Khamis, 11 April 2013

Addin

Addin


Ini Penjelasan Chegu Bard Berkenaan Konflik Di Sg. Acheh

Posted: 11 Apr 2013 09:10 AM PDT

Kenyataan Umum

11 April 2013

RESPON KERUSI DUN SG. ACHEH

27 Mac 2013 che'GuBard telah membuat kenyataan yang mempertegaskan

Sedia menjadi jentera biasa dalam PRU akan datang, menyeru semua anak muda perbagai peringkat menyatukan kekuatan bagi menumbang regim. PRU 13 merupakan PRU penting untuk membuat perubahan besar.

Tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 , pasti akan akur.

Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa.

Namun pada 9 April lepas Parti Keadilan Rakyat melalui kenyataan Pengerusi MPN Pulau Pinang telah mengumumkan che'GuBard dipilih menggalas amanah parti bagi mewakili PR di DUN Sg. Acheh, P.Pinang Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che'GuBard.

Rumah kedua che'GuBard di N.Tebal,ia merupakan kampung mertua che'GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che'GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh.

Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che'Gubard punya ramai juga kenalan di sini, pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.

Dari segi perjuangan bersama masyarakat banyak terlibat antaranya memperjuangkan isu tanah penternakan kerang, menggunakan hubungan baik dengan pimpinan kerajaan negeri akhirnya tuntutan penternak kerang di Sungai Udang (dalam kawasan Sungai Acheh) berjaya ditunaikan oleh kerajaan negeri setelah tidak didengari pun oleh kerajaan negeri (Bn) sebelum ini sekian lama.

Awal tahun 2012, che'GuBard sudah mula bermastautin di N.Tebal atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, malah atas pelawaan dan permintaan Datuk Dr. Mansor Othman sendiri secara berdepan untuk che'GuBard turun membantu di kawasan tersebut khususnya kerana ahli parlimen PKR telah meninggalkan parti.

Semenjak itu bukan sedikit program yang dibuat dari sumbangan kebajikan hinggalah kepada program anak muda dipergiat. Bukan sahaja program berbuka puasa tetapi kubu Umno di tembusi dengan ziarah dan bersahur bersama keluarga yang kurang bernasib baik. Jentera PR banyak membantu dari perbagai segi.

Satu pusat khidmat dan pejabat aktiviti Parlimen N.Tebal telah dibuka dan aktif di rumah kedai dua tingkat. Puluhan aduan tiap minggu diuruskan.

Namun apabila parti mengumumkan Datuk Dr. Mansor yang menjemput che'GuBard ke N.Tebal sebagai calon, che'GuBard menyambut dengan baik. Jentera sedikit sebanyak yang terbina terus bergerak agresif bagi membantu calon PR.

Memahami soal kerusi dan siapa bukan soal utama tetapi pembelaan rakyat dan memperkukuh parti (PR) dalam menumbangkan regim harus dijadikan matlamat utama. Siapa pun dalam beroganisasi harus akur dengan keputusan siapa terpilih mewakili.

Kenyataan 2 April, Pengerusi MPN P.Pinang diangkat sebagai arahan parti dan akur dengan amanah yang diberikan.

Melihat ruang dan peluang untuk mengembeling Suara dan idealisma muda untuk P.Pinang seterusnya menjadikan kawasan paling selatan di Pulau Pinang bangun seiring dengan arus pembangunan negeri yang diiktiraf sebagai antara negeri yang ditadbir dengan cara terbaik berdasar rekod laporan audit negara.

Namun 10 April 2013 PAS pula telah membuat pengumuman nama calon di kawasan DUN Sg. Acheh juga.

Respon che'GuBard mudah, yang kita harus hadapi ialah regim bn, cabaran kita ialah memperkasakan kuasa rakyat. che'GuBard sedia dan akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti. che'GuBard meletakkan sepenuh kepercayaan dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ini.

Seperti yang pernah tegaskan bertanding bukan sasaran, sedia menjadi jentera biasa membantu kemenangan Pakatan Rakyat.

Semua jentera dan aktivis PR serta rakyat yang cintakan perubahan, che'GuBard memberikan jaminan pasti tidak akan berlaku pertembungan 3 penjuru melibatkan sesama Pakatan Rakyat.

Percaya dan yakinlah PR ialah gabungan kukuh yang lahir dari keputusan gelombang rakyat 2008, telah teruji dengan perbagai mehnah dan cukup matang untuk berdepan dengan PRU ke 13 sebagai sebuah gabungan yang bakal mentadbir negara.

Semua jentera PR dan aktivis rakyat harus bersekutu demi menghadapi regim. Ini masa terbaik.

Ini kalilah!!

che'GuBard



Iklan C (ii)




Pakatan Rakyat Bakal Memenangi 215 Kerusi Parlimen

Posted: 11 Apr 2013 07:54 AM PDT

CHERAS 11 APRIL: Calon Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan satu kajian menunjukkan Pakatan Rakyat bakal memenangi 215 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak pada PRU 13.

"Petang tadi (semalam), saya terima emel daripada beberapa rakan saya yang membuat tinjauan (survey) secara teliti. "Mereka merupakan kumpulan universiti yang membuat kajian dan tiada kepentingan dalam politik, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Mereka kata jika strategi Pakatan seperti yang ada sekarang, kita sekurang-kurangnya akan memenangi 215 kerusi Parlimen," katanya disambut sorakan gemuruh.

Pendedahan itu dibuat depan lebih 5,000 orang dalam ceramah di padang bola di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak 10 April lalu.

Ada 222 kerusi Parlimen di Malaysia dan kajian itu – jika benar – menunjukkan Pakatan memiliki majoriti dua pertiga, sekaligus membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

Tanpa menyebut identiti kumpulan yang melakukan kajian berkenaan, Khalid berkata, penyelidikan dibuat melalui tiga peringkat iaitu antaranya Jun dan Disember tahun lalu dan Mac 2013.

"Kajian menunjukkan peningkatan. Dan saya rasa ini cabaran kita sekarang bagaimana kita hendak tumpukan supaya kita capai kemenangan yang kita perjuangkan dalam reformasi semasa berbelas-belas tahun.

"Saya yakin reformasi ini akan lahir semula dan dilaksanakan seperti cita-cita kita. Jadi, angka-angka itu menunjukkan peluang kita untuk menang, nampak jelas," katanya. ~keadilandaily




Iklan C (ii)




Punca 2 Presiden Parti Komponen BN Di Gugurkan Oleh Najib Tersebar..

Posted: 11 Apr 2013 04:51 AM PDT


Masa depan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin kelam dan muram. Sebentar tadi, dua pemimpin tertinggi parti dalam komponen itu mengumumkan tidak akan bertanding di mana-mana kerusi parlimen mahupun DUN.

Seperti dijangka, presiden MCA, Chua Soi Lek mengesahkan dirinya tidak ada dalam senarai terbaru calon yang diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan komponen BN siang tadi di PWTC.

Bekas perdana menteri, Najib  adalah arkitek utama di sebalik pengunduran Soi Lek. Mana tidaknya, kata dua yang diberikan kepada Najib Altantuya langsung tidak diendahkannya.

Ini berikutan Najib  hampir pasti mencalonkan semula BEKAS penyandang kerusi parlimen Pandan, Ong Tee Keat sekali lagi untuk turun menentang calon KEADILAN, Rafizi Ramli.

Keputusan Najib  tersebut menyebabkan Soi Lek kecewa lalu membuat keputusan tidak bertanding, dan untuk menutup spekulasi, dia akan menjelajah ke seluruh negara berkempen bagi BN.

Perkara sama hampir berlaku ke atas presiden Gerakan, Koh Tsu Koon yang turut mengikut jejak Soi Lek sekaligus menyebabkan jentera BN di sesetengah kawasan tidak bergerak.

Hanya Umno dilihat mendominasi kawasan parlimen dan DUN yang ditandingi kedua-dua parti itu iaitu di parlimen Gerik dan Batu.

Tsu Koon yang merupakan bekas ketua menteri Pulau Pinang menyatakan dia sudah tidak lagi berminat untuk bertanding dipercayai akibat kehilangan negeri itu ke tangan Pakatan Rakyat yang menang besar dalam pilihanraya umum lalu.

MCA dan Gerakan tewas di kesemua kerusi yang ditandingi kepada calon DAP dan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri dengan kemenangan besar 29 kerusi daripada 40 keseluruhan.

Sementara itu, pertikaian antara kerusi-kerusi bertindih antara parti dalam Pakatan Rakyat di beberapa kawasan parlimen dan DUN seluruh negara akan dimuktamadkan sehari sebelum hari penamaan calon yang ditetapkan pada 20 April nanti.

Antara kerusi yang bertindih adalah parlimen Kangar, Labuan, dan DUN Sungai Acheh yang setakat ini belum diselesaikan secara muktamad.

Kerusi DUN Sungai Acheh misalnya memang diperuntukkan kepada KEADILAN namun PAS mendakwa mereka memiliki peluang cerah untuk menang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata ia pasti akan diselesaikan dalam semangat Pakatan Rakyat setelah rundingan lanjut diadakan berterusan.

Perkembangan terbaru calon yang bertanding pula menyaksikan peguam muda, Ahmad Nazib Johari disebut-sebut bakal menjadi calon KEADILAN di parlimen Petra Jaya di Sarawak.

Pengumuman rasmi akan dibuat Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Kuching minggu depan.

Esok dan Sabtu, Anwar akan mengumumkan senarai calon muktamad bagi kerusi parlimen dan DUN di Sabah dalam misi menyelesaikan isu tujuh ketua cabang yang menuntut agar mereka diberi mandat oleh parti untuk bertanding daripada calon 'payung terjun'.

Manakala aktivis PAS, Aiman Athirah Al-Jundi pula dikatakan akan bertanding di parlimen Jelebu, bagaimanapun siapa lawannya masih belum diumumkan.

Rais Yatim yang merupakan bekas penyandang kerusi itu dijangka akan digugurkan menurut senarai terbaru calon BN tetapi masih belum disahkan.

Sekiranya benar, Aiman akan bergandingan dengan calon PAS bagi parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin bagi membawa lebih banyak suara wanita dalam Dewan Rakyat.

KEADILAN dan DAP sudah meletakkan beberapa calon wanita antaranya Zuraida Kamaruddin di parlimen Ampang, Nurul Izzah Anwar di parlimen Lembah Pantai, Nor Azrina Surip di parlimen Merbok dan Murni Hidayah Anuar di parlimen Paya Besar.

Manakala DAP mempertaruhkan ketua wanitanya, Chong Eng kekal di parlimen Bukit Mertajam dan Alice Lau Kiong Yieng di parlimen Lanang di Sarawak.



Iklan C (ii)




Rahsia Muhyiddin Yassin Akhirnya Terbongkar..

Posted: 11 Apr 2013 12:43 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menuduh PAS sebagai sesat. Tidak elok kalau tuduhan sesat itu dilemparkan kembali kepadanya.

Meskipun begitu, adalah sukar untuk mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno itu adalah tokoh yang bercakap benar.

Pada 2009 dahulu, mungkin ramai yang membaca berita tentang dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura. Malangnya, apa yang telah terjadi adalah sebaliknya.

Beliau pernah didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.

Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.

Asian Wall Street Journal 16 Jun 1995 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri
Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Dato' Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.

Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak "yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin"

Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. Sebanyak 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.

Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.

Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan "begitu pantas", dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah "meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta".

Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi "begitu tamak".

Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki
2,672 hektar miliknya.

Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan­ tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh "mendatanganiny­a bila-bila masa".

AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa "masa semakin singkat".

Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Islam Negeri Johor.

Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.

Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan­ peruntukan akta itu untuk mengambil alih 6,544.4172 ekar tanah di Mukim Tebrau, Johor Bahru melalui perbadanan
itu.

Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta. ~pen buruk


Iklan C (ii)




Anuar Musa Di Singkirkan Menjadi Calon

Posted: 10 Apr 2013 07:16 PM PDT

Di antara tokoh-tokoh veteran Umno yang digugurkan sebagai calon dalam pilihan raya ke-13 ini khabarnya termasuklah bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa. Dari maklumat dalaman Annuar tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi, sama ada DUN atau parlimen. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu sebelum ini bertungkus lumus untuk memastikan dirinya akan dicalonkan. Beliau dikatakan menggunakan berbagai kaedah untuk menawan hati pucuk pimpinan Umno terutamanya Najib Razak agar memberinya sekali peluang sebagai calon.

Kejayaan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors telah diguanakan untuk menaikan darjatnya dalam politik. Annuar sangat berharap kejayaan triple pasukan boleh sepak itu akan membantu memulihkan imejnya dalam politik.

Annuar juga selalu menyebut kira-kira 200,000 penyokong bola sepak Kelantan itu sebagai penyokong tegarnya. Selain itu Annuar juga mendapat dokongan padu dari isterinya, Rosniah menemui dan mendekati rakyat bagi mengharap simpati dan sokongan. Kerajinan Rosniah ini dikatakan luar biasa sekali seolah-olah Rusiah yang ingin menjadi calon.

Nanun semua itu tampaknya tidak berhasil untuk menawan dan menakluki hati Najib Razak. Najib tidak mudah tersihir dengan umpan atau 'keladi colek' dilakukan Annuar itu. Satu masa katanya Annuar pernah memaklumkan kepada Najib yang isterinya melawat rumah orang kampung dalam kawasan Ketereh sebanyak 20 buah sehari.

Sedihnya laporan itu ditempelek oleh Najib dengan bertanya Annuar; you ada berapa isteri? Jawab Annuar satu; lantas Najib menyimpulkan kalau you ada empat isteri bermakna sebanyak 80 buah rumah sehari yang dilawati.

Annuar terkucil-kucil mendengar tempelak Najib dan menyimpan malu dalam poket seluar.

Kemungkinan Annuar tidak dicalonkan bukan saja disebabkan beliau telah memberi imej buruk kepada Umno Kelantan semasa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno dan menteri dahulu tetapi katanya ada permintaan dari pihak tertentu agar Annuar Musa tidak dicalonkan oleh Umno.

Permintaan inilah katanya menyebabkan, waima Mustapa Mohamed dan Najib berfikir panjang mengenai nasib Annuar. Khabranya Umno Kelantan tidak mahu implikasi buruk berlaku dengan mencalonkan Annuar Musa.

Mengenai kedudukan dan masalah Annuar ini kebanyakan rakyat Ketereh sudah mengetahui. Kandati dalam senarai nama parlimen yang dihantarkan Annuar ke Ibu pejabat meletakkan namanya sebagai calon nombor satu, tetapi nama Md Alwi Che Amat sudah dipindah berada di atas.

Dan Alwi pula sebagai sahabat Annuar menyerahkan seratus peratus nasibnya kepada ketentuan pucuk pimpinan tanpa melaukan apa-apa pelobian seperti mana dilakukan Annuar Musa. Alwi hanya mampu berdoa saja. ~mso

 

Iklan C (ii)




Tiada ulasan: