Ahad, 14 April 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Macai UMNO semakin ganas!! mereka tetak Ahli PKR kerana bendera..

Posted: 14 Apr 2013 12:30 AM PDT


KUANTAN - Hasrat seorang lelaki cuba menyelesaikan salah faham yang timbul berhubung dakwaan penyokong parti lawan kononnya bendera parti mereka dibuang pihak tertentu hampir meragut nyawanya apabila dia parah ditetak dalam kejadian di Felda Neram 1, Kemaman dekat sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa Hasri Hassan, 40, yang juga ahli PKR ranting tanah rancangan Felda terbabit cedera di bahagian bawah lutut kanan, pergelangan kaki kiri, tangan kiri dan bahagian belakang badan akibat ditetak dan dipukul menggunakan parang serta kayu oleh kumpulan terbabit.

Mangsa yang turut ditumbuk serta disepak dan tidak sedarkan diri dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Goh dekat sini sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi rawatan lanjut.


Hasri ketika ditemui di rumahnya semalam berkata, suspek yang menyerangnya tidak kurang daripada 13 orang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an termasuk beberapa individu dikenali dari tanah rancangan itu.

Menurutnya, kira-kira jam 11 malam, dia bersama beberapa rakan sedang minum di sebuah warung sebelum didatangi seorang penyokong parti lawan mengadu bendera parti mereka dicabut dan dibuang individu tertentu dalam kalangan penyokong pembangkang.

"Saya dibawa ke lokasi oleh lelaki itu menaiki motosikal dan saya dapati terdapat beberapa bendera parti lawan berada di bawah tebing seperti didakwa.

"Saya turun melihat dan agak pelik kerana bendera terbabit kelihatan bersih seolah-olah sengaja diletakkan dan bukan seperti dibuang," katanya.

Dia berkata, disebabkan keengganan lelaki terbabit mendedahkan individu yang didakwa bertanggungjawab, dia mengambil keputusan untuk pulang.

"Mereka kata nampak individu yang buat kerja itu tapi tidak mahu dedahkan namanya jadi saya kata masalah itu tidak dapat diselesaikan lalu mengajaknya pulang," katanya.

Hasri berkata, semasa berada di atas motosikal lelaki itu mengugut untuk mencabut semua bendera parti pembangkang di kawasan tersebut namun dia menegur dan menghalangnya daripada berbuat demikian.

"Dia naik angin dan mencabar saya menghalangnya jika berani. Saya rasa tercabar dengan cabaran lelaki itu dan minta dia berhentikan motosikal sebelum berlaku pergelutan.

"Bagaimana pun pergaduhan itu tidak berlanjutan dan dia minta maaf atas perbuatannya sebelum beredar," katanya.

Dia berkata, selepas kejadian, dia balik ke rumah dan keluar kembali selepas seorang rakan datang mengajak keluar minum.

"Sebaik saya tiba di kedai itu, lelaki tadi ada di situ bersama saudara-mara dan rakannya sambil membawa kayu dan parang panjang seolah-olah sedang menanti kehadiran saya.

"Sangkaan itu tepat apabila kumpulan terbabit tiba-tiba menyerbu dan menyerang saya sambil mengayunkan parang dan kayu di tangan mereka," katanya.

Menurutnya, dia hanya mampu mengelak dan terpaksa mempertahankan diri daripada serangan itu menggunakan tangan dan bahagian belakang badan.

"Saya dapat rasakan mata parang dan kayu terkena bahagian belakang namun tidak boleh buat apa-apa sebaliknya berserah kepada ALLAH.

"Orang ramai yang berada di situ juga tidak mampu untuk menolong kerana kumpulan terbabit bersenjata selain turut mengugut mereka jika tampil membantu," katanya.

Dia berkata, ekoran serangan bertubi-tubi dia terjatuh dan ketika itu beberapa lelaki memegangnya dan yang lain menyerang dengan menetak bahagian kaki.

"Ketika itu saya hanya ingatkan mati atau mungkin bahagian kaki akan terputus.

"Lepas itu saya tidak sedarkan diri dan sedar-sedar berada dalam markas setelah dibawa ke situ sebelum dihantar ke klinik Bukit Goh manakala kumpulan terbabit melarikan diri.

Menurutnya, selepas dihantar ke HTAA untuk menerima rawatan dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Menurutnya, dia menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan malah salah seorang daripada kumpulan itu dipercayai pernah terlibat menyerang penyokong pembangkang di kawasan itu sebelum ini.

~ Sinar Harian

Selain dari takut debat.. Najib juga takut bendera rupanya.. ini buktinya..

Posted: 13 Apr 2013 08:47 PM PDT


Umum mengetahui bahawa debat adalah satu perkara yang ditakuti oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak, ini berikutan berbagai alasan yang dikemukakannya untuk mengelakkan dari berdebat terutamanya dengan Anwar Ibrahim.

Fobia tersebut dipercayai berpunca dari faktor kurang bijak yang tertanam dalam dirinya lagipun meningkatnya beliau dalam politik hanyalah disebabkan oleh faktor bapanya bukannnya kebijaksanaan dirinya.

Bagaimanapun menjelang Pilihanraya Umum yang ke 13 ini terdedah satu lagi perkara yang ditakuti oleh Najib selain dari Rosmah dan Debat..

Nampak tak?.. Habis bendera dicuri oleh macai Najib
Ianya adalah bendera parti.. Ini terbukti bilamana bendera-bendera PKR yang dinaikkan di dalam kawasan Parlimen Pekan telah hilang secara tiba-tiba..

Kehilangan ini dipercayai dilakukan oleh macai-macai UMNO Bahagian Pekan yang Najib sendiri merupakan Ketua Bahagian UMNO tersebut..

Berikutan itu satu laporan Polis telah dibuat oleh calon bagi Parlimen Pekan (gambar bawah) terhadap Najib..


Kenyataan Media

13 April 2013

Laporan Polis Terhadap Datuk Seri Najib Razak dan UMNO Bahagian Pekan di atas tindakan tindakan mencabut dan menghilangkan bendera Parti Keadilan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat tampil membuat laporan polis terhadap tindakan tidak demokratik dan profesional para pendokong UMNO di Parlimen Pekan yang bertindak membuang , mencabut dan menghilangkan bendera Parti Keadilan Rakyat di beberapa tempat termasuk di Simpang Paloh Hinai dan di sekitar Felda Chini dan Felda Chini Timur.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Najib dan UMNO Bahagian Pekan wajib bertanggungjawab terhadap tindakan tidak berakhlak dan bermoral ahli-ahli dan pendokong mereka yang mengambil tindakan tersebut.

Sebagai parti yang bertanding di P 85 Pekan, adalah menjadi kewajaran kepada jentera kami menjalankan kempen dengan memasang bendera di lokasi yang strategi. Tetapi malangnya tindakan tidak demokratik pendokong UMNO telah menimbulkan kerugian kerana bendera-bendera tersebut adalah dibeli dan hilang begitu sahaja.

Pihak kami memohon agar tindakan diambil oleh pihak polis kepada Datuk seri Najib Razak, selaku Ketua UMNO Bahagian Pekan dan UMNO Bahagian Pekan terhadap tindakan tidak bermoral tersebut dan meminta pihak polis tidak bertindak dwi-standard.

Sekiranya Datuk Seri Najib Razak selaku Ketua UMNO Bahagian Pekan gagal mengawal ahli-ahli dan pendokong UMNO Pekan daripada tindakan tersebut maka adalah membukti kegagalan beliau dan kewajaran kepada beliau menarik diri daripada menjadi calon P85 Pekan.

Kami juga memohon agar pihak polis mengambil inisiatif lebih tinggi agar tindakan 'sebodoh' itu dapat dihentikan oleh para pendokong dan penyokong UMNO yang dilihat semakin tertekan terhadap kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 ini.

Pakatan Harapan Rakyat!

FARIZ MUSA

Penyelaras P 85 Pekan
Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan: