Jumaat, 10 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Sah, Menteri Besar Selangor Ialah...

Posted: 10 May 2013 07:35 AM PDT


Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua. 

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu' dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.



Sekian, terima kasih.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT


P/s: Tahniah Tan Sri, semoga dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang.





Mat Sabu Dedah Punca Tewas dalam PRU13

Posted: 10 May 2013 04:00 AM PDT



[HD] KUALA LUMPUR: "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," kata Haji Mohamad Sabu menceritakan bagaimana beliau boleh kalah dalam pilihan raya ini.

Ekoran itu, beliau yakin, modus operandi Terengganu 2004 digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya kali ini.

Dalam pilihan raya 2004, kerajaan negeri Terengganu di bawah PAS berjaya dijatuhkan selepas satu penggal memerintah.

Puncanya adalah kenaikan mendadak peratusan keluar mengundi sehingga 90 peratus untuk sesetengah DUN dan kawasan Parlimen.

Mohamad Sabu berkata, beliau kalah dengan besar di DUN Sungai Tiang iaitu di kawasan orang Thai.

"Saya kalah dengan undi orang Thai kali ini. Saya mengesyaki mereka diberikan kad pengenalan untuk mengundi atau penggunaan kad pengenalan palsu. Sebab itulah jumlah keluar mengundi di kawasan mereka meningkat kepada 99 peratus," kata Mohamad.

Dalam pilihan raya ini, Mohamad kalah di Parlimen Pendang dengan majoriti 2,638 undi. Beliau tewas di tangan calon BN Datuk Othman Abdul.

Walaupun menang di DUN Tokai dengan majoriti 5,833 undi, calon PAS tewas dengan majoriti 6, 994 undi di DUN Sungai Tiang.

Di Sungai Tiang, ramai pengundi Siam yang tinggal dan mengundi di sini.

Mohamad yakin, banyak kad pengenalan palsu di keluarkan untuk mengalahkan beliau kali ini.

Peratusan keluar mengundi di Sungai Tiang adalah 89.31 peratus, satu angka yang sangat besar dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini.


Mari Lihat Undi yang Membolehkan BN Tadbir Perak...

Posted: 10 May 2013 02:07 AM PDT


N.23 : Manjoi
Mohamad Ziad Mohamed (BN) - 21,511
Asmuni Awi (Pas) - 21, 379
Majoriti - 132

N.35 : Manong
Mohamad Kamil Shafie (BN) - 7,405
Jamil Dzulkarnain (Pas) - 7,174
Majoriti - 231

N.20 : Lubuk Merbau
Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN) - 6,261
Mohd Zainudin Mohd Yusof (Pas) - 6,208
Majoriti - 53

N.16 : Kamunting
Datuk Mohammad Zahir Abd Khalid (BN) - 11,784
Mohamad Fakhruddin Abdul Aziz (Pas) - 10,897
Majoriti - 887

N.51 Pasir Panjang
Rashidi Ibrahim (BN) - 15,153
Rohawati Abidin (Pas) - 14,849
Vijayan Subramaniam (Bebas) - 245
Majoriti - 304

N.05 : Selama
Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN) - 6,854
Mohd Akmal Kamarudin (Pas) - 6,235
Majoriti - 619

(Kredit: Cenangau)


Rasanya banyak pembaca DCM yang mengetahui bahawa PR meraih undi popular di Perak, tetapi magik PRU13, memastikan BN terus mengekalkan kuasa di negeri itu.

Keputusan PRU kali ini di kebanyakan negeri memang meragukan tatkala sokongan rakyat terhadap PR kini memuncak. 

Justeru, tindakan PR Perak membuat petisyen amat-amat dialu-alukan walaupun banyak pihak yang dapat meneka hasilnya nanti. Kalau dahulu mahkamah digunakan untuk merampas Perak daripada PR, apakah kali ini mahkamah akan membenarkan PR merampas Perak semula daripada BN jika terbukti terdapat penipuan semasa PRU13?


[HD] KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Perak akan mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.

Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama. 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.

Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.

Nizar memberitahu perkara itu ketika berucap di majlis munajat kesyukuran HALWA Bukit Gantang di Markaz Pas Kawasan Bukit Gantang semalam.

Turut hadir pada majlis itu Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang Abdul Rahim Ismail.

Pada PRU13 lalu, BN menang 31 kerusi Dun Perak manakala Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi.


Marilah sama-sama kita berdoa semoga keadilan dapat ditegakkan, penipuan dan kezaliman dapat dibongkarkan dan mereka yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang.





[Video] Azmin NAFI Keluar PKR, Tetapi...

Posted: 10 May 2013 12:00 AM PDT


...isunya tetap fasal MB Selangor. 

Jadi, perkara yang sedang berlegar-legar sebelum ini dan ketika ini ada kebenarannya. 

Kalau Tan Sri Khalid bagi Azmin tidak layak menerajui Selangor, siapa ADUN PKR di Selangor yang layak, mempunyai pengalaman, rekod kerja, kemampuan, ketokohan sehebat atau lebih hebat daripada Tan Sri Khalid?

Realitinya, ADUN PKR bukan lagi dominan dalam DUN Selangor. Oleh itu, terimalah kehendak majoriti yang mahu Tan Sri Khalid memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun lagi. Presiden PAS pun sudah menghantar surat sokongan, malah pemimpin PAS dan DAP pun secara terbuka memberikan sokongan lisan terhadap pelantikan semula Tan Sri Khalid. Oleh itu, tidak timbul isu tidak telus, nepostisme atau kronisme dalam pelantikan semula Tan Sri Khalid Ibrahim. Perbaikilah kelemahannya jika ada, bukannya melondehkan kelemahannya di media tanpa kehadirannya untuk membela diri.

Seperkara lagi, kalau betul mahu menegur parti atau pemimpin, salurannya bukan di Twitter ataupun sidang media. Orang yang tidak cerdik politik pun tahu implikasinya jika ahli politik menggunakan media untuk menegur parti atau pemimpin, merajuk, dan seumpamanya.


Walau apa-apapun, TM rasa ada baiknya untuk berkongsi kata-kata Tan Sri Khalid yang berucap dalam Majlis Kesyukuran PR di Dataran Shah Alam, 9 Mei lalu.

"Ada orang kata saya kedekut, yaa!!..memang saya kedekut,sebab itu bukan duit saya,itu duit dan hak rakyat, berdosa besar jika saya salah guna duit rakyat, saya tak boleh beli syurga dengan duit..Saya akui tak berapa pandai berpolitik,tetapi saya pandai berniaga dan cari duit untuk kerajaan negeri Selangor.."

- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

(Majlis Kesyukuran PR di Dataran Shah Alam,9 Mei 2013)


Berita tentang sidang media di atas boleh dibaca di sini. Isu-isu berkaitan di sini, di sini. -DCM



P/s: Alahai pemimpin PKR, jangan sampai rakyat menyampah dengan anda semua!

Tamatkanlah isu ini daripada terus menjadi polemik yang memalukan PR tidak ubah seperti yang berlaku di Terengganu suatu ketika dahulu.





[PANAS] Dewan Ulama PAS Minta Pemimpin PR Terima Keputusan PRU13, Terima Penipuan PRU13?

Posted: 09 May 2013 08:09 PM PDT

Tajuk berita BH ini amat mengelirukan. Bukan PAS yang membantah perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13 tetapi hanya Harun Taib dan mungkin DUP. Jangan lupa Haji Hadi turut berucap dalam perhimpunan di Rusila pada malam Anwar Ibrahim dan pemimpin PR yang lain berada di Stadium Kelana Jaya, malah Abang Mat Sabu dan pimpinan PAS yang lain akan terlibat dalam perhimpunan yang akan datang.

TM tidak mahu komen lebih-lebih kerana tokoh PAS ini juga tidak mesra Anwar Ibrahim, malah pernah dikaitkan dengan agenda kerajaan perpaduaang. Namun, Harun Taib dan DUP tidak boleh menghalang rakyat menuntut penjelasan pihak yang bertanggungjawab terhadap salah laku dan penipuan yang berlaku dalam PRU13. 

Islam sendiri menuntut umatnya  mencari kebenaran selagi usaha yang dibuat tidak menyalahi undang-undang. Perhimpunan rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap usaha pemimpin PR mencari kebenaran dan menolak penipuan diadakan dalam suasana yang aman dan harmoni. Malah perhimpunan ini berjaya menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa dan agama.  


Hakikatnya, rakyat Malaysia yang menyokong PR boleh menerima kekalahan, tetapi ratusan ribu, malah jutaan penyokong PR tidak dapat menerima penipuan yang didakwa dilakukan secara berleluasa semasa PRU13. Penipuan ini merampas hak mereka untuk membentuk kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan amanah. Antara laporan tentang dakwaan penipuan itu boleh dibaca di sini, di sini, di sini,  di sini, dan di sini.

Dalam hal ini, TM bersetuju dengan pandangan Ustaz Zaharuddin yang dinyatakan pada status FBnya.



Kalau ada pemimpin PR yang mahu menerima keputusan PRU13 dengan berlapang dada, silakan, tetapi janganlah memaksa rakyat yang kini terdedah dengan pelbagai maklumat mengikut jejak mereka. Rakyat berhak mendapatkan penjelasan dan menuntut kebenaran jika PRU13 ini benar-benar dicemari pelbagai penipuan. -DCM


P/s: Selain perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13 (Black505), pimpinan PR telah melantik Rafizi untuk mengetuai kumpulan yang akan membongkarkan segala macam penipuan yang didakwa berlaku dalam PRU13. Klik sini. 




Selepas Tauke Lembu, Rafizi Kejar Pihak yang Menipu dalam PRU13

Posted: 09 May 2013 07:30 PM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli yang terkenal sebagai pembongkar kepada skandal 'cow gate' membabitkan pemimpin negara, kini bakal memburu pula pihak yang menipu dalam pilihan raya.

Ahli Parlimen Pandan itu, yang juga dilantik sebagai ketua kumpulan siasatan penipuan PRU13, berkata beliau akan memastikan segala penipuan dalam PRU13 lalu dibongkarkan kepada seluruh rakyat negara ini.

"Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia," katanya pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya kelmarin.

Menurut Rafizi, pembongkaran penipuan itu sangat penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.

"Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya," katanya lagi.

Pengarah Strategi PKR itu juga berkata segala bukti penipuan PRU13 itu akan dikumpul untuk bantahan melalui mahkamah dan dalam Parlimen.



Berkaitan:

Pakatan bawa penipuan PRU 13 ke mahkamah – Rafizi

[KD] KELANA JAYA 9 MEI: Pakatan Rakyat meneruskan penolakan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang sarat dengan penipuan dan keraguan ke mahkamah, demi menyelamatkan hak dan masa depan rakyat Malaysia yang lebih terjamin.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, keputusan itu penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.

"Kita tidak mahu apabila kita terima keputusan PRU lepas, SPR dan kerajaan anggap rakyat tidak kisah dengan penipuan yang berlaku. Jadi kita putuskan untuk tolak keputusan ini dan akan bantah melalui mahkamah dan dalam Parlimen.

"Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia.

"Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya," kata Ahli Parlimen Pandan itu pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

Rafizi turut menolak sentimen perkauman yang dimainkan Umno BN apabila gagal memenangi undi dari kaum Cina.

"Saya orang Melayu dan di hadapan saya ini ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Dusun.

"Saya tidak akan berdiam diri jika Cina diancam dan bukan sahaja saya, malah seluruh rakyat Malaysia yang mahukan keamanan akan bangkit mempertahankan sahabat mereka dari bangsa dan agama lain," kata Rafizi.



Warga Pakistan & Myanmar Didakwa Cuba Mengundi Ditahan

Posted: 09 May 2013 05:40 PM PDT



[Selangorku] PETALING JAYA 8 MEI : Petugas pilihanraya Pakatan Rakyat yang ditemui di himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" semalam menceritakan bagaimana mereka menahan warga asing yang cuba menggunakan kad pengenalan palsu untuk mengundi pada PRU 13.

Seorang daripada petugas tersebut Tan Ooi Ngak mendakwa beliau dan petugas lain di pusat mengundi SK Taman Ria di DUN Bukit Selambau, Kedah berjaya mengesan warga Pakistan yang cuba membuang undi.

Tan, yang merupakan seorang petugas jentera tempat mengundi, berkata, warga Pakistan itu ditahan selepas tengahari ketika dia menghampiri pusat mengundi.

"Pemeriksaan mendapati dia adalah warga Pakistan. Dia diarahkan meninggalkan tempat mengundi dengan segera," katanya ketika ditemui di Himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" pada Stadium Kelana Jaya di sini malam ini.


Tan mendedahkan perkara itu sambil menunjukkan gambar warga Pakistan berkenaan.

Manakala petugas Pas Johor Tajuddin Mohamad mendakwa beliau dan petugas lain berjaya menghalang warga Myanmar daripada membuang undi di SK Kluang Barat, Kluang di dalam DUN Mahkota pada kira-kira 4 ptg.

"Bila diperiksa dia menunjukkan MyKad tetapi bila disuruh menyanyi Negaraku, dia gagal. Kita memberi amaran dan mengarahkan dia beredar dari situ," kata Tajuddin.

Di samping itu, Tajuddin juga berkata proses kiraan undi di Dewan Sultan Ibrahim Shah pada petang itu amat mencurigakan apabila pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melambatkan pengumuman keputusan.

Beliau berkata pengiraan undi mendapati calon PR, Khairul Faizi memenangi DUN tersebut dengan majoriti lebih 900 undi.

Bagaimanapun, dakwanya, pengumuman pemenang yang sepatutnya dibuat, ditangguhkan dan petugas SPR mengumumkan masih terdapat undi pos yang belum dibawa masuk.

"Penangguhan hampir dua jam melibatkan pengiraan undi selesai lewat hingga hampir jam 1 pagi.

"Kita mempersoalkan perkara itu kerana ia terlalu lama seolah-olah menafikan kemenangan calon PR," katanya ketika ditemui di Stadium Petaling Jaya di sini malam ini.

Dakwaan mereka adalah antara beberapa siri pendedahan mengenai insiden-insiden yang mencurigakan semasa hari pengundian yang menyebabkan Pakatan mempersoal kesahihan keputusan PRU 13.

Himpunan malam tadi dihadiri kira-kira 50,000 peserta dan pemimpin Pakatan bagi membantah penipuan yang didakwa berleluasa di dalam PRU 13 5 Mei lalu.

Tiada ulasan: