AdukaTaruna |
Posted: 21 May 2013 05:50 AM PDT 1. Kabinet Kelantan dibentuk sebelum ayam berkokok? Sabar. Jangan gopoh. 2. Kabinet Kelantan bukan dibentuk oleh Parti Islam SeMalaysia atau rakyat Kelantan. Tetapi seorang Seltan dan keluarganya. Ini bermakna rakyat Kelantan terpaksa melalui kabinet kaum keluarga sepanjang 5 tahun. 3. Kerusi Temerloh dan Pasir Mas atas kapasiti Jawatan Ketua Pemuda PAS dan Timbalan Pemuda PAS. 2 jawatan itu pula dimenangi oleh Tantawi dan Nik Abduh tanpa bertanding. Menggunakan istilah Islam iaitu syura. Istilah profesionalnya ialah rundingan sesama sendiri untuk mengagihkan jawatan sesama sendiri dengan mengkhianati perlembagaan parti iaitu hak perwakilan untuk mengundi pemimpin mereka sendiri. (Dibetulkan pembaca. Nik Abduh bertanding.) 4. Individu yang menganjurkan teori jalan raya untuk mengubah negara, bukan pilihanraya; dikatakan sudah melarikan diri selepas Adam Adli ditahan polis. Lari keluar negara untuk mengubah negara adalah teori terbaru dari beliau! |
You are subscribed to email updates from ADUKATARUNA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan