Rabu, 15 Mei 2013

Addin

Addin


Portal Australia Melaporkan Najib Mempunyai Pengikut Twitter Palsu Teramai Di Dunia

Posted: 15 May 2013 04:00 PM PDT

Akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat juga dua-pertiga majoriti tapi bukan di Dewan Rakyat. 

Di sebalik populariti Najib yang diwar-warkan di alam maya, satu majalah Australia hari ini membuat dakwaan bahawa 70 peratus, melebihi dua pertiga followers (pengikut) Najib di Twitter adalah akaun palsu.

Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.

"Satu semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu," kata Meld Magazine bertarikh May 3. Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari).


Di belakang Najib, ialah rakan sejawat daripada Thailanda dan India, Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh, pada 55 dan 54~klratus. Menurut laporan itu lagi, hanya 15 peratus pengikut Najib dikategorikan sebagai pengikut yang baik manakala 15 peratus lagi adalah pengikut yang tidak aktif. Di Twitter Obama pula, hanya 45 peratus daripada 29.18 juta pengikutnya adalah palsu.

Mengikut Thomas Tudehope, seorang pakar sosial media di social@Ogilvy dan bekas penasihat kepada menteri bayangan komunikasi dan jalur lebar Australia, Malcolm Turnbull, pengikut di Twitter boleh dibeli, "100 dan ke atas sehingga 10,000 pengikut mengikut harga berlainan."

Bagaimanapun, Tudehope berkata apa yang penting ialah penglibatan dalam berkomunikasi dengan pengikut dan memberikan reaksi. "Saya rasa tekniknya ialah meletakkan lebih banyak bahan, secara kerap, untuk orang berlainan.

Ini adalah strategi yang mudah dan saya rasa ia agak berkesan," katanya. Sebelum PRU13, media tradisional telah menghebohkan bahawa satu laman pemantauan internet, Socialbakers, telah meletakkan Najib di tangga 11, tokoh politik paling popular di dunia.

Dalam reaksinya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata itu petanda Najib popular di kalangan orang muda. "Ini menunjukkan Perdana Menteri bukan sahaja popular di Malaysia, tapi juga di dunia," kata Ahmad Shabery ketika mengulas berita itu. -kltoday




Iklan C (ii)
  


Obama Telefon Secara Mengejut Najib.. Ini Cerita Sebenar Dari White House

Posted: 15 May 2013 09:28 AM PDT


Hari ini antara perkara yang dilaporkan riuh rendah oleh media-media tunggangan UMNO/BN baik media cetak mahupun media on-line ialah 'Obama Telefon Najib'.

Kononnya dalam panggilan telefon itu Obama menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia pada Ahad lalu.

Oleh itu Lidah Rasmi UMNO @ Utusan melaporkan kononnya "Obama telefon Najib iktiraf keputusan PRU-13"

Betul ke Obama memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 seperti apa yang dilaporkan oleh Utusan itu?

Ini apa yang dilaporkan oleh Utusan..
KUALA LUMPUR 14 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membuat panggilan telefon secara mengejut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. 
Dalam panggilan telefon itu Obama menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia pada Ahad lalu. 
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memberitahu, Obama turut diberi penerangan ringkas tentang usaha kerajaan memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil. 
"Obama mengucapkan tahniah kepada Najib di atas kejayaan beliau menerima mandat daripada rakyat untuk terus memimpin negara ini," jelas kenyataan itu. 
Dalam perbualan telefonnya dengan Najib, Obama telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global di ibu negara pada 11 dan 12 Oktober ini. 
Menurut Pejabat Perdana Menteri, Malaysia dan AS akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa. 
Obama turut menyentuh perdagangan dua hala dan pelbagai hala manakala secara khusus beliau mengharapkan inisiatif Kerjasama Trans Pasifik (TPP) akan dimeterai dalam masa terdekat. 
Kedua-dua pemimpin tidak ketinggalan berbincang tentang isu pengawalan senjata nuklear.
Sementara itu, Najib berkata, beliau menghargai panggilan peribadi dan minat yang ditunjukkan oleh Obama terhadap Malaysia serta komitmen Presiden AS tersebut untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara ~ Utusan

Ini pula kenyataan Media yang dikeluarkan oleh White House..

Yang mana antara kenyataannya ialah.. "The President noted that Malaysians had turned out in record numbers to vote and welcomed the Prime Minister's efforts to address concerns about election irregularities."

Maknanya.. "Presiden itu berkata bahawa rakyat Malaysia telah keluar mengundi dalam jumlah yang menjadi rekod dan menyambut baik usaha Perdana Menteri untuk menangani kebimbangan mengenai penyelewengan pilihan raya."


White House

Mananya Obama kata beliau iktiraf keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia itu?..


~anak sungai derhaka



Iklan C (ii)
  


PKR Dedah 24 Petugas SPR Di Kurung Untuk Pangkah Kertas Undi

Posted: 14 May 2013 10:53 PM PDT

PETALING JAYA 15 MEI: KEADILAN mendedahkan satu lagi bukti penemuan terbaru berhubung penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.

Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Besut.

"Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24 petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi," jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti, petang semalam.

"Kini kita (Pakatan) ada 29 kawasan Parlimen yang mempunyai bukti kukuh menjelaskan dakwaan kita berhubung penyelewengan pilihan raya," kata Saifuddin yang enggan mendedahkan sebuah lagi kawasan lain.

Menurutnya lagi, salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli.

"Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan," katanya.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menang memperolehi 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor 26,890 undi dengan majoriti 8,342.

Isnin lalu, Rafizi memberitahu, terdapat 27 kawasan Parlimen yang akan disiasat dan membuat petisyen bantahan berhubung penipuan pilihan raya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)

  


Strategi 'War Room' Najib GAGAL..

Posted: 14 May 2013 08:39 PM PDT


Persoalan timbul mengenai ahli strategi "bilik perang" Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya. Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, pengerusi PWTC Datuk Seri Alies Anor Abdul, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya.

"Ianya tidak berguna. Idea mereka tidak menjadi dan jangkaan senarai putih mereka salah," kata seorang ketua bahagian Umno kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu.

Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan "senarai putih" 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar umbi.

'Budak poster' melambangkan Umno tidak sensitive

The Malaysian Insider difahamkan, Jamaluddin adalah dibelakang tindakan BN meletakkan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon langsung mereka di Shah Alam walaupun Zulkifli pernah mengeluarkan kenyataan menghina kaum India dan agama Hindu.

Difahamkan juga Jamaluddin merasakan pencalonan Zulkifli tidak akan menimbulkan banyak masalah oleh kerana beliau telah memohon maaf kepada masyarakat India dan mendakwa kenyataan itu dibuat semasa masih bersama PAS.

Akan tetapi sumber mengatakan ahli strategi itu tidak merasakan langkah Umno meletakkan Zulkifli sebagai "budak poster" adalah satu tindakan melambangkan parti itu tidak sensitif kepada bukan Melayu.

"Yang paling menyakitkan hati adalah mereka meletakkan Shah Alam dalam senarai putih oleh kerana mereka fikir orang Melayu akan menyokong Zulkifli. Betapa silapnya mereka, kata sumber Umno memberi komen tentang strategi memakan diri bilik perang.

"Terdapat conservative dengan 'C' besar dan terdapat conservative dengan 'c' kecil. Ahli strategi hanya membuat analisis menggunakan komputer akan tetapi terlupa terdapat sebahagian besar pengundi baru selain pengundi Cina dan India di situ," tambah beliau.

Beliau menerangkan analisis menggunakan komputer dilakukan oleh bilik perang menyebabkan timbulnya kepercayaan BN akan melakukan dengan baik dan akan mendapat kembali majoriti dua pertiga yang mereka hilang dalam Pilihan Raya 2008.

"Kamu tidak boleh menganggap kerusi majoriti Melayu akan kembali pada kamu atau kamu fikir akan dapat berkongsi undi Cina dan India dan merasakan akan menang besar di peringkat kebangsaan dan Putrajaya," tambah sumber tersebut.

Ahli strategi luaran

Satu lagi sumber Umno mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.

Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.

"Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang," katanya.

Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.

Sumber yang telah terlibat dengan kempen pilihan raya semenjak 1999 itu mengatakan bilik perang mempunyai orang berpengalaman seperti Idris, Tengku Adnan dan Jamaluddin akan tetapi mereka tidak mempunyai kebolehan untuk melawan media baru atau mengadaptasi strategi untuk menarik undi daripada generasi lebih muda.

"Media arus perdana telah menyekat pembangkang akan tetapi di media sosial, apa sahaja keburukkan kami atau media arus perdana lakukan, ia dikuatkan di atas talian dan orang lebih benci kepada kita. Ini menyebabkan mereka tidak membaca atau menonton seperti kami," tambah beliau.

Jentera pilihan raya tidak bermaya

Satu lagi sumber dari BN memberitahu, jentera pilihan raya gabungan pemerintah itu tidak bergerak seperti diharapkan, mengulangi apa yang berlaku pada Pilihan Raya 2008 berbanding dengan jentera Pakatan Rakyat (PR) - dibarisi oleh pemimpin akar umbi dan anak muda.

"Ahmad Maslan dengan bangganya mengatakan akan ada 66,600 ceramah tetapi dimana? Amat sukar untuk menganjurkan walaupun satu kerana tiada penceramah bertaraf nasional atau dari parti komponen lain," kata calon BN yang menang tetapi tidak mahu dinamakan.

"Saya terpaksa melakukan semuanya dengan sendiri dan mencari orang untuk berceramah dalam satu ceramah utama yang saya adakan," katanya dan menambah: "Saya lihat yang lain hanya bercakap kepada jentera pilihan raya mereka."

Walaupun kekurangan bantuan, calon BN itu mengatakan beliau melakukan lebih baik daripada Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kalah di Lembah Pantai walaupun telah menggunakan sumber dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di kerusi bandar itu.

"Raja Nong Chik adalah menteri dan menumpukan kepada usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Lembah Pantai tetapi masih gagal untuk menang. Bilik perang memikirkan beliau boleh menang jadi mereka masukkan dalam senarai putih kawasan itu akan tetapi anda boleh lihat betapa gagalnya mereka," tambah beliau.

Perubahan taktik saat akhir

Sumber BN itu bersetuju ahli strategi bilik perang telah membuat kesimpulan tanpa menyemak dengan pegawai bahagian dan laporan akar umbi.

"Terdapat terlalu banyak data mentah masuk akan tetapi tidak banyak analisis kerana semua orang simpan untuk diri sendiri kerana takut bocor," kata satu sumber.

"Mereka juga mengubah taktik tanpa memikirkan apa yang telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu di akar umbi," tambahnya menegaskan meletakkan menteri besar empat penggal Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon adalah satu kesilapan.

Beliau mengatakan calon MCA Jason Teoh telah melakukan kerja-kerja akar umbi sepanjang dua tahun lalu di Gelang Patah "akan tetapi bilik perang panik seperti MCA hanya kerana Lim Kit Siang bertanding di sana".

"Jadi, mereka fikirkan Ghani boleh melakukannya akan tetapi kalah besar oleh kerana beliau tidak tahu kawasan tersebut dengan baik walaupun pejabatnya di sana. Mungkin Teoh akan melakukannya lebih baik kerana apa yang beliau perlu lakukan adalah untuk memenangi pengundi Cina," kata sumber tersebut.

Beliau menambah kehadiran Lim dengan pemimpin utama DAP lain mengurangkan undi popular BN kerana kalah di negeri kubu kuat Umno itu, "jentera takut dengan Lim dan mereka terus putus asa", tambah beliau.

Sumber mengatakan ini turut berlaku di negeri lain dimana DAP telah melakukan penolakkan besar seperti Negeri Sembilan dan Selangor akan tetapi ahli strategi bilik perang tidak bertindak kerana hanya menumpukan untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen.

"Terdapat perbezaan besar diantara yang diharapkan dengan sebenar. Ini dicerminkan dalam keputusan yang diharapkan dan apa yang akhirnya kita dapat," katanya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

  


(Gambar) Sambutan 'Dingin' Di Himpunan Tolak Penipuan PRU13 Kuantan

Posted: 14 May 2013 07:03 PM PDT


KUANTAN - Walaupun perubahan tempat dibuat pada saat-saat akhir, ribuan orang masih menghadiri perhimpunan Pakatan Rakyat bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13, demikian lapor MSTAR.

Kumpulan orang ramai yang kebanyakannya berpakaian T-shirt hitam membanjiri ibu pejabat PKR yang lama di Jalan Beserah di sini selepas penganjur menukar lokasi perhimpunan asal di Mahkota Aman beberapa jam terdahulu.

Perhimpunan pertama Pakatan telah diadakan di Kelana Jaya Rabu lalu diikuti di Pulau Pinang pada Sabtu dan di Ipoh pada Ahad.









~greenboc




Iklan C (ii)

  


Tiada ulasan: