Ahad, 21 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Muhyiddin & TV3 Kantoi Menipu Rakyat

Posted: 21 Apr 2013 12:33 AM PDT


Tindakan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di DUN Senggarang semalam dikesali.

Ini kerana dakwaan orang nombor dua Barisan Nasional (BN) itu terbukti bohong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon PAS, Dr Ramli Kari akan bertanding di situ melawan calon BN.

Kira-kira jam 1.20 semalam, TV3 mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di Senggarang, Johor.

Sehingga berita ini ditulis, laporan berita itu masih disiarkan dalam laman web TV3.

"Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor.

"Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan," lapor TV3.

Berita itu memetik kata-kata Muhyidin yang memperlekeh calon PAS kononnya tidak pandai mengisi borang pencalonan.

Terbukti berita itu palsu apabila SPR mengesahkan penyertaan calon PAS Dr Ramli Kari di situ.

"PAS bertanding di DUN Senggarang. Segala berita mengatakan BN menang tanpa bertanding di Senggarang adalah palsu," tulis laman Facebook PAS Kawasan Batu Pahat. -HD



Ulasan GB

Banyak kali dah GB bagitahu, inilah TPM paling bangang yang Malaysia pernah ada.

Sentiasa mempercayai bulat-bulat pemberi maklumat kepadanya dan kemudian menyerang dan merendah-rendahkan pihak lain tak tentu pasal dan tak tentu hala. Kembang hidungnya tatkala memperlekeh calon PAS kononnya tidak pandai mengisi borang pencalonan.

IQnya rendah, rasismanya tebal dan hanya tahu nak memperbodohkan rakyat.

Sekarang tertepek ke muka sendiri!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[VIDEO] Orang PAS Pakai Baju DAP, Orang DAP Pakai Baju PAS Di Gelang Patah

Posted: 20 Apr 2013 11:30 PM PDT


Kempen DAP Johor bermula dengan sorakan Cina untuk PAS

Pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berumur 72 tahun itu diraikan seperti seorang bintang rock dengan ribuan orang bersorak dan meniupkan hon udara malam tadi pada hari pertama kempen di sini untuk Pilihan Raya 2013 bukanlah satu yang mengejutkan.

Apa yang menarik pada perhimpunan di sini untuk kerusi Parlimen Gelang Patah adalah hadirin yang majoritinya Cina memegang bendera PAS bersama-sama dengan dengan mereka yang membawa logo Roket DAP.

Dan Kit Siang berjaya menawan perasaan ribuan yang berhimpun di sini atau mungkin pengundi Cina seluruh negara di atas tanggapan ketakutan terhadap agenda Islam PAS.

"Mereka kata undi untuk DAP adalah undi untuk PAS. Apakah itu benar? Ya ia benar. Ini kerana undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, PKR dan Pakatan Rakyat.

"Saya katakan di sini malam ini. Ini adalah pertempuran diantara masa lalu dan masa depan," katanya disambut dengan sorakan bersemangat oleh orang ramai yang majoritinya Cina.

Barisan Nasional (BN) katanya, mewakili politik masa lalu, dan untuk menguatkan hujahnya, beliau mengejutkan dengan memuji lawannya penyandang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

"Ghani Othman adalah orang baik. Saya akui dia membawa pembangunan dan kemajuan. Akan tetapi, dia mewakili masa lalu.

"Beliau mewakili model pembangunan BN yang tercemar dengan rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan."


PR, menurut Kit Siang mewakili masa depan dan Malaysia baru.

Akan tetapi semangat orang ramai malam tadi tidak terhad kepada Kit Siang.

Apabila Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang bertanding kedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya berucap sebelum itu, hadirin bersorak dan mengibarkan bendera PAS dan DAP.

"Kita membuat sejarah malam ini," katanya.

"Orang Cina memakai baju PAS dan memegang bendera PAS. Ahli PAS juga memakai baju DAP.

"Jika Cina boleh pakai baju PAS maksudnya Umno boleh jatuh."

Kerjasama diantara DAP yang sekular dan PAS yang Islamis selalunya menjadi isu rumit kepada masyarakat Cina, akan tetapi pemikiran sedia ada telah bertukar oleh kerana perkembangan sepanjang 48 jam lalu.

Selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) menimbulkan keraguan mengenai legitimasi pemegang jawatan DAP pada hari sebelum penamaan calon, parti sekular itu mempertimbangkan untuk menggunakan logo PAS bagi calon mereka.

Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan DAP untuk terus menggunakan logo roket mereka di Hari Penamaan Calon semalam, dan tawaran oleh PAS bagi DAP meminjam logo mereka telah menjadikan kedua-dua parti semakin rapat.

Dan persepsi meluas dikalangan masyarakat Cina DAP menjadi mangsa telah membantu memecahkan kesangsian berlarutan mereka terhadap agenda Islam PAS.

Semangat kebersamaan terbaru diantara kedua-dua parti itu hadir walaupun MCA melancarkan serangan melalui pengiklanan secara besar-besaran untuk menyerang DAP yang dituduh menyokong agenda Islam PAS.

Masih samar-samar sama ada kempen MCA akan berkesan, akan tetapi kerjasama DAP-PAS dilihat tidak mengurangkan semangat ribuan masyarakat Cina yang berhimpun untuk Lim malam tadi.

Sorakan dan kegembiraan mendorong derma besar-besaran dengan lebih RM90,000 untuk jentera kempen parti. -TMI


SAH: Tiada Calon Menang Tanpa Bertanding

Posted: 20 Apr 2013 08:35 PM PDT


Tiada calon menang tanpa bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Ini kerana kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri menyaksikan pertandingan.

Pada pilihan raya umum 2008, empat calon bergelar "Yang Berhormat" pada hari penamaan calon apabila mereka menang tanpa bertanding.

Mereka ialah Datuk Wahab Dolah (BN-Parlimen Igan, Sarawak), Datuk Zakaria Mohd Edris (BN-DUN Gum-Gum, Sabah), Datuk Abdul Raman Palil (BN-DUN Sementa, Selangor)dan Wan Ubaidah Omar (PAS-DUN Kijang, Kelantan). — Bernama


Semua kerusi Parlimen, DUN ditandingi, kata SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan ada pertandingan di semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari pengundian 5 Mei ini.

Selepas hari penamaan calon ditutup, seramai 579 calon disahkan layak bertanding bagi kerusi Parlimen lapor The Star Online.

Mereka terdiri daripada 221 calon daripada Barisan Nasional (BN), PKR (99), PAS (73), DAP (51), Bebas (79), STAR (28), Berjasa (9), SAPP (8), SWP (6), Kita (2), PCM (2) dan Bersama (1).

Bagi kerusi DUN, SPR mengesahkan 1,320 calon layak bertanding.

Dengan calon BN seramai 505, PAS (236), PKR (172), DAP (102), Bebas (190), STAR (49), SAPP (41), Berjasa (5), Kita (11), Bersama (4), PCM (3) dan PSM (2).
-TMI

[GAMBAR TERBAIK] Bukan-Islam Turut Mendokong Perjuangan PAS

Posted: 20 Apr 2013 05:42 PM PDT


Walaupun UMNO sering menakut-nakutkan kaum bukan-islam terhadap PAS, tetapi pada hari ini terbukti, Allah membuka hati kaum bukan-Islam untuk sama-sama mendokong perjuangan PAS untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dan menumbangkan kerajaan UMNO BN yang korup itu.












Ajaran Sesat Fathul Bari, Ulamak Muda UMNO

Posted: 20 Apr 2013 08:05 AM PDT


Menipu" menjadi halal di dalam UMNO - demikian mafhum kata-kata ulamak muda UMNO tersebut.

Itu sebab mengapa UMNO menggunakan pelbagai kaedah menipu - menipu dengan menggunakan fitnah seperti video seks dan seumpamanya. Bagi mereka itu tidak mengapa kerana ia perang psikologi.

Tidak perlu bukti untuk tuduh orang berzina. Untuk jatuhkan lawan, boleh guna penipuan asalkan orang percaya.

Namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap terlaksana: kemenangan dengan cara penipuan sedemikian tiada keberkatannya. Apatah lagi yang memfitnah kerana si pemfitnah akan tetap terlaknat dari dunia sampai kiamat.

Firmanullah s.w.t:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

Khalid Samad: Rakyat Pun Sudah Kenal & Boleh Nilai Lawan Saya!

Posted: 20 Apr 2013 04:30 AM PDT


Penyandang kerusi parlimen P108 Shah Alam Khalid Samad (PAS) yakin pengundi di sini akan membuat pilihan terbaik dan tepat dengan memilihnya sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti.

Walaupun dikatakan bertanding di kerusi panas dan berdepan saingan sengit daripada lawannya, Datuk Zulkifli Nordin(BN), Khalid optimis pengundi bijak menilai wakil mana yang mampu membawa suara mereka.

"Saya pasti rakyat dan pengundi penggal lepas dapat menilai prinsip dan pencapaian saya selaku ahli parlimen di sini.

"Tidak perlu pula saya bercerita tentang lawan saya, saya yakin rakyat pun sudah tahu dan kenal siapa dia termasuk keperibadiannya yang ekstrimis.

"Rakyat dan pengundi Shah Alam pasti bijak membuat pilihan," tegas beliau yang ditemui sejurus selesai pengumuman calon dibuat di Pusat Penamaan Calon Parlimen Shah Alam di Dewan Besar Tanjung di sini pagi tadi.

Sementara itu, beliau turut membangkitkan isu kedudukan penyokong kedua parti Pakatan Rakyat (PR) dan BN yang ditempatkan secara tidak adil.

Sewaktu pengumuman calon dibacakan, Khalid dilihat membantah dan meminta agar penyokong PR ditempatkan dengan lebih dekat agar mereka dapat mendengar pengumunan dibuat, peluang sama yang dinikmati penyokong BN.

"Mereka (penyokong PR) diletakkan jauh, speaker juga diletakkan jauh daripada mereka, kemudian ada pula diletakkan lori seolah-olah menghalang pemandangan penyokong.

"Sebab itu saya minta agar kedudukan mereka diubah, dan akhirnya setelah dipersetujui mereka dapat juga ke hadapan sedikit berbanding kedudukan asal," protesnya.

Bagaimanapun, proses penamaan calon berjalan lancar dan pihak petugas keselamatan berjaya mengawal.

Pada PRU 12 lalu, Khalid memperolehi 33, 356 undi berbanding lawannya dari BN, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin yang cuma mendapat 24, 042 undi, menyaksikan majoriti sebanyak 9,314 undi.

Lawannya pula, Zulkifli yang juga Naib Presiden Pertubuhan Perkasa, pada PRU lalu menang kerusi parlimen Kulim Bandar Bharu, Kedah di atas tiket PKR sebelum menjadi sebagai calon bebas.

Parlimen Shah Alam mempunyai 99, 957 senarai pengundi berdaftar dan 70 peratus daripadanya adalah Melayu.

Tiada ulasan: