Khamis, 11 April 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


PRU 13 : Senarai Penuh Calon Pas Negeri Sembilan

Posted: 11 Apr 2013 01:05 AM PDT

 Tiga tokoh PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli, Taufek dan Zulkifli, bertanding peringkat DUN dalam pilihan raya ini
JEMPOL: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani (gambar) mengetuai cabaran PAS bersama Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum kali ini.

Beliau akan mempertahankan kerusinya di DUN Paroi bersama AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar di DUN Lenggeng.

Turut bertanding peringkat negeri adalah pakar ekonomi PAS Dr Rosli Yaakop di DUN Klawang.PAS Negeri Sembilan mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-13 di Muasasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol malam tadi.

Pengumuman calon DUN dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.Sementara itu, calon-calon parlimen pula diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Dalam pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN Negeri Sembilan.Mereka hanya memerlukan lima kerusi sahaja lagi untuk menang dan mentadbir  Negeri Sembilan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebelum ini meramalkan Pakatan akan menang skurang-kurangnya tujuh negeri dalam PRU 13 ini dan Negeri Sembilan dipercayai salah satu daripadanya.

Berikut calon PAS Negeri Sembilan:

DUN
Paroi - Mohd Taufek Abdul Ghani

Lenggeng - Zulkefly Mohamad Omar

Labu - Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa

Klawang - Dr Rosli Yaakop

Chembong - Kamarol Ridzuan Mohd Zain

Bagan Pinang - Ramli Ismail

Sungai Lui - Nor Anif Selamat

Senaling - Zaharudin Othman

Johol - Norazman Mohamad

Kota - Ghazali Mohd Shom

Serting - Abdul Rahman Ramli

Gemencheh - Mohd Noor Yassin


Parlimen



Jelebu - Aiman Athirah Al-Jundi - Jelebu

Tampin - Zakaria Khalim

Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin

Rahsia Muhyiddin Yassin Akhirnya Terbongkar..

Posted: 11 Apr 2013 01:04 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menuduh PAS sebagai sesat. Tidak elok kalau tuduhan sesat itu dilemparkan kembali kepadanya.
Meskipun begitu, adalah sukar untuk mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno itu adalah tokoh yang bercakap benar.
Pada 2009 dahulu, mungkin ramai yang membaca berita tentang dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura. Malangnya, apa yang telah terjadi adalah sebaliknya.
Beliau pernah didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.
Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.
Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.
Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.
Asian Wall Street Journal 16 Jun 1995 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri
Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Dato' Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.
Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak "yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin"
Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. Sebanyak 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.
Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.
Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan "begitu pantas", dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah "meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta".
Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi "begitu tamak".
Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki
2,672 hektar miliknya.
Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan­ tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh "mendatanganiny­a bila-bila masa".
AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa "masa semakin singkat".
Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Islam Negeri Johor.
Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.
Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan­ peruntukan akta itu untuk mengambil alih 6,544.4172 ekar tanah di Mukim Tebrau, Johor Bahru melalui perbadanan
itu.
Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta. ~pen buruk

Guna Harta Awam Untuk Kempen Parti, Kenyataan Rais Perlu Dicabar Di Mahkamah

Posted: 11 Apr 2013 01:02 AM PDT



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempermainkan demokrasi dan institusi awam apabila menyatakan kerajaan sementara berhak mengguna jentera kerajaan selagi belum bermula waktu kempen.

Katanya, keengganan BN memulangkan kapal terbang, helikopter dan kenderaan milik kerajaan membuktikan mereka akan memberi fokus kepada 3M iaitu Media, Wang (Money), Jentera (Machinery) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Menurut Rais, hanya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pencalonan dan hari mengundi iaitu jangka masa kempen baru jentera kerajaan tidak boleh digunakan untuk tujuan parti politik.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini bahwa tiga kenderaan milik Kementerian Penerangan diguna untuk membantu majlis pelancaran pusat gerakan pilihanraya BN di kawasan Parlimen Batu, Ahad lalu.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sikap BN tidak seperti Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telah memulangkan semua kenderaan rasmi bagi mengelak percanggahan kepentingan dan salah guna kuasa.

"Barisan Nasional (BN) tidak rela memulangkan kenderaan rasmi mereka termasuk jet dan helikopter kepada pihak Kerajaan Malaysia. Jika BN tidak berbuat demikian, ia jelas membuktikan mereka memang sanggup menyalahgunakan kuasa dengan mempergunakan 3M iaitu media, wang (money) dan jentera (machinery) demi untuk menang PRU-13.

"Dari segi media kita melihat bagaimana mereka bukan sahaja memutarbelit isu malah kita juga melihat bagaimana fiksyen boleh menjadi fakta. Contohnya, New Straits Times yang dikawal BN melaporkan dengan salah bahawa saya menarik diri daripada berdepan Pengerusi BN Pulau Pinang di Padang Kota sedangkan sebenarnya dia yang menolak cabarannya sendiri," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurut Guan Eng, pada masa sama, The Star bukan sahaja enggan menyiarkan penjelasan mengenai perkara itu, malah menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kononnya melabur RM3 bilion di China sedangkan sebenarnya tidak melabur satu sen pun.

Beliau berkata, tawaran Rais memberi masa 10 minit kepada Pakatan Rakyat di RTM untuk menerangkan manifesto dianggap mengarut dan satu penghinaan sedangkan manifesto BN disiarkan secara langsung.

"Dari segi kewangan, bagaimana ada laporan bahawa Jabatan Perdana Menteri paling banyak berbelanja untuk pengiklanan, dengan membayar sekurang-kurangnya RM73 juta bulan lalu untuk pengiklanan, jauh lebih banyak daripada nilai yang dibelanjakan untuk iklaneka sebanyak RM43 juta, dan RM25 juta yang dibelanja Nestle dan Unilever Malaysia.

"Mereka membelanjakan wang melalui Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang pro-BN yang memberikan 'sumbangan' RM2.2 juta kepada persatuan wartawan dan kebajikan termasuk Kelab Wartawan Pulau Pinang, Persatuan Wartawan dan Jurugambar Pulau Pinang, dan Kesatuan Wartawan Malaya utara yang menerima RM50,000 setiap satu, bersama-sama 103 NGO masing-masing mendapat antara RM5,000 hingga RM50,000," katanya.

Guan Eng berkata, BN juga menggunakan jentera mereka, seperti sumber, institusi dan kenderaan demi memberi mereka kelebihan yang amat besar dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai badan bebas dan tidak berpihak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja menghina oposisi malah menuduh pergerakan masyarakat sivil seperti Bersih menjadi alat kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, walaupun berhadapan cabaran sebegini, meski BN mempunyai 3M; Pakatan Rakyat memiliki kekuatan dan kuasa rakyat yang akan menentukan mandat pada PRU-13 ini.-Roketkini



Menteri pertahan Jabatan Penerangan bantu BN


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempertahankan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan dalam acara anjuran parti itu, seperti yang dikesan dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Beliau berpendapat, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.

"Sekarang kita di dalam suasana lingkungan bidang tugas kerajaan sementara. Kerajaan masih wujud di bawah Perkara 43 (Perlembagaan Persekutuan) dan perkara yang melibatkan kuasa eksekutif – Perkara 38 (melibatkan) Majlis Raja-Raja dan juga Perkara 43 (melibatkan) kuasa lantikan menteri – menteri dan juga di bawah akta fungsi menteri, semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan seperti biasa.

"Tetapi apabila dimulakan hari penamaan calon, pada hari itu tidak boleh mana-mana jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam apa jua program yang menampakkan membantu pilihan raya satu-satu parti," katanya.

Rais bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media selepas satu majlis bersama sekumpulan pemuzik jalanan di di Kuala Lumpur petang ini.

Beliau ditanya mengenai kenderaan milik Jabatan Penerangan yang dikesan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN pada hari Ahad lalu untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.

Ia melibatkan dua kenderaan kegunaan khas (SUV) dengan satu daripadanya dipasang pembesar suara dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.

Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan diherdik dan diancam untuk "dilepuk" oleh penganjur apabila memohon penjelasan berhubung kehadiran kenderaan tersebut pada majlis kempen BN.
-mk

Amat nyata sekali Rais Yatim cuba memperbodohkan rakyat.

Peranan kementerian ialah untuk menjalankan kerja-kerja kementerian bukannya kerja-kerja parti.

Justeru itu beliau sepatutnya diheret ke muka pengadilan dan kenyataannya itu dicabar di mahkamah. Biar diaa tahu setakat mana dia boleh menipu rakyat Malaysia. -GB

Foto Terbaik : Pesawat Boeing PRU 13 Pas Dalam Pembikinan

Posted: 10 Apr 2013 05:40 PM PDT

Tabik spring melantun kepada para aktivis PAS yang mempunyai daya kreativiti dan kesungguhan yang tinggi untuk menghasilkan satu kapal terbang BOEING PRU 13 PAS..Pergh!!!! hebat sungguh!!!Datangnya motivasi bertaraf tinggi ini disebabkan rakyat bertekad mau melakukan perubahan.

Semangat sebegini yang membuatkan para pemimpin UMNO sedar yang rata-rata rakyat kini sudah bangkit mau menentang kezaliman dan rasuah dengan melakukan perubahan...PR pemerintah UMNO/BN pembangkang.Lagi kreativiti penyokong Pas menjelang PRU 13 DISINI.

INI KALILAH TUKAR....JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA.Sumber

Senarai Calon Umno Yang Gugur Bocor?

Posted: 10 Apr 2013 05:39 PM PDT


Rupanya patutlah bekas perdana menteri, Najib  hari ini menangguhkan pengumuman senarai calon Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk pilihanraya umum tak lama lagi.
Dengan menjadikan alasan mahu memujuk beberapa pemimpin yang merajuk kerana digugurkan, sebenarnya ia hanyalah alasan dangkal kerana dikhabarkan keadaan agak kecoh apabila pemimpin yang mengetahui nama mereka tidak tersenarai mula merayu dan mahu berjumpa sendiri dengan Najib Altantuya.

Mengikut maklumat yang bocor, sumber ini mendedahkan lebih 25 calon Umno sendiri tergolong dalam salah satu dari tiga kategori iaitu:

a) Senarai calon yang digugurkan secara automatik

b) Senarai calon yang tidak dibenarkan bertanding; dan

c) Senarai calon kekal tiada dalam senarai tapisan pertama dan kedua

Mendahului senarai adalah bekas ahli parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed Yakcop diikuti oleh beberapa nama besar lain seperti bekas ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, BEKAS ahli parlimen Putrajaya, Adnan Mansor dan tidak ketinggalan, bekas perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Kepala Batas.

Inilah senarai yang dikatakan bocor selepas mesyuarat tertutup antara pemimpin BN siang tadi di ibu pejabat parti itu Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

SENARAI CALON BN YANG DIGUGURKAN:

1. Nor Mohamed Yakcop (BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor)
2. Awang Adek Hussein (BEKAS calon parlimen Bachok)
3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding)
4. Noh Omar (BEKAS ahli parlimen Tanjong Karang)
5. Abdullah Ahmad Badawi (BEKAS perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas)
6. Abdullah Md Zin (BEKAS ahli parlimen Besut)
7. Abu Seman Yusop (BEKAS ahli parlimen Masjid Tanah)
8. Azalina Othman Said (BEKAS ahli parlimen Pengerang)
9. Azmi Khalid (BEKAS ahli parlimen Padang Besar)
10. Baharum Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sekijang)
11. Bung Mokhtar Radin (BEKAS ahli parlimen Kinabatangan)
12. Halimah Mohd Sadique (BEKAS ahli parlimen Tenggara)
13. Hamim Samuri (BEKAS ahli parlimen Ledang)
14. Ismail Kassim (BEKAS ahli parlimen Arau)
15. Jamaluddin Jarjis (BEKAS ahli parlimen Rompin)
16. Lilah Yassin (BEKAS ahli parlimen Jempol)
17. Mohamed Nazri Aziz (BEKAS ahli parlimen Padang Rengas)
18. Mohd Johari Baharum (BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu)
19. Mohd Zin Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sepang)
20. Rafidah Aziz (BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar)
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BEKAS ahli parlimen Papar)
22. Adnan Mansor (BEKAS ahli parlimen Putrajaya)
23. Shahrir Samad (BEKAS ahli parlimen Johor Bharu)

SENARAI CALON TIDAK DIBENAR UNTUK DICALONKAN:

1. Reezal Merican Naina Merican (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Kepala Batas)
2. Abdul Azeez Abdul Rahim (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Baling)

KEKAL TIADA DALAM SENARAI:

1. Abdul Rahim Tamby Chik (Pengerusi GABEM)
2. Mohd Isa Samad (Pengerusi FELDA)
3. Radzi Sheikh Ahmad (BEKAS ahli parlimen Kangar)
4. Syed Hamid Albar (BEKAS ahli parlimen Kota Tinggi)

Menurut sumber blogger pro-Umno ini juga, ada beberapa nama lain yang tidak tersenarai pada awalnya kemudian dicalonkan semula bagi memperkuatkan kedudukan BN antaranya:
1. Khairy Jamaluddin (BEKAS ahli parlimen Rembau)
2. Zainal Abidin Osman (BEKAS calon parlimen Nibong Tebal)
3. Shaziman Abu Mansor (BEKAS ahli parlimen Tampin)
Setakat maklumat ini ditulis, belum ada sebarang pengesahan dari ibu pejabat Umno bagaimanapun senarai ini belum muktamad kerana Najib Altantuya masih belum berpuas hati dengan senarai terbaru yang ditapis hari ini.
Besar kemungkinan lebih banyak bekas penyandang yang bakal gugur akan memprotes keputusan Najib yang menyebabkan dia kini dalam dilema. ~jalan pulang

[BERGAMBAR] KL Dilanda Banjir Kilat

Posted: 10 Apr 2013 05:37 PM PDT



Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujanlebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesakteruk di beberapa laluan utama.

"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.

Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.

Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. - BERNAMA












TG Nik Aziz ziarah Wan Seman koma di hospital

Posted: 10 Apr 2013 05:36 PM PDT


KOTA BHARU: Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Besut, Wan Seman Wan Hassan, 54, koma setelah terjatuh dan dihempap tangga sewaktu menyiapkan 'pos' di hadapan rumahnya pagi semalam.

Selepas kejadian jam 10.45 pagi, beliau dikejarkan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih, bagaimanapun dihantar ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian dekat sini.

Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkesempatan menziarahinya petang tadi sebaik sahaja dimaklumkan perkara itu.

Turut berada di sisi Wan Seman, isterinya Dzulkaedah Ali Mohammad, 50, yang juga Penghulu Wanita Parlimen Pasir Putih.

Tuan Guru yang begitu terkejut bila dikhabarkan berhubung perkara itu, terus mendoakan kesembuhan Wan Seman.

Beliau bagaimanapun berharap anggota keluarga bersabar menerima ketentuan Allah itu.

Dzulkaedah ketika ditemui berkata, doktor memberitahu terdapat darah beku di bahagian kepala suaminya sebesar 2.7cm akibat terjatuh dan terhentak.

"Kehadiran Tuan Guru hari ini benar-benar memberikan semangat pada saya, juga pada pimpinan yang lain, ramai yang telah datang menziarahinya.

"Saya ucapkan terima kasih pada semua. Saya juga memohon supaya rakan seperjuangan di luar sana juga mendoakan kesembuhan suami saya," ujarnya.

Wan Seman juga dilantik sebagai guru pondok di Dun Gaal, Setiausaha UPU Gong Nangka.

Semalam, Tuan Guru berkesempatan menziarahi bonda anggota exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Hajjah Salma Idris, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll sejak dua minggu lalu termasuk seminggu di ICU.

Tuan Guru ditemani adik Husam, Hafiz Musa. -Hrkh

Anwar terharu penyokong duduk dalam becak ikuti ceramah

Posted: 10 Apr 2013 05:35 PM PDT

CHERAS 11 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim terharu menyaksikan penyokongnya duduk dalam becak ketika mengikuti ceramah di padang bola di Jalan Juju, Bandar Tun Razak di sini, malam tadi.

Prihatin, beliau yang sedang berucap di pentas berhenti lalu menegur
mereka dengan suara lunak dan nada simpati: "Yang duduk atas lecah
(becak), basah seluaq (seluar).

becak 

Selepas penyokong itu kelihatan menjawab sesuatu, kedengaran Anwar berkata: "Okay ya. Hang pa ni, kot lelaki basah, eh yang perempuan pun basah (becak berdekatan) sama sekali.

"Saya ucap terima kasihlah. Mana nak cari penyokong macam ini, fikir tengok," katanya sebagai menghargai kesanggupan mereka, ikuti tepukangemuruh dari lebih 5,000 hadirin.

Terdahulu, hujan lebat pada petang sebelum ceramah perdana yang menyelitkan pengumuman calon Parlimen bagi Wilayah Persekutuan.
becak2 

Ketua Umum KEADILAN itu mengaitkan sokongan padu mereka
sebagai hikmah atas segala penghinaan yang dilempar Umno kepadanya.

"Sebab itu, ya saya boleh gurau. (Tapi) ada hikmah derita, kena pukul, kena telanjang, tiap malam 15 minit (berita media kawalan Umno) dicerca," katanya.

Selain Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tian Chua, Nurul Izzah, Dr Idris Ahmad, Dr Tan Kee Keong dan Ibrahim Yaakob antara yang berucap.

Untuk tonton, KLIK INI (time code 1:34:12)
(FZL)

Tiada ulasan: