Addin |
Bekas MB Selangor, Muhammad Taib Sertai PAS Sebentar Tadi Posted: 14 Apr 2013 10:01 AM PDT Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timangannya Mike Tyson dilaporkan telahpun menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebentar tadi. Pengisytiharan kemasukan Mat Taib ke dalam parti Pas pula akan dilakukan Tuan Guru Haji Hadi Awang pada malam esok. Sama-sama kita nantikan pengisytiharan ahli baru Pas ini nanti. Semoga dengan kemasukan bekas menteri besar selangor daripada Umno ini bakal memberikan impak dan tenaga positif kepada Pas dan juga Pas Selangor secara khususnya. Marilah berdoa agar ramai lagi tokoh-tokoh besar berhijrah untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. |
Rupanya Ini Punca Parlimen Lewat Di Bubarkan Posted: 14 Apr 2013 05:19 AM PDT UMNO Sudah Sampai Ke Klimaks Kemunafikan Penyebaran video lucah dimusim pilihanraya memang sudah menjadi tradisi UMNO dan juak-juaknya. Terbaru, penyebaran video lucah Datuk Hj Mustafa Ali, video yang kalau ditelitikan nampak sangat telah dibuat menggunakan teknologi animasi dan superimpose yang hebat. Patutlah lambat tarikh pembubaran parlimen lambat dimaklumkan, rupanya untuk menyiapkan fitnah-fitnah. Jangan bimbang, selepas ini UMNO dan BN akan keluarkan lebih banyak lagi video lucah tanpa ada sebarang sekatan pengedarannya. Inilah UMNO.... mereka tidak takut dengan kemunafikan dan kekufuran, kerana mereka tidak berjuang untuk memasukkan keyakinan kepada Allah dan hukumanNya.Kepada wanita, anda sedar atau tidak, UMNO telah memperlecehkan wanita seolah barang dagangan dan pemuas nafsu semata-mata untuk melengkapkan fitnah demi mencapai tujuan menghalalkan cara oleh UmNO. Surah AlNur ayat 12-17:(12) "Mengapa orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata: "Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata". (13) Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak datang membawa empat orang saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi-saksi, maka mereka itu dalam pandangan Allah adalah org yang berdusta. (14) Dan seandainya bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu di dunia dan akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, disebabkan pembicaraan kamu tentang hal itu (berita bohong itu). (15) (Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal yang besar. (16) Dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya: "tidak pantas bagi kita membicarakan perkara ini. Maha Suci Engkau, ini adalah pembohongan yang nyata. (17) Allah memperingatkan kamu agar jangan kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang yang beriman.SELEPAS INI, PENYIAR BERITA FITNAH DAN PALSU SERTA UMNO AKAN MENERIMA AZAB YANG SANGAT PEDIH!! -salehuddin |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan