Anak Sungai Derhaka |
Tengok Poster ni.. Wanita UMNO letakkan Rosmah dan Sharizat sama taraf dengan Isteri Nabi? Posted: 27 Apr 2013 03:00 AM PDT Buta atau sememangnya bodoh macai UMNO yang merekabentuk poster untuk Rosmah dan Sharizai ini.. Wanita Islam yang mendedahkan aurat mereka diletakkan sama tarafnya dengan isteri Nabi-nabi.. Sebuah poster yang ditampal di tiang elektrik menunjukkan bagaimana Umno sudah menyamakan taraf dua wanita sebagai "isteri nabi". Kedua-dua gambar yang terpampang di poster itu dikenali sebagai isteri BEKAS perdana menteri, Rosmah Mansor dan ketua wanita Umno Malaysia, Shahrizat Jalil. Antara kandungan yang tertulis pada poster berkenaan menyebut: "Ya Allah, mereka berdua contoh teladan kami. Engkau Peliharakanlah mereka, kurniakan kesihatan untuk mereka agar dapat mereka meneruskan tugas sebagaimana ummu Mukminin, Isteri Nabi-Nabi dan As-Solafussoleh. Perkenankanlah Doa Kami Ya ALLAH.. AMIN." Daripada Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Poster tersebut dikesan ditampal di sekitar Kuala Langat, Selangor oleh seorang penduduk yang memuat naik gambar tersebut di laman sosial Facebook. . Bagaimanapun apa yang menimbulkan ketawa apabila melihat poster tersebut adalah kedua-dua wanita Umno ini langsung tidak menutup aurat iaitu dengan jelas masih menunjukkan rambut bahagian depan sedangkan dalam Islam wanita mesti menutup keseluruhan tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Tetapi yang paling kelakar ialah apabila 'doa' yang ditulis di atas poster itu merayu-rayu pula agar diberi kesihatan yang baik konon untuk meneruskan tugas sebagaimana ummu Mukminin serta isteri nabi-nabi sedangkan seluruh dunia sudah mengetahui tembelang masing-masing. Rosmah yang dikaitakan dengan tabiat suka boros dan berbelanja mewah setiap kali ke luar negara juga terpalit dengan skandal cincin berlian RM24 juta seperti yang dibuktikan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin dua tahun lalu. Manakala Shahrizat sudah tidak perlu diperkenalkan lagi apabila Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berjaya membuktikan Shahrizat selaku menteri menyalahgunakan kedudukannya bagi memperolehi projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sebanyak RM250 juta hingga wanita Umno sendiri pun malu untuk berkempen setiap kali dia turun ke seluruh negara. Gambar tersebut turut mendapat respon dari pembaca Facebook yang mengatakan antara lain: Zaquwan Wan kucar lanang dh ni mnta doa ke pemimpin aurat pun x tutup...jauh nanang nk bnding dgn istri nabi....x lebai kore kut doa ni.... Hampir kesemua pembaca yang memberikan komen ternyata menggelengkan kepala melihatkan betapa terdesaknya wanita Umno ini sanggup menyamakan kedua-dua mereka dengan isteri nabi yang sudah tentu lebih mula dari dua penyangak ini. Mengapa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menyiasat perkara ini kerana ia jelas sekali bertentangan dengan akidah dan sudah dianggap mempersendakan isteri-isteri nabi yang sudah terjamin kemuliaannya? Takkan hendak menunggu laporan dan aduan baru hendak bertindak kerana ia pasti akan mengelirukan masyarakat terutamanya yang beragama Islam, kononnya dua penipu ini selayaknya diberi taraf seperti isteri nabi? Ternyata Umno sanggup melakukan apa sahaja demi undi hingga sanggup memainkan sentimen agama dan mempersendakan hukum! ~ Jalan Pulang |
PAS serah Kota Damansara kepada PKR.. tapi janganlah jadi macam di Sungai Acheh pulak... Posted: 27 Apr 2013 01:29 AM PDT Pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara selesai apabila PAS hari ini mengumumkan untuk menarik balik calon mereka, dan akan menyerahkan kerusi itu berdasarkan kepada status quo dan akan ditandingi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang akan menggunakan simbol PKR, kata Datuk Mustafa Ali. "Saya mengumumkan setelah perundingan dibuat, status quo kerusi DUN Kota Damansara kekal seperti sebelum hari penamaan calon iaitu diperuntukkan kepada PKR," kata Setiausaha Agung PAS itu lagi. Tambah Mustafa , PAS juga telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan penarikan diri calon PAS pada 23 April lalu dan mengarahkan jentera PAS menumpukan kerja dan sokongan untuk menangkan calon PKR. Mustafa menjelaskan, semua tujuh pertindihan kerusi antara PAS dan PKR juga telah diselesaikan dengan tiga diserahkan kepada PAS manakala baki empat lagi akan ditandingi PKR. "Tiga kerusi DUN di Terengganu: Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi diserahkan kepada PAS. "Manakala tiga lagi kerusi iaitu DUN Panti, Johor, Sungai Acheh, Pulau Pinang, dan Parlimen Labuan akan diserahkan kepada PKR," katanya, dan menambah keputusan berkenaan perkara itu dibuat semalam. PSM sebelum ini meletakkan Presiden mereka Dr Nasir Hashim di Kota Damansara pada 2008 dan memenangi kerusi tersebut, malah beliau akan kekal bertanding di kawasan tersebut untuk Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei depan. Berlaku pertindihan apabila PAS dikatakan turut akan meletakkan Ridzuan Ismail sebagai calon mereka di kerusi sama. Sementara calon PSM, Dr Michael Jeyakumar Devaraj telah bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput pada 2008 dan turut beroleh kemenangan. PSM telah bertanding dengan menggunakan logo PKR pada pilihan raya 2004 dan 2008. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April. Seramai 13,268,002 layak mengundi dalam PRU13 kali ini. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN dipertandingkan pada pilihan raya kali ini yang dianggap sebagai paling sengit dalam sejarah negara ~ The Malaysian Insider Apa dah jadi di Sungai Acheh??.. nanti aku dedahkan.. sebab ada pihak yang makin dibiar.. makin galak pulak jadinya.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan