Telok Bakong Online |
UNTUK RENUNGAN SEMUA UNTUK HADAPI PRU 13 TERUTAMA YANG TERLIBAT SEBAGAI JENTERA PRU Posted: 10 Apr 2013 11:44 PM PDT 1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- Dsb 2) Dari pakai moto kap --- Kancil-Wira --- Honda ---- seterusnye.. 3) Badminton ----- Golf ---- 4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow.... 5) Technician ----Supervisor ----- Engineer --- Manager... 6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home Theather... 7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok .. 8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour... 9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong KITA JUGA LUPA.... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI' Umpamanya: 1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan..... 2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan... 3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah--- 4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/ 5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. .... 6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU..... 7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir. 8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT. Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . . Contohnya: Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. ....... Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT. Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. .. dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... ......infiniti. ...... Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat. 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus .. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.' Telah bersabda Rasullullah S.A.W: 'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.' Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassalam. p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Sumber-E mail |
Tidak Timbul Isu Berat Sebelah Kata Ketua Pemuda UMNO Parit. Posted: 10 Apr 2013 05:09 PM PDT 5 April 2013 Menurut Khairul Shahril, jika dilihat di setiap negeri diperintah pembangkang, situasi sama berlaku, iaitu premis awam seperti dewan dijadikan bilik gerakan atau bilik operasi parti pembangkang. "Jangan lihat situasi di Perak sahaja. Mereka harus lihat secara menyeluruh sebelum buat kenyataan. Semua premis awam boleh digunakan jika mendapat kebenaran. "Jika pihak yang bertanggungjawab menjaga premis itu memberi kebenaran, kita boleh gunakan. Begitu juga Pas, mereka boleh guna asalkan mendapat kebenaran setelah mengikut prosedur ditetapkan. Jadi tidak timbul isu berat sebelah," katanya. Semalam, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Yang Dipertua Pas Kawasan Parit, Muhammad Ismi Mat Taib menyatakan rasa tidak puas hati kerana ada parti menggunakan kemudahan awam untuk kepentingan mereka. TBO- Masalah akan berlaku apabila pemimpin pemimpin politik tidak mempunyai kefahaman sebenar tentang apakah yang dimaksudkan demokrasi dan tidak dapat membezakan antara parti dan kerajaan.TBO telah berulang kali membongkar tentang penyalahgunaan milik kerajaan oleh parti yang memerintah.Sebenarnya pengunaan hakmilik kerajaan sebagai alat dan utiliti UMNO ini begitu berleluasa dikawasan yang mempunyai ramai penyokong UMNO.Apa apa hal pun rujuk perlembagaan,jangan ikut sedap sendiri beri penyataan.Diharap SPRM berani mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini,ianya telah banyak mengelirukan pemimpin dan rakyat yang mempunyai kurang pengetahuan tentang demokrasi dan undang undang negara. Di Negeri Pulau Pinang,Lim Guan Eng telah menyerahkan kunci kereta rasmi nya berikutan dengan pembubaran DUN P.Pinang.Di Kelantan,Tuan Guru Nik Aziz mememang dari tahun 1990 lagi tidak mengunakan kereta rasminya selepas waktu pejabat.Beliau akan mengunakan kereta Datsun "buah khana"nya untuk pergi mengajar.Manakala Khalid Ibrahim telah mengarahkan supaya semua DUN mengunakan separuh sahaja kemudahan kemudahan untuk wakil rakyat setelah DUN Selangor dibubarkan. Mungkin Ketua Pemuda Parit ini boleh senaraikan kawasan mana yang Pakatan Rakyat gunakan Dewan Orang Ramai sebagai bilik gerakan,supaya mudah diambil tindakan.Bagaimana dengan UMNO/BN ? Apa Pandangan Pembaca,komen yang bernas akan dipaparkan dalam post ini... |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan