Isnin, 15 April 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rafizi pula nak saman Papa Gomo

Posted: 15 Apr 2013 07:30 AM PDT


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahu menyaman pemblog kontroversi, Papa Gomo atas alasan telah memfitnah beliau, kononnya pernah dipecat oleh Petronas.

Menurut Rafizi, beliau telah mengarahkan peguamnya, Razlan Jalaluddin untuk mengemukakan surat tuntutan terhadap Papa Gomo secepat mungkin untuk memulakan proses undang-undang.

"Saya percaya Papa Gomo akan mencari pelbagai alasan untuk tidak menerima surat tuntutan tersebut termasuk menafikan Wan Muhanad Azri Wan Deris sebagai Papa Gomo.

"Malah tindakan mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh juga adalah helah beliau untuk meletakkan orang lain yang akan mengaku sebagai dirinya bagi mengelak tindakan saman ini," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

SAMAN PAPAGOMO UNTUK MATIKAN BUDAYA FITNAH BERLELUASA 

Pada 11 April 2013, laman Papagomo menyiarkan kembali artikel yang menuduh saya dipecat dari PETRONAS kerana pelbagai masalah disiplin, termasuk ponteng kerja dan membuat tuntutan palsu.

Itu bukan kali pertama laman Umno tersebut menyiarkan berita-berita seperti itu yang memfitnah saya tanpa ada sebarang asas.

Ekoran dari penyiaran berita palsu itu, saya telah menulis di blog saya menerangkan bahawa saya tidak pernah dipecat, sebaliknya meletakkan jawatan dari PETRONAS untuk bertukar kerjaya.

Sehingga kini tidak ada sebarang pembetulan yang dibuat oleh Papagomo mengenai berita palsu yang direka-rekanya itu.

Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan peguam saya, Saudara Razlan Jalaluddin untuk mula mengambil tindakan saman terhadap Papagomo atas penipuan dan berita palsu tersebut.

Satu surat tuntutan akan dihantar secepat mungkin kepada Papagomo untuk memulakan proses undang-undang.

Saya percaya Papagomo akan mencari pelbagai alasan untuk tidak menerima surat tuntutan tersebut, termasuklah menafikan bahawa Wan Muhamad Azri Wan Deris bukanlah Papagomo.

Malah, tindakan mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh adalah helah Papagomo untuk meletakkan orang lain yang akan mengaku dirinya Papagomo, untuk bersembunyi dari tindakan-tindakan saman ini.

Saya menjangkakan akan berlaku pertukaran kerajaan selepas 5 Mei 2013, yang membolehkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memainkan peranan dengan lebih berkesan mengesan individu-individu yang berselindung di sebalik blog untuk menyebarkan fitnah seperti Papagomo.

Sebab itu saya yakin menjelang kes saman ini mula dibicarakan di mahkamah, Wan Muhamad Azri Wan Deris atau Papagomo tidak lagi boleh bersembunyi dan terpaksa menerima hukuman atas fitnah-fitnah yang dibuatnya selama ini, termasuklah terhadap diri saya melalui berita palsu yang disiarkan minggu lepas.

Hanya dengan cara ini kita akan berjaya membendung budaya fitnah yang sudah menjadi amalan harian blogger Umno.


RAFIZI RAMLI 
Pengarah Strategi

15 APRIL 2013

Mat Taib sertai PAS.. Macai UMNO tunggu apa lagi?

Posted: 15 Apr 2013 03:42 AM PDT


Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS.

Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon.

Ia bagi mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini. Difahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat.

Kamaruddin, bekas setiausaha agung PAS mengesahkan perkara itu ketika ditanya berhubung spekulasi bekas menteri besar itu akan bertukar parti ~ Malaysiakini

Dokumen Operasi jahat PAS pula tersebar..

Posted: 15 Apr 2013 01:55 AM PDT


Dokumen di bawah ini telah disebarkan oleh seorang macai UMNO melalui laman Twitter miliknya, menurut beliau berdasarkan dokumen yang entah dari mana datangnya ini..

Kononnya menurut dokumen ini sempena menjelang PRU13 ini PAS akan mengerakkan satu operasi yang dinamakan sebagai 'Ops Harimau Belang'.

Tujuan operasi dijalankan ialah untuk mengeruh dan juga menakut-nakutkan pemikiran pengundi UMNO/BN.

Oleh itu satu mesyuarat telah diadakan pada 10 Mac 2013, bertempat di Pejabat Agong PAS, Kuala Lumpur.

Kriteria yang ditetapkan bagi peserta ialah mereka mestilah bekas ahli UMNO, pernah terlibat dengan UMNO dan tahu selok belok Organisasi UMNO baik Bahagian mahupun Cawangan..


Kah.. kah.. kah.. entah macai UMNO yang manalah bodoh sangat buat kerja macam ni.. esok adalah macai-macai pergi buat laporan Polis pula minta disiasat..

Sama seperti tersebarnya dokumen PKR merancang cetuskan huru hara hari tu... sila lihat di SINI

Dr Juanda akan bertanding dibawah bendera PKR di Parlimen Kangar..

Posted: 15 Apr 2013 12:09 AM PDT

Artikel ini ditarik semula penyiarannya kerana laporan dari media milik MCA ini ( The Star Online ) menurut Dr. Juanda adalah fitnah harap maklum..

Salahuddin sahkan Bekas MB dari Utara Semenanjung akan sertai PAS..

Posted: 14 Apr 2013 08:38 PM PDT


Ada macai UMNO yang mempersoalkan apakah yang PAS akan dapat jika benar dakwaan bahawa seorang Bekas Menteri Besar dari Utara Semenanjung akan menyertai PAS?

Ini bukan soal apa yang PAS dapat.. tetapi ianya adalah persoalan apa yang UMNO hilang..

Apa yang PAS dapat ialah kepercayaan dari seorang bekas pemimpin tertinggi UMNO yang telah lama menjadi pemimpin di dalam UMNO dan sekaligus kepercayaannya terhadap UMNO telah hilang.

Jika seorang pemimpin yang begitu lama menjadi pemimpin hilang kepercayaannya terhadap UMNO berikutan budaya cantas mencantas yang berleluasa..

Macai UMNO mengharapkan apa dalam UMNO?

Kalau setakat mengharapkan upah RM30 untuk melakukan kerja-kerja kotor buat pemimpin bawahan UMNO.. baik tak payah lah...

Buang masa.. buang tenaga dan memalukan anak cucu saja..

Bekas MB bakal sertai Pas dari utara?

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar - dari utara Semenanjung, akan menyertai parti itu dalam masa terdekat ini.

Salahuddin berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut. "Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai Pas.

"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Menurut Salahuddin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam Pas dalam masa terdekat ini," katanya. Harakahdaily difahamkan, bekas menteri besar berkenaan adalah dari negeri utara Semenanjung.

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas-mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

Kelmarin, Sinar Harian membawa laporan seorang bekas menteri besar akan menyertai parti itu. Laporan itu berkata kemungkinan pemimpin itu dari Selangor atau Perak ~ Sinar Harian

Tiada ulasan: