|
Barisan Penceramah Yang Berkaliber |
Pada 13 April lalu telah berlangsung Malam Santai Seni Untuk Perubahan di Telok Sareh,Kg Gajah.Antara penceramah yang hadir ialah Dato Termizi Mohd Jam (Editor Harakah),Drs Ishak Shaari,Muhaimin Sulam dan Calon Parlimen Pasir Salak iaitu Saudara Mustapa Kamil Ayub.
|
Suara Merdu Iwan Mengubat Rindu Peminat..Beliau Menyanyikan Beberapa Lagu Nasyid Yang Sungguh Menginsafkan |
Dalam ucapannya Dato Termizi telah membongkar sumber risikan terkini dari pihak Tentera.Enam bulan yang lalu Rafizi Ramli mendedahkan PR telah diramalkan mendahului BN sebanyak 120 kerusi Parlimen,tetapi menurut kajian terkini,Dato Termizi mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat bakal memenangi sekurang kurangnya 146 kerusi Parlimen diseluruh negara.Berdasarkan statistik itu beliau menyeru agar rakyat Kg Gajah bangkit membuat perubahan agar selari dengan arus politik negara.
Pertambahan kerusi dari 120 kepada 146 adalah disebabkan pertambahan kerusi Parlimen di Johor.Kekerapan Dato Seri Anwar Ibrahim berkempen di Johor telah membawa perubahan yang drastik terhadap sokongan rakyat.Keputusan Lim Kit Siang di Gelang patah memberikan semangat dikalangan pengundi Cina untuk buat perubahan.Peristiwa Lahad Datu juga memberi tambahan kepada kerusi Parlimen di Sabah.Urutan kejadian di sana telah menambah sokongan kepada PR,setelah hubungan penganas dengan UMNO didedahkan.
Telah berlaku perpecahan didalam Barisan Nasional itu sendiri.Umno telah bersikap tamak dan sombong dengan mengambil beberapa kerusi Parlimen yang diperuntukan untuk MCA menyebabkan Presiden MCA,Chua Soi Lek bertindak memboikot dengan keenggan nya untuk bertanding.Ini adalah merupakan sejarah 56 tahun BN memerintah,Presiden parti kedua terbesar BN tidak bertanding.
''MCA dikatakan akan menarik diri dari bertanding dalam PRU13 kali ini angkara beberapa pemimpin utama MCA dikatakan terlalu kecewa dengan tindakan Umno yang merampas kerusi yang sepatutnya ditandingi MCA dengan sewenang-wenangnya.
Mereka akan mengambil langkah yang sama yang dilakukan Presiden parti mereka, Chua Soi Lek, iaitu menarik diri dari bertanding dalam PRU13. Mengikut maklumat itu lagi, kebanyakan calon MCA di Johor akan berbuat demikian angkara kecewa akibat beberapa kerusi milik MCA di Johor terpaksa diserahkan kepada Umno.''(Ajijoi)
|
Calun DUN Kg Gajah Drs Ishak Shaari |
Manakala Drs Ishak Shaari yang bakal menjadi calun untuk DUN Kg Gajah mengesa rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri.Didalam 11 bulan memerintah Kerajaan Pakatan Rakyat telah banyak menyelesaikan masalah rakyat terutamanya hal ehwal tanah.Beliau menambah lagi,sebagai seorang Islam adalah wajib menyokong dan menegakkan pemerintahan Islam.Dalam hal ini rakyat boleh memilih jamaah yang didapati bersungguh sungguh menegakkan dan memperjuangkan pemerintahan Islam di negara ini.
|
Mustapa Kamil Ayub Calun Parlimen Pasir Salak,Muhaimin Sulam YDP PAS |
'Tua atau muda sama sama perlu berjuang mengikut cara yang termampu',kata Muhaimin Sulam." Selain dari menjadi penyokong,kita mustilah menjadi agen untuk menyedarkan rakyat..mari lah kita bersama berjuang untuk kebenaran dan keadilan".Beliau berharap akar umbi dapat menyebar maklumat maklumat terkini kepada rakyat.Sebaran ini hendaklah dibuat tidak mengira samada kepada ahli ahli Umno atau mereka mereka yang tidak berparti dan berkecuali.Sebaran maklumat diperingkat akar umbi penyokong PR ini begitu berkesan sekali.ini memandangkan semua media utama dikuasai oleh Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan