Jumaat, 10 Mei 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Wala' jangan tak wala' .....bila nak ambil tindakan kepada yang terang-terangan tidak wala'?

Posted: 10 May 2013 09:00 AM PDT

Umno lebih bertegas terhadap mana-mana ahlinya yang bertanding sebagai cal;on bebas dalam PRU-13 yang lalu dengan memcat keanggotaan mereka yang ingkar arahan parti tersebut.

Khabarnya, PAS Selangor akan mengantar laporan kepada PAS Pusat supaya mengambil tidakan keatas calon PAS Ridzual Ismail dan penyokongnya kerana gagal mengikut arahan supaya menarik diri bertanding di Dun Damansara.

Belum kedengaran apa-apa keputusan mengenainya telah diambil. Entah bila, kita bersabarlah, kena wala' ....

PJ PAS Penang, Datuk Saleh Man, jangan sibuk perasan nak jadi exco. Tolong ambil tindakan sama sebagaimana PAS Selangor , keatas calon PAS, Mohd Yusni Bin Mat Piah yang ingkar arahan parti supaya menarik diri di Sungai Acheh. 

Mohd Yusni yang ingkar arahan parti, telah nguyup dan hilang deposit ! 


N21 SUNGAI ACHEH 
Jumlah Pengundi: 15,559 
Mahmud Bin Zakaria (BN) - 6,891 
Mohd Yusni Bin Mat Piah (PAS) - 690 (HD) 
Badrul Hisham Bin Shaharin (PKR) - 6,083 
MAJORITI: 808 Jumlah Undi: 13,881 | 
Peratus mengundi: 89.22% | Undi Rosak: 217 

Mana perginya Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi ?

Posted: 10 May 2013 05:13 AM PDT

Ada sesiapa boleh kasi tau ke mana perginya Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi, yang baru menang di Parlimen Temerloh? 

Beberapa NGO mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya bagi menyerahkan memorandum menuntut agar pengerusi suruhanjaya itu, meletak jawatan berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13. 

Perhimpunan yang bermula pada jam 2.30 petang itu dihadiri kira-kira 50 orang yang diketuai oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang. Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard. 

Dua lagi NGO ialah Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). Baca lagi di sini

PAS dan DAP tidak pernah mengimpikan Azmin Ali sebagai MB Selangor

Posted: 09 May 2013 11:53 PM PDT

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan sekutu yang sewaktu dengannya perlu menyedari bahawa kerusi MB Selangor bukan hak milik PKR. 

Pakatan Rakyat tiada pernah ada perjanjian sedemikian untuk itu.

Mengikut amalan demokrasi, PAS adalah berhak menuntut kerusi MB tersebut kerana mempunyai kerusi DUN yang lebih daripada sekutu-sekutunya DAP dan PKR, tetapi ia tidak mendambakan jawatan tertinggi kerajaan negeri itu. 

Timbalan Pengerusi PAS Selangor, Khalid Samad, memberitahu bahawa beliau telah menerima surat daripada Presiden PAS, Datuk Hadi Awang dua hari lepas (7 Mei) menyokong Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. 

Bercakap kepada pemberita kemudian, Khalid Samad berkata surat daripada Hadi sebenarnya ditujukan kepada Sultan Selangor dan Abdul Rani telah ditugaskan untuk menyerahkannya. 

Azmin perlu akur bahawa tidak timbul amalan nepotisme dalam perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kerana PAS dan DAP telah menyatakan persetujuan masing-masing. 

Apa yang Azmin perlu sedari ialah bahawa , PAS dan DAP tidak pernah mengimpikan Azmin Ali sebagai MB Selangor.

Hamidah yang samseng itu pun tersipu-sipu melihatnya ....

Posted: 09 May 2013 05:00 PM PDT


Bangunan akhbar Harian Rakyat di Beijing yang baru sedang dalam pembinaan dan mempunyai bahagian atas yang membuatkan rakyat negara itu tersipu-sipu malu mengenainya…

Menara megah berdiri di 150 meter dan akan digunakan untuk menempatkan akhbar harian Rakyat negara itu, suara rasmi parti pemerintah China. 

Pihak berkuasa China telah menyekat orang yang mencari gambar-gambar bangunan akhbar rasmi Parti Komunis tersebut  -



EEeeee....

















- kerana ia kelihatan seperti zakar yang besar

Tiada ulasan: