Jumaat, 10 Mei 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Jom pakat boikot CELCOM....Kerjasama celcom dan UMNO-BN ...no telefon salahudin ayub di klon untuk sebarkan SMS berbaur hasutan....!!!

Posted: 10 May 2013 08:21 AM PDT

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kesal apabila nombor telefon bimbit peribadinya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur hasutan dan perkauman.

Mesej itu yang berbunyi "Cina telah cuba tolak kuasa Melayu tetapi gagal, 'Chinese are not the king maker!' sekarang masa Melayu bersatu untuk ajar Cina", dipercayai telah disebarkan tanpa pengetahuan beliau.

Katanya, beliau hanya mengetahui kewujudan SMS itu setelah beberapa pihak memberitahunya menerima mesej berbaur perkauman itu daripada beliau.

"Dari jam 8 malam tadi hingga 12 tengah malam, ada pihak salah guna nombor telefon mudah alih saya iaitu 013-727 8292 untuk hantar SMS mesej berbaur hasutan dan perkauman.

"Perbuatan tak bertanggungjawab itu telah cemarkan nama baik saya dan cuba bunuh karier, ia juga menanam kebencian orang Cina terhadap saya," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Salahuddin yang tewas di kerusi Parlime Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nusajaya, Johor berkata, beliau telah melanggan nombor itu dari talian syarikat telco Celcom sejak 1995 terkejut dan kecewa apabila nombornya telah disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Selain Salahuddin, turut menjadi mangsa penyalahgunaan nombor telefon bimbit itu ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pada awal pagi tadi.

Menurutnya, sebaik sahaja beliau menerima maklum balas penerima SMS itu, beliau segera membuat laporan polis pada jam 12 tengah malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu.

Kira-kira jam 9 pagi tadi, beliau dipanggil untuk diambil keterangan hampir 30 minit oleh pegawai penyiasat, Inspektor Zamzari di pejabat polis yang sama.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengemukakan saman terhadap syarikat telco terbabit susulan nombor telefon bimbit beliau telah diklon tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun beliau mahu pihak Celcom terlebih dahulu tampil memberikan kenyataan rasmi bagaimana nombor itu boleh digunakan oleh pihak ketiga secara sewenang-wenangnya.

"Saya minta Celcom tampil buat kenyataan rasmi bagaimana nombor saya sebagai pelanggan setia sejak 1995 sampai sekarang boleh diklon dan digunakan untuk kirim SMS berniat jahat," dakwanya.

Tegasnya, sekiranya Celcom gagal berbuat demikian atau kenyataan rasmi syarikat telco itu tidak memuaskan hatinya, beliau tidak teragak-agak untuk mengeluarkan arahan kepada semua ahli Pas supaya menghentikan langganan serta-merta. "Saya ingin nasihatkan Celcom, ahli Pas ada 1.2 juta orang, saya boleh buat arahan sekiranya Celcom tak buat kenyataan yang boleh yakinkan, saya akan minta ahli Pas hentikan langganan Celcom.

"Suruhanjaya Multimedia maklumkan pada saya, tindakan itu bukan sebarangan orang boleh akses nombor saya atau klon dengan niat jahat.

"Saya bimbang mungkin selepas ini akan ada tersebar pula SMS berunsur lucah dihantar kepada golongan wanita bertujuan burukkan nama baik saya," katanya.

Salahuddin percaya tindakan itu mempunyai kaitan dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Johor di mana hampir semua kawasan mempunyai majoriti yang rendah berbanding 2008.

Ini dikuatkan lagi apabila Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi Dun Johor kepada 18 kerusi pembangkang, 13 kerusi daripada DAP, 1 PKR dan 4 Pas.

 

 

penyapu sial

 


jangan lupa celcom adalah syarikat kroni UMNO-BN...tanpa kerjasama kedua dua belah pihak , isu ini tidak mungkin berlaku...tak kan orang luar boleh sesenang akses no untuk di klonkan....melainkan orang dalam itu sendiri yang ada kebebasan melakukan dengan kerjasama UMNO-BN

negara kuku besi...perhimpunan di tempat tertutup oleh pakatan rakyat perlukan permit ke..???...kalau macam itu baik buat perhimpunan di jalanraya....baru padan muka UMNO-BN....!!!!

Posted: 10 May 2013 07:52 AM PDT

negara kuku besi ....peserta perhimpunan aman pun boleh di sumbat di  sebalik  tabir besi....

Polis Perak  mengesahkan bahawa tiada permit dikeluarkan untuk ceramah anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang turut dihadiri Penasihat DAP Lim Kit Siang di Dewan Chin Woo di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata polis tidak menerima sebarang notis daripada penganjur untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

“Tindakan ini menyalahi undang-undang. Polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.

Polis turut menerima maklumat mengenai perhimpunan anjuran pembangkang yang akan diadakan Ahad ini, namun setakat ini tiada permohonan permit yang diterima, katanya.

Beliau berkata penganjur seharusnya memberi notis mengadakan pehimpunan kepada Ketua Polis Daerah sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perhimpunan diadakan, selaras dengan peruntukan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman.

Paramasivam berkata penganjur yang gagal mematuhi peratutan tersebut boleh didenda sehingga RM10,000 jika disabit kesalahan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam.

Beliau menyeru orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan yang dirancang oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya ke-13, di bandaraya Ipoh.

“Sesiapa yang menyertai atau menjadi seorang daripada anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang, boleh diambil tindakan di bawah kanun keseksaan dan undang-undang yang berkaitan,” katanya.

Katanya orang ramai juga jangan terpedaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengajak mereka untuk datang berkumpul.

“Orang ramai perlu berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan dan jangan bertindak mengikut emosi,” katanya. — Bernama

 

 

penyapu sial

 

 

memang sial bila polis ikut telunjuk UMNO....berhimpun dengan aman pun salah baik alang alang merusuh terus....!!!

inilah bila di beri kuasa tapi guna kuasa guna otak sebelah...tak boleh beza perhimpunan aman dan yang boleh menjejas keselamatan.

kalau ingkar undang undang manusia ciptaan penjajah tak masuk neraka pun...apalah sangat undang undang manusia yang tiada bezanya dengan undang undang rimba...!!!

ubatnya vote out UMNO-BN dan anjing anjing polisnya...!!!!

Tiada ulasan: