Selasa, 23 April 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PEMIMPIN UMNO PERSENDAKAN PENYOKONGNYA?

Posted: 22 Apr 2013 10:20 PM PDT

PASIR MAS: Sebelum hari pengundian Barisan Nasional (BN) Kelantan sudah kehilangan satu kerusi parlimen dan kini hanya 13 lagi akan ditentukan nasibnya pada 5 Mei ini.

Tindakan Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak menghantar borang pencalonan, biar pun menerima watikah daripada Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengundang padah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, belum apa-apa Umno dan BN sudah hilang satu kerusi parlimen di Pasir Mas.

"Tindakan Che Johan tentunya membangkitkan kemarahan penyokong Umno di Pasir Mas. Mereka awal-awal lagi datang pada perarakan calon, tetapi rupa-rupa calon mereka tidak menyerah borang pencalonan.

"Ini menggambarkan pemimpin Umno menipu dan mempersendakan penyokong mereka sendiri. Pemimpin di Pasir Mas menjatuhkan maruah Umno," katanya pada ceramah memperkenalkan calon PAS di sini malam tadi.

Hadir sama Presiden Kelantanku Hijau (K), Zulkili Yaacob, calon parlimen Pasir Mas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, calon Dun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad, calon Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan calon Tendong, Rozi Muhamad.

Orang ramai memenuhi padang Mini Stadium Pasir Mas bagi mengenali lebih dekat calon mereka.

Pada penamaan calon 20 April lalu, Che Johan biar pun hadir pada pusat penamaan calon namun tidak menyerah borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Pasir Mas.

Ekoran itu calon PAS hanya berdepan calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang bunga raya.

Mohd Amar juga berkata, pilihan raya ini merupakan saat terbaik bagi setiap pengundi di Pasir Mas bagi menghukum Ibrahim yang mengkhianati mereka pada 2008.

Katanya, selepas menang bertanding menggunakan lambang PAS, Ibrahim menongkah arus dan menjadikan PAS sebagai musuh pula.

Hanifa yang juga Yang Dipertua PAS Pasir Mas berkata, tiga bulan selepas menang hasil sokongan padu PAS, Ibrahim mengkhianati amanah yang diberi pengundi.

"Pengundi PAS yang mengangkat beliau dahulu, dan sekarang tiba masanya kita menjatuhkannya semula. Kita akan pastikan hayat politik akan berakhir pada 5 Mei ini," ujarnya.

Tiada ulasan: