BRIGED MP SEGAMBUT |
- KHABARNYA YG SEBENAR PAKATA RAKYAT MENANG DI PERAK?
- MB SELANGOR MASIH BELUM JELAS:SILA TANYA PAS LAH
- SAYA CINTA PAS..APAKAH KARENA CINTA PAS MAKA KITA HARUS KEHILANGAN LAHAN DAKWAH?
KHABARNYA YG SEBENAR PAKATA RAKYAT MENANG DI PERAK? Posted: 07 May 2013 07:16 AM PDT Kesemua 28 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat tidak hadir pada istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata mereka tidak hadir kerana tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas. "Kami tidak hadir kerana kami rasakan tiada ketelusan dan wujud kesangsian pada keputusan pilihan raya lepas," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan di beberapa portal berita online yang mendakwa Pakatan Rakyat memboikot istiadat tersebut. Sementara itu, Dr Zambry Abdul Kadir berkata kesemua 28 Adun Pakatan Rakyat dijemput hadir ke istiadat itu. "Bagi saya, PRU13 sudah berakhir dan ia adalah masa untuk kita (BN)meneruskan agenda kepimpinan dan pentadbiran negeri Perak yang melibatkan semua pihak. Saya tidak mahu komen ketidakhadiran mereka di istana pada hari ini," katanya. Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Perak berjaya mengekalkan kuasa apabila memenangi 31 kerusi DUN. - Bernama |
MB SELANGOR MASIH BELUM JELAS:SILA TANYA PAS LAH Posted: 07 May 2013 03:26 AM PDT Kedudukan menteri besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih tidak diketahui apabila masih tiada keputusan dibuat bagi menentukan sama ada beliau akan terus memegang tampuk pemerintahan negeri. Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (lihat gambar) dalam sidang media bersama pemimpin-pemimpin negeri Pakatan hari ini berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan segera bagi membincangkan perkara itu. Menurutnya, mereka akan memutuskan siapa yang akan dilantik untuk penggal seterusnya sebelum ia dimaklumkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat. "Kami akan berbincang dan ikut keputusan pemimpin Pakatan. Kami akan pertahankan semangat kemuafakatan dan perundingan bagi memastikan ia semakin kuat di mas akan datang," katanya ketika ditanya. Isu kedudukan menteri besar itu timbul apabila PKR kini mendapat undi paling sikit di Selangor berbanding rakan Pakatannya dengan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). PAS dan DAP kini mendapat lebih kerusi dengan masing-masing 15 kerusi. |
SAYA CINTA PAS..APAKAH KARENA CINTA PAS MAKA KITA HARUS KEHILANGAN LAHAN DAKWAH? Posted: 06 May 2013 10:48 PM PDT Saya terpaksa tulis perkara ini. Saya rasa perkara ini perlu disedari oleh setiap ahli dan penyokong PAS. Terutamanya ahli2 yang senior seperti saya ini yang telah berkorban untuk PAS puluhan tahun rasanya. Termasuk Kedah, sudah dua kerajaan negeri jatuh dan hilang di bawah pemerintahan Presiden PAS. Ia bermula dengan negeri Terengganu pada tahun 2004. Waktu itu Presiden PAS yang ada sekarang ini telah pun menjadi Presiden PAS. Masuk ke dalam PRU 2004 dengan begitu yakin dan konfiden dapat menang semula di Terengganu. Namun, malang seribu kali malang, apabila keputusan diisytiharkan negeri Terengganu terlepas dari tangan PAS. Dari sebuah kerajaan yang mengawal 2/3 kerusi DUN Terengganu PAS cuma mampu tinggal 5 kerusi sahaja. Sehingga hari ini, PAS masih gagal menawan semula negeri Terengganu Darul Iman. Dalam pilihanraya 2013 ini kita lihat PAS sekali lagi hilang kerajaan negeri. Kali ini kerajaan negeri Kedah. Presiden sudah pun diberitahu mengenai perangai dan tingkah laku UStaz Azizan Razak yang dibenci dan ditolak oleh bukan sahaja rakyat jelata tetapi juga ahli2 PAS yang tegar. Malahan, ahli2 PAS turun berdemo menolak kepimpinan usang dan bodoh Azizan Razak. Exco2 pun sama protes kepimpinan Ustaz Azizan Razak. Namun, Presiden dan SU Agung terus mempertahankan kepimpinan beliu. Amaran2 yang datang dari pelbagai sumber yang kredible serta berotoriti ditolak mentah2 oleh Presiden dan SU Agung. Malahan, apabila di "konfron", Presiden dan SU Agung lah yang paling kuat mempertahankan kepimpinan Azizan Razak. DEngan kata lain, Presiden dan SU Agung telah pun maklum akan risiko kepimpinan Azizan serta mereka telah pun tahu akan kejatuhan Kedah sekiranya Azizan dikekalkan. Akhirnya, seperti Kerajaan PAS Terengganu 2004, negeri Kedah hanya bertahan satu penggal di bawah PAS. Soalan Tulang Besi kepada pembaca sekelian adalah berapa banyak kerajaan negeri lagi yang harus runtuh sebelum ahli2 serta perwakilan2 memberhentikan kegilaan ini? Adakah kita hendak tunggu sehingga hancur lebur PAS serta Pakatan Rakyat barulah kita hendak mengambil tindakan? Ataupun kita hendak tunggu bantuan dari langit dari Allah? Kalau wujud bantuan Allah sudah tentulah PAS masih berkuasa di Terengganu dan Kedah. Soalnya sekarang adakah kita masih mahu mengekalkan seorang Presiden semata-mata kerana doktrin Kepimpinan Ulama walaupun Presiden itu secara jelasnya telah hilang kelayakan memimpin semenjak 2004 lagi? Adakah ini tanda2 Allah SWT redha dengan PAS kerana mengamalkan kepimpinan ulama? ps jangan lupa ucapan Presiden yang menghentam PKR serta PSM pada hari penamaan calon dalam youtube serta pertandingan2 3 penjuru yang sepatutnya dapat dielakkan sama sekali oleh Presiden. Semua ini membawa kepada jatuhnya undi kepada PAS |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan