Addin |
- Dr. Asri Bidas Tindakan Dr. Juanda
- Anwar Paling Layak Jadi PM - Yusuf Al Qardawi
- Berita Mengejutkan Ini Pasti Tak Di Siarkan Utusan,TV3 Dan RTM
- MB Sementara N. Sembilan Yakin Pakatan Rakyat Tawan Putrajaya
- Dato' Kamilia Ibrahim Buat U-Turn?
- Pengundi Mahu Anwar Jadi PM.. Ini Buktinya
- Perancangan Jahat SPR Untuk Memenangkan BN Sudah Bermula?
Dr. Asri Bidas Tindakan Dr. Juanda Posted: 26 Apr 2013 10:33 AM PDT Secara terbuka dengan rasa tanggung jawab terbit dari hati yang suci lagi ikhlas, Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah bidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya atas kata-kata beliau tempoh hari yang dikatakan turut berkempen untuk calon Barisan Nasional bersama-sama dengan Muhyiddin Yasssin di bandar Tun Razak tempoh hari betapa selama ini beliau mengundi BN dan akan terus melakukannya perkara yang serupa. Kata Dr MAZA undi adalah rahsia maka tidak perlu diumumkan kepada orang ramai. Sebagai pemegang jawatan tertinggi dalam Institusi Agama sesebuah negeri maka wajar dan sebaik-baiknya Dr Juanda Jaya tidak mengumukan pendirian dan sokongan politiknya. Jawatan Mufti suatu jawatan mulia yang sepatutnya berada diatas politik bukannya sama-sama bergelumang dengan rentak rencah ahli-ahli politik. Bila rakyat beragama Islam mengetahui akan pegangan politik kita secara terbuka, terimalah kenyataan pengikut yang tidak sealiran dengannya sudah pasti hilang rasa hormatnya dan akan pandang serong dan sinis. Jangan gunakan kapisiti sebagai Mufti untuk kepentingan diri.. Jadi tidak menjadi kehairanan jika apa jua gelagat dan tingkah laku yang dilakukan oleh pemerintah BN, tidak berani ditegur kerana sokongan yang kita beri secara terbuka. ~bloglist |
Anwar Paling Layak Jadi PM - Yusuf Al Qardawi Posted: 26 Apr 2013 09:14 AM PDT LEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia. Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama. Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi: "Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia. Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa yang lalu." Sebelum pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan menyampaikan ceramah di Shah Alam. ~keadilandaily |
Berita Mengejutkan Ini Pasti Tak Di Siarkan Utusan,TV3 Dan RTM Posted: 26 Apr 2013 08:20 AM PDT Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz ke Masjid Tunku Mizan, Putrajaya menjadi tumpuan orang ramai apabila beliau telah diserbu oleh semua jemaah masjid yg selesai menunaikan solat Jumaat.. Masjid Tuanku Sultan Mizan... hampir seluruh jemaah mengiringi Tuan Guru Nik Abdul Aziz sambil bertakbir... ALLAHU AKHBAR!! |
MB Sementara N. Sembilan Yakin Pakatan Rakyat Tawan Putrajaya Posted: 26 Apr 2013 03:07 AM PDT Menteri besar sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, PAS berkemungkinan menjadi parti pertama yang akan melangkah keluar daripada Pakatan Rakyat jika mereka berjaya mentadbir Putrajaya. Beliau yang mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Rantau meramalkan perkara tersebut kerana jurang ideologi yang terlalu besar antara PAS dan DAP, sekutunya dalam gabungan pembangkang. "Saya yakin kalau PAS tak keluar pun dia akan berpecah kerana terdapat pertentangan ideologi yang amat berlainan antara parti PAS dan DAP," katanya sewaktu berucap kepada peneroka tanah rancangan Felda Sendayan, Labu pagi tadi. Menurutnya, Pakatan sendiri adalah gabungan yang amat lemah disebabkan perbezaan ideologi berbanding BN yang menurutnya kukuh walaupun terdiri daripada 17 parti komponen. Majlis yang menarik kira-kira 2,000 hadirin itu turut disertai timbalan perdana menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hampir sebahagian besar calon-calon BN di Negeri Sembilan. Seramai 937 orang turut menerima bantuan pembancuh kuih elektrik, ketuhar elektrik, alatan pancing dan alat pertanian hidroponik dalam majlis itu. ~mkini |
Dato' Kamilia Ibrahim Buat U-Turn? Posted: 26 Apr 2013 01:33 AM PDT SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, semalam, tampil memohon maaf atas tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar. Menerusi video yang dihantar kepada media, Kamilia turut menjelaskan alasannya bertanding atas tiket Bebas kerana beliau tidak dipilih sebagai calon oleh parti. "Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai. "Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya. Menurutnya, beliau mengambil keputusan bertanding di kerusi Parlimen agar dapat memperjuangkan hak wanita dan mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini. Dalam pada itu, Kamilia juga yakin akan mendapat sokongan pengundi di Kuala Kangsar. "Saya faham masalah penduduk Kuala Kangsar kerana sering turun padang sejak tujuh tahun lalu. Fakta ini dapat membantu saya dalam PRU13 ini," katanya. Kamilia merupakan antara 58 ahli Umno yang dipecat daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas. Beliau akan menentang calon Pas, Dr Khalil Idham Lim Abdullah dan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad. ~sinar harian |
Pengundi Mahu Anwar Jadi PM.. Ini Buktinya Posted: 25 Apr 2013 08:35 PM PDT KUALA LUMPUR 25 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih popular dan diterima rakyat sebagai Perdana Menteri (PM) selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Demikian menurut kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) ke atas 1,407 responden dari kalangan pengundi pelbagai latar belakang. Menurut kajian tersebut, 49 peratus memilih Anwar sebagai PM berbanding Datuk Seri Najib Razak yang hanya mendapat 39 peratus, manakala 12 peratus lagi tidak pasti. "Peningkatan populariti Anwar boleh dikatakan sebab pengaruh internet di kalangan anak muda. "Seperti yang kita tahu, Pakatan Rakyat menggunakan sepenuhnya medium tersebut kerana tidak mendapat liputan yang baik dari media arus perdana," kata Pengarah UMCEDEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. "Jelajah Merdeka Rakyat dan kempen bergerak juga membantu peningkatan populariti Anwar," katanya lagi. Kajian itu dibuat bermula sejak hari pembubaran Parlimen 3 April 2013 sehingga 20 April lalu. Selain itu, Anwar turut mengatasi Najib dari segi pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam dengan mendapat 47 peratus berbanding Najib 38 peratus, selebihnya tidak pasti. Kecenderungan kedua-dua pemimpin itu turut dinilai melalui kewibawaan mereka membuat keputusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Hasilnya, 40 peratus bersetuju Anwar lebih berwibawa berbanding Najib, yang hanya memperoleh 35 peratus. Turut disentuh, kajian mengenai perdebatan Anwar dan Najib yang menunjukkan 63 peratus menuntut debat tersebut dijalankan, dan hanya 10 peratus tidak mahu, manakala 19 peratus tidak pasti. ~keadilandaily |
Perancangan Jahat SPR Untuk Memenangkan BN Sudah Bermula? Posted: 25 Apr 2013 08:04 PM PDT Seorang penjawat awam PGA dari kem PGA Galing Kuantan telah upload gambar sesi staf staf PGA sedang mengundi POS di Kem Galing Kuantan, Pahang. Menurut tinjauan gua ke wall FB dia.. beliau ni pro BN.. lihat jer lah aktiviti berbasikal di sekitar Putrajaya...maka SAH lah info ni benar. Semalam pengerusi SPR menafikan Undi POS atau undi awal telah dilakukan.. tetapi BUKTI menunjukkan sebaliknya. Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).Berikut mesej yang dihantar oleh beliau: Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bagi anggota PGA,di sini saya nak bagitau beberapa perkara Jika begini lah caranya. SPR telah melangar SOP iaitu.. Tidak menjemput wakil calon BN,PR dan juga wakil calon bebas yang sepatutnya menghantar pemerhati. Nampaknya SPR sedang merancang memastikan BN menang,, bagaimanalah rakyat dan negara ingin berubah menjadi negara yang lebih baik..aksyik mempertahankan perompak berleluasa... sedih.. ~kingofgoblok |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan