Selasa, 21 Mei 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


siapa putar belit...zahid anda perlu cakap yang benar...utusan putar belit anda buat buat tak tau...bila portal lain lapor yang benar ..kamu rasa malu kamu kata mereka putar belit kenyataan anda....anda sebenarnya bermain api...!!!!..

Posted: 20 May 2013 06:11 PM PDT

Menteri   samseng Dalam Negeri  Ahmad Zahid Hamidi  semalam  memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini supaya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan berita.

Beliau berkata portal berita itu perlu berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi.

“Anda (wartawan Malaysiakini) selalu putar belitkan kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok.

“Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya. Anda selalu putar belit.

“Tolong cuba menulis mengikut etika kewartawanan okay?,” katanya kepada wartawan portal itu pada sidang media sempena hari pertama beliau bertugas di kementerian itu, di sini hari ini.

Ahmad Zahid juga menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berhijrah ke negara di mana mereka boleh mempraktikkan kepercayaan politik mereka, yang menurutnya telah disalah tafsir.

“Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya,” katanya dengan nada serius. — Bernama

 

 

penyapu sial

 

 

zahid ...zahid.....utusan tulis berita tu ikut etika kewartawanan ke...cakap ikut sedap mulut ajer...kuman seberang laut nampak bapak gajah depan mata pun buat buat tak nampak...jenis manusia gila kuasa awak ni...baru pegang jawatan menteri dalam negeri dah sibuk nak mengugut orang lain...jaga mulut anda...nanti jangan sampai rakyat cilikan mulut anda...

kemenangan PRU 13 di curi UMNO-BN.....TRIBUNAL RAKYAT perlu di tubuhkan untuk menyiasat penipuan yang di lakukan SPR

Posted: 20 May 2013 05:48 PM PDT

Walaupun “Tribunal Rakyat” yang ditubuhkan  mungkin tiada kuasa perundangan tetapi menjadi “kuasa moral” untuk mendedahkan penipuan pilihan raya..

Usaha  perlu di teruskan untuk menubuhkan tribunal  berkenaan , walaupun mendapat kritikan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Memang benar ia tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang atau statut. Itulah sebabnya ia dipanggil Tribunal Rakyat..

Ia akan menjadi satu tribunal untuk mengumpulkan bukti dan apa yang kita ada ialah kekuatan moral untuk membuktikan penipuan yang kita dedahkan. Itu adalah matlamat utama, mengumpul bukti..

Pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Bersih 2.0 mengumumkan rancangan untuk menubuhkan tribunal bagi menyiasat beratus-ratus laporan penipuan yang didakwa berlaku semasa pilihan raya.

Gabungan lebih 80 badan bukan kerajaan tersebut menegaskan faktor utama keputusan pilihan raya yang menyebelahi Barisan Nasional (BN) adalah kerana penyelewengan, serta tidak akan mengiiktiraf keputusan tersebut sehingga mereka mengenalpasti ke semua tuduhan penipuan.

Selepas PRU13, BN terus mengekalkan pemerintahan mereka sejak negara Merdeka pada 1957 tetapi dengan majoriti lebih kecil di Parlimen.

BN mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat 112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) enggan menerima kekalahan tersebut, sebaliknya mempertahankannya dengan kemenangan undi popular sebanyak 51 peratus berbanding BN 48 peratus — keputusan sama yang diperoleh pemerintah pada 1969 selepas kehilangan undi popular.

PR juga akan memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan di dalam 27 kerusi Parlimen di mana BN menang dengan majoriti kecil, yang didakwa mereka hasil penipuan semasa pilihan raya.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli juga telah berkata aduan yang sama akan dibawa ke dalam “Tribunal Rakyat” Bersih 2.0, di mana bukti yang akan dibawa PR akan dilihat dengan lebih serius berbanding undang-undang dalam mahkamah.

Tribunal itu akan dipengerusikan oleh panel lima anggota, yang akan terdiri daripada individu yang mempunyai reputasi baik dan bukan ahli mana-mana parti politik ataupun daripada kumpulan Bersih 2.0 sendiri.

Panel tersebut akan mengeluarkan rangka untuk mereka menjalankan siasatan, selain membuat keputusan mengenai terma rujukan yang sesuai, sebelum memulakan sebarang sesi pendengaran.

Penubuhan tribunal itu mengambil masa lama daripada yang dirancang kerana kerumitan skop siasatan, serta pemilihan ahli-ahli panel.

Asalnya mahu ia dilakukan pada bulan Jun tetapi ia kelihatan mustahil pada ketika ini. Panel itu   akan di umumkan dalam masa dua atau tiga minggu.

Tetapi apabila panel memulakan pendengaran mereka, ia terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan mereka..

Walaupun tedapat bantahan besar ke atas pengendalian PRU13, SPR menegaskan mereka telah menjalankan pilihan raya secara adil dan berjaya, serta memberikan jumlah tinggi yang keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus sebagai bukti keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.

“Kami telah berjaya menjalankan pilihan, sebanyak 85 peratus pengundi keluar... kami telah jalankan tugas dengan baik berdasarkan jumlah keluar mengundi,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar minggu lepas.

PR telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan PRU13, malah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemenangan PR telah dicuri.

Tiada ulasan: