai kerajaan kerana penolakan oleh kaum Cina kepada parti itu dalam pilihanraya yang baru selesai itu. Keputusan ini merupakan satu tindakan yang benar-benar tepat kerana kekalahan MCA itu sudah dianggap oleh kaum Cina yang mereka tidak memerlukan wakil mereka berada di dalam kerajaan.

Liberal Demokrat Jepun, parti yang terlalu banyak jasanya kepada negara dan rakyat Jepun telah tumbang beberapa tahun lalu walaupun parti itu banyak jasanya kepada negara Jepun. Parti Liberal Demokrat itulah yang membangunkan negara Jepun dari kekalahan peperangan dunia kedua itu. Liberal Demokratlah yang telah membangunkan Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar di dunia ini.

Jasa Liberal Demokrat amat besar tetapi ditolak juga oleh rakyat setelah memerintah Jepaun selama 50 tahun kerana wujud unsur-unsur rasuah dan salahguna kuasa di dalam parti itu, penyakit yang dianggap sudah meresapi parti-parti kerajaan kita di sini. Setelah memperbaiki diri semasa di luar kerajaan Liberal Demokrat telah kembali pulih dan kini kembali semula memerintah negara Jepun dengan lebih baik dan transparent.

Parti yang membawa kemerdekaan kepada negara India, iaitu Parti Kongress India juga ditolak oleh rakyat pada tahun 80-an dahulu dan digantikan dengan Parti Janata dan Perdana Menterinya bernama Moreiji Desai. Tetapi setelah sekian lama berada di luar kerajaan kini Parti Kongress India kembali menerajui kuasa di India setelah parti Kongress itu memperbaiki kepimpinan mereka semasa berada di petak pembangkang negara demokrasi terbesar dunia itu.

Begitu jugalah MCA yang telah begitu lama berada di dalam kerajaan dan kini sedang menghadapi zaman malapnya. Yang penting MCA wajar melakukan introspeksi yang intensif sambil memahami segala kesilapan yang mereka telah lakukan sejak sedekad yang lalu. MCA masih bertuah kerana bekas pimpinan utamanya masih sedar dan mempunyai 'sense of belonging' kepada partinya walaupun telah tidak lagi berada di tampuk kuasa parti itu. Mereka bersama-sama menumpukan tenaga dan usaha untuk mengembalikan MCA sebagai parti yang relevan dan parti yang bertenaga dengan kepimpinan baru dan diterima oleh rakyat pada masa yang akan datang.

Pandangan dan cadangan yang bertangungjawab pimpinan veteran mereka ini memberikan suntikan semangat kepada MCA dan jika MCA serius mengutamakan pembangunan kembali parti itu mendahulu kepentingan Chua Soi Lek misalnya, MCA akan tetap kembali dengan keadaan yang lebih memberangsangkan rakyat semua kaum untuk menyokongnya.

Proses pembersihan kepada sesuatu parti itu tetap berlaku di mana-mana parti di mana-mana negara. Itu sebabnya selalu saya perkatakan menukar kepimpinan negara dengan parti yang lain itu bukannya satu kerja jenayah. Tetapi sebaliknya ia merupakan satu tindakan untuk menghalang negara daripada terperosok ke lembah kekotoran pentadbiran sesebuah negara itu yang akhirnya akan merosakkan kehidupan rakyat jelata.

Saya sangat teruja untuk memuji MCA kerana berani mengambil tindakan dan mengakui kesilapan dan kesalahan lampau dengan tidak berlengah-lengah lagi untuk memperbaiki diri mereka secepat yang mungkin.

Sebagai sebuah parti yang begitu banyak pengalaman saya mula merasakan tanda-tanda yang menunjukkan MCA akan kembali pulih bagi meneruskan perjuangan parti itu yang jelas tertulis dalam perlembagaan parti itu.

Seperti juga manusia yang telah melakukan banyak kesalahan, mereka akan kembali diterima oleh agama dan Tuhannya setelah melalui proses pembersihan yang serius, iaitu proses bertaubat dan pembersihan diri.

Ubah Keputusan Pilihanraya: Akhbar Taiwan Gambarkan Najib Ahli Silap Mata

Posted: 10 May 2013 09:12 PM PDT


KELAB GREENBOC

Sebuah akhbar di Taiwan telah menggambarkan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai seorang ahli silap mata yang mampu mengubah keputusan pilihan raya.

Cukup memalukan. Seluruh dunia melihat dan mengetahui Malaysia melakukan penipuan dalam pilihan raya.

SPR tak ada lansung perasaan malukah dengan laporan penipuan yang telah tersebar di seluruh dunia itu?

Anehnya masih mendabik dada kononnya Daftar Pemilih SPR di antara yang terbersih, kata Pengerusinya walaupun terbukti di hari pilihanraya, begitu ramai nama bangla siap dengan Mykad datang mengundi.

Dua dalam insiden 'pengundi hantu' dihadap ke mahkamah

Posted: 10 May 2013 05:03 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Dua lelaki yang terlibat dalam menghalang  sebuah bas membawa warga asing yang mereka percaya hendak pergi mengundi dalam pilihan raya umum pada 5 Mei, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini.

NONEYap Kwee Heng, 37, dan Lim Siong Kuan, 32, didakwa pagi ini di
bawah Seksyen 148 atas tuduhan merusuh dan Seksyen 427 atas tuduhan merosakkan harta benda, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

"Yap dan Lim dibenarkan ikat jamin masing-masing RM5,000 dan RM2,000," kata Santiago ketika dihubungi.

Yap dan Lim mengesyaki terdapat "pengundi hantu" dalam bas yang mereka kesan mengelilingi kawasan Pandamaran pada pagi Ahad. Mereka dan tujuh yang lain kemudian cuba menghentikan bas tersebut.

NONEPolis kemudian datang dan mengiringi bas tersebut dan
penumpangnya ke balai polis Pandamaran, di mana penumpangnya didakwa telah disiasat.

Santiago berkata, beliau terus menghubungi Suruhanjaya Plihan Raya bagi menyelesaikan perkara itu tetapi diberitahu bahawa kejadian itu berlaku selepas masa pengundian berakhir pada jam 5 petang, dan pihak polis menganggapnya sebagai satu kesalahan jenayah.

"Tetapi perkara ini berlaku pada jam 4 petang... Jadi ia sebaliknya harus dilihat sebagai ancaman kepada kedaulatan negara," katanya.

DAP tolak bulat-bulat cadangan sertai BN

Posted: 10 May 2013 04:50 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
DAP menolak bulat-bulat cadangan supaya parti itu menyertai BN ekoran cadangan MCA untuk tidak meminta sebarang kedudukan dalam kabinet selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.

NONESetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu menghormati prinspip "satu orang, satu undi, satu nilai" dan tidak akan terjejas dengan taktik BN untuk memecahkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat.

"DAP tidak berminta menyertai BN demi kedudukan kerana jika kami mahukannya, kami sudah pasti lakukannya 40 tahun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun, DAP menolak menyertai BN dan memegang utuh cita-cita, prinsip dan dasar kesaksamaan, kebebasan dan Malaysia yang demokratik."

SPR anggap dakwaan Anwar pembohongan besar

Posted: 10 May 2013 04:48 PM PDT



 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap dakwaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia tidak melaksanakan apa-apa penambahbaikan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai satu pembohongan besar untuk mengelirukan rakyat serta fitnah semata-mata.
  
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan bagi pilihan raya umum Ahad lepas, termasuk menyediakan Daftar Pemilih terbersih yang pernah disediakan SPR.

Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 diwartakan melalui proses pembersihan terperinci dan semakan dalam talian dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), katanya.
  
"Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai 'identifier' (pengenal pasti) pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU13," katanya dalam kenyataan di ibunegara hari ini.
  
Menjelas lanjut, Abdul Aziz berkata melalui sistem pendaftaran itu, tiada ruang bagi warga asing sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.
  
Beliau menjelaskan melalui sistem pendaftaran itu, tiada sesiapa yang bukan warganegara sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India yang dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.

Selain itu, Abdul Aziz berkata Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 ialah sah, telah diwarta dan dimuktamadkan, sekali gus adalah mustahil untuk memasukkan nama-nama pengundi tambahan.
  
"Oleh demikian, dakwaan kononnya terdapat 40,000 warga Bangladesh yang dibawa masuk untuk mengundi dalam PRU13 adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan adalah muktamad," tegas Abdul Aziz.
  
Katanya SPR turut melaksanakan proses pengundian awal pada 30 April lepas, melibatkan 235,826 pengundi daripada kalangan polis dan tentera serta pasangan masing-masing bagi menggantikan proses pengundian pos.
  
"Selaras dengan tuntutan utama parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan, SPR turut memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada PRU13 sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelak cubaan mengundi dua kali mana-mana pihak," katanya.
  
Abdul Aziz berkata asas utama untuk menyemak identiti pengundi dan kaedah memastikan pengundi tidak mengundi lebih daripada sekali ialah senarai nama di dalam Daftar Pemilih yang diguna pakai di setiap saluran/tempat mengundi pada hari pengundian.
  
"Jika nama seseorang itu tidak terdapat dalam daftar pemilih atau namanya telah dipotong kerana telah mengundi, pengundi itu tidak akan dapat mengundi lebih dari sekali. Ini bermakna pengundian berganda tidak akan berlaku dalam proses pengundian di negara ini," katanya.
  
Dari segi tempoh berkempen pula, SPR melakukan penambahbaikan dengan memperuntuk tempoh 15 hari berkempen bermula 20 April hingga Ahad lepas, berbanding 13 hari pada PRU2008, katanya.
  
Abdul Aziz turut menjelaskan bahawa sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia berlandaskan kemenangan mengikut majoriti mudah dan kemenangan perwakilan mengikut kawasan.
  
Beliau berkata berasaskan sistem itu, yang diguna pakai di Malaysia sejak PRU pertama pada 1959, menetapkan parti yang berhak membentuk kerajaan bukan berasaskan jumlah undi popular yang diperoleh, sebaliknya jumlah kerusi parlimen yang dimenangi.
  
"Dalam konteks ini, walaupun parti pembangkang memperoleh jumlah besar undi iaitu sebanyak 5,623,984, mereka hanya memenangi 89 kerusi bahagian pilihan raya.
  
"Sebaliknya, Barisan Nasional (BN) memperoleh jumlah undi sebanyak 5,237,699, namun dari sudut jumlah bahagian pilihan raya, BN memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen dan berhak membentuk kerajaan di peringkat pusat," katanya.
  
"Sistem ini juga digunakan bagi menentukan parti yang berhak untuk menubuhkan kerajaan baik di peringkat pusat atau pun negeri, iaitu parti yang mendapat jumlah perwakilan (kerusi) terbanyak walaupun memperoleh majoriti satu kerusi berhak membentuk kerajaan," katanya sambil menambah sistem itu dikenali sebagai 'First Past The Post'.- Bernama

Tiada ulasan: