Addin |
- LIVE!! Perhimpunan Tolak Penipuan PRU 13 di Stadium Kelana Jaya
- Sebab-Sebab PAS Berkawan Dengan DAP Terbongkar
- Gambar Blogger King Jason Di Tahan Di IPD Dang Wangi Tersebar
- Penjelasan Husam Musa Berkenaan Isu Tidak Di Pilih Exco
LIVE!! Perhimpunan Tolak Penipuan PRU 13 di Stadium Kelana Jaya Posted: 08 May 2013 09:58 AM PDT KUALA LUMPUR 8 MEI: Program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13 yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya malam ini boleh diikuti secara langsung. Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap pada program yang diatur berikutan pelbagai bentuk penipuan regim Umno BN hingga menafikan keputusan rakyat. Program dijadual bermula jam 8.30 malam tetapi ramai penyokong Pakatan Rakyat sudah tiba di lokasi berkenaan. Saksikanlah live video streaming.. |
Sebab-Sebab PAS Berkawan Dengan DAP Terbongkar Posted: 08 May 2013 06:01 AM PDT Ini betul punya cerita DAP, sebab tu PAS lebih selesa dengan DAP dan fobia dengan Umno. Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini: 1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat. 2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam. 3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa? (malah UMNO pernah berbunuhan sesama sendiri rebut jawatan.. Kes Mokhtar Hashim & Dato Taha adalah buktinya - GB) 4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan. 5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri. 6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian. 7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja.Ini angkara siapa? 8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI? 9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu. 10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS. 11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/ BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung 12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula? 13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC.PAS menentang dasar berjuang atas nama perkauman atau Assobiyyah. 14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/ BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya. 15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .... 16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia. Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. |
Gambar Blogger King Jason Di Tahan Di IPD Dang Wangi Tersebar Posted: 08 May 2013 03:33 AM PDT Blogger Pro Pakatan Rakyat, King Jason Ori kini masih lagi ditahan oleh pihak polis. Gambar diatas adalah wajah beliau ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi. Dia (King Jason) dipercayai ditahan kononnya memberi komen berbaur hasutan dan membangkitkan kebencian orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan PDRM. Polis menahan beliau di Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, Klang tengahari semalam. Sementara itu difahamkan Peguam Latheefa Koya, jurucakap Lawyers For Liberty (LFL) akan berusaha untuk menolog blogger terbabit. Beliau dipercayai mewakili Pakatan Rakyat daam hal ini. King Jason Ori adaah salah seorang blogger yang telah banyak membuat pendedahan, pembongkaran dan beragai-bagai lagi penyelewengan yang melibatkan kerajaan UMNO BN sejak sekian lama. Malah, namanya amat digeruni di laman sembang sosial facebook dengan posting panas. Namun, akhirnya beliau ditangkap oleh pihak polis yang dipercayai mendapat maklumat tentang beliau menerusi spy-spy mereka yang menyamar sebagai blogger dan facabooker pro rakyat mutakhir ini. Apapun, kami doakan semoga beliau beroleh kesejahteraan dan berada di dalam keadaan selamat hendaknya. Siapakah mangsa operasi polis seterusnya? |
Penjelasan Husam Musa Berkenaan Isu Tidak Di Pilih Exco Posted: 07 May 2013 10:44 PM PDT Laporan PC Dato' Haji Husam Musa jam 7 malam tadi di rumah beliau. Dimulakan dengan kata-kata Khalid Al-walid selepas digantikan dengan Ubaidah Al-jarrah sejurus pelantikan Umar sebagai Khalifah:"Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar" dan kekuatan akidah Abu Bakar bila Nabi wafat: jika kamu beriman dengan Muhammad, ketahuilah bahawa Muhammad telah wafat, jika kamu beriman dengan Allah, Dia takkan mati".Minta semua penyokong bersabar dan bertenang. Kenyataan Media ni dibuat bagi meredakan pertanyaan seluruh negara. Saya x tau pasal konspirasi kerana kita orang Islam, pejuang Islam ni, kita ada usrah, usrah ni maknanya family gathering, family union.Kita ada doa usrah yang diasaskan oleh Hasan Al Banna di mana satu sama lain adalah rakan.Kita adalah teman satu sama lain. Mana-mana teman yang jatuh, teman yang lain tolong angkatkan.Mana-mana teman yang lemah, teman yang lain dikuatkan dan asas persaudaraan itu telah saya terima. Saya tidur satu selimut dengan semua teman-teman saya dan saya tidak pernah fikir ada teman-teman saya yang boleh gunting selimut tersebut. Dato' Husam bertegas tidak ada sebarang konspirasi disebaliknya hanya memberikan peluang kepada muka baru untuk perform dan berkhidmat. Dato' Husam bagi jaminan yang tidak akan benarkan UMNO mengambil kesempatan atas insiden yang berlaku. Harapan akhir Dato Husam agar EXCO baru akan dapat perform lebih baik dan Projek Lebuhraya Rakyat, Stadium dan Tuntutan Hak Royalti Negeri Kelantan dapat diteruskan. ~pc Lihat video di sini. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan