Addin |
- Komen Pedas Buat Pemuda PAS Pusat.. Renungkanlah!!
- Sidang DUN Kedah Tangguh Kerana Mukhriz Bercuti Ke Luar Negara?
- Zahid Hamidi Gila?
- Mengejutkan!! 16,350 Kertas Undi Hilang/Rosak Di Kedah Pada PRU 13
- Adam Adli Di Bebas..
- Kes Sosilawati : N.Pathmanabhan, 3 Pekerja Di Hukum Gantung Sampai Mati
- NGO Dakwa Kenyataan Rasis Bekas Hakim Di Putar Belit.. Nah Ini Buktinya!!
- Gambar Tuan Guru Haji Hadi Di Temuramah 'LIVE' Di TV Malaysia?
- Sistem Pilihanraya Malaysia Di Rekacipta Untuk Kekalkan Kuasa BN
Komen Pedas Buat Pemuda PAS Pusat.. Renungkanlah!! Posted: 23 May 2013 09:52 AM PDT Aku pernah tulis beritahu Ketua Pemuda PAS, Tantawi, "Alahai…Ko tu ketua, tak boleh kah ko wakilkan siapa-siapa dalam exco ko untuk pergi? Aku cakap macam tu bila dia bagi alasan, " Ketidakhadiran saya bukan bererti saya menentang perhimpunan-perhimpunan tersebut. Malangnya, saya saya mempunya aturcara yang ketat dan ianya bertembung dengan tarikh bila perhimpunan itu diadakan". Alhamdulillah, adalah juga wakil Dewan Pemuda PAS Pusat mai...tapi diaorang mai pun macam aristokrat politikus saja ... Kah! kah! Aku tabik 'spring' dengan Dr Zulkifli Ahmad.Kehadirannya malam tadi sangat memberi erti kepada solidariti Adam Adli.Pemuda perlu belajar cara-cara dia berintegrasi dengan rakyat. Kemudian aku juga turut ingatkan korang kat sini ~ Jangan ada dikalangan kita yang mahu mengaku sebagai 'Pejuang keadilan rakyat' berebut-rebut menjadi opportunis politik dan menggunakan gerakan protes rakyat sebagai batu loncatan kepentingan peribadi.Jangan ada yang bermuka-muka dalam Islam. Korang tengok sendiri luahan segelintir anak-anak muda yang menyokong kita.Tolong ambil perhatian dan jangan diketepikan pandangan mereka dengan memberikan alasan. Korang sepatutnya berada dihadapan and lead the way! Aku hanya mampu menyampaikan suara-suara mereka. Walau apa pun syabas kepada wakil DPPP kerana hadir juga akhirnya.Kita berharap Dewan Pemuda PAS Malaysia benar-benar berperanan dan bersama-sama berganding bahu turun padang dalam isu ini bukan sekadar 'berdiri teguh dibelakang Adam Adli' sebagaimana akujanji Raja Iskandar dalam ucapan rakaman di sini Petikan ~ alhusseyn |
Sidang DUN Kedah Tangguh Kerana Mukhriz Bercuti Ke Luar Negara? Posted: 23 May 2013 08:08 AM PDT Betul ke berita ni? Sidang Dun Kedah di tangguh kerana Mukhriz ke luar negara. Jikalau betul tindakan, amatlah malang buat rakyat Kedah. Belum pun sampai sebulan memerintah, dah buat laku..
|
Posted: 23 May 2013 06:38 AM PDT Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyelar tindakan rakus Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sejak memegang jawatan, berterusan menggunakan kuasa sewenangnya bagi menutup mulut rakyat dan menghentikan penentangan terhadap penipuan pilihanraya yang lalu. Pembebasan Adam Adli melalui ikat jamin, tidak mencerminkan apa-apa apabila Yb Tian Chua, Sdr Haris Ibrahim dan Dato' Thamrin Ghafar ditahan beberapa jam yang lalu. Tindakan Zahid ini dilihat sebagai penuh kegilaan, mengancam dan menyekat kebebasan majoriti rakyat yang mula bangkit untuk mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional serta SPR diatas beberapa penipuan jelas bagi rejim pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihanraya paling kotor dalam sejarah. AMK Selangor bertegas sebarang bentuk penentangan, dan kebangkitan yang berlaku sejak 5 Mei 2013, bukanlah berpaksi kepada kekecewaan dan tidak menerima kekalahan tetapi adalah satu manifestasi persoalan tentang beberapa bentuk salahlaku serta penipuan pilihan raya. Rakyat sebagai penentu masa depan negara, berhak mengetahui keadaan sebenar beserta punca serta menggesa tindakan pantas kerajaan untuk menjelaskan perkara ini. Sebaliknya, Barisan Nasional tergesa-gesa menubuhkan kerajaan sebelum sebarang penjelasan diberikan dan inilah tindakan yang mendatangkan keraguan dan kekecewaan besar kepada rakyat terbanyak. AMK Selangor menyeru pembebasan segera mereka ini yang lebih bersifat tahanan politik, dan sewajarnya Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri menjamin hak tahanan dan tidak memperlakukan mereka seperti pesalah, selagi mereka tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Justeru, AMK Selangor menyeru rakyat tidak tunduk dan takut untuk mempersoalkan apa juga keraguan berkaitan dengan proses tatakelola negara, dan sebarang usaha keras oleh Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri serta PDRM hanyalah satu usaha terdesak dan terakhir untuk mengekang kebangkitan rakyat ini. Semangat perjuangan rakyat, baru sahaja dinyalakan. Azmizam Zaman Huri Ketua AMK Selangor Naib Ketua AMK Malaysia |
Mengejutkan!! 16,350 Kertas Undi Hilang/Rosak Di Kedah Pada PRU 13 Posted: 23 May 2013 02:30 AM PDT Cuba kita lihat keputusan PRU 13 di Kedah seperti di atas...ada apa yang tak kena ke?Jika kita melihat keputusan ini sepintas lalu mungkin kita tak perasan sangat apa yg tak kena...sebenarnya pada PRU 13 di Negeri Kedah, kertas undi hilang atau rosak adalah 16,530 keping. Adakah angka ini masuk akal? Sudah pasti angka itu tak masuk akal tetapi lebih tak masuk akal ada pula pimpinan PAS yang berpuas hati dengan keputusan itu...sampai sanggup boikot program #BLACKOUT505... Jom kita tengok tulisan Mat Saman Kati pada tahun 2011....tetapi apa beliau dapat dan terima respon dari pimpinan PAS? Mat Saman Kati berkata "Tahun 2011 aku dah tulis, apa tindakan PAS? Depa tanya balik kat aku.."Berapa Umno bayaq kat hang?" ~sharpshooters |
Posted: 23 May 2013 12:08 AM PDT KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan tahanan reman ke atas aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Norsharidah Awang, hari ini. Bekas mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Adam Adli yang berpakaian t-shirt ketika dibacakan pertuduhan, diwakili tiga peguam iaitu Datuk S.Ambiga, N. Surendran dan Afiq Mohd Noor. Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Kes Adam Adli akan disebut semula pada 2 Julai depan. Pertuduhan dibacakan oleh pendakwaraya Mahkamah Sesyen, Mitchell Yesuvass. Walaupun pendakwaraya menyifatkan Adam Adli tidak menimbulkan keganasan ketika melakukan kesalahan itu, namun kenyataan aktivis pelajar itu boleh menimbulkan keganasan. N.Surendran yang mewakili Adam Adli ketika pertuduhan itu dibacakan, mempertikaikan penahanan anak guamnya di bawah akta yang akan dimansuhkan seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. Bagaimanapun hakim menjawab cadangan pemansuhan akta tersebut masih dalam kajian dan di peringkat pra-matang. Dalam penghujahannya, N.Surendran menegaskan anak guamnya sepatutnya dibebaskan tanpa ikat jamin kerana beliau seorang pelajar sementara bapanya seorang pesara kerajaan dan kes tersebut akan dibuat rayuan di Mahkamah Tinggi. ~sinar harian |
Kes Sosilawati : N.Pathmanabhan, 3 Pekerja Di Hukum Gantung Sampai Mati Posted: 22 May 2013 10:03 PM PDT SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011. Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu. Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010. ~sinar harian |
NGO Dakwa Kenyataan Rasis Bekas Hakim Di Putar Belit.. Nah Ini Buktinya!! Posted: 22 May 2013 08:34 PM PDT Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam "Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah". Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei. Beliau membuat seruan demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik. Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kritikan keras pelbagai pihak, termasuk oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya mengatasi kumpulan pelampau Ku Klux Klan di Amerika Syarikat. Gabungan NGO-NGO Malaysia dalam kenyataannya pula mendakwa, laporan Malaysiakini berhubung perkara itu tidak tepat, berniat jahat dan bertujuan melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum. Mereka mendakwa kenyataan itu dimanipulasikan oleh wartawan dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh Mohd Noor yang berdurasi hampir 60 minit. Justeru, bagi membantu pembaca mendapatkan gambaran sebenar, berikut transkrip penuh ucapannya berdasarkan rakaman audio dalam wacana itu. Di bawah ini bahagian kedua daripada tiga bahagian:Orang Cina must bear the consequences of the Malay backlash oleh kerana sudah dapat kekayaan negeri. Kuasa ekonomi sudah pegang, hendak kuasa politik pula. Dilembikkan apa yang ada pada Melayu ini. Macam mana jadi begitu? Mana maruah kita? Mari kita bertindak agresif, perlembagaan menyatakan, tanah rizab Melayu yang telah diisytiharkan sebelum merdeka wujud sampai bila-bila, dan kalau dicabut (atau) dikeluarkan, tambah lagi. Lepas merdeka ini, menteri besar dan exconya boleh lagi mengisytiharkan kawasan-kawasan Melayu ikut jaminan perlembagaan. Apa kita boleh buat? Pertama, tanah rizab Melayu hendaklah diisytiharkan di kawasan-kawasan bandar supaya orang Melayu boleh memiliki rumah, bukan saja memiliki rumah tetapi berniaga di kawasan bandar yang selama ini dimiliki oleh orang Cina. Istilah cantiknya ialah "menyusun semula masyarakat", itu istilah cantik. Istilah kasarnya, berhijrahnya orang Melayu ke bandar supaya rumah-rumah yang ada di bandar itu, sama-sama kita memilikinya dengan orang lain, bukan kita sekadar melihat saja. Kedua, isytiharkan tanah rizab Melayu, bagi orang Melayu berladang dan menternak kerana perlembagaan mengatakan, menteri besar boleh isytiharkan tanah rizab Melayu di mana-mana saja. Kalau begitu, cari tanah yang cantik untuk orang Melayu bercucuk tanam dan berladang. Jangan seperti sekarang, lima ekar, 10 ekar sahaja, tidak. Kalau bukit itu ada batu, berikan orang Melayu buat kuari.... Begitu juga kawasan berternak. Kalau ada kawasan seperti Genting Highlands atau Gunung Ansi di Negeri Sembilan, untuk kawasan peranginan, isytiharkan sebagai kawasan tanah rizab Melayu untuk orang Melayu membuat kawasan pelancongan dan peranginan. Jadi kita ini bukan sekadar memerhatikan, kita punya! Buat macam itu. Saya gunakan istilah agresif saya. Kenapa tidak? Tanah rizab Melayu ini kita susun atur, kita agih-agihkan di tempat-tempat untuk menjamin majoriti kawasan Melayu dan untuk masa depan PRU seterusnya. Ini cakap agresif, supaya, mana kawasan Melayu diletakkan, letakkan supaya menjamin kawasan itu kawasan hijau. Fasal 153, kedudukan istimewa orang Melayu, sudah 56 tahun berlalu kita masih memiliki tak sampai 20 peratus (ekonomi) negara ini. Kenapa? Jadi saya agresif dan katakan, susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Agong mengarahkan badan-badan, pihak berkuasa berkenaan untuk menjamin supaya kekayaan negara ini dimiliki 67 peratus (Melayu) dalam tiga bidang. Fasal 153 ini menjamin supaya Melayu berada pada tahap yang selesa sepatutnya, dalam bidang pelajaran, perkhidmatan awam dan perniagaan. Jadi, susun strategi, daripada hari ini, seeloknyalah, kalau tidak dari semalam lagi. Segala perniagaan sudah ada 67 peratus untuk orang Melayu ambil sahaja bila-bila masa. Apa perniagaan yang ada sekarang ini, dah ditetapkan 67 peratus untuk Melayu ada di sana. Nak berniaga esok, minta lesen dapat. Kenapa hendak tunggu lagi, minta nak pertimbangkan, tidak. Agong mempunyai hak untuk mengarahkan pihak berkuasa yang wajib untuk menentukan kadar peratusan Melayu sekian banyak. Jadi kalau katakan SPAD mengarahkan teksi di seluruh KL ini sekian banyak, untuk Melayu sekian banyak, (kalau ada) masih kosong lagi, Melayu hendak bawa teksi, buat sekarang, tak payah tunggu lagi. Sepatutnya begitu dalam apa (pun) jenis perniagaan. Tapi janganlah berniaga setakat bawa teksi saja. (Perlu buat) dari peringkat pengeluaran sehingga downstream. Supaya jangan kita hendak buat rumah, hendak cari zink pun tak dapat cari. Papan pun tak dapat hendak cari. Tak boleh. Macam kuari tadi, satu bukit itu tanah rizab untuk Melayu saja. Nak batu minta, pergi ke sana, sudah ada. Kontraktor pula, kita dah katakan 67 peratus tadi, minta lesen, pasti dapat oleh kerana sudah ada 67 peratus untuk orang Melayu (untuk) kontraktor tadi. Dalam negara yang amalkan demokrasi, bilangan penduduk amat penting. Dalam memilih kerajaan tadi, one vote counts. Jadi bilangan penduduk kita harus kita ketengahkan. Orang Melayu harus dengar. Tadi saya katakan, siapa sepupu kita? Siapa saudara mara kita? Tadi saya terangkan tafsiran orang Melayu, kita ini Melayu Nusantara, Jangan kita ada perasaan tak suka, iri hati, katakan kepada Indian Muslim (atau) Chinese Muslim oleh kerana mereka adalah ummah dan seagama dengan kita. Bila kita ramai, sebab itu kuota kita tadi, saya tingkatkan kepada 67 peratus. 67 peratus dalam kiraan saya, two-thirds majority. Jadi kita pegang two-thirds majority itu dalam segala urusan, perniagaan, lesen dan sebagainya. jadi kita perlu ramaikan orang Melayu. Saya galakkan, pertama, perkahwinan antara Melayu dengan orang Cina dan orang India. Saya galakkan kerana melahirkan keturunan Melayu sampai bila-bila. Mengapa kita tidak relakan orang kita kahwin dengan orang Cina dan India? Ramai lagi contoh orang Islam Cina yang boleh mengajak orang Cina dan India masuk Islam. orang Cina ini dia sombong sikit, dia takkan masuk Islam kerana Melayu, tetapi dia boleh masuk Islam kerana saudaranya Cina. Jadi kita bagi kemudahan-kemudahan, kayakan orang Cina ini, supaya kalau dia kaya nanti dia jaga saudara mara dia, mak ayah dia yang belum masuk Islam lagi, sebagai contoh yang baik untuk diteladani orang Cina dan orang Islam. Selama ini kita tak kenal saudara mara kita, sepupu kita, kita abaikan. Jangan sekali-kali kita derhaka kepada sepupu kita orang asli tadi oleh kerana kalau kita derhaka kepada dia maka orang akan menderhaka pada diri kita sendiri. Kita nyatakan kita bertamadun, kita dah maju, tetapi apa kita buat kepada Orang Asli? Jangan minta dia minta daripada kita. Dia tidak tahu hendak minta. Minta dari kita pun dia tak tau. Jadi kita kena bagi pada dia. Sekolah mana kita buka kepada dia, kita ambil dari kampung itu hantar ke sekolah, seperti mana anak Melayu dihantar ke Kolej Kuala Kangsar kan, ataupun university college. Bahagian I: 'Pengkhianatan orang Cina itu benar' ~malaysiakini |
Gambar Tuan Guru Haji Hadi Di Temuramah 'LIVE' Di TV Malaysia? Posted: 22 May 2013 08:08 PM PDT TV5 Turki menyiarkan wawancara bersama Presiden Pas Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang secara live.Kalau di Malaysia jangan harap Tuan Guru Haji Hadi dapat macam ni.. Stesen TV kat Malaysia ni mereka buat macam harta persendirian BN sahaja. Hanya dakyah dan propaganda Umno Bn sahaja di benarkan.. So jangan berangan lah Tuan Guru Haji Hadi dan pemimpin Pakatan Rakyat akan di temuramah secara live |
Sistem Pilihanraya Malaysia Di Rekacipta Untuk Kekalkan Kuasa BN Posted: 22 May 2013 06:54 PM PDT Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian "first past the post" terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan, kata ahli akadamik Amer Saifude malam tadi. Timbalan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013. "Selagi mana kita mengguna pakai sistem first past the post, ia akan menjadi kelebihan untuk BN," kata Amer dalam satu forum berkenaan kesan Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi. "Sejarah menunjukkan setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat," tambahnya. BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR). Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut. Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan junmlah besar yang ditandingi mereka. Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh. "Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak," katanya. Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen. Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan jika aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi, undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat. Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa. Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi. Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa dengan Wall Street Journal dalam satu komen ditulis wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya. Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula. ~the malaysian insider |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan