Sabtu, 27 April 2013

Addin

Addin


100 Ribu Hadir Di Ceramah Umno BN Di Selangor

Posted: 27 Apr 2013 09:06 AM PDT


Gambar ini di rakamkan ketika ceramah Umno BN di flet sri melaka,selangor. Hanya beberapa kerat penduduk flet tersebut yang hadir. Jikalau beginilah keadaannya, umno bn pasti bungkus pada pru13 kali ini.

Bukan 1000k, 100 orang pun belum tahu.. Saksikan lagi gambar dibawah..





Iklan C (ii)



Tiada Menteri Hadiri Pengebumian Jenazah TKP Kastam - Husam Musa

Posted: 27 Apr 2013 04:37 AM PDT

PUTRAJAYA 27 APRIL : Datuk Husam Musa melahirkan rasa terkilannya apabila tiada wakil kerajaan mahupun menteri memberi penghormatan terakhir kepada Datuk Shaharudin Ibrahim semalam.Shaharudin,58, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) maut ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa di sini.Husam hadir menyempurnakan solat jenazah dan mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan.

"Saya yakin beliau terbunuh kerana operasi-operasi tugas negara yang telah dilaksanakan beliau," kata Husam dalam ceramah di Putrajaya semalam.Mengambil kira lokasi kejadian yang berlaku di Putrajaya, Husam menggesa agar tangkapan segera dapat dilakukan bagi menunjukkan kesungguhan Kerajaan Umno-BN dalam usaha memerangi jenayah."Kalau betul pasukan keselamatan kita cekap, sepatutnya penjenayah itu boleh ditahan serta merta dalam hari yang sama.

"Seandainya menjelang hari mengundi nanti penjenayah masih tidak dapat ditahan, ia menunjukkan ketakutan rakyat Malaysia terhadap keselamatan mereka adalah satu perkara yang memerlukan pendekatan yang berbeza dalam menghadapi jenayah," ujar calon PAS bagi Parlimen Putrajaya ini.Selain itu, Husam melahirkan kebimbangan berkenaan kadar jenayah di Malaysia pada masa kini.Menyifatkan negara kini dalam perjalanan menuju tahap negara Bolivia ekoran ancaman kadar jenayah yang semakin membimbangkan, termasuk ancaman pembunuhan, pengedaran dadah, rompakan dan lain-lain, ujar Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Lebih merunsingkan menurut Husam, tahap jenayah yang berlaku di Putrajaya iaitu sebuah kota yang dianggap paling selamat dengan aplikasi pembinaan 'smart city' itu adalah lebih tinggi daripada tahap nasional."Untuk Putrajaya yang mempunyai bilangan penduduk 75, 000 orang, kadarnya adalah bagi setiap 195 penduduk, berlaku satu jenayah berbanding kadar nasional iaitu satu jenayah bagi setiap 750 penduduk," jelas Husam.



Iklan C (ii)




Impian Tok Pa Mahu Jadi MB Kelantan Berkecai

Posted: 27 Apr 2013 02:25 AM PDT


KOTA BHARU: Biar pun sesetengah tempat di bandar Kota Bharu tenggelam dengan poster dacing, namun lonjakkan semangat 1990 dilihat seperti berulang semula di Kelantan. 

Kehadiran orang ramai pada setiap ceramah yang diadakan di seluruh Kelantan begitu mengujakan sekali. Malah ceramah di kawasan kubu Umno iaitu Jeli dan Gua Musang juga memberi petunjuk luar biasa. 

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasar kepada perkembangan sekarang, situasi yang berlaku pada 1990 seperti mahu berulang kembali. 

"Ketika itu rakyat Kelantan mencatat satu sejarah dalam politik negara yang tidak pernah dipecah rekod di negeri-negeri lain. 

"PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah yang dianggotai Berjasa, HAMIM dan Semangat 46 memberi pukulan hebat kepada Umno-BN di Kelantan di mana tiada satu pun dimenangi mereka ketika itu," katanya pada ceramah di UPU Telipot, Dun Bunut Payong malam tadi. 

Beliau yang juga calon parlimen Kota Bharu berkata, pada pilihan raya umum kali ini rakyat Malaysia di seluruh negara juga memperlihatkan semangat yang luar biasa. 

Menurutnya di Segamat, Johor semalam dilaporkan tidak kurang 25,000 datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat. 

"Di Gelang Patah yang mana Lim Kit Siang berdepan Datuk Ghani Othman lebih 30,000 orang keluar memberikan sokongan kepada calon Pakatan," ujarnya. 

Kata beliau situasi serupa juga berlaku di Negeri Sembilan, Perak, Perlis dan boleh dikatakan di seluruh negara. Kita yakin sejarah politik Malaysia akan tercipta lagi. 

Hadir sama calon PAS Dun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Presiden Kekal, Zulkapli Yaacob. 

Sementara itu dalam perkembangan lain Takiyuddin yang anggota Exco kerajaan negeri menolak dakwaan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Salleh yang mendakwa kerajaan negeri hanya meluluskan 300 daripada 1,000 unit projek perumahan 1Malaysia di Wakaf Mek Zainab. 

Sebelum ini Fatmi yang juga calon BN di Kota Bharu mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) hanya meluluskan 300 daripada 1,000 unit projek perumahan berkenaan. 

"Sehingga ke hari ini belum ada apa-apa permohonan daripada pihak berkenaan diajukan kepada MPKB BRI. Jadi bagaimana beliau boleh dakwa hanya 300 unit yang dilulus," katanya. 

Projek perumahan itu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru raja Udang, Wakaf Mek Zainab pada Mac lalu. 

Takiyuddin juga berkata, sejak 1990 sehingga sekarang kerajaan pusat langsung tidak membantu Kelantan membina projek awam kos rendah sebagaimana diberi kepada negeri-negeri lain. ~harakahdaily



Iklan C (ii)



Kantoi!! Bukti Zahid Hamidi Pembohong Besar Terbongkar..

Posted: 26 Apr 2013 10:49 PM PDT

MANILA, 25 April: Angkatan Tentera Filipina (AFP) menolak dakwaan Menteri Pertahanan Malaysia bahawa pasukan keselamatan membunuh 35 tentera Sulu yang kononnya cuba memasuki Sabah untuk mengganggu PRU 13.

"Kita semak dengan Tentera Laut Filipina dan Estearn Mindanao Command dan mereka tidak menerima laporan sedemikian," kata jurucakap AFP, Colonel Arnulfo.


Aravelo bercakap dengan Komander Pasukan Petugas Tentera Laut berpangkalan di Tawi-Tawi pada 2.25 petang dan tidak menerima pengesahan berkaitan insiden yang didakwa Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian kepada InterAksyon, sebuah portal berita terkenal negara itu.

Hal sama turut disuarakan Colonel Edgard Arevalo, jurucakap Tentera Laut tentang hal ehwal Laut Filipina Barat.

Pemangku jurucakap Tentera Laut, Lieutenant Komander Gregory Fabic pula berkata, Western Command dan Pasukan Petugas Tentera Laut 62 yang berkuasa ke atas lokasi insiden itu, turut menafi dakwaan Zahid.

Kedua-dua pegawai Tentera Laut itu enggan mengulas mengapa Zahid membuat dakwaan itu.

Zahid sebelum ini mendakwa tentera Sulu ditembak selepas enggan berpatah balik walaupun amaran diberi agar tidak menyeberangi perairan Malaysia.

Pada Februari, lebih 200 pengikut Kesultanan Sulu ke Sabah untuk membuat tuntutan mereka terhadap wilayah itu. ~keadilandaily






Iklan C (ii)



100 Ahli Umno Sambut Tuan Guru Nik Aziz Di Putrajaya

Posted: 26 Apr 2013 09:31 PM PDT

Seratus orang ahli umno menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz di majlis ceramah pilihanraya di Precint 3 Putrajaya malam tadi.

Peristiwa manis itu memberi gambaran lebih buruk kepada umno bn yang selama ini telah ditunjukkan jalan keluar dari Putrajaya melalui sambutan puluhan ribu pengundi di setiap ceramah Husam Musa di sana. Husam 'the perfect stranger' berjaya menawan sekurang-kurangnya 70% warga Putrajaya yang terdiri daripada para penjawat awam.

Kehadiran TGNA sejak solat Jumaat semalam mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk. Ketika di Masjid Besi orang ramai mengerumuni TGNA yang belum pun selesai solat sunat selepas Jumaat.

Peristiwa itu menyebabkan ramai terpaksa melindungi TGNA yang masih bersolat agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selesai solat TGNA terus diarak sebagai pemimpin yang dihormati. Ribuan mengiringi beliau dari kiri, kanan depan dan belakang menyebabkan TGNA seolah-olah terkepung.

Selesai solat sunat, TGNA terus diarak sebagai pemimpin yang dihormati. Ribuan mengiringi beliau dari kiri, kanan depan dan belakang menyebabkan TGNA seolah-olah terkepung. ~wasukalu



Iklan C (ii)



10 Ribu Penduduk Miri Sanggup Berhujan Dengar Ceramah Anwar

Posted: 26 Apr 2013 07:58 PM PDT


MIRI 27 APRIL: Lebih 10,000 penduduk Miri, Sarawak yang dahagakan perubahan sanggup berhujan bagi mengikuti ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Mujur, penganjur sudah menjangka keadaan cuaca dan mengedar baju hujan biru muda kepada penyokong sebaik sahaja hujan sehingga kelihatan seperti tasik biru di tengah-tengah Bandar Miri.

Ketua KEADILAN Cabang Baram, Arison Ngau sendiri kagum dengan sokongan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan sepanjang penglibatannya dalam organisasi parti.

"Sokongan rakyat sangat baik. Mereka teruja mahu jumpa dan dengar ucapan Anwar. Sebab itu, mereka sanggup berhujan," katanya kepada Keadilan Daily.


Ketua Kelab Penyokng PAS Miri, Dr Teo Kian Leong pula menyifatkan sokongan penduduk setempat kepada Pakatan merentasi sempadan kaum, agama dan budaya.

"Keadaan Miri sangat unik kerana toleransi di kalangan penyokong berbilang suku dan puak tapi menolak politik perkauman yang dibawa Umno BN," katanya.

Malah, beliau sendiri satu-satunya Setiausaha PAS Sarawak yang bukan beragama Islam.


Miri didiami populasi kaum rencam merangkumi Melayu, Cina, dan masyarakat peribumi yang mana pribumi terbahagi kepada beberapa puluh pecahan lain termasuk Iban, Kelabit, Kedayan dan sebagainya.

Namun, demi semangat kebangkitan, orang Iban dengan tatu dan subang di hidung, tidak kekok memakai baju hijau menyokong calon Islam atau lelaki Melayu berkopiah berbaju gambar calon Cina dari Pakatan.






~keadilandaily



Iklan C (ii)



Khabar Yang Menggerunkan Najib Dan Ku Nan.. Saksikanlah!!

Posted: 26 Apr 2013 07:30 PM PDT


Puluhan ribu menyertai ceramah yang dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Presint 3 malam ini.Turut memberikan ucapan adalah calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.

Tengaharinya, belum selesai TG Nik Aziz menunaikan solat sunatnya, sudah penoh orang ramai yang mengelilingi beliau untuk bersalam.TG Nik Aziz sampai ke KLIA pagi.

Paginya beliau makan pagi bersama dengan warga Putrajaya di sebuah kentin pejabat di sana.

Pada sebelah tengaharinya, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya.

Di sanalah beliau Datuk Husam Musa, calon PAS diserbu oleh orang ramai yang ingin bersalam. 





Iklan C (ii)



Tiada ulasan: