Addin |
- LIVE! Himpunan Black 505 di Kota Sarang Semut, Kedah..
- Gambar TKM 1 Pulau Pinang Beri Tazkirah Tersebar
- Gaji Taib Mahmud Naik Dari RM13,000 Kepada RM39,000
- Tiada Kerajaan Minoriti Yang Bertahan Lama
- Pengerusi SPR.. Mai Sini Kejap!!
- Koleksi Projek-Projek Runtuh Di Terengganu.. Saksikanlah!!
- Papagomo Sudah Kecut..
- Ini Penjelasan Air Asia Berkenaan Isu Halang Naik Pesawat
- Tragedi Runtuh Berulang Di Terengganu, Kini Di Masjid Pulak
- Sejak PRU 12, BN Gagal Penuhi Harapan Tinggi Rakyat - Raja Muda Perak
- Nik Nazmi, ADUN Seri Setia Mungkin Kehilangan Kerusi DUN
LIVE! Himpunan Black 505 di Kota Sarang Semut, Kedah.. Posted: 21 May 2013 09:00 AM PDT Himpunan Black 505, peringkat negeri Kedah malam ini yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut. Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Ia akan disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar. Turut serta, seluruh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan Perlis. Saksikanlah!!.. Streaming by Ustream |
Gambar TKM 1 Pulau Pinang Beri Tazkirah Tersebar Posted: 21 May 2013 07:09 AM PDT Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menyampaikan tazkirah... Alhamdulillah... Syukur kepada Allah swt... Bumi Pulau Pinang menerima angin perubahan baru apabila menerima seorang Timbalan Ketua Menteri yang soleh dan berilmu... |
Gaji Taib Mahmud Naik Dari RM13,000 Kepada RM39,000 Posted: 21 May 2013 06:42 AM PDT KUCHING, 21 Mei — Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik. Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000. Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. "Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya. Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. ~bernama |
Tiada Kerajaan Minoriti Yang Bertahan Lama Posted: 21 May 2013 06:21 AM PDT Apa yang hendak dihairankan jika ramai rakyat samada melalui parti-parti pembangkang atau NGO-NGO atau orang persaorangan mempersoalkan hal kepimpinan dalam kerajaan minoriti yang ada pada hari ini? Di mana-mana negara pun jika kerajaannya dipimpin oleh kerajaan minoriti keadaan seperti yang sedang dihadapi oleh BN sekarang adalah kejadian biasa.Itulah sebabnya kita melihat banyak kerajaan menubuhkan kerajaan campuran. Kerajaan Britain sekarang adalah kerajaan campuran apabila tidak ada parti yang menang secara mutlak. Kerajaan Australia adalah kerajaan campuran selama satu penggal yang lalu dan akan mengadakan pilihanraya lagi pada September nanti. Tiada parti yang mendapat kemenangan yang tipis, boleh bertahan dan apa yang dihadapi oleh BN hari ini adalah keadaan yang sama dan dijangka tidak akan bertahan lama. Dalam memperbetulkan keadaan ini, semua pihak terutamanya kepada pihak yang menang dengan kerusi yang kecil itu mesti melakukannya secara baik dan jujur dan pertimbangannya hanyalah terhadap kesejahteraan rakyat sahaja, dan tidak yang lain.Jangan ada pertimbangan yang lain dari itu kerana jika ada pertimbangan lain ia sudah pasti akan membantutkan usaha penyatuan itu. Apabila ada perundingan dan perbincangan ia wajar meletakkan kepentingan negara lebih dari yang lain. Jika PM Najib mahu melakukan perundingan itu beliau perlu tegas dan tidak mudah digoyang oleh elemen-elemen ugutan dari dalam UMNO itu sendiri.Sekarang nyata memilih Perdana Menteri secara 'convention' iaitu seorang Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri sudah jelas tidak lagi 'feasible'. Ini di sebabkan UMNO sudah tidak mampu lagi mewujudkan kepimpinan yang ber 'consequence' untuk negara kita.Penyelesaian mesti dilakukan dengan kadar segera kerana jika ada kelengahan, ia akan membawa kepada situasi yang lebih buruk lagi kerana situasinya akan lebih buruk pada masa akan datang dalam kadar yang cepat pula. Kelalaian UMNO selama ini menyebabkan parti itu sudah tiada yang berkepimpinan maka rakyat terpaksa mencari orang yang mampu untuk melakukan perubahan itu.Jika UMNO tidak mahu bertindak segera melakukan perubahan ini, maka yang jelas parti itu akan kecundang dan jika pimpinan hari ini masih dengan acara dan ragam yang sama maka rakyat akan memberikan persepi UMNO tidak mahu berubah dan sudah bersedia untuk ditumpaskan. Jika itu berlaku UMNO tidak boleh menyalahkan sesiapa termasuk ahli-ahlinya sendiri kerana bersikap degil dan tidak memahami apa yang dikehendaki rakyat sebenarnya.Sememangnya UMNO dan BN sedang menurun sokongan ramai. Semasa Abdullah Badawi yang dikatakan oleh setengah pihak seorang Perdana Menteri yang 'tidur' dan tidak bersedia untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya, beliau tetap mendapat 140 kerusi dalam PRU 12 yang lalu.Di sebaliknya semasa pentadbiran Najib yang sudah tersedia maklum dengan masalah yang ada di hadapan beliau dan telah melakukan kerja keras. Tetapi kerja keras beliau hanya mendapat kejayaan hambar dengan jumlah kerusi yang lebih rendah dari PRU sebelumnya. Bagi melakukan perubahan ini kita mesti akui dahulu yang UMNO serta BN sudah sampai kepenghujungnya dan ia memerlukan pembaharuan yang besar-besaran. Melakukan pembaharuan itu wajib dengan menampilkan seorang yang disegani dan boleh membantu membawa situasi politik yang berbeza dari yang ada pada hari ini. Itu dahulu yang mesti dilakukan. Selagi ada baki-baki situasi politik sekarang ini wujud, usaha untuk melakukan pembaharuan itu tidak mudah dicapai. Pihak yang mahu melakukan perubahan ini mesti membawa rakyat berfikir dalam 'environment' yang baru supaya masing-masing akan merasa kebersamaan dalam melakukan perubahan dan membina negara yang bersatu padu itu. Semua pihak wajar merasakan keterlibatan mereka dalam usaha ini. Apabila dibawa rakyat bersama untuk mencapai penyatuan ini, maka rakyat akan bersama-sama menjaga apa yang telah diputuskan bersama itu.Saya selalu membawa isu ini kerana saya sedar yang UMNO akan kecundang dan pihak yang mengambilalih pun tidak mungkin berjaya melakukan perubahan sepenuhnya. Yang menang tidak akan dapat semua dan yang kalah tidak akan kehilangan semua. Justeru masalah perbalahan itu akan tetap wujud.Bagaimanapun ini hanyalah pandangan peribadi jika diberikan ruang untuk difikirkan bersama. Jika tidak abaikan sahaja pandangan ini dan teruskanlah dengan perbalahan yang anda sekalian sedang lalui sekarang. ~aspan alias |
Pengerusi SPR.. Mai Sini Kejap!! Posted: 21 May 2013 04:32 AM PDT KUALA LUMPUR 21 MEI: Seorang pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendedahkan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi. Ketua AMK Ketereh, Mohd Sukirman Mustafa memberitahu, beberapa orang anggota parti dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 16 Mei. Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh dibukan dengan perintah Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, pegawai yang membuka materi keselamatan di beg berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa daripada beg yang disimpan di pejabat Majlis Daerah Ketereh."Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa," kata Sukirman. Katanya, Cabang KEADILAN di situ dimaklumkan oleh seorang individu yang memberitahu bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada kira-kira jam 11 pagi pada 7 Mei. Sukirman berkata anggota KEADILAN merakam gambar pegawai SPR tersebut yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan mengenai perkara itu daripada SPR.Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah. ~malaysiakini |
Koleksi Projek-Projek Runtuh Di Terengganu.. Saksikanlah!! Posted: 21 May 2013 02:33 AM PDT KUALA TERENGGANU - Sejak peristiwa perobohan masjid Bujal, banyak binaan dan bangunan terutamanya yang dibina oleh kerajaan Umno-BN, khususnya dibina sewaktu zaman Idris Jusoh telah rosak, roboh dan runtuh. 'Badi' keruntuhan tersebut yang tidak henti-henti sehingga runtuhnya Masjid Binjai Kertas semalam 20 Mei, 2013, seolah-olah menjadi 'siri' runtuhan yang menyebabkan negeri Terengganu Darul Iman digelar sebagai 'Darul Runtuh'. Ada binaan yang sudah disiapkan, tetapi tidak lama selepas itu telah runtuh dan rosak binasa seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak. Manakala ada yang runtuh sebahagiannya, setelah siap dibina seperti masjid Kampung Lingai di Batu Rakit, masjid Kampung Batu Putih di Kemasik dan yang terbaru, masjid Kampung Binjai Kettas di Kuala Berang. Ada binaan awam yang sudah siap, tetapi tidak dapat digunakan kerana 'takdir Allah', walau pun segala kepakaran yang ada pada manusia, bangunan tersebut yang dibina begitu baik, tiba-tiba tanahnya mendap dan bangunannya rosak seperti Pasar Baru Kampung Binjai Kemaman, Sekolah enengah Kebangsaan Alor Limbat dan masjid al-Redga di kampung Manir. Ada bangunan yang belum pun siap, tetapi telah roboh dan runtuh semasa pembinaannya seperti bangunan Universiti Malaysia Terengganu dan Pentas Astaka di bandar Jertih, Besut. Dan banyak lagi bangunan-bangunan yang terdapat 'cecat cela' yang kesemuanya itu, menyebabkan kerajaan terutamannya rakyat Terengganu telah mengalami kerugian ratusan juta ringgit. Berikut dilampirkan senara terbaru binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008; 1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang Tarikh : 12 April 2008 Harga : RM 2 juta 2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Tarikh : 2 Jun 2008 Harga : RM292 juta Punca : "Semua buat silap" – Ahmad Said 3. Kolam Renang batu Burok Bocor Tarikh : 5 Jun 2008 Harga : RM 18 juta 4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal Tarikh : 29 Jun, 2008 Harga : (Terminal ) RM123 juta 5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan. Tarikh : 15 Mac 2009 6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut. Maklumat – Tumbang. Tarikh : 6 Ogos 2009. Harga : RM15 juta 7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman Tarikh : 3 Oktober 2009 Harga : RM 2.1 Juta 8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang Tarikh : 21 Disember 2009 Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek) Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd Punca : Tiada pemantauan semasa 9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan. Tarikh : 29 Mac 2010. 10. Pondok rehat di kawasan landskap Pasar Besar Kedai Payang Tarikh; 9 Januari, 2011 Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina 10. Astaka Dalam Pembinaan di Besut Tarikh; 21 Jun, 2012 11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang Tarikh; 19 Julai, 2012 12.Tangki Air Sekolah Menengah Paka Tarikh; 24 Julai, 2012 13. Sengkuap bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai Tarikh; 30 Disember, 2012 14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih tarikh; 20 Februari 2013 14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang Tarikh; 20 Mei, 2013 Harga; RM1.4 juta Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah; 1. Binjai Souq 2. Bazaar Warisan 2. Masjid Kristal Tarikh : 22 November, 2008 3. Masji Kg Lingai Tarikh : 4 November 2009 Harga : RM3 juta 4. Taman Tamadun Islam – Stor Dewan runtuh pada Julai 2010 5. Masjid An Naim Dungun 6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga; RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulih 7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta 7. Pasar Baru Kedai Buluh 8. Pasar Baru Manir 9. Dewan Serbaguna dan Masjid di KETENGAH 10. Taman Panorama Bukit Pak Apil 11. Pagar padang sintetik KampungTok Jiring, beluam dirasmikan runtuh dipukul ribut pada 2 Mei, 2013. ~buletin online |
Posted: 21 May 2013 02:21 AM PDT Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'. Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi. Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya. Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes. Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas. Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. ~bernama |
Ini Penjelasan Air Asia Berkenaan Isu Halang Naik Pesawat Posted: 20 May 2013 11:37 PM PDT SHAH ALAM - AirAsia Bhd menjelaskan syarikat itu perlu mematuhi piawaian dan kesihatan global berhubung isu seorang wanita dan anaknya yang tidak dibenarkan menaiki pesawat AirAsia untuk penerbangan AK1455 dari Ho Chi Minh City ke Kuala Lumpur, 18 Mei lalu. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar berkata, penumpang itu dihalang menaiki penerbangan itu selepas disah menghidapi cacar air. "Penumpang yang menghidap cacar air hanya dibenar terbang lima hari selepas simptom pertama muncul dan harus memiliki sijil perubatan yang sah atau surat doktor yang mengesahkan pesakit layak untuk melakukan perjalanan. "Dalam kes ini, wakil kami telah menyediakan bantuan diperlukan kepada ibu dan anak itu, malah telah membuat persediaan untuk menerbangkan mereka kembali ke tanah air bersama dua orang dewasa yang menemani mereka secara percuma, sebaik sahaja kanak-kanak itu sihat sepenuhnya. "Kami juga ada tawarkan untuk uruskan penginapan hotel dan pengangkutan, namun mereka memaklumkan sudah mempunyai kemudahan sendiri untuk berada di Ho Chi Minh City," katanya. Menurutnya, tindakan AirAsia tidak membenarkan ibu dan anak itu menaiki pesawat adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan terhadap 175 penumpang lain dalam penerbangan tersebut. Pada 15 Mei lalu, seorang kakitangan bank, Izan Suhaila Mohd Ali, 36, membawa anaknya Maryam Sofea Mohd Riza, 14 bulan, yang juga kanak-kanak OKU dan 10 saudara untuk bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam. Beberapa hari sebelum berlepas ke Vietnam, Maryam disah menghidap cacar air. Namun, pada 18 Mei, kakitangan AirAsia di Vietnam tidak benar Izan menaiki pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan alasan Maryam menghidap cacar air. Bagaimanapun, Izan, Maryam dan dua saudara yang menemani mereka, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 Mei, pada jam 7.45 malam menaiki penerbangan Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dengan bantuan Tourism Malaysia. Kisah ini menjadi tumpuan media sosial selepas artikel disiarkan Mazidul Akmal Sidek, menerusi blognya www.mazidulakmal.com dan diikuti beberapa media tempatan. ~sinar harian |
Tragedi Runtuh Berulang Di Terengganu, Kini Di Masjid Pulak Posted: 20 May 2013 09:10 PM PDT HULU TERENGGANU 21 MEI: Tiada hujan dan tiada ribut melanda, tiba-tiba Masjid Kampung Binjai Kertas di Jalan Manir ke Kuala Berang, Terengganu yang siap dibina pada 2007 runtuh sebahagian bumbungnya, seusai jemaah menunaikan solat Isyak, malam tadi. Menurut saksi kejadian, dua keping atap masjid tersebut luruh, sekali sejurus para jemaah selesai menunaikan solat Maghrib dan sekali lagi ketika waktu hampir solat Isyak, sebelum ia runtuh sepenuhnya. "Selepas solat sunat Isyak, ada jatuh sekali (lagi) gummm…jatuh, selepas (kira-kira) dalam masa empat saat atau lima saat, brummmmm…selalu, sekejap saja dalam masa (lebih kurang) dua…..tiga minit habis (runtuh semuanya). "Bahagian beranda…kira-kira bukan ruang solat…bahagian luar yang tak ada karpet," jelasnya yang tidak mahu dikenali, seperti dilapor Buletin Online. Katanya, nasib baik kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian tersebut kerana ada dua orang ahli jemaah yang keluar dari masjid beberapa ketika sebelum ia runtuh. Kata beliau, ada seorang warga emas yang hampir-hampir ditimpa runtuhan itu apabila kejadian runtuh berlaku ketika beliau sampai di pintu masjid dan berundur semula apabila bumbung tersebut runtuh keseluruhannya. ~keadilandaily |
Sejak PRU 12, BN Gagal Penuhi Harapan Tinggi Rakyat - Raja Muda Perak Posted: 20 May 2013 08:00 PM PDT Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah berkata isu integriti memainkan peranan terhadap nasib BN dalam pilihan raya umum (PRU) sejak pilihan raya ke-11 ketika negara ini masih dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004. Antara agenda Abdullah pada ketika itu, titah baginda, menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan suruhanjaya diraja penambahbaikan perjalanan dan pengurusan polis, bertujuan mengembalikan imej, reputasi dan integriti polis. Begitu juga dengan pendakwaan yang dibuat terhadap nama-nama besar, antaranya Tan Sri Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gadam - langkah yang memberikan imej kerajaan yang berazam mengutamakan integriti dan memerangi rasuah tanpa gentar tanpa pilih kasih. "Senario ini dipercayai ada pengaruh di kalangan pengundi semasa PRU ke-11 dan BN mencipta kejayaan gemilang memenangi 198 kerusi Parlimen dan 63.8 peratus undi popular. "Keputusan PRU ke-11 memanifestasikan harapan dan hasrat rakyat yang mahukan pentadbiran negara bersih, berintegriti dan sifar rasuah. "Rakyat dijanjikan, rakyat diberi harapan, rakyat mempercayainya, rakyat memberi sokongan," titah baginda. Bagaimanapun, menjelang PRU ke-12 pada 2008, kerajaan gagal memenuhi harapan tinggi rakyat dan mereka merasakan kata tidak di kota. "Rakyat tidak dapat diyakinkan dengan ucapan, dengan janji, dengan indeks pencapaian, sekiranya indeks pencapaian tidak memberi erti, tidak benar-benar dirasakan dalam kehidupan harian rakyat," katanya. ~malaysiakini |
Nik Nazmi, ADUN Seri Setia Mungkin Kehilangan Kerusi DUN Posted: 20 May 2013 06:07 PM PDT Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (Adun), Nik Nazmi Nik Ahmad akan membawa kes himpunan 'Blackout 505' ke Mahkamah Tinggi bagi mencabar Akta Perhimpunan Aman. Menurutnya, kes yang melibatkan diri beliau ini adalah bersifat terpilih dan berbentuk politik yang melibatkan pihak-pihak tertentu. "Saya dan peguam akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi, kita nak cabar Akta Perhimpunan Aman dari sudut perlembagaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Nik Nazmi minggu lalu didakwa di bawah akta berkenaan minggu lalu kerana kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan 'Blackout 505' di Kelana Jaya pada 8 Mei. Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikat jamin. Nik Nazmi mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen. Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 9 (1) dalam akta sama, Nik Nazmi boleh didenda sehingga RM10,000 yang boleh menyebabkan beliau hilang kerusi Dun Seri Setia. Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan lebih RM2,000. Ketika dihubungi hari ini, Nik Nazmi berkata beliau akan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh dua minggu seperti mana tempoh yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Syesyen. "Mudah-mudahan kes ini segera selesai, saya ada banyak lagi tugas untuk diselesaikan di Seri Setia," katanya. ~sinar harian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan