PENYAPU SIAL |
- kata dua kepada kerajaan haram Najib dan konco haramjadahnya SPR, samada untuk mengadakan pilihanraya semula atau hadapi kemaraan rakyat...!!!!
- takut kantoi ... kerajaan haram UMNO selar tindakan Anwar anjur himpunan untuk dedahkan penyelewengan dan penipuan yang di lakukannya di PRU 13 baru baru ini...!!!!
- pak lah kaki tidur sempat perli najib kerana cetuskan isu perkauman di sebabkan orang cina tidak lagi menyokong BN tapi wa lagi tak setuju dengan pendapat kaki tidur ini yang kita kena terima keputusan PRU 13 yang penuh dengan penipuan....!!!!
- Najib Guna Isu Perkauman Untuk Tutup Kecurangan Pilihanraya Yang Di Menanginya Secara Tidak Sah..
- bisikan syaitan hassan ali dan perkosa nak porak perandakan pakatan rakyat punah....PAS Tak Tuntut Jawatan MB Selangor
- UMNO tiba tiba jadi gila talak ....UMNO tuduh Cina rasis sebab tak sokong UMNO-BN...Tapi Bukankah UMNO Pernah Menyatakan Mereka Tidak Perlu Undi Cina & India?
- dasar perkauman bangsat nazri pemakan rasuah tokeh balak dari sabah cuba kelirukan rakyat....orang cina yang rasis atau perasaan puak puak kamu yang tertipu....????
Posted: 08 May 2013 09:38 AM PDT Himpunan BERSIH sejak 2007 lagi telah menggesa penggunaan dakwat kekal, diikuti dua lagi siri himpunan BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Malah himpunan KL112 yang menyaksikan lebih setengah juta rakyat berhimpun turut menekan supaya pilihanraya bersih dan adil dapat dilaksana, ia termasuklah dalam konteks menuntut penggunaan dakwat kekal. Dakwat kekal hampir digunakan dalam PRU tahun 2008 namun diketepikan sejurus sebelum hari pengundian. Pelbagai pengorbanan, perlawanan antara rakyat dan penguasa pemerintah berlaku untuk tuntutan ini. Ada rakyat yang cedera, ada yang patah kaki, ada yang patah gigi. Malah ada yang mati terkorban dalam menuntut pilihanraya bersih dan adil, termasuklah dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal adalah satu perjuangan rakyat. Akhirnya perjuangan rakyat untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil dalam konteks tuntutan dakwat kekal telah dipersetujui oleh SPR untuk digunakan dalam PRU-13. Ini kejayaan setelah tiga kali BERSIH. Mengapa penggunaan dakwat kekal dititik-beratkan supaya diguna dalam pilihanraya? Dakwat kekal dituntut penggunaannya untuk memastikan tiada pengundian berganda berlaku. Pernah dicadangkan penggunaan sistem matrix, namun sistem tersebut menimbulkan lebih banyak komplikasi untuk dilaksana dan dakwat kekal tetap jadi pilihan. Setelah penggunaan dakwat kekal dipersetujui oleh SPR, ini bermakna dakwat kekal tersebut haruslah berfungsi dengan baik, tahan (kekal di jari) sekurang-kurangnya 7 hari kerana Hari Mengundi Awal (yang menggantikan undi pos) adalah 5 hari sebelum hari pengundian awam. Dakwat kekal seharusnya menjadi medium penting yang menjamin 278 ribu pengundi awal, tidak mengundi lagi. Dakwat kekal juga harus menjamin 11 juta pengundi yang mengundi pada 5 Mei, tidak mengundi untuk kali kedua. Dakwat kekal juga membolehkan kita mengesan warga asing yang jarinya dicalit, ini menunjukkan warga asing tersebut telah mengganggu demokrasi negara ini. Bayangkan, jika ditemui satu kilang yang penuh warga asing di mana jari mereka tercalit dakwat kekal. Namun apabila dakwat kekal dikesan tidak kekal selepas hari pengundian awal, semua tertumpu kepada SPR. Sepatutnya dakwat kekal bertahan 7 hari, tetapi hanya dibasuh sabun cuci pinggan, dakwat hilang. Malah ada kes disapu pada rumput basah pun boleh tertanggal dakwatnya. Apakah dakwat yang digunakan itu tidak berkualiti setelah jutaan RM digunakan? Atau ia disengajakan supaya pengundi awal ‘terlepas’ tapisan dakwat kekal. SPR memberi alasan dakwat kekal itu perlu ‘digoncang’ terlebih dahulu untuk memastikan ia berkesan. Namun ia sudah terlambat apabila dakwat kekal tidak berkesan pada 30 April (hari mengundi awal), maka 278 ribu pengundi awal mampu ‘transform’ menjadi pengundi hantu. SPR juga kemudian menjelaskan ‘fiasco’ dakwat tidak kekal tidak perlu dilayan kerana kononnya setiap pengundi tidak mampu mengundi dua kali. Perakuan ini adalah sama ertinya dengan apa yang berlaku tahun 2008, penggunaan dakwat kekal terus dinafikan pada PRU 2013. Mengapa SPR meremehkan isu dakwat kekal? Ia tidak sepatutnya berlaku setelah penggunaan dakwat kekal dipersetujui. Tindakkan SPR tidak mengambil kisah perihal dakwat tidak kekal ini merupakan satu pengkhianatan dan penipuan dalam terang. Harus diingat, ratusan ribu nama dalam senarai pengundi tidak dijumpai alamatnya kerana alamat tidak wujud, malah banyak kes yang dijumpai menunjukkan ratusan pengundi berkongsi alamat sama, dan alamat tidak lengkap. Di sinilah gunanya pengundi hantu, setiap nama yang tidak wujud itu perlu ada individu yang masuk ke saluran mengundi kononnya sebagai penama tersebut. Penama orang yang telah mati juga tidak dibersih dari senarai pengundi, maka pengundi hantu diperlukan juga di sini. Banyak kes daftar undi untuk pengundi baru berlaku secara rahsia, ia hanya diketahui apabila seseorang yang ingin daftar mengundi mendapati namanya telah didaftarkan, di sini juga pengundi hantu diperlukan. Begitulah banyaknya implikasi yang boleh berlaku sekiranya dakwat kekal tidak digunakan, kerana itu juga penggunaan dakwat kekal dituntut dan kerana itu juga SPR telah bersetuju dakwat kekal digunakan dalam PRU-13, akhirnya dinafi. Penafian penggunaan dakwat kekal (dakwat yang benar-benar kekal) ini menjadikan PRU-13 sebagai pilihanraya yang terkotor dalam sejarah, yang akhirnya kemenangan Pakatan Rakyat itu dirampas oleh SPR dan Umno. Justeru itu, oleh kerana SPR telah khianat janjinya untuk penggunaan dakwat kekal, kita menegaskan pilihanraya umum ke-13 harus dilakukan sekali lagi dengan dakwat yang mampu kekal 7 hari. kita mendesak keras pilihanraya semula mengambil tempat. Seperti dijangka dari awal, SPR telah meluluskan beberapa tuntutan sebagai lakonan untuk beri laluan pilihanraya berlangsung. SPR juga telah menggunakan beberapa tuntutan BERSIH sebagai helah untuk lebih banyak penipuan disusun bagi mengekalkan regime Barisan Nasional. Antaranya ialah pemansuhan undi pos (diganti undi awal) dan juga penggunaan dakwat kekal yang akhirnya, tidak kekal. Hari ini, akan berlaku himpunan besar ‘Black505’ di Stadium Kelana Jaya. Himpunan menifestasi kemarahan rakyat dan dijangka puluhan ribu akan hadir. Pasca himpunan ‘Black505’ bakal menyaksikan akan lebih ramai rakyat turun berhimpun. Sepertimana amaran yang telah dilaungkan, Tipu PRU Rakyat Bangkit Humban Kamu! oleh kerana itu kita beri kata dua kepada kerajaan Najib dan konconya SPR, samada untuk mengadakan pilihanraya semula atau hadapi kemaraan rakyat! |
Posted: 08 May 2013 07:02 AM PDT Kerajaaan haram UMNO menyelar kenyataan dan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjurkan "Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat" yang bertujuan untuk mendedahakan segala penyelewengan dan penipuan di PRU 13 baru baru ini walaupun Perdana Menteri haram Najib Razak sebaliknya menggesa rakyat Malaysia supaya bersatu padu menerima penipuan sebegini . Jurucakap kerajaan dalam satu kenyataan hari ini yang cuba memutar belitkan fakta sebenar berkata, tindakan Anwar itu hanya mahu mewujudkan suasana kekacauan. "Anwar perlu mengetepikan isu penipuan tersebut dan mengutamakan negara," kata kenyataan berkenaan yang dikeluar petang tadi. "Anwar sengaja enggan memohon kebenaran untuk beliau membantah, dan sengaja memilih stadium kecil untuk memastikan ia akan melimpah ke jalan raya. Bantahan itu dikira untuk membuat kekacauan,"dakwa jurucakap kerajaan haram UMNO yang memutarkan fakta itu lagi. Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan himpunan di Stadium Kelana Jaya malam ini sebagai protes terhadap keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) yang didakwa Anwar tidak adil dan penuh dengan penipuan. Kenyataan kerajaan haram berkenaan sebaliknya berkata PRU 13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu adalah bebas dan adil tanpa sebarang insiden tidak diingini walaupun ada bukti menunjukan banyak fakta penyelewengan . "Namun pembangkang telah menghabiskan masa tiga hari mencari penyelewengan yang didakwa mereka untuk mendapatkan sokongan terhadap teori mereka bahawa pilihan raya tidak dilakukan dengan adil. Namun begitu Ketua Polis Negara yang menjadi anjing suruhan kerajaan haram UMNO, Tan Sri Ismail Omar menegaskan, perhimpunan yang dirancang pembangkang malam ini merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis dan Ismail berkata, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan. "Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 ... kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah disisi undang-undang," katanya dipetik laporan media. Sementara itu seekor lagi anjing suruhan UMNO , Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, tanpa notis 10 hari, pihak polis mengklasifikasikan himpunan tersebut sebagai perhimpunan haram walaupun penganjur telah menerima kebenaran pemilik stadium berkenaan. "Berdasarkan peruntukan dalam PAA, penganjur perlu mendapat kebenaran 10 hari bagi membolehkan pihak polis mendapatkan maklum balas daripada penduduk setempat dan koordinasi bagi meletakkan angota untuk memastikan keselamatan terjaga," kata Tun Hisan. Stadium Kelana Jaya adalah milik anak syarikat kerajaan Selangor di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang masih dikuasai pembangkang apabila berjaya mengekalkan negeri tersebut dalam Pilihan Raya 2013. |
Posted: 08 May 2013 06:23 AM PDT najib...ko jangan sangka aku tak tau apa yang ko orang buat pada PRU 13 yang lepas...walau pun aku dalam ketiduran...!!!! Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggesa agar semua percubaan untuk membangkitkan sentimen perkauman dihentikan yang menyalahkan komuniti tertentu di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) di peti undi Ahad lalu. Bekas perdana menteri (gambar) yang meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak pada 2009 selepas BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di bawah kepimpinannya, bersetuju keputusan pilihan raya Ahad lalu memerlukan negara untuk melakukan perdamaian dan perpaduan nasional. Beliau juga menggesa pembangkang menerima dan menghormati keputusan pilihan raya, walaupun mereka kalah dengan majoriti tipis dan mendakwa penipuan dan kesalahan pilihan raya besar-besaran dalam proses Pilihan Raya 2013. "Rakyat Malaysia berhak untuk kestabilan dan kepastian yang hanya boleh dicapai dengan semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini," katanya dalam mesej kepada pembangkang. "Mari kita bergerak ke hadapan untuk kepentingan rakyat Malaysia.
penyapu sial
dalam sengal dan ketiduran pun pak lah sempat perli najib dan kuncu kuncu haramjadah yang kuat perkauman...betul tu..jangan salahkan kaum cina...sebab mereka bukan bodoh sangat macam setengah setengah orang melayu yang berfikir menggunakan otak sebelah... mereka orang cina pun terasa yang selama ini sumbangan mereka kepada negara tidak lansung di pedulikan malah di peralatkan demi mencapai survival politik UMNO... bila dah terdesak dengan muka tak tau malu cuba memaksa dengan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan orang cina...jangan haraplah...;lagi pun apa perlu undi orang cina...sbb ada pemimpin UMNO sendiri berkata mereka tak memerlukan undi orang cina...nampak tak sikap berbelitnya pemimpin umno dalam hal ini... kes teoh beng hock mati yang di bunuh di banggunan SPRM menyebabkan kemarahan orang cina tak kunjung padam...apa pun alasan UMNO-BN...mereka tidak boleh terima segala pembohongan UMNO-BN terhadap kaum mereka...so inikalilah dan kemungkinan besar lainkalilah mereka dengan jelas tidak akan menyokong UMNO-BN buat selama lamanya... |
Najib Guna Isu Perkauman Untuk Tutup Kecurangan Pilihanraya Yang Di Menanginya Secara Tidak Sah.. Posted: 08 May 2013 04:42 AM PDT
Tindakan Najib Razak dan media kawalannya, Utusan Malaysia menggunakan sentimen perkauman adalah untuk menutup kecurangan mereka dalam pilihan raya. Ini adalah berkenaan isu sentimen perkauman terhadap kaum Cina yang dimainkan pimpinan dan media Umno sejak selesai pilihan raya Ahad lalu. Najib dan pemerintahannya yang tidak sah sekarang telah melakukan dua kesilapan besar. Menipu pilihan raya dan menggunakan sentimen perkauman untuk menutup kecurangan mereka. Utusan adalah alat kawalan Umno, Utusan bertindak mengikut arahan pegawai kepada Presiden Umno. Kali ini mereka memainkan isu perkauman dan malangnya ia direstui oleh semua pimpinan Umno.. Pagi kelmarin muka depan Utusan memaparkan berita utama bertajuk 'Cina mahu apa lagi?' Akhbar Kosmo memaparkan tajuk berita utama 'Pengundi Cina bersikap talam dua muka'. Manakala akhbat Berita Harian menyiar petikan kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam bahawa 'Cina tak mengenang budi' Tindakan itu mendapat kritikan pengguna internet dan media sosial facebook. Dalam pada itu kita menegaskan, Najib Razak dalam pilihan raya kali ini telah melakukan dua kesilapan besar iaitu menipu sistem demokrasi dan menggunakan isu perkauman. Najib menyebut tentang 'tsunami Cina', kita tolak kenyataan itu. Kita tak boleh guna isu begitu untuk hangatkan suasana kaum..
penyapu sial
Apa lagi cina mau? Untuk pengetahuan UMNO/BN orang cina dan semua bangsa mahukan kepimpinan kerajaan yang telus (tidak rasuah, memperkayakan sanak saudara dan kroni, menipuI.. Itulah jawapannya...boleh faham... |
Posted: 08 May 2013 01:10 AM PDT petaka menanti bila niat buruk porak peranda PR tak menjadi...!!!! Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor. “Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi. Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan. Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah.
penyapu sial
Nasib baik Hassan Ali tak bertanding atas tiket PAS dlm PRU13. Kalau tidak, entah apa gelagat dia nak jadi MB. Sekarang dia dapat lihat betapa PAS Selangor menjadi semakin kuat selepas dia meninggalkan PAS...Anggap sahaja saranan asan ali dan perkasa tu sebagai bisikan syaitan alhamdulillah, syabas pas kerana telah keluar kenyataan tegas yg melenyapkan segala usaha menghasut org musuh. tak tau nak kata apa dekat hasan ali ni, muka tak tau malu langsung, bukan saja dah kena tendang dr pas, org pas dah anggap hang tu musuh ketat dah oiii... yg menyibuk urusan org pasai apa????? bgtau tau kwn2 hang dlm pas yg sekepala tu yg kami benci benci benci.. hang pi kwn dgn zul nordin dan nasha tu baru setaraf, blah laaaa. |
Posted: 08 May 2013 01:00 AM PDT Parti Perkauman Umno yang melaungkan 1Malaysia pernah menyatakan mereka tidak memerlukan undi dari orang Cina dan orang India dalam pilihanraya 2013 dan akan datang. Kata Ketua UMNO Bhagian Titiitwangsa, Datuk Johari Bin Abdul Ghani: “Umno tidak perlu sokongan orang Cina dan India......” Dan kini apabila kaum Cina dan Inda benar-benar tidak menyokong BN, mengapa pemimpin-pemimpin UMNO merapu dan meroyan? mengapa akhbar-akhbar seperti Utusan dan Kosmo tiba-tiba jadi berang tak tentu pasal? Bukankah orang-orang kamu juga dahulu yang angkuh dan sombong menyatakan kamu-kamu tidak lafi memerlukan sokongan kaum bukan-Melayu? Bukan kamu juga yang selama ini memainkan isu perkauman sempit dengan menyokong sepenuhnya perjuangan PERKASA yang dengan sebabnya kaum bukan-Melayu menjadi begitu skeptikal dengan kaum Melayu dan kini kamu terjerit-jerit dan terpekik terlolong macam orang kena sawan memaki hamun mereka lantaran tidak lagi bersama kamu? Sedangkan kamu telah memaki hamun mereka sejak sebelum pilihanraya bermula lagi? Malah di sepanjang kempen PRU13, UMNO menimbulkan sentiment anti-Cina terutama DAP dengan begitu hebat di seluruh negara. Maka memang wajar kaum Cina menolak kamu yang tidak pernah tahu hidup di dalam keadaan harmoni...!!!! |
Posted: 08 May 2013 12:33 AM PDT nazri ...kaki dangdut paling kurang ajar....makan rasuah tapi tak boleh di ajar... setan perkauman...cina tak sokong UMNO-BN kata rasis....abis tu kalau melayu tak sokong UMNO-BN nak kata apa pulak...???? kalau makan rasuah dengan tokeh balak dari sabah tak apa pulak...haramjadah punya nazri...!!! Masyarakat Cina dikelirukan sehingga memikirkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan menamatkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kata ahli politik kanan Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, menyertai rakan-rakannya menggambarkan keputusan pada Ahad sebagai “tsunami Cina”. Ahli Parlimen Padang Rengas itu menegaskan tsunami yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah benar, kerana jelas dari keputusan pilihan raya, masyarakat Cina “mengundi mengikut garis kaum”. “Mari kita bercakap dengan fakta. Sangat jelas mereka mengundi mengikut garis kaum. Saya tidak akan meminta maaf tentang fakta ini.
penyapu sial
dengan bangga bangsat ini berkata dengan nada bongkak x sedar BN menang PRU pun dalam keadaan menipu dan rasuah sana sini...tu pasal bukan orang cina ajer yang menyampah...bangsa bangsa lain pun turut menyampah... dah rasuah dan menipu sana sini...masih nak menyemai api perkauman....malu lah sikit...orang cina pun dah pandai dan tak mau di peralatkan oleh UMNO-BN....apa yang boleh kamu beri kepada rakyat selain dari rasuah ,penyelewengan dan tipu sana sini...akhir mereka pun sendiri sedar setelah lama di peralatkan... apa taknya sokong UMNO-BN tapi rakyat kena bayar dengan harga yang mahal bila setiap kali menang PRU ,UMNO -BN pekenakan rakyat dengan kenaikan harga minyak dan barangan yang lain,cukai bukan2 turut di perkenalkan malah pptn makin menjerat hidup rakyat dari golongan muda..bila bekerja kena bayar hutang sampai ke tua..nampak gaya tak sempat simpan harta....yang untung adalah kroni2 yang mempunyai kolej/universiti swasta... nak menang PRU pun sampai sanggup mengapi api isu perkauman.... tu pasal bukan orang cina ,orang melayu pun yang pakai otak dua dua belah pun tak suka...dan bukan ada kena mengena dengan isu perkauman...!!!! |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan