Selasa, 23 April 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jurukamera RTM mati selepas bertengkar dengan penyokong PAS.. Ini kisah sebenarnya...

Posted: 23 Apr 2013 08:02 AM PDT


Mula-mula baca dulu bagaimana BERNAMA cuba menonjolkan imej ganas penyokong PAS dalam insiden ini..

Dengan tajuk besarnya "Media terkejut kematian jurukamera RTM dalam pergaduhan dengan penyokong parti politk."
Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Malaysia hari ini melahirkan rasa terkejut dengan kematian jurukamera Radio Television Malaysia (RTM) selepas pergaduhan dengan seorang penyokong parti politik di Gua Musang, Kelantan.

Presidennya Mokhtar Hussain berkata adalah menyedihkan apabila seorang wartawan perlu membayar dengan nyawanya tatkala berlangsungnya kempen bagi pilihan raya umum ke-13.

Jurukamera itu, Mohamed Yaakub, 61, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Bandar Lama di Gua Musang pada kira-kira 12.45 pagi.

Beliau sebelum itu terlibat dalam pergaduhan dengan seorang penyokong parti politik yang kereta penyokong itu menghalang laluan ke rumahnya yang terletak berhampiran dengan markas PAS.

Mokhtar berkata semua pihak terlibat dalam kempen pilihan raya perlu menjaga emosi mereka dan tidak melepaskan kemarahan kepada pihak lain termasuk wartawan ~ Bernama

Itu apa yang telah dilaporkan oleh Bernama.. dan berikut pula adalah apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan Jurukamera RTM tersebut meninggal dunia..

Mohamed Yaakub, 61, yang berkhidmat dengan RTM lebih 20 tahun sebagai jurukamera sambilan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang kira-kira jam 1 pagi selepas sesak nafas.

Kejadian itu berlaku di hadapannya isterinya, Wan Thahirah Wan Ibrahim, 52, yang menyedari selepas mangsa menekan hon kereta beberapa kali sebaik tiba di hadapan rumah kira-kira jam 12.45 pagi sebelum berlaku pergaduhan berkenaan.

Wan Thahirah berkata, beliau yang terkejut bunyi hon kereta suaminya itu bergegas membuka tingkap untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku sebelum ternampak halangan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik calon Pas Dun Galas itu berada di hadapan rumah.

"Hon yang dibunyikan arwah suami supaya pemilik kenderaan terbabit mengalihkan kenderaan itu ke tempat lain kerana dia hendak meletakan kenderaannya itu berhadapan pintu rumah.

"Sebaik didatangi seorang pemandu itu mengalih kenderaannya terus memarahi arwah kerana tekan hon kereta kuat sangat dan tidak datang memberitahunya untuk mengalih kenderaan," katanya yang mempunyai tujuh anak.

Beliau berkata, sebaik kenderaan itu dialihkan dan arwah dapat meletakan kenderaan di situ sambil membalas luahan tidak puas hati itu terhadap pemandu berkenaan.

Wan Thahirah berkata, lelaki itu terus menghampiri arwah berhampiran kereta hadapan rumah dan berlaku pergaduhan sebelum beliau menjerit.

Katanya, lelaki terbabit berhenti berbuat demikian sebelum didatangi tiga lelaki dari markas Pas untuk memberi pertolongan dengan menggosok dada arwah dan minta bersabar.

"Saya yang melihat keadaan arwah lain macam bergegas membuka pintu sebelum tiga lelaki itu memimpinnya ke dalam rumah sebelum saya mengurut tempat dia sakit," katanya.

Beliau berkata, arwah sempat juga menelan ubat jantung, tetapi keadaan bertambah tenat sebelum menghantarnya ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk mendapat rawatan.

"Arwah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu dan saya cukup sedih dengan apa yang berlaku itu walaupun arwah ada mengidap penyakit jantung," katanya.

Mayat arwah dihantar ke bilik mayat hospital berkenaan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Papan, petang tadi.

Dalam pada itu, polis mengesahkan kematian Mohamed adalah disebabkan serangan jantung dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, doktor Hospital Gua Musang yang melakukan bedah siasat ke atas jenazah Mohamed mengesahkan kematiannya berpunca daripada saluran darah ke jantung yang tersumbat.

"Siasatan awal pihak doktor dan polis mendapati tiada kesan lebam atau luka di luar fizikal (tubuh) Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Ketua Polis Kelantan bersama calon atau wakil Pilihan Raya Umum ke-13 Negeri Kelantan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata Mohamed meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang dipercayai antara pukul 2 dan 3 pagi, selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Bandar Lama, Gua Musang.

Katanya sebelum itu mangsa dikatakan telah bertengkar dengan seseorang yang telah meletak kenderaan di hadapan rumahnya sebaik pulang melakukan tugasan berkaitan PRU13.

"Isteri Allahyarham dalam aduannya mengatakan mangsa telah membunyikan hon agar kenderaan jenis Hilux itu yang diletakkan di hadapan rumahnya itu dialihkan.

"Pemandu kenderaan itu kemudiannya telah mengalihkan kenderaan berkenaan dan selepas itu telah tercetus pertengkaran mulut namun telah dapat dileraikan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian," katanya.

Jalaluddin juga berkata Allahyarham kemudiannya telah mengalami sesak nafas ketika masuk ke dalam rumah dan memaklumkan mengalami sakit di bahagian dada tetapi telah dibawa ke Hospital Gua Musang apabila keadaannya semakin serius.

"Allahyarham bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Allahyarham juga mempunyai rekod kesihatan mengenai penyakit jantung yang dihidapinya," katanya.

Sehubungan itu Jalaluddin meminta orang ramai tidak menyebarkan khabar angin mengenai kematian Mohamed itu yang heboh mendakwa disebabkan kerana bergaduh dengan penyokong sebuah parti politik.

"Allahyarham mungkin sebelum itu mengalami stress (tekanan)," katanya ~ Sinar Harian

1MDB pindahkan RM7 Billion ke Caymans Island untuk apa wahai Najib?

Posted: 23 Apr 2013 12:54 AM PDT


Pemindahan secara sulit sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island ini perlukan jawapan dari Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak, kerana 1MDB dikawal sepenuhnya oleh beliau..

Apa yang dikhuatirkan ialah jika Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja dan ini bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Perkara ini telah didedahkan dalam laporan tahunan 1MDB dan turut dibangkitkan dalam satu laporan The Edge..

Ini Kenyataan Media Rafizi Ramli..

Najib pindah RM7 Billion wang 1MDB ke akaun sulit di Cayman Island?

KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato' Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah.

Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.

Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato' Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB.

Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB.

Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

Akhbar Singapura dedahkan pemimpin UMNO jual tanah dengan harga rendah kepada Robert Kuok..

Posted: 22 Apr 2013 09:32 PM PDT


Isu yang sering diutarakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam apa saja majlis atau ceramah yang dihadiri mereka ialah, Melayu akan terpinggir jika DAP diberikan kuasa..

Menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh menurut mereka kebanyakkan Melayu Pulau Pinang telah dipinggirkan dan seterusnya disingkirkan dari Pulau Pinang kerana tanah milik mereka telah diambil oleh DAP kononnya..

Namun begitu hakikat sebenarnya ialah.. Kebanyakkan Melayu di Pulau Pinang ini telah terpinggir dan tersingkir dari Pulau Pinang angkara mereka..

Merekalah yang telah menjadi orang tengah untuk membeli dengan harga murah kemudiannya menjualkannya dengan harga yang tinggi kepada pemaju untuk dibangunkan..

Hari ini akhbar berpengaruh dari seberang tambak mendedahkan tanah di Johor telah dijual pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa oleh pemimpin UMNO kepada seorang Billionair berbangsa cina..

Dengan keluasan 12.5 ekar nilai tanah di Nusajaya dianggarkan sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi..

Tetapi ianya telah dijual pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran iaitu RM182Juta sahaja..

Baca apa yang dilaporkan oleh Jalan Pulang berdasarkan laporan oleh Straits Times Singapore itu..

Mengejutkan! Pendedahan terbaru sebuah laporan akhbar di Singapura, The Straits Times mengesahkan bahawa bilionair terkenal, Robert Kuok sudah pun membeli tanah di Iskandar Malaysia di Nusajaya pada harga RM182 juta (SGD74 juta).

Pembelian itu dibuat kurang dari dua minggu sebelum pilihanraya umum 5 Mei ini menerusi usahasamanya dengan cabang pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional (Khazanah).

Dua lot tanah presint di Nusajaya telah dibeli dengan pegangan ekuiti 70 peratus dimiliki oleh Robert sementara selebihnya oleh Khazanah.

Dalam pelaburan yang dijangka memperolehi pulangan sehingga RM12 bilion (SGD3.7 bilion) dalam masa 15 tahun, Robert yang merupakan manusia terkaya di Asia Tenggara sudah memulakan projek berskala besar di pusat pentadbiran kerajaan Johor itu sebaik sahaja pembelian selesai.

Kekayaan terkini Robert di seluruh dunia dianggarkan bernilai USD12.7 bilion (RM40.64 bilion).

Menerusi syarikat induknya, Kuok Brothers, Khazanah dan syarikat Kuok tersebut akan bergabung menjadi entiti dinamakan Southern Marina Development untuk membangunkan tanah seluas lima hektar di Puteri Harbour di Nusajaya dari pemilik tanah asal, UEM Berhad (UEM).

Menurut laporan The Straits Times yang disiarkan di ruangan Asia Report itu, Southern Marina akan membangunkan lot kediaman termasuk kondominium bernilai tinggi, lot perniagaan dan pusat membeli belah terbaru di Johor Bharu dengan nilai anggaran kasar pembinaan mencecah RM1.2 bilion (SGD479 juta) dalam tempoh tersebut.

Kuok yang menetap di Hong Kong terkenal dengan monopoli gula sebelum diambil alih oleh seorang lagi taikun Melayu yang rapat dengan Umno, Syed Mokhtar al-Bukhary pada 2010.

Dijangka lebih banyak tanah Melayu akan tergadai sekiranya Johor kekal dikuasai Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum 5 Mei ini.

Nusajaya terletak dalam parlimen Gelang Patah yang menyaksikan pertembungan dua gergasi antara Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dengan BEKAS menteri besar Johor yang disingkirkan, Abdul Ghani Othman.

Tanpa menunggu keputusan pilihanraya umum, Kuok dengan berani melabur sejumlah besar hartanya kerana disokong oleh kepimpinan Ghani sejurus sebelum parlimen dibubarkan 3 April lalu.

Persoalan yang timbul adalah bagaimana tanah bernilai tinggi kepunyaan kroni Umno itu boleh terlepas dengan mudah ke tangan Kuok dan Khazanah pada harga begitu murah sedangkan nilai tanah di Nusajaya sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi?

Apakah ini satu lagi kaedah digunakan Ghani untuk memperoleh wang berkempen menerusi penjualan tanah pada harga yang sangat murah? ~ Jalan Pulang
Hayatilah lagu popular dari BTN ini... dan fikirlah dengan hati yang terbuka angkara siapa sebenarnya bumi yang dipijak ini menjadi milik orang...

Jadi.. untuk mengelakkan dari terpinggir dan tersingkir.. Melayu Johor sewajarnya menolak siapa saja yang dicalonkan oleh Najib sebagai calon UMNO/BN di Johor..

Oleh itu UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT!!!.. kalau tak nak merempat ditanah air sendiri...

Gara-gara namanya tak dicalonkan, Rais tibai Najib..

Posted: 22 Apr 2013 07:10 PM PDT


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim seolah-olah menyalahkan Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak dalam masalah yang timbul dalam pemilihan calon BN kali ini.

Rais, yang digugurkan daripada menjadi calon di pilihanraya umum ke 13 kali ini memberikan bayangan bahawa penentuan calon tidak dilakukan dengan sistematik dan mengikut lunas yang ditetapkan bagi memastikan mereka betul-betul layak untuk bertanding.

"Dalam menentukan calon mampu menang, pemimpin parti perlu menjelaskan kelayakan calon dan faktor yang perlu dipertimbangkan bukan hanya berdasarkan usia, tetapi juga produktiviti mereka," kata Rais.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sumber Umno berkata kriteria 'winnable' candidate sebenarnya tidak wujud dalam BN.

Katanya, yang ada hanya calon-calon team Kak Ros atau bukan. Kali ini, asalkan calon-calon yang disukai Kak Ros akan dicalonkan sebagai calon BN.

"Jika produktiviti mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya...apa gunanya jika seseorang itu muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan," rungut Rais lagi, yang dilaporkan sangat kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum ke 13.

Rais turut berkata calon mesti ditentukan dengan lebih awal untuk mengelakkan timbul masalah ketidak puasan pihak tertentu di saat-saat akhir, seperti yang berlaku sekarang.

Semalam, seramai 61 ahli Umno (senarainya di SINI) termasuk pemimpin Wanita Umno berpengaruh Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri Datuk Mohd Shariff Omar dipecat serta merta kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Perkara itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail menggunakan fasal 20.10 Perlembagaan Umno.

 Fasal itu menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

 "Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya Ahmad Rithaudeen yang dipetik Sinar Harian ~ Harakahdaily

Tiada ulasan: