Addin |
- Rais Yatim Dan Ng Yen Yen Sah Di Gugurkan
- Sah!! Mufti Perlis, Dr. Juanda Sertai PKR Bertanding Di Parlimen Kangar
- Punca BN Kecut Perut Dengan PR Terbongkar..
- Panas!! Hishamudin Hussein Pernah Kata Pelajar Islam Tidak Wajib Bertudung
- Ghani Othman Dan Ali Rustam Kena Tendang?
- Kreatif!! Buah Mangga Dan Epal Bertukar Jadi Bendera PAS
- Bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka Antara Calon PAS Melaka
Rais Yatim Dan Ng Yen Yen Sah Di Gugurkan Posted: 15 Apr 2013 09:24 AM PDT Ini ada khabar gembira yang sudah disahkan. Menepati ramalan dan senarai yang diperolehi dari ejen Umno, BEKAS ahli parlimen Jelebu, Rais Yatim sah digugurkan dari senarai calon Barisan Nasional (BN) setelah memegang kerusi tersebut selama lima penggal. Walaupun dirayu beberapa ahli jawatankuasa Umno bahagian itu, namun keputusan yang dibuat sudah muktamad. Turut mengikut jejak langkah Rais adalah BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed Yakcop dan BEKAS ahli parlimen Raub, Ng Yen Yen. Yen Yen yang juga Menteri Pelancongan kerajaan sementara mengatakan hari ini "sangat santai" berkenaan dengan tidak diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya 2013. Naib presiden MCA itu digugurkan daripada senarai calon untuk kerusi parlimen Raub di Pahang walaupun sudah berkhidmat di kerusi itu selama tiga penggal."Saya sangat santai," kata Ng kepada pemberita di ibu pejabat MCA di sini hari ini. "Ini yang saya mahukan," tambah beliau. Antara nama besar lain yang digugurkan adalah BEKAS ahli parlimen Putrajaya, Adnan Mansor dan BEKAS ahli parlimen Pengerang, Azalina Othman Said. Kesemua mereka disahkan tidak memperolehi watikah pengisytiharan calon yang diserahkan kepada pengerusi BN negeri selain sumber dalaman dari ibu pejabat Umno sendiri. Menurut sumber itu lagi, perubahan calon BN ini adalah yang paling drastik dalam sejarah sejak bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad mempertahankan mandatnya pada 1982. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menulis di akaun Twitternya dengan berkata "1/3 calon Parlimen dan 50% calon DUN BN adalah muka baru." Dalam pada itu, parti komponen BN akan membuat pengumuman senarai calon hari ini manakala pengerusi perhubungan negeri pula akan mengumumkan senarai penuh pada esok hari. Sebelas peratus daripada calon BN pada pilihanraya umum 2013 adalah wanita, kata sumber lagi. Pengerusi BN, Najib Altantuya hari ini menyerahkan senarai penuh calon kepada parti komponen dan pengerusi perhubungan negeri parti pagi ini. |
Sah!! Mufti Perlis, Dr. Juanda Sertai PKR Bertanding Di Parlimen Kangar Posted: 15 Apr 2013 03:10 AM PDT KANGAR -Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya sebentar tadi diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen Kangar dalam pilihanraya umum 5 Mei ini.Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR. Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, dengan pemilihan Juanda, partinya yakin akan menang di kubu kuat BN itu."Kami optimistik akan menang," kata beliau dipetik Star Online hari ini. Juanda memegang jawatan mufri sejak awal 2009 menggantikan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Sebelum ini Dr Juanda menjadi rebutan antara Barisan Nasional, PKR dan PAS tetapi akhirnya membuat pilihan menjadi calon PKR di parlimen Arau Perlis. |
Punca BN Kecut Perut Dengan PR Terbongkar.. Posted: 15 Apr 2013 02:53 AM PDT KUALA LUMPUR 15 APRIL: 7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu."Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. Insya Allah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu. Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat. Ketua Umum KEADILAN itu juga konsisten menyatakan komitmen tersebut pada setiap siri ceramahnya.Katanya, penurunan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksana, memandangkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar minyak."Ini fakta, sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) tak mahu debat. Dia syarah di TV3 bukan main garang, marah saya. "Tapi (dengan) saya, (dia) tak boleh jawab. Dia (hanya) marah seorang diri. Sebagai pemimpin, (sepatutnya) kamu kena pertahankan hujah kamu," kata Anwar. ~keadilandaily |
Panas!! Hishamudin Hussein Pernah Kata Pelajar Islam Tidak Wajib Bertudung Posted: 14 Apr 2013 11:00 PM PDT Pemimpin LANUN Barisan Nasional adalah pemimpin islam yang SUCI. begitulahkata kata dari penyokong tegar mereka dan juga bloger bloger lucah mereka, dan jugaulama ulama 2 juta serta ulama ulama bangsa mereka,melihat kepada kata kata BEKAS menteri dalam negeri dari parti LANUN Barisan Nasional, Hishamuddin Hussien, dapatlah di nilai betapa nilai nilai islam memang terlalu nipis dari kulit bawang di dapur rumah mereka. sekian di maklumkan. |
Ghani Othman Dan Ali Rustam Kena Tendang? Posted: 14 Apr 2013 10:13 PM PDT Menjelang pengumuman calon Barisan Nasional (BN) hari ini, beberapa nama besar hampir pasti tidak akan bertanding di kawasan DUN masing-masing seperti yang dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris, The Star. BEKAS menteri besar Johor, Abdul Ghani Othman dijangka akan bertanding juga di kerusi parlimen Gelang Patah menghadapi cabaran getir mempertahankan kerusi itu dari dirampas Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.Ghani dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Serom dalam parlimen Ledang, sekaligus Johor bakal menerima menteri besar yang baru sama ada dari BN mahupun Pakatan Rakyat. Ini bermakna Johor bakal mendapat menteri besar yang baru dan nama BEKAS menteri pengajian tinggi, Mohamed Khaled Nordin dijangka akan dilantik jika BN menang di Johor. Bagi Pakatan Rakyat pula, calon menteri besar pula berkemungkinan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang bertanding di kerusi DUN Nusajaya selain bertanding di kerusi parlimen Pulai.Manakala BEKAS ketua menteri Melaka, Ali Rustam pula tidak akan memeprtahankan kerusi DUN Bukit Baru dalam parlimen Bukit Katil. Ali dijangka akan bertanding di kerusi parlimen Jasin yang dianggap selamat untuknya sekaligus bakal menjejaki langkah beberapa BEKAS ketua menteri terdahulu.BEKAS menteri besar Pahang, Adnan Yaakob, BEKAS menteri besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan dan BEKAS menteri besar HARAM Perak, Zambry Kadir kekal mempertahankan kerusi DUN masing-masing. Adnan dijangka bertanding di kerusi DUN Pelangai, Mohamad di kerusi DUN Rantau manakala Zambry kekal di DUN Pangkor. Terengganu pula menyaksikan BEKAS menteri besar, Ahmad Said dijangka kekal mempertahankan kerusi DUN Kijal dalam parlimen Kemaman. Sementara kedudukan BEKAS menteri besar Perlis, Md Isa Sabu akan diserahkan kepada istana kerana Md Isa dijangka tidak akan dilantik semula walaupun sekiranya BN kembali berkuasa di negeri itu. Pengumuman calon BN dijangka dibuat BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya di ibu pejabat BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira jam 11 pagi nanti. |
Kreatif!! Buah Mangga Dan Epal Bertukar Jadi Bendera PAS Posted: 14 Apr 2013 07:28 PM PDT KUALA LUMPUR: Tersebar di Facebook hari ini dua keping gambar kempen yang menambat hati warga maya.Gambar pertama di ambil oleh Ustaz Afnan Hamimi ketika menyantuni pengundi Cina di Kepala Batas. Gambar tersebut mendapat 184 Likes dan 434 shares di Facebook Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyiarkan gambar itu terlebih dahulu. Kemudian gambar itu menjadi kegemaran warga maya apabila mencatat 2,188 Likes dan 878 shares di Facebook Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan 2,090 Likes dan 211 shares di Facebook Harakahdaily. Gambar kedua pula ialah 3 epal hijau yang ditampal sticker putih ditengahnya melambangkan bendera PAS. Gambar itu dishare oleh seorang aktivis berbangsa Cina di Facebook Ustaz Tuan Ibrahim setelah melihat gambar 'mangga PAS'. Gambar tersebut juga disambut ramai dengan 909 Likes di Facebook Ustaz Tuan Ibrahim dan 1,040 Likes di Facebook Harakahdaily. ~harakahdaily |
Bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka Antara Calon PAS Melaka Posted: 14 Apr 2013 06:01 PM PDT MELAKA: PAS Melaka mengumumkan calon-calonnya di Kg Tedong Pekan, Jasin malam tadi yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mengetuai senarai calon-calon tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari (gambar kiri) yang akan bertanding di N09 Durian Tunggal. Dua orang Pesuruhjaya PAS Melaka iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek kekal bertanding di N26 Serkam manakala Ustaz Mohd Nor Omar bertanding di N12 Pantai Kundur buat kali pertama. Manakala bekas Timbalan Pengarah Hospital Melaka, Dr Mohd Khalid Kassim (gambar kanan) diletakkan sebagai calon di N17 Bukit Baru. PAS Melaka juga buat kali pertama meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS iaitu Richard Wong dan calon muslimat iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Kintan Man di N28 Sungai Rambai. Senarai calon-calon PAS Melaka : N01 - Kuala Linggi - Julasapiyah Kassim (Calon lama) N02 - Tg Bidara - Imran Abdul Rahman (Calon lama) N 04- Lendu - Asri Shaik Abdul Aziz (Calon baru) N 05 -Taboh Naning - Abdul Halim Abdul Jalil (Calon baru) N09 - Durian Tunggal - Adly Zahari. (Calon Baru) N10 - Asahan - Richard Wong - (Calon baru) N12 - Pantai Kundor - Mohd Nor Oma (Calon baru) N17 - Bukit Baru - Dr Mohd Khalid Kassim (Calon baru) N18 - Ayer Molek - Mohd Khairi Abdul Aziz (Calon baru) N23 - Telok Mas - Harun Mohamed (Calon baru) N26 - Serkam - Kamaruddin Sedik (Calon lama) N27 - Merlimau - Yuhaizad Abdullah (Calon lama) N28 - Sg Rambai - Kintan Man (Calon baru). P134 - Masjid Tanah - Mohd Nasaie Ismail (Calon baru) ~harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan