Selasa, 23 April 2013

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


UMNO Sebar Video Seks, Selepas Itu Saman Mustafa Ali.

Posted: 23 Apr 2013 05:00 AM PDT





KUALA LUMPUR: Umno memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berhubung penerbitan lima artikel yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang baru-baru ini.

Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak Umno semalam di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.


Pihak media memperoleh salinan writ itu hari ini. Mahkamah menetapkan 10 Mei ini untuk pengurusan kes saman itu.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Umno hari ini memberitahu pemberita bahawa Umno memfailkan saman itu atas alasan artikel berkenaan adalah satu pembohongan nyata dan berniat untuk membawa organisasi itu ke dalam skandal awam dan dibenci.

"Umno mahu menjelaskan yang mereka tiada kaitan dengan politik kotor ini dan tidak terlibat langsung," katanya dan menurutnya Umno juga mahu mendapatkan keadilan.

Dalam writ itu, Umno menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela bagi Mustafa, Asmuni Awi dan ketua pengarang laman portal HarakahDaily.net Zulkifli Sulong, masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Umno memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan-defendan atau ejen-ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap Umno dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.

Umno mendakwa Mustafa telah membuat pernyataan media mengenai parti itu berhubung penyebaran video lucah yang telah tersebar luas di laman sesawang sejak 11 April lepas yang kemudiannya diterbitkan semula di laman portal www.malaysiakini.com.

Umno juga mendakwa Mustafa pada hari sama telah menfitnah Umno di ceramah awam di markas PAS Kampung Molek, Dungun , Terengganu yang kemudiannya diterbitkan semula artikel kedua mengenai Umno di laman portal HarakahDaily.net.

Umno mendakwa kata-kata fitnah itu dalam erti kata lazim dan biasa membawa maksud bahawa Umno yang merancang insiden berkaitan video lucah itu, Umno sengaja membuat video itu dan parti itu merupakan dalang di sebalik pembikinan video itu.

Parti itu berkata Mustafa dengan sengaja mengeluarkan dan membuat pernyataan fitnah itu bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat negara ini terhadap Umno tanpa menghiraukan sensitiviti.

Umno berkata pernyataan fitnah itu telah disiarkan dan diterbitkan dengan sengaja dan berniat jahat untuk merosakkan dan menghancurkan reputasi parti itu di negara ini dan juga di mata dunia.

Umno mendakwa bagi artikel ketiga dan keempat pula, Asmuni telah mengucapkan kata-kata fitnah pada 12 April dan 13 April yang kemudiannya diterbitkan semula di HarakahDaily.net dan akhbar The Star.

Bagi artikel kelima pula, parti itu berkata defendan ketiga pada 12 April lalu telah menerbitkan semula kenyataan media berhubung video lucah itu oleh Mustafa di HarakahDaily.net.

Umno mendakwa pada 15 April lalu, Umno melalui peguam caranya, Tetuan Hafarizam telah menghantar notis tuntutan kepada semua defendan antara lain menuntut supaya berhenti daripada memberikan kenyataan berunsur fitnah, bagaimanapun sehingga tarikh writ difailkan mereka masih lagi gagal memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan plaintif.

Parti itu berkata akibat daripada pernyataan fitnah itu, reputasi Umno telah terjejas dan mengalami kerosakan yang serius di mata rakyat Malaysia dan juga di mata dunia. - BERNAMA

P/s: Engkau sebar, lepas tu engkau saman.. SHIT la UMNO

Jurugambar RTM Mati Tertekan Hon

Posted: 23 Apr 2013 03:34 AM PDT


GUA MUSANG: Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Mohamed Yaakub, 61, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang penyokong parti politik di depan rumahnya berhampiran Markas PAS di Bandar Lama di sini awal hari ini.

Kejadian itu berlaku di hadapan isterinya, Wan Thahirah Wan Ibrahim, 52, yang menyedarinya selepas arwah suaminya menekan hon kereta beberapa kali sejurus tiba di depan rumah kira-kira 12.45 pagi.

Wan Thahirah berkata terkejut dengan bunyi hon itu, beliau bergegas membuka tingkap untuk melihat apa sedang berlaku.

Katanya, hon yang dibunyikan arwah suaminya itu bertujuan supaya kenderaan yang menghalang laluan dialihkan pemiliknya, namun kemudian timbul pergaduhan menyebabkan wanita itu menjerit supaya ia dihentikan.

"Selepas itu, tiga lelaki datang membantu suami saya masuk ke dalam rumah dalam keadaan lemah dan sesak nafas," katanya.

Beliau berkata suaminya sempat menelan ubat jantung, tetapi keadaannya bertambah tenat sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) tetapi disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Jenazah Allahyarham dibedah siasat di hospital itu sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.

Wan Thahirah berkata beliau membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 3 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Mengakui suaminya memang mempunyai penyakit jantung, beliau bagaimanapun kesal dengan kejadian pergaduhan itu dan berharap polis menjalankan siasatan rapi.

Polis setakat ini belum membuat kenyataan berhubung insiden itu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Papan di sini tengah hari tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak. - BERNAMA

P/s: Hon punya pasal.. Sakit jantung dan salahkan parti politik.. Al-fatihah

Tiada ulasan: