Telok Bakong Online |
- Tan Sri Muhammad Mohd Taib sifatkan UMNO kereta buruk yang tiada brek
- Gambar Sekitar Himpunan Gelombang Anak Muda Tolak BN Berarak ke Bagunan UMNO (PWTC)
- Penganjur Terpaksa Bertegang Leher Dengan Agen Parti SPR..!! Ceramah Nyaris Nyaris Dibatalkan
- Kembalikan fungsi asal media
- 4 Asas Pembangunan Dun Bota
Tan Sri Muhammad Mohd Taib sifatkan UMNO kereta buruk yang tiada brek Posted: 27 Apr 2013 07:10 AM PDT 27 hb. April, 2013...Batu Muda, Batu Caves, Kuala Lumpur. Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib hari ini dalam suatu ceramah kelompok di Taman Batu Muda menyifatkan UMNO BN sebagai kereta buruk yang breknya sudah tidak berfungsi. Beliau menyatakan "jika rakyat masih mengundi UMNO BN dalam pilihanraya umum yang ke 13 nanti , kereta BN akan membawa kita masuk gaung ujar beliau. Turut berceramah dalam ceramah kelompok berkenaan ialah Calon Parlimen Parlimen Batu Saudara Tian Chua,Editor Harakah Dato' Tarmizi Mat Jam, dan YDP PAS Batu Cikgu Ishak Surin. Sorotan video akan menyusul..tunggu.TBO |
Gambar Sekitar Himpunan Gelombang Anak Muda Tolak BN Berarak ke Bagunan UMNO (PWTC) Posted: 27 Apr 2013 04:10 AM PDT |
Penganjur Terpaksa Bertegang Leher Dengan Agen Parti SPR..!! Ceramah Nyaris Nyaris Dibatalkan Posted: 26 Apr 2013 07:23 PM PDT Semalam satu ceramah umum nyaris digagalkan oleh agen parti yang turut berada didalam SPR.Kejadian berlaku di tengah tengah acara apabila sekumpulan yang mewakili SPRM telah hadir yntuk membuat lawatan mengejut disatu tapak ceramah di Bota Kiri. Perkara pertama yang diperiksa mereka ialah permit ceramah.Salah seorang agen yang mewakili parti telah berkeras supaya pihak penganjur menunjukkan permit ceramah.Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan.Pihak penganjur berhujah bahawa permit ceramah tidak diperlukan semasa "Kempen Pilihanraya" yang berlangsung disepanjang 15 hari ini.Penganjur juga mempertikaikan sama ada pihak UMNO juga ada memohon permit untuk kempen kempen mereka?.Beliau berharap supaya SPR membuat pemantauan secara adil dan saksama tanpa memilih bulu.Jangan cuma menjadi perkakas UMNO sahaja. Penganjur juga turut mempertikaikan mengapa SPR membiarkan bendera UMNO begitu banyak digantungkan didalam kampung kampung padahal Parti UMNO tidak bertanding didalam PRU 13.Perlanggaran undang undang itu begitu jelas tetapi tiada pihak yang buat teguran dan penguatkuasaan.Bendera Parti yang tidak bertanding cuma boleh digantung di Bangunan Parti itu sahaja dan tidak boleh digantung seperti bendera bendera parti yang bertanding. Bagi pihak AMK Parit,menurutnya UMNO telah lama mencabuli hak hak demokrasi tetapi SPRM memandang perkara tersebut sebelah mata sahaja.Pengunaan Dewan Orang Ramai sebagai bilik gerakan BN adalah mencabuli hak hak orang ramai dan merupakan tindakan yang tidak demokatik,namun sehingga hari ini tiada satu pun larangan atau arahan dari pihak SPR.Rakyat dirasakan telah diperbodoh dan ditarik hidung kerana mereka tidak dapat menyuarakan hak dan kehendak mereka.SPR semacam cuba menyembunyi kan fakta fakta serta undang undang mengenai Pilihanraya. Setelah berhujah dengan panjang lebar oleh Ketua Penerangan dan Ketua AMK,akhirnya agen berkenaan terpaksa mengalah kerana segala hujah hujah penganjur adalah benar dan berkemungkinan beliau sendiri kurang arif dengan peraturan peraturan Pilihanraya. Adalah sangat menghairankan bahawa banyak berlaku dalam ceramah ceramah UMNO yang menuduh DS Anwar Ibrahim sebagai peliwat,LBGT,agen yahudi dan sebagainya.SPR tidak ambil tindakan pun ke atas penceramah,padahal Mahkamah sendiri mendapati DSA tidak bersalah dan beberapa pihak tertentu telah didenda kerana menuduh DSAI sedemikian.Mengapa fitnah dan cemuhan dibenarkan didalam ceramah politik.Perkara ini boleh dilihat di Botaonline. Sekiranya ada provokasi dari agen parti dalam SPR ini,pihak penganjur mestilah dengan tenang dan sabar membalas setiap serangan.Sesungguhnya provokasi ini sememangnya diatur untuk memperlahankan momentum gerakkerja Pilihanraya Pakatan Rakyat.Umno merasakan sekiranya momentum seperti ini berterusan selama 8 hari lagi,nescaya BN akan kalah teruk |
Posted: 26 Apr 2013 05:52 PM PDT 24 April 2013 Menurutnya, sebagai kerajaan, BN dilihat gagal mengembalikan fungsi media rasmi kepada fungsi asal iaitu menjadi jentera penerangan kerajaan. "Apa yang berlaku mereka terus menjadi jentera penerangan BN seolah-olah mereka sahaja yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini. "Kegagalan ini jelas menunjukkan BN tidak mahu berubah dan sentiasa berlaku zalim kepada harta dan hak rakyat," katanya. Beliau berkata, pilihan raya adalah kemuncak kepada amalan demokrasi di Malaysia dan BN dilihat akur dan merendah diri apabila sanggup 'menuntut ilmu' daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam melaksanakan manifesto. Penolong Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat berkata, manifesto PR wujud disebabkan oleh keinginan rakyat untuk melihat sebuah kerajaan yang adil, telus dan berkebajikan. "Inilah mesej utama dalam manifesto PR dan jika konsep ini gagal difahami BN maka negara akan terus mundur dan keadaan ekonomi negara akan semakin terjejas," katanya. |
Posted: 26 Apr 2013 05:36 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan