Jumaat, 26 April 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Peralat murid untuk kempen PRU, BN langgar etika p’ raya

Posted: 26 Apr 2013 12:25 AM PDT

BN Sarawak

(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 25 APRIL: Memperalat murid sekolah sebagai budak suruhan bagi kempen Barisan Nasional (BN) adalah pelanggaran etika pilihan raya, kata Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang.

Beliau mengulas gambar di laman sosial yang memaparkan murid Sekolah Kebangsaan Long Jeeh Baram, Sarawak mengibarkan bendera BN ketika mahu menyambut dan memberi sokongan kepada calon BN Baram yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu.

"Ini jelas melanggar undang-undang demi kepentingan politik BN. Parti itu seolah-olah makin terdesak sehingga sanggup menggunakan murid untuk kempen politik.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, mereka masih kecil. Jangan heret kanak-kanak dalam kancah politik," katanya ketika dihubungi.

Tegas beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil mudah perkara tersebut dan perlu segera menyiasat kerana ia bertentangan etika kempen pilihan raya.

"SPR sepatutnya ambil tindakan segera untuk mengelakkan pemimpin BN menggunakan murid bagi kempen mereka. Penglibatan guru yang merupakan kakitangan awam dalam kes sebegini merupakan salah guna kuasa.

"Saya hairan mengapa Pengarah Pelajaran Negeri atau Daerah sanggup dipergunakan pemimpin BN, dan kemudian memperalat murid sekolah untuk kempen mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu modus operandi sama turut digunakan pemimpin BN di Kuala Lipis, Pahang apabila guru diarah mendengar 'taklimat' tohmahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat.

"Semalam, semua guru dikumpul supaya mendengar taklimat memfitnah pemimpin Pakatan di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Lipis.

"Antara yang saya dapat maklumat, kononnya kawan Anwar (Ibrahim), Sidek Baba turut diundang memberikan 'taklimat' kepada guru," kata Abbas.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51012

Nasib 4 katak di Perak : Hilang Hanyir, Bangkai Dibuang..Daaa..

Posted: 26 Apr 2013 12:21 AM PDT

Katak Lagi Satu..Terselamat..Dalam Pahgrit Banyak Katak..Gedek..Gedek..Ongg!!!
IPOH: 'Hilang madu sepah dibuang'. Setelah berjaya mendapat kuasa, mereka yang berjasa kepada mereka selama ini dibuang begitu sahaja.

Itulah nasib empat bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak yang menolong BN menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan di Perak.

Dalam pengumuman calon-calon BN , kesemua mereka tidak mendapat sebarang kerusi dalam pilihan raya ini.

(Dalam kenangan...Najib ketika mengumumkan tindakan tiga ADUN Pakatan keluar parti dan sokong BN. Sekarang ke mana mereka?)

"Setelah rampasan kuasa di Perak, kini BN mengkhianati 4 katak yang bantunya rampas kuasa. Rakyat tak akan lupa. Ini Kalilah!" tulis Nga Kor Meng, bekas Exco kerajaan negeri Perak.

Sebelum ini, beliau yang juga Setiausaha DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.

Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya umum kali ini.

"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini sebagai calon PRU13.

"Perletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di sini sebelum ini. Harakah

Kenalilah Calon Parlimen P 069 Pakatan Rakyat Ustaz Ismi Hj Mat Taib

Posted: 25 Apr 2013 05:12 PM PDT


Anak watan kelahiran Parit Perak ini merupakan seorang aktivis sosial yang telah banyak memberi impak positif kepada masyarakat dan terlbat dalam mengatasi masalah rakyat dalam pelbagai bidang.

PROFIL:

TARIKH LAHIR     : 24 MEI 1974

TEMPAT LAHIR    : PARIT PERAK

NAMA ISTER       : HAJAH MASLINA BT MUHAMMAD

ANAK                  : 7 ORANG

KERJAYA             : PENGARAH URUSAN DAN PEMBIMBING UMRAH
                             DARUL MUBARAK TRAVEL & TOUR

Berucap Dihadapan Markaz Pas Bota


PENDIDIKAN

1.Sedang mengikuti pengajian doktor falsafah dalam bidang pengajian Al-Quran di Universiti Malaya

2.Ijazah sarjana Usuluddin Al-Quran & Hadith, Universiti Malaya.

3.Ijazah sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab,University of Jordan.

4.Kolej Islam Sultan Alam Shah Kelang,Sek Men Izuddin Shah Ipoh,Sek Keb Parit.

PENGALAMAN KERJAYA

1.Guru-SMK Sultan Muhammad Shah,Sek Agama Aziziah Parit.

2.Pensyarah Institiut Bahasa Melayu malaysia(IBBM),Pensyarah Sambilan UITM

3.Pengarah Urusan Mubarak Travel

4.Guru Agama bertauliah.

Ustaz Ismi Dihari Pernamaan Calun

JAWATAN DALAM PARTI

1.Bendahari DPP Perak (2007-2009)
2.Ketua DPP Parit (2007-2009)
3.Timbalan YDP Parit
4.YDP PAS Parit (2011 hingga kini)
5.Penolong S/U Dewan Ulamak Pas Pusat (2011-Kini)

SUMBANGAN

1.Ajk Maahad Tahfiz Wal-Addin Parit
2.Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak
3.Pengasas Pondok Pengajian Al-Mubarak.
4.Bendahari Kumpulan Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN)

MINAT DAN KECENDERUNGAN

Berminat dalam kerja sosial dan kebajikan.Berpengalaman dan cenderung dalam aktiviti perlancungan,haji dan umrah.

Tiada ulasan: