Khamis, 2 Mei 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


NIK AZIZ SEMBUNYIKAN 200 300JUTA PEMBERIAN MAHADHIR?

Posted: 02 May 2013 01:07 AM PDT

Jika benar dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir memberikan RM200 juta hingga RM300 juta kepada kerajaan PAS Kelantan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, bermakna Mahathir sebenarnya sudah lama mengkhianati Umno Kelantan secara senyap-senyap.

"Rupa-rupanya sudah lama Mahathir khianat kepada UMNO Kelantan, dalam pada UMNO Kelantan berikhtiar merebut Kelantan sekian lama, Mahathir telah khianat dengan diam-diam hulur bantuan kepada PAS Kelantan," kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari sinis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan hari ini yang memetik kenyataan seorang aktivis Umno yang mendakwa PAS Kelantan menerima sebanyak RM200 juta hingga RM300 juta setahun daripada Mahathir ketika menjadi perdana menteri.

Beliau juga mendakwa wang itu diserahkan sendiri oleh Mahathir kepada Tuan Guru Datuk Nik Aziz, dan dialah yang menjadi pemandu membawa Tok Guru untuk mengambil wang tersebut setiap enam bulan sekali.

Mengulas lanjut, Fadhli berkata jika benar perkara itu berlaku, ianya sesuatu yang agak pelik kerana ianya tidak direkodkan.

"Rupa-rupanya sebanyak RM200 - RM300 juta boleh hilang begitu sahaja tanpa direkodkan di dalam pentadbiran kewangan kerajaan Umno.Jika mahu membeli sebentuk cincin dengan jumlah itu pun tidak menjadi masalah, apatah lagi jika mahu membeli seekor lembu berharga RM250 juta.

"Akhir sekali, cerita itu hanyalah lawak jenaka semata-mata. Ia bertujuan segar angin sebelum PRU13," katanya.

RAKYAT JOHOR TOLAK BN ? SAKSIKAN!!!!

Posted: 01 May 2013 08:30 PM PDT

Selepas ceramah mega Pakatan Rakyat berakhir, pengacaranya mengumumkan bahawa jumlah hasil kutipan semalam adalah sebanyak RM263,328,80.

NONEIa merupakan RM173,328,80 yang dikutip dari ceramah malam ini sahaja dan RM90, 000 lagi dikumpul daripada siri program yang diadakan pada sebelah siangnya.

Jumlah tersebut merupakan kutipan yang terbanyak sejak kempen pilihan raya bermula pada 20 April.

Johor Bahru: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pilihan raya umum ini adalah pilihan antara politik lama yang mengamalkan diskriminasi kaum dan politik baru yang memberikan layanan yang adil kepada semua.

Beliau berjanji jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, ia akan memberi bantuan penuh kepada semua sekolah dari aliran yang berbeza selagi mereka mengukuhkan bahasa kebangsaan.

Beliau juga memberi jaminan kepada orang Melayu bahawa tidak ada sebab untuk takut kepada ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Gelang Patah: Orang ramai yang membanjiri ceramah Pakatan di Skudai meningkat kepada 70,000 orang.

dap johor gelang patah sutera mall ceramah 60k people 020513 anwarDalam ucapannya, Anwar menggesa semua pengundi untuk menyokong calon-calon pembangkang, terutama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, untuk membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad salah.

Beliau berkata, mungkin namanya Lim Kit Siang tetapi beliau adalah seorang yang berprinsip.

Anwar berkata, Mahathir dilaporkan menggesa rakyat menguburkan karier politik Kit Siang di Gelang Patah dan karier politiknya di Permatang Pauh dalam pilihan raya umum kali ini.

NONEJohor Bahru: Kira-kira 10,000 orang menghadiri ceramah
Pakatan di tapak pasar di sebelah Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di mana Anwar dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dijadual berucap.

Orang ramai memenuhi kawasan tersebut walaupun agak gelap, termasuk yang duduk di atas lantai untuk mendengar ucapan.

Bagaimanapun, ia terganggu sekejap apabila seorang wanita menjerit apabila tikus melintas tempat beliau duduk.

NAJIB PALING POPULAR..BETUL BETUL TENGOKLAH

Posted: 01 May 2013 06:21 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai pemimpin politik yang ke-11 paling popular di dunia dan yang pertama di Malaysia berdasarkan laman pemantau internet "Sosialbakers".
  
Najib ketika diminta mengulas tentang pemantauan itu berkata "11 itu nombor kegemaran saya... hari ini mungkin lebih tinggi" dan terus beredar ketika ditemui selepas majlis bersama RELA di Pusat Tamadun Islam di Kuala Terengganu hari ini.
  
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika ditemui Bernama berkata laporan itu menunjukkan Najib popular di kalangan generasi muda yang banyak mengakses media sosial.
  
"Ini menggambarkan Perdana Menteri populis (popular) bukan sahaja di Malaysia malah juga dunia," katanya.
  
Pemantauan Sosialbakers (www.sosialbakers.com) twitter Najib (@NajibRazak) mencatatkan jumlah pengikut yang tertinggi dengan 1.5 juta selain mencatatkan 100,312 pengikut baru bulan lepas.
  
Selepas Najib ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dengan 477,893 pengikut, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketiga dengan 278,535 pengikut dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan 264,734 pengikut di twitter.
  
Untuk laman Facebook Najib mencatatkan jumlah "like" kedua tertinggi selepas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
- Bernama

13 MEI BN SUDAH DI TOLAK RAKYAT 1969? AKANKAH SKRIP YG SAMA DI ULANG?

Posted: 01 May 2013 05:24 PM PDT

Seorang pemimpin veteran Gerakan hari ini tampil mempertahankan kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduh Umno sebagai dalang rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Hadi dalam satu ceramah di Kuala Kangsar, Perak pada hari Isnin lalu berkata perstiwa berdarah 44 thaun lalu didalangi Umno yang ingin terus berada di tampuk kuasa.

NONE"13 Mei bukan fenomena etnik. Ia ada kejadian politik," kata Goh Cheng Teik kepada Malaysiakini.

"Hanya mereka yang bukan anggota Umno atau sekutunya sahaja yang terlibat. Anggota PAS tiada kena mengena dengan 13 Mei," katanya.

Goh, 70, pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan anggota exco Pulau Pinang selama 25 tahun, membuat kajian meluas mengenai rusuhan tersebut semasa menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan turut menerbitkan buku 'The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia' pada 1971.

Beliau menyertai politik tidak tahun lalu kemudian dan dilantik sebagai setiausaha parlimen kepada perdana menteri waktu itu, Tun Abdul Razak Hussein.

NONEMenurut Goh, rusuhan di Kuala Lumpur itu bermula sejak sebelum perarakan balas yang dianjurkan Umno susulan perarakan oleh pembangkang selepas kemenangan PAS, DAP dan Gerakan dalam pilihan raya 1969.

"Anggota, penyokong dan pengirim ucap selamat kepada parti yang menjulang dirinya sebagai pendukung undang-undang merusuh sebelum permulaan perarakan kemenangan. di depan kediaman rasmi menteri besar (Selangor)," katanya.

Goh masih percaya bahawa perintah darurat tidak perlu dikuatkuasa ke seluruh negara memandangkan rusuhan itu hanya kejadian setempat, seperti pencerobohan militan di Lahad Datu Sabah.

Beliau juga berpandangan bahawa rusuhan itu bermotif politik.

"Sebab itulah gangguan tersebut bukan seluruh negara, menurut (bekas perdana menteri) Tunku Abdul Rahman, tetapi hanya terhad di Kuala Lumpur.

"Tiada kekacauan atau tindakan keganasan berlaku di tempat lain di semenanjung Malaysia pada atau selepas 13 mei," katanya.

Perisytiharan darurat itu membolehkan kerajaan menggantung Parlimen.

Tiada ulasan: