Selasa, 7 Mei 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Kedudukan Melayu taik kucing depa. Cakap tak serupa bikin!!. Pooraahh...!! Pooraahh...!

Posted: 06 May 2013 06:30 PM PDT


 Walaupun saya kurang gemar berbicara mengenai isu "PRU & Bangsa" ini, tapi ada sedikit "ter"buat kajian statistik PRU13 dan cuba melihat dari perspektif mereka yang menjadi gusar disebabkan DAP memenangi lebih banyak kerusi dan menggesa penyatuan antara PAS dan UMNO.

Berikut adalah kerusi yang DAP (Pakatan Rakyat) MENANG:

1) P48 Bukit Bendera, DAP vs Gerakan (74% Cina 14% Melayu).
Calon DAP, Zairil Khir Johari berbangsa MELAYU menang melawan Gerakan Teh Leong Meng di kerusi majoriti CINA.

2) P80 Raub, DAP vs MCA (50% M, 40% C).
Calon DAP, Ariff Sabri berbangsa MELAYU menang melawan MCA Ho Khai Mun di kerusi majoriti MELAYU.

Ini adalah kerusi yang PKR (Pakatan Rakyat) MENANG:

3) P100 Pandan, PKR vs MCA (48% C, 44% M)
Calon PKR Mohd Rafizi Bin Ramli menang melawan MCA Lim Chin Yee di kerusi majoriti CINA

4) P124 Bandar Tun Razak, PKR vs MCA (52% M, 37% C)
Calon PKR Abd Khalid Bin Ibrahim menang melawan MCA Tan Kok Eng di kerusi majoriti MELAYU

Ini adalah kerusi yang DAP, PAS dan PKR (Pakatan Rakyat) KALAH:

5) P151 Simpang Renggam, PAS vs Gerakan (56% M 33% C)
Calon Gerakan, Liang Teck Meng menang melawan PAS Suhaizan bin Kaiat di kerusi majoriti MELAYU

6) P165 Tanjung Piai, DAP vs MCA (50% M, 47% C)
Calon MCA Wee Jeck Seng menang melawan DAP Mahdzir bin Ibrahim di kerusi majoriti MELAYU

7) N3 Pemanis. PAS vs Gerakan (56% M, 39% C)
Calon Gerakan Lau Chin Hoon menang melawan PAS Normala Binti Sudirman di kerusi majoriti MELAYU

8) N31 Kahang, PKR vs MIC (74% M, 21% C)
Calon MIC Vidyananthan A/L Ramanadhan menang melawan PKR Hamdan di kerusi majoriti MELAYU

9) N54 Pulai Sebatang, PAS vs MCA (62% M, 35% C)
Calon MCA Tee Siew Kiong menang melawan PAS Ungku Mohd Noor di kerusi majoriti MELAYU

Bila DAP menang kerusi lebih banyak dari PRU yang sebelumnya, timbul kenyataan "Chinese Tsunami" atau "racial polarization". Tapi hairan, kerusi parlimen Pandan & Bukit Bendera, majoritinya orang cina, tapi calon melayu boleh menang. Juga hairan apabila kerusi yang majoritinya penduduk melayu, calon dari Barisan Nasional yang diletakkan bertanding adalah BUKAN BERBANGSA MELAYU melawan calon dari Pakatan Rakyat yang berbangsa melayu - dan di beberapa kerusi itu, calon Pakatan Rakyat kalah.

Hairan juga melihat mengapa mereka yang kononnya risaukan kedudukan MELAYU itu sendiri boleh meletakkan calon BUKAN MELAYU di kerusi majoriti orang melayu, dan juga mengapa penduduk melayu di situ memilih untuk mengundi calon BUKAN MELAYU.

Masih mencari jawapan kepada persoalan di atas.

[sumber: Mohd Munsif's FB]

Tiada ulasan: