Khamis, 9 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Azmin Ali nak keluar PKR ke nih?

Posted: 09 May 2013 02:39 AM PDT


Nampaknya tak cukup ruang di Tropicana untuk Azmin berperang dengan Anwar.. laman Twitter pula diguna untuk meneruskan peperangan..

Tweet dari Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali di atas dipercayai ditujukan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selasa lalu.

Menurut apa yang tersiar dilaman Twitter milik beliau itu, Azmin Ali mempersoalkan akan kegagalan Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lalu dan penjelasan mengenainya akan dilakukan dalam masa terdekat.

Azmin juga dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya semalam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya.

Esok, 11 pagi Azmin akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang berkaitan tweet tersebut dan jawatan MB Selangor.

Yang menariknya ianya tidak akan diadakan di ibu pejabat PKR.. tetapi di De Palma Hotel..

Pejabat Timbalan Presiden KEADILAN

Salam hormat,

Adalah dimaklumkan bahawa YB Mohamed Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media khas seperti butiran berikut :

Tarikh : 10 Mei 2013 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : De Palma Hotel, Ampang

Justeru, kami mengalu - alukan semua warga media untuk hadir sama dalam sidang media tersebut.

Sekian, terima kasih.

Kenapa nak buat sidang Media di De Palma Hotel tu??.. nak keluar PKR ke?.. takkanlah kerana tak puas hati dengan pembahagian EXCO nak keluar PKR kot..

Nih pendapat aku... Berselisih pendapat adalah perkara biasa dan ianya adalah satu amalan yang baik bagi mencari apakah yang terbaik.

Tetapi jika penyelesaiannya masih tiada, sebagai seorang salah seorang dari pemimpin tertinggi dalam PKR, Azmin Ali sewajarnya mengawal kemarahannya dengan sebaik mungkin, bukannya menyerang DS Anwar Ibrahim dilaman sosial.

Ianya hanya akan mendedahkan kepincangan yang ada dalam PKR kepada puak-puak UG dan juga UMNO..

Tapi menurut Sinar.. Azmin Ali kata dia nak selamatkan PKR..

SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali tekad mahu menyelamatkan parti itu dari sebarang amalan nepotisme yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat.

Katanya, atas kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, beliau akan memastikan menteri besar yang akan menerajui negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya dipergunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

"Atas mandat besar yang diberikan oleh rakyat di Selangor saya mahu pastikan MB adalah seorang yang tidak boleh dicucuk hidung dan ditarik oleh mana-mana pihak yang berkepentingan," katanya kepada Sinar Harian.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dengan tegas berkata, beliau akan terus menerajui PKR untuk membangunkan kepimpinan yang bersih, tegas, dan tuntas dalam membuat keputusan.

"Saya bertekad untuk menyelamatkan PKR daripada amalan nepotisme," katanya.

Dalam pada itu Azmin yang Pengerusi PKR Selangor menafikan khabar angin yang dimainkan pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar.

"Saya tidak akan meninggalkan perjuangan murni ini dan sesekali tidak akan mengkhianati amanah rakyat yang mahukan perubahan.

"PKR sebati dengan roh dan prinsip perjuangan saya," katanya.

Mengenai calon menteri besar yang dikatakan sewajarnya diberikan kepada pemimpin Pas, beliau berkata, kerusi menteri besar adalah milik PKR yang akan diwakili individu daripada parti itu.

"Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mendabik dada dengan kemenangan besar PR di Selangor.

"Kejayaan di Selangor ini adalah hasil muafakat PR yang utuh di pelbagai peringkat. Faktor penyumbang kemenangan besar PR di Selangor adalah adalah hasil dasar bersama PR. Ia adalah hasil kerja pimpinan dan anggota parti PR di peringkat daerah dan kampung," katanya ~ Sinar Harian

Nak menyelamatkan PKR daripada amalan nepotisme dengan menyerang Anwar secara terbuka??.. he.. he.. he.. BAGUS!!! Teruskan...

Setakat RM5Juta bond tu apalah sangat bagi Mahathir asal berjaya dimusnahkan kredibiliti Anwar...

Dengar cerita masa Majlis Angkat Sumpah EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang tadi pun ada yang cuba nak boikot.. tapi takut.. he..he..

Sebab apa nak kumpul orang untuk boikot??.. Sebab kawannya tak dilantik semula...

Gambar sekitar majlis tersebut sila lihat di SINI

PAS Selangor akan bertindak terhadap Ridzual.. Apa pula tindakan PAS Pulau Pinang terhadap Yusni Mat Piah?

Posted: 08 May 2013 08:30 PM PDT


Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad, PAS Selangor akan membuat laporan kepada jawatankuasa pusat parti itu terhadap anggotanya Ridzual Ismail, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Selangor yang melanggar arahan tarik diri daripada pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Ini kerana tindakan Ridzual telah memecahkan undi dan menyebabkan calon rasmi Pakatan Rakyat Dr Mohd Nasir Hashim tewas.

Dr Mohd Nasir, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang juga penyandang kerusi itu bertanding atas tiket PKR.

"Kepimpinan akan menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang sesuai," kata Khalid dalam sidang media hari ini.

PAS dan PKR menghadapi pertembungan tiga penjuru dengan BN di kawasan itu. Nasir mendapat 14,860 undi sementara Ridzuan mendapat 7,312 undi.

Kedua-dua tewas di tangan calon BN Halimaton Saadiah Bohan yang mendapat 16,387 undi.

Bagaimanapun, jika berlaku pertembungan satu lawan satu, Pakatan dilihat tiada masalah mengekalkan penguasaan di kawasan itu.

Jika itu tindakan yang bakal diambil oleh PAS Selangor terhadap anggotanya yang melanggar arahan tarik diri itu..

Apa pula tindakan PAS Pulau Pinang terhadap Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Yusni Mat Piah yang didakwa punca che'GuBard tewas di Sungai Acheh?

Mungkin kerana berpegang pada kata-kata "Ahli wajib wala' sebab al-Quran yang kata begitu... Pemimpin tak wala' pun tak apa sebab nafsu mereka kata begitu," pada sebelah malamnya setelah TG Haji Hadi mengumumkan melepaskan kerusi tersebut kepada PKR.. Billboard dan Poster semakin galak memenuhi Sungai Acheh..


Oleh kerana hanya ahli biasa yang wajib wala' maka seminggu sebelum hari mengundi pula Muslimat PAS dikerah untuk berkempen dari rumah ke rumah..


Berkempen bukan untuk menjelaskan keadaan yang sebenar tapi berkempen untuk memenangkan Yusni Mat Piah..


Menyedari ada pengundi yang telah mula keliru.. Langkah bijak telah diambil oleh Barisan Nasional dengan mendirikan billboard bersebelahan dengan billboard Yusni Mat Piah bagi menimbulkan persepsi kononnya PAS dan BN yang bertanding di situ..


Akhirnya.. seperti yang dijangkakan.. Yusni Mat Piah berjaya menyebabkan Chegu Bard tewas di Sungai Acheh..

Mungkin bagi meraikan kejayaannya itu Yusni Mat Piah telah kelihatan bersama beberapa lagi rakan-rakannya di Puncak Mutiara Cafe menjamu selera semalam..

Apa tindakan PAS Pulau Pinang terhadap Yusni Mat Piah??

Setahu akulah yang tak pandai untuk mengajar atau memberikan kuliah agama kepada orang ramai ini.. askar Israel sendiri tidak pernah menembak sahabatnya ketika berhadapan dengan pejuang Palestine..

Pesanan aku buat semua.. jangan menggunakan nama parti bagi mengutip derma untuk menikah seorang lagi...

Betulke Zuraida Kamaruddin ni?.. Sombongnya dia...

Posted: 08 May 2013 09:46 AM PDT


Jika tidak benar apa yang AntarPos laporkan ini.. Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin sila nafikan kerana apa yang kedengaran dari rakaman audio ini kedengaran angkuh sekali..

Ini laporan dari AntaraPos..

SHAH ALAM: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan PAS dan DAP tidak perlu campurtangan dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu.

"Saya baca dalam surat khabar dengan PAS buat kenyataan nak kekalkan dengan DAP...lepas tu Rani pula jawab (beliau) bersedia jadi MB. Saya ingat apahal dengan dia orang ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan ke?

"Sedangkan keputusan belum buat lagi, sedangkan ini kerusi Keadilan, kenapa PAS dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Itu persoalan saya," Zuraida memberitahu Antarapos.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi DUN berbanding DAP dan PAS.

Sungguhpun DAP menang 15 kerusi DUN, ia tidak mempunyai wakil rakyat Melayu-Islam untuk dicalonkan sebagai MB, bererti jawatan itu harus diisi oleh PAS ataupun kekal dengan PKR.

Pada PRU lalu, PAS memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 oleh PKR, memberikan pakatan pembangkang kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan oleh parti.

Zuraida berkata jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campurtangan pihak ketiga.

"Keadilan sendiri belum putuskan. Tapi DAP dan PAS kenapa teruja sangat, kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini, menamakan diri sendiri misal Rani menawarkan (diri untuk) kerusi MB, apa hal ni?" kata beliau.

"Kerusi (jawatan MB) ini memang Keadilan punya. Jadi kenapa PAS dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini Keadilan punya, Keadilan belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih," tambah Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Beliau mengesahkan pemimpin-pemimpin PKR bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara tidak rasmi untuk membincangkan isu itu namun enggan mengulas lanjut.

"Tak ada (mesyuarat). Saya rasa itu pertemuan kot, dia orang nak berjumpa dengan Anwar (Ibrahim). Ada pertemuan sahaja kot, bukan mesyuarat."

Zuraida membayangkan bahawa Majlis Pimpinan PKR yang ditunjangi oleh Anwar harus menimbang calon-calon paling layak menjadi menteri besar selain Khalid.

Menurut beliau, pimpinan PKR harus juga mengambil kira kedudukan dan sumbangan kepada parti dalam melantik Menteri Besar Selangor.

"Setiap kali pencalonan ada dua, tiga orang punya nama kena tapis dan sebagainya dan nak kena buat keputusan. Saya nak yang terbaik kerana kita selalu mesti ada pilihan, bukan satu orang sahaja yang terbaik. Kita mesti cuba yang lain," kata beliau.

"Kita ada 2 3 nama, jadi kita akan pertimbangkan 2 3 nama ini. Dari segi politik kita mesti faham. Ada yang kedudukan politik harus diberi pertimbangan dan diberi keutamaan."

Ini videonya..

Tiada ulasan: