Khamis, 9 Mei 2013

Addin

Addin


Azmin Ali Buat Sidang Media Malam Ni

Posted: 09 May 2013 09:09 AM PDT


Ini adalah gambar kononnya sidang media Azmin dibuat di suatu tempat di rashiakan atas dasar keselamatan. Kononnya perkara ini telah disahkan menerusi twitter milik suami Erra Fazira iaitu Engku Imran yang memberitahu perkara tersebut..

Sebelum ini dimaklumkan Azmin Ali akan membuat sidang media esok di Hotel De Palma, Ampang kira-kira pukul 11 pagi bagi memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan kepada Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu.


Tapi bila saya semak dengan sumber saya di KL. Berita itu adalah palsu. Mengikut sumber saya, Azmin akan membuat sidang media di Pejabat Keadilan. Pejabat dia sendiri... 

Maknanya dia dah 'cool'lah tu. Semua yang "berkocak" sudah menjadi tenang. Harap-harap perkara di selesaikan secara baik bagi mengekalkan keutuhan Pakatan Rakyat.



Iklan C (ii)

 


Ucapan Sulung Dari YB Sulung PAS

Posted: 09 May 2013 07:38 AM PDT

MELAKA: Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Idris Haron sebagai Ketua Menteri (KM) Melaka yang baru menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Selasa lalu.

Md Khalid berharap Idris dapat memenuhi hasrat rakyat Melaka seluruhnya untuk mentadbir negeri ini dengan prinsip keadilan dan mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Saya selaku Adun PAS dan Pakatan Rakyat sendiri bersedia untuk memberikan kerjasama bagi memenuhi hasrat tersebut.

"Semoga Ketua Menteri yang baru ini akan dapat memainkan peranan beliau dengan sebaiknya dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Melaka tanpa mengira apa juga fahaman politik," katanya yang merupakan Adun sulung PAS di negeri ini kepada Harakahdaily hari ini.

Khalid juga mencadangkan supaya kerajaan negeri memberikan keadilan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan memberikan peruntukan khas kepada mereka tanpa mengira parti yang mereka wakili.

"Sebelum ini saya difahamkan hanya Adun BN sahaja yang mendapat peruntukan dari kerajaan negeri manakala Adun pembangkang langsung tidak mendapat peruntukan tersebut.

"Sebagai sebuah kerajaan yang adil dan telus diharapkan kerajaan Melaka yang baru tidak mengulangi kesilapan kerajaan negeri sebelum ini," tegas Khalid.

Beliau berharap Ketua Menteri Melaka yang baru lebih mengamalkan sifat terbuka dan adil kepada semua rakyat khususnya dalam pentadbiran institusi masyarakat seperti jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), jawatankuasa masjid dan surau dan lain-lain.

Menurutnya, bantuan-bantuan kebajikan juga mesti diagihkan dengan adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dan warna kulit. ~harakahdaily

Addin :

Ucapan sekalung tahniah buat YB Dr. Khalid Kassim dan jentera PAS kawasan Bukit Katil di atas kemenangan yang terindah ini. Moga memberi khidmat terbaik buat rakyat DUN Bukit Baru.. Takbir!! ALLAHU AKHBAR!!



Iklan C (ii)

 


Petugas PKR Parlimen Tapah Di Bunuh Dan Di Campak Dalam Lombong?

Posted: 09 May 2013 06:20 AM PDT

Satu lagi pembunuhan kejam....siapa pembunuhnya? Mayat petugas PKR bagi Parlimen Tapah ditemui terapung dalam lombong di kawasan Perindustrian Bemban, kelmarin......"

Lokasi kejadian adalah lombong terbiar di belakang kawasan perindustrian dan jauh dari kediaman penduduk."Ketika ditemui, mayat itu hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. 

Setelah diangkat ke atas tebing, kita dapati badan mayat berkenaan diikat dengan satu bongkah besi yang dijadikan pemberat untuk menenggelamkannya.

"Pemeriksaan awal yang dilakukan oleh doktor patologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di tempat kejadian telah menemui beberapa kesan pukulan di kepala mayat dan mangsa dipercayai telah mati lebih kurang lima hari. ~tranungkite



Iklan C (ii)

 

Mahathir Akan Humban Najib Macam Pak Lah

Posted: 09 May 2013 04:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 MEI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka berdepan protes daripada ahli Umno seperti pernah dilalui Tun Abdullah Badawi selepas gagal menguasai majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU ke-12.

Tetapi, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Haniza Talha, prestasi Najib kali ini lebih memalukan kerana beliau bukan sahaja gagal mendapat mandat besar, bahkan gagal menawan Selangor semula walaupun pelbagai serangan propaganda bagi merampas negeri itu.

"Najib adalah Pengerusi BN Selangor dan kedudukan ini sepatutnya menguatkan pengaruh BN bagi merampas Selangor tetapi malangnya, BN gagal rampas Selangor malah sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat pula semakin meningkat.

"Alhamdulillah, kemenangan yang kita peroleh menunjukkan rakyat Selangor menolak propaganda dan fitnah Umno BN.

"Jelaslah rakyat tahu menilai kebajikan yang diberikan oleh kita berbanding mempercayai fitnah Umno BN," kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu, sambil menegaskan kemenangan di Selangor tidak menutup hasrat Pakatan Rakyat untuk menentang penipuan dalam PRU lalu.

Mengulas kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap prestasi Najib pula, ujar Haniza, ini membuktikan mantan Perdana Menteri itu mahu kekal berkuasa dengan memperalatkan proksinya.

"Dia yang berkempen konon proksinya adalah pemimpin yang terbaik tetapi apabila proksinya gagal, dia kritik dan gesa digantikan dengan pemimpin baru.

"Pemimpin Umno akhirnya hanya dilihat sebagai alat untuk menjaga kepentingan Mahathir sahaja seperti yang dibuat untuk menaikkan anaknya, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

"Tidak mustahil pula selepas ini, Mahathir akan naikkan Mukhriz pula sebagai Perdana Menteri," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan itu lagi.

Selepas PRU lalu, Mahathir mengakui beliau tidak menjangka prestasi Najib dalam PRU 13 lebih teruk berbanding Abdullah.

Mahathir, yang lantang mengkritik pentadbiran Pak Lah, berkata, beliau menjangka prestasi Najib, sekurang-kurangnya lebih baik daripada Abdullah, yang mengetuai BN menguasai 140 kerusi Parlimen dalam PRU 2004.

Malangnya, Najib hanya mampu memenangi 133 kerusi Parlimen – kurang tujuh kerusi berbanding pencapaian Abdullah pada 2008. ~keadilandaily




Iklan C (ii)

 

Pakatan Rakyat Bawa Penipuan PRU 13 Ke Mahkamah – Rafizi

Posted: 09 May 2013 01:11 AM PDT

KELANA JAYA 9 MEI: Pakatan Rakyat meneruskan penolakan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang sarat dengan penipuan dan keraguan ke mahkamah, demi menyelamatkan hak dan masa depan rakyat Malaysia yang lebih terjamin. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, keputusan itu penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.

"Kita tidak mahu apabila kita terima keputusan PRU lepas, SPR dan kerajaan anggap rakyat tidak kisah dengan penipuan yang berlaku. Jadi kita putuskan untuk tolak keputusan ini dan akan bantah melalui mahkamah dan dalam Parlimen.

"Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia.

"Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya," kata Ahli Parlimen Pandan itu pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

Rafizi turut menolak sentimen perkauman yang dimainkan Umno BN apabila gagal memenangi undi dari kaum Cina. "Saya orang Melayu dan di hadapan saya ini ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Dusun.

"Saya tidak akan berdiam diri jika Cina diancam dan bukan sahaja saya, malah seluruh rakyat Malaysia yang mahukan keamanan akan bangkit mempertahankan sahabat mereka dari bangsa dan agama lain," kata Rafizi. ~keadilandaily




Iklan C (ii)

 

Akhirnya Punca Pusat Kiraan Undi 'Blackout' Terjawab..

Posted: 08 May 2013 11:32 PM PDT


Rupanya ini punca pusat pengiraan undi 'blackout'.. Lain kali gaji lah sorang pegawai yang tugasnya untuk menjaga suiz dan menggoncang suiz mengelak dari 'blackout'..



Release tension sebab kalah PRU13.. Jangan marah.. he..he..



Iklan C (ii)

 

Polis Sahkan Papagomo Adalah Wan Muhammad Azri

Posted: 08 May 2013 07:24 PM PDT


KUALA LUMPUR 8 MEI: Peguam, Latheefa Koya hari ini mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya adalah Papagomo, blogger pro-Umno.

Menurut Latheefa yang juga Pengarah Guaman KEADILAN, beliau terserempak dengan Papagomo bersama wakil peguamnya dari Majlis Peguam di Balai Polis Dang Wangi pagi tadi.

"Kami (bersama peguam, Eric Paulsen) terserempak dengan Papagomo yang sedang digari di Balai Polis Dang Wangi, dan polis sendiri sahkan beliau adalah Wan Azri," kata Latheefa kepada Keadilan Daily.

Wan Azri sebelum ini menafikan beliau adalah Papagomo.

Beliau ditahan semalam di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran kiriman berunsur perkauman terhadap kaum Cina sebelum ini.

"Polis juga menasihatkan orang ramai agar terus membuat laporan terhadap Papagomo yang telah banyak mengirim berita-berita berunsur fitnah dan lucah," kata Latheefa.

Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfail saman RM100 juta terhadap Wan Azri berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu.

Dalam perkembangan lain, blogger pro-Pakatan Rakyat, King Jason atau nama sebenarnya, Mohd Bustamam Omar akan ditahan untuk siasatan sehingga esok, juga di Balai Polis Dang Wangi.

King Jason ditahan untuk siasatan tengahari semalam di bawah Seksyen 223 Akta Multimedia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kirimannya berkaitan pengundi hantu.

"Polis pada mulanya mahu tahan sehingga hari tetapi setelah berunding, polis setuju untuk tahan sehingga esok," kata Latheefa yang mewakili King Jason. ~keadilandaily





Iklan C (ii)

 

Pak Lah Bidas Najib

Posted: 08 May 2013 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggesa agar semua percubaan untuk membangkitkan sentimen perkauman dihentikan yang menyalahkan komuniti tertentu di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) di peti undi Ahad lalu.

"Ini tidak adil dan tidak membantu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas perdana menteri (gambar) yang meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak pada 2009 selepas BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di bawah kepimpinannya, bersetuju keputusan pilihan raya Ahad lalu memerlukan negara untuk melakukan perdamaian dan perpaduan nasional.

Beliau juga menggesa pembangkang menerima dan menghormati keputusan pilihan raya, walaupun mereka kalah dengan majoriti tipis dan mendakwa penipuan dan kesalahan pilihan raya besar-besaran dalam proses Pilihan Raya 2013.

"Rakyat Malaysia berhak untuk kestabilan dan kepastian yang hanya boleh dicapai dengan semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini," katanya dalam mesej kepada pembangkang.

"Mari kita bergerak ke hadapan untuk kepentingan rakyat Malaysia." ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

 

Rekod!! Lebih 100k Hadir Perhimpunan Tolak Penipuan PRU13.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 08 May 2013 04:48 PM PDT


PETALING JAYA 8 MEI: Lebih 100,000 rakyat pelbagai bangsa, bukan semata-mata kaum Cina menawan Stadium Kelana Jaya pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, malam tadi.

Malah, ribuan gagal memasuki stadium berikutan tempat duduk mahupun padang sesak dengan rakyat berbaju hitam – simbolik kematian demokrasi di Malaysia.

Mereka dipercayai antara yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih empat jam lantaran kemarahan rakyat terhadap penipuan pilihan raya.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, malah pengamal media juga gagal tiba di stadium berkenaan berikutan kesesakan luar biasa itu.


Ia dipercayai perhimpunan terbesar kebelakangan ini dan jumlah hadirin hampir menyamai Himpunan Kebangkitan Rakyat sekalipun ia dianjur secara spontan.

Berdasarkan paparan twitter, sebahagian rakyat sanggup berjalan kaki Sejauh antara 20 hingga 17 kilometer bagi mengelak kesesakan trafik.

Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membonceng motosikal ke stadium untuk tidak menghampakan rakyat yang menunggu pidato Ketua Umum KEADILAN itu.

Terdapat sebahagian sudah berada di stadium berkenaan sejak jam 6 petang lagi atau lebih awal kerana sudah menjangka kesesakan berkenaan.


Sepanjang perhimpunan itu, ramai rakyat tak kira bangsa dan agama mengibar bendera kebangsaan, selain bendera KEADILAN, PAS dan DAP.

Mereka juga meneriak slogan Reformasi, Ubah, Hidup Anwar, Undur Najib dan SPR Penipu, selain menyanyikan lagu patriotik dan berulang kali menganggap diri mereka sebagai 'Anak Malaysia'.

Dalam memperjuang keadilan, rakyat turut tidak mengendah hujan renyai dan sebahagian mereka sudah bersedia dengan payung atau baju hujan.


Suasana menjadi gegak gempita sebaik sahaja pengumuman ketibaan Anwar dan mereka tambah teruja apabila Anwar memulakan ucapan penuh semangat lagi bernas.

Sebahagian rakyat yang menyertai program itu datang dari luar ibu negara sejauh Kedah, Perak mahupun Johor.

Keadilan Daily juga mengesan beberapa orang pengsan atau pitam berikutan kepadatan manusia di stadium berkenaan.


Perhimpunan aman berikutan tiada provokasi mana-mana pihak itu, bersurai kira-kira jam 11.30 malam. ~keadilandaily



Iklan C (ii)

 

Tiada ulasan: