Khamis, 23 Mei 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Termakan Hasutan Rakyat Kerajaan UMNO-BN Umumkan Harga Minyak Turun RM0.50 Berkuatkuasa Pada 25.05.2013

Posted: 23 May 2013 10:54 AM PDT

Penurunan Harga Minyak akan berkuat-kuasa pada 25 Mei 2013 iaitu esok. Kabinet Baru Barisan Nasional  semalam mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak RM0.50 sen,di semua stesen minyak di seluruh negara. Perkara ini disahkan oleh seorang menteri kabinet selepas selesai mesyuarat tengahari semalam.

Kabinet dalam Mesyuarat nya petang semalam , sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis-premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak mampu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam  esok.

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen dalam negara ini. Kabinet berharap penurunan harga minyak ini dapat mengurangkan bebanan rakyat.

Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,

1.Minyak Angin (Cap kapak dan cap Tombak)
2.Minyak Senyonyong (Cap Dacing dan Cap Senduk)
3.Minyak Gamat ( Keluaran Pak Mat,Veteran Umno Yang Boikot Air Asia)
4.Minyak Dagu dan Minyak Tumit
5.Minyak Pengasih dan Minyak Meluat
6.Minyak Belacak

 

 

Hahahahhahaha..Jangan marah....!!

cubaan tutup peyelewengan dan penipuan pru...dengan lagak samseng....zahid hamidi guna akta zimbabwe melalui KDN rampas akhbar ketiga tiga parti....!!!!

Posted: 23 May 2013 09:45 AM PDT

antara akhbar yang di rampas oleh rejim zimbabwe malaysia

Akhbar milik parti Pakatan Rakyat (PR) PAS, PKR dan DAP dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa kawasan di seluruh negara.

Harakah milik PAS, Suara Keadilan milik PKR dan The Roket milik DAP dirampas oleh pegawai-pegawai KDN di beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah.

“Ya Harakah dirampas di beberapa tempat pagi ini,” kata pengarang Harakah Zulkifli Sulong .

Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan “GST hadiah BN untuk rakyat”.

Portal Harakahdaily melaporkan Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang mengatakan kelmarin  beliau menerima pangggilan telefon daripada pengedar-pengedar yang memaklumkan pihak KDN menjalankan operasi merampas Harakah.

Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar. Di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah Harakah dirampas manakala di Alor Setar Kedah pula dilaporkan sebanyak 1,000 naskah.

Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual.

“Di Seremban Negeri Sembilan pejabat pengedar turut diserbu oleh KDN. Tetapi di Kedah pihak KDN tidak menunjukkan kad penguatkuasa dan surat dari KDN yang sah sebelum bertindak,” katanya dipetik dari Harakahdaily.

KDN mengesahkan menjalankan operasi menguatkuasakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 dan merampas sebanyak 1,408 Suara Keadilan, 1,062 Harakah dan 70 The Rocket.

“Tindakan penahanan ini diambil atas kegagalan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 di bawah Seksyen 5 iaitu Kesalahan Untuk Mencetak, Mengimport, Menerbit Akhbar Tanpa Permit, tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli-ahli sahaja seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri,” kata KDN dalam satu kenyataan petang ini.

“Operasi penguatkuasaan ini telah dilaksanakan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara bermula pada 22 Mei 2013 dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri sebelum ini.”

Kelmarin  ahli Parlimen Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan.

Difahamkan kesemuanya ditahan secara berasingan dalam tindakan keras polis hari ini. Ini adalah siasatan ketiga polis mengenai hasutan semenjak pilihan raya 5 Mei.

 

 

penyapu sial

 

taktik macam ini dah biasa di buat di zaman mahatahi...kita nak tengok berapa lama dia boleh tahan untuk merampas akhbar2 pembangkang...dia pikir rakyat bodoh sangat nak tunduk dengan telatah samseng zahid hamidi..

internet ada no hal punya...boleh dapat banyak info walau pun begitu teruk dia nak sorokkan fakta sebenar...kalau dia cuba tutup saluran internet...dia bakal tanggung akibat dari perbuatan terkejinya...tunggulah...suara dan kuasa rakyat ada di mana mana...

sokong dedahkan penyelewengan dan penipuan pru di kira menghasut...rejim najib amalkan undang undang zimbabwe di negara ini...balai polis jinjang jadi pusat operasi penahanan pemimpin pembangkang....!!!!

Posted: 23 May 2013 09:27 AM PDT

Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan semalaman di Lokap Jinjang

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Chua Tian Chang dan aktivis politik Haris Ibrahim, ditahan di bawah Akta Hasutan semalaman di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang .

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Chua Tian Chang dan Tamrin Ghafar, serta aktivis politik Haris Ibrahim, ditahan di bawah Akta Hasutan semalaman di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang hari ini.

Ketiga-tiga mereka yang ditahan sekitar tengahari tadi dimasukkan ke lokap berkenaan sekitar jam 5 petang tadi.

Ketika sidang media, peguam mewakili Haris, Gobin Singh Deo berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dimaklumkan “kenyataan menghasut” bagaimana yang telah dikeluarkan kesemua pemimpin pembangkang berkenaan sehingga menyebabkan mereka ditahan.

“Mereka telah ditahan dan akan di bawa ke lokap untuk permohonan reman ... kita baru dimaklumkan ketiga-tiga mereka akan ditahan, untuk siasatan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan.

“Polis akan bawa mereka esok jam 11 pagi untuk permohonan reman, kemudian terpulang kepada majistret sama ada untuk teruskan reman atau sebaliknya,” katanya.

Individu pertama yang ditahan dan didakwa di bawah akta berkenaan adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi tadi.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua telah ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu.

Sementara Haris, aktivis pergerakan Asal Bukan Umno (ABU) ditahan pada waktu sama semasa sedang makan tengahari di Segambut sejurus memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah.

Anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin yang merupakan bekas ahli Parlimen Batu Berendam turut ditahan ketika sedang makan di Bangsar.

Tian Chua diwakili peguam, New Sin Yew manakala Tamrin diwakili Dr Dzulqarnain Lukman.

Turut hadir di balai polis Jinjang adalah Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk memberikan sokongan kepada ketiga-tiga mereka.

Pihak polis turut dilihat telah mengepung kawasan sekitar balai polis berkenaan tepat jam 6 petang tadi dan melarang mana-mana pihak daripada melakukan demonstrasi pembebasan ketiga-tiga mereka dengan meletakkan kon dan tali penghadang polis.

Adam Adli telah didakwa di bawah seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Beliau walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan diikat jamin sebanyak RM5,000.

Hakim Norsyaridah Awang membebas dan melepaskan Adam yang hadir berbaju T hitam diwakili peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, N. Surendran, Afiq M. Noor, dan Shamsul Iskandar Mat Akin.

Hakim ketika pendakwaannya berkata ucapan Adam yang dibuat pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat Malaysia supaya cuba menukar kerajaan pemerintah dengan cara yang tidak sah.

Adam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

“Ini akta hasutan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah kata akan hapuskan, tetapi beliau masih gunakan akta ini untuk mendakwa Adam.

Hakim bagaimanapun berpendapat cadangan pemansuhan akta berkenaan masih sedang dikaji diperingkat cadangan dan bersifat pramatang, menjadikan akta berkenaan masih boleh digunakan.

Antara kenyataan Adam yang terkandung dalam kertas pertuduhan yang dibacakan hari ini adalah :”Ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini, saya nak ajak semua yang ada di sini, kita harus susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk rampas kembali kuasa kita! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalan raya sebab akhirnya dalam dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihan raya takkan tumbangkan kerajaan kita.

“Yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat. Sedara, ingat, ini sahaja peluang yang kita ada ...”

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kedua-duanya yang baru dilantik selepas Pilihan Raya 2013 telah memberi amaran dan berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang menyeru agar rakyat berhimpun di jalan raya bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013.

 

 

penyapu sial

 

 

tu dia penipuan kerajaan haram UMNO-BN....!!!!

betul tu ....kalau dah menipu dalam pru macam mana kita nak tumbang kerajaan haram secara demokratik...kita rakyat mengundi dengan adil tapi mereka melalui SPR yang penipu telah menjalankan kerja kerja menipu terang terangan untuk memenangkan UMNO-BN...melalui pengundial awal yang meragukan ,undi pos yang meragukan...dakwat kekal yang tak kekal dan pengundi bangla,nepal dan myanmar yang di angkut berduyun duyun dengan bas dan siap di eskot dengan polis lagi...

kita sememangnya tiada pilihan lain sekira mahkamah masih menolak petisyen yang bakal di kemuka oleh pembangkang ...kita kena gunakan kuasa rakyat di jlanraya untuk menumbangkan kerajaan haram yang sedia ada.

TSUNAMI MAMAK LEMBU....kerana langgar AKTA LEMBU....Rafizi Ramli akan dibicarakan...untungnya pencuri LEMBU....yang buat aduan kena DAKWA....apa kita rakyat nie hidup di Zimbabwe ke...????

Posted: 23 May 2013 09:05 AM PDT

aku punya tsunami kau baru tau...aku swing ko orang kalau kacau lembu lembu aku...!!!!

rafizi cuba di lembukan oleh wanita lembu sharizat melalui akta LEMBU....!!!

Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli (gambar) akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen bagi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) kerana didakwa mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonannya untuk mengetepikan tuduhan itu.

Panel tiga anggota yang dipengerusikan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata rayuan itu tidak mempunyai merit.

“Dakwaan bahawa tuduhan itu bercanggah dengan dasar awam tidak mempunyai bukti,” katanya.

Apandi juga memerintahkan perbicaraan kes ini dipercepatkan kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Kes ini akan disebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Jun.

Pada pendengaran rayuan itu hari ini, peguam R.Sivarasa, yang mewakili Rafizi, berkata tuduhan terhadap anak guamnya itu patut diketepikan atas alas an ia bercanggah dengan dasar awam.

Katanya pendakwaan terhadap Rafizi, 37, atas tuduhan melanggar Bafia adalah bersifat menindas dan menyalah guna proses mahkamah, manakala pendakwa raya pula mempunyai niat jahat apabila mendakwanya.

Apandi memberitahu Sivarasa bahawa pendakwa raya, yang juga Peguam Negara, diberi kuasa budi bicara di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya walaupun mahkamah itu mempunyai kuasa, termasuk di bawah Kanun Aturcara Jenayah, untuk mengetepikan tuduhan, tetapi ia mestilah bagi keadaan khusus dan tertentu sahaja.

Timbalan Pendawka Raya Nahra Dollah tidak memberi sebarang hujah secara lisan tentang kenyataan panel itu bahawa mereka telah membaca hujah bertulis yang dikemukakan pihak pendakwa dan Rafizi.

Pada Ogos tahun lepas, Rafizi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan empat dokumen mengandungi profil pelanggan Public Bank berhubung ringkasan imbangan NFC, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Beliau didakwa mendedahkan dokumen itu kepada perunding media Yusuf Abdul Alim dan pemberita akhbar 'The Star', Erle Martin Carvalho di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Petaling Jaya pada 7 Mac tahun lepas.

Pada 10 September tahun lepas, Rafizi, yang juga pengarah strategi PKR, memfailkan permohonan untuk mengetepikan tuduhan itu.

Apabila permohonan itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 23 Nov tahun lepas, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Sivarasa memberitahu pemberita pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu.

 

 

penyapu sial

 

oh negara haram ku malaysia...indah sungguh mempunyai undang undang terpilih untuk kroni kroni yang tertentu sahaja..

jenayah VIP di lindumgi....jenayah kecil kecilan kunun kununnya di perangi...bila negara di kuasai penjenayah...pemimpin kroni terselamat...rakyat yang mendedahkan jadi mangsa pendakwaan...

umpama pencuri masuk rumah...tuan rumah kena dakwa...pasal tak pasang alarm ,grill dan kunci kebal...!!!!

sewajar dalam kes melibatkan jenayah ...segala akta yang melibat melindungi kerahsian akaun invidu berkenaan terbatal sama sekali bila mempunyai bukti yang jelas...nampaknya dalam kes ini...adalah cubaan untuk menutup segala salah laku pengendalian duit lembu dari di ketahui umum...langkah jijik yang wajar di tentang .

Tiada ulasan: