Telok Bakong Online |
Haru...!!! Pemimpin Yang Tidak Tersenarai Ugut Akan Boikot...UMNO Terbelah Dua Posted: 13 Apr 2013 08:01 PM PDT Khabarnya,Umno Bahagian Parit bergolak lagi.Ini adalah ekoran ada pemimpin yang tidak tercalon untuk PRU 13.Khabar khabarnya pemimpin tersebut telah melenting didalam satu mesyuarat yang telah diadakan kelmarin.Pemimpin yang tidak puas hati tersebut telah memberikan amaran yang jelas kepada semua AJK Umno Bahagian.Beliau menyatakan bahawa UMNO/BN akan kehilangan sekurang kurangnya 8 undi pada PRU 13 sekira beliau tidak dicalonkan(merujuk kepada diri dan keluarganya).Umno/BN juga akan kehilangan lebih banyak undi apabila beliau akan berkempen kepada para pengikutnya supaya melakukan boikot keatas calun BN. Perkara ini diceritakan sendiri oleh ahli UMNO yang turut serta dalam mesyuarat semalam.Semalam juga suatu risalah telah diedarkan di dalam Parlimen Parit yang memburuk burukan pemimpin yang tercalon.Ini perbuatan siapa.Tentunya bukan dari Kem Pakatan Rakyat.Politik edar risalah burukan pemimpin lawan bukanlah etika kerja kempen Pakatan Rakyat. Diberitakan,beberapa cawangan UMNO telah mula menurunkan bendera kempen mereka sebagai bantahan kepada penguguran pemimpin mereka.Ada ahli ahli Umno yang sudah mula tawar hati terhadap perjuangan UMNO dan akan melakukan penghijrahan.Pada mereka,perjuangan didalam UMNO hanyalah untuk kekuasaan,kekayaan serta kepentingan kroni sahaja.Adalah perlu bagi mereka melakukan penghijrahan untuk membetulkan segala salah dan silap UMNO.manakala disatu pihak yang lain,sekiranya pemimpin mereka tidak tercalun,maka calun yang terpilih juga tidak layak mendapat undi mereka.Ertinya mereka akan ________...UMNO (Silalah isi tempat Kosong tu..hi..hi..) |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan