Selasa, 7 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mahathir kata dia tak sangka Najib lebih teruk dari Pak Lah...

Posted: 07 May 2013 02:52 AM PDT


Saya harap kali ini BN akan peroleh lebih banyak Kerusi kali ini berbanding tahun 2008.. saya agak terkejut dan kecewa bila mendapati BN memperolehi lebih kurang kerusi kali ini kata Tun Mahathir..

Menurut Tun Mahathir, beliau tidak menjangkakan biarpun setelah menukarkan pemimpin dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak keputusan yang diterima oleh BN lebih teruk kali ini..

"Kita nampak prestasi Najib lebih teruk dari Pak Lah.. Ini sesuatu yang kita tidak sangkakan..." kata Tun Mahathir di SINI.

Former prime minister Dr Mahathir Mohamad admitted today he did not expect Prime Minister Najib Abdul Razak to do worse in this general election than his predecessor Abdullah Ahmad Badawi in 2008.

Mahathir, a vociferous critic of the Pak Lah administration, said that he thought Najib would have done at least better than Abdullah, who led BN to take 140 parliamentary seats in the 12th general election.

Najib, despite having promised Umno and BN supporters that he would deliver a two-thirds majority, could only lead the coalition to 133 parliamentary seats, seven short of Abdullah's achievement in 2008.

While not giving his final verdict on Najib, Mahathir said Najib might face some criticism and rejection from within Umno.

"Of course, the people will question his capacity and his strategies," Mahathir added.

"Constitutionally, he remains as the head of government as long as Umno supports him," Mahathir added.

Mahathir said that he had campaigned for the Najib administration as well, with the belief that they would do better than 2008, though he did not expect BN to obtain a two-thirds majority.

'BN must learn from its mistakes' He warned that BN must learn from its mistakes in the 2013 polls in the next election.

"This can become worse if BN doesn't learn from its mistakes," he stressed.

He, however, appeared apprehensive about the notion of DAP joining hands with BN to represent the Chinese in the government since MCA has decided not to take up government posts.

"That's up to Umno and DAP, whether they want to participate in the government. But I don't think DAP will, they have always projected MCA as Umno lackeys, now they will be seen as one if they join," he noted.

"DAP is a party that will always want to be in a position of dominance," he added ~ Malaysiakini
Alahai... teruklah Najib kalau macam ni.. baru habis menghadapi Pakatan Rakyat.. kena menjawab dengan Tun Mahathir pula...

PANAS!! Rundingan untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Selangor sedang berjalan?

Posted: 06 May 2013 10:28 PM PDT


Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.

Perkembangan itu juga membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR.

Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.

"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. ~ Sinar Harian

Itu adalah kenyataan Hassan Ali yang jelas cuba memecahkan perpaduan antara PAS dan PKR..

Secara lojiknya jika mengikut apa yang dikatakan oleh Hassan Ali itu ialah oleh kerana Sarawak atau Sabah adalah penyumbang Kerusi Parlimen yang besar buat Barisan Nasional maka jawatan Perdana Menteri sepatutnya diserahkan kepada Ahli Parlimen yang datangnya dari negeri tersebut bukannya negeri Pahang..

Tapi ada seorang sahabat melaporkan bahawa ada kerajaan UG sedang dirancang di Selangor... baca apa yang dilaporkan oleh Faqar ini..

Orang dok kalut menyaksikan istiadat angkat sumpah menteri besar yang baru, beberapa pemimpin PAS malam tadi dikesan mengadakan mesyuarat tergempar di war room parti dekat Kuala Lumpur malam tadi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dijadual angkat sumpah di Seri Mutiara - Kediaman TYT Pulau Pinang - pada 11 pagi ini.

Mukhriz selamat angkat sumpah malam tadi. Ahmad Yaakob pun selamat angkat sumpah di Kelantan malam tadi.

Tapi, macam ada tak kena juga apabila Tok Guru Nik Aziz umum lepas jawatan Menteri Besar dengan penuh dramatik.

Apabila tersebar khabar Datuk Husam Musa pun tersingkir dari Kerajaan Negeri Kelantan, memang macam ada yang tak kena.

Setakat malam tadi, Bernama lapor Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata pihaknya masih menunggu keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelantikan menteri besar baharu negeri itu.

"Setakat ini saya tak mahu nak sebut sama ada muka baharu atau muka lama. Tunggu sedikit masa lagi," katanya dipetik dari Malaysiakini.com.

Selangorku.com pula malam tadi lapor, calon Menteri Besar Selangor akan diputuskan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum dikemukakan kepada DYMM Sultan Selangor untuk perkenan baginda. Pengerusi PR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

"Keputusan calon Menteri Besar akan diputuskan oleh kempimpinan tertinggi PR dan juga nama tersebut mesti diterima oleh DYMM Tuanku Sultan," kata Abdul Khalid dalam sidang media di Dewan Perumahan Exco Negeri Selangor hari ini.

Ekoran itu, avatar di Facebook dikesan menggambarkan PAS cuba tuntut kerusi Menteri Besar Selangor daripada PKR, termasuk Khalid sendiri.

Kalau PAS di bawah Datuk Dr Hasan Mohd Ali, mungkin betul. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani dan timbalannya Khalid Samad bukan begitu orangnya.

Kedua-dua pemimpin ini dikenali sebagai orang yang jaga perjanjian serta kuat bersama Pakatan Rakyat. Polemik siapa Menteri Besar Selangor akan tertangguh sampai seminggu, dikatakan, ekoran campur tangan pihak tertentu dari istana.

PAS dipujuk ambil jawatan Menteri Besar Selangor dengan syarat bergabung dengan Umno.

Di Terengganu juga begitu. Rundingan dengan Umno pun berlaku atas nama UG sekarang.

Itu, khabar yang sampai kepada saya sekarang. Kalau ya, PAS Terengganu akan mula pecah tradisi dengan tubuh Kerajaan Unity Governement Negeri pertama selepas PRU13 sebelum merebak ke negeri-negeri lain selain Pusat.

Sudah lama saya kata, fikrah UG tak akan musnah kalau ada pemimpin PAS cuba nak matikan idea itu ~ laporan sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Dan ini pula SMS yang aku terima...
PAS sedang bermesyuarat di KL untuk menubuh Kerajaan Perpaduan sekarang. Dalam PAS yang membantah hanya Mahfuz dan Husam Musa.. Ni antara sebab TGNA meletak jawatan, akibat tekanan dalaman dan Husam tidak dilantik jadi EXCO Kelantan.. Md Sabu dah condong ke UG.. fikirkan lah...
Jadi.. fikir-fikirkan.. ini juga berkait rapat dengan keputusan PRU13 bagi Kerusi Parlimen Permatang Pauh..

PRU13 adalah peralihan undi bandar, bukan Cina, kata penganalisis

Posted: 06 May 2013 09:24 PM PDT


Keputusan Pilihan Raya 2013 bukanlah semudah "tsunami Cina" seperti didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak akan tetapi peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas, kata penganalisis.

Dalam bacaan awal mengenai trend pengundian, penganalisis menyatakan walaupun terdapat peningkatan dalam sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Rakyat (PR), tsunami politik juga telah melanda "sebahagian besar daripada Melayu", ramai di antara mereka adalah pengundi kelas menengah dan kelas atas.

"Mereka mendapat sokongan kelas menengah, terutamanya di kawasan bandar," kata penganalisis politik Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada PR.

"Jadi, majoriti DAP meningkat kerana rasa tidak puas hati pengundi muda Melayu.. kesimpulannya, untuk melabel polarisasi kaum adalah terlalu mudah. Dua lagi faktor beroperasi secara serentak dengan kaum: kelas (kaya-miskin, kelas menengah) dan spatial (bandar dan luar bandar)," tambah pengasas dan pengarah Institut Kajian Etnik (KITA).

Walaupun Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib berjaya mempertahankan kuasa persekutuan dalam pilihan raya paling sengit negara, gabungan tersebut kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.

BN gagal untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang – dua negeri perindustrian di Malaysia – walaupun berjaya merampas kembali Kedah, negeri pedalaman dan jelapang padi itu.

DAP menghancurkan MCA dalam Pilihan Raya 2013 dengan penasihatnya Lim Kit Siang mengalahkan Pengerusi BN Johor Datuk Abdul Ghani Othman dengan 14,762 undi di kerusi Parlimen Gelang Patah, selain merampas Kulai, Kluang dan Bakri di Johor.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengatakan parti komponen BN itu tidak akan mengambil apa-apa jawatan kerajaan selepas menang hanya tujuh kerusi Parlimen, kurang separuh daripada 15 kerusi Parlimen dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mengatakan awal pagi Isnin kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai "tsunami Cina" dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee walau bagaimanapun, menyatakan PR menang lebih separuh daripada undi popular, menunjukkan gabungan itu mendapat sokongan "sebahagian besar daripada Melayu dan pengundi bukan Cina lain".

"Keputusan di Selangor, yang mempunyai peratusan besar populasi bandar, termasuk di negeri pantai barat lain, dengan jelas menunjukkan ini adalah trend kelas menengah bandar," kata Lim kepada The Malaysian Insider.

"Sebahagian besar Melayu termasuk dalam kelas menengah ini – mungkin sebanyak bukan Melayu," menurut pemerhatiannya.

Pengarah Center for Policy Initiative (CPI) menambah, undi menentang BN sebahagian besar disebabkan segmen pengundi ini lebih berpengetahuan dan kurang terpengaruh dengan media arus perdana dan media cetak mesra BN.

Beliau mengatakan, pengundi kelas menengah secara umumnya lebih bimbang tentang rasuah, pentadbiran baik dan isu kos kehidupan dan kurang terpengaruh dengan ketakutan kepada pembangkang dan sentimen kaum dan agama yang dimainkan BN.

Wong Chin Huat pula mengatakan, pengundi muda yang mahukan perubahan menyokong PR - melangkaui batas kaum.

"Pakatan mengatakan mari cuba sesuatu yang baru – anda boleh beralih dari kategori kaum. Jadi anda bercakap mengenai persoalan nilai," kata Wong.

"Pengundi muda yang lebih yakin dan mahukan perubahan akan bersama Pakatan," tambah felo Institut Pulau Pinang itu.

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengatakan gabungan 13 parti itu bukan sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013 berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali semenjak 1969.

"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?" kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, "Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?" semalam.

Terdapat hampir 2.5 juta pengundi kali pertama daripada 13.3 juta pengundi layak mengundi dalam Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus, paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

BN yang berkempen untuk menjaga keselamatan dan keamanan, kalah tujuh lagi kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN kepada PR dalam pilihan raya pada Ahad.

BN dan PR menang 133 dan 89 kerusi Parlimen, termasuk 275 dan 230 kerusi DUN dalam Pilihan Raya 2013.

Bagi kerusi Parlimen, BN mendapat 5,237,699 undi berbanding parti Pakatan Rakyat yang mendapat 5,623,984 undi.

Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP juga mendapat lebih banyak undi di DUN, mendapat 4,879,699 berbanding 4,513,977 undi diterima oleh gabungan 13 parti itu ~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: