Senyum Tangis Sendu |
Makanan Paling Jijik Dalam Dunia Posted: 06 Apr 2013 09:00 PM PDT Manusia lahir dengan sifat ingin tahu yang mendalam. Rasa ingin tahu itu juga termasuk dalam bab-bab pemakanan. Contohnya, seperti gambar-gambar makanan yang sangat menjijikkan di bawah. Telur-telur ini sengaja dibiarkan hingga embrio di dalamnya mulai wujud. Kemudian dimasukkan ke dalam air mendidih. Memakannya dengan diberi garam sedikit. Makanan ini digunakan untuk suatu upacara di daerah tempatan. Sosej yang dimasak dengan darah, lalu membeku ketika disejukkan. Ini adalah makanan untuk sarapan pagi. Ini adalah minuman tradisional Korea dan China yang digunakan untuk kesihatan. Minuman ini dibuat dengan cara memasukkan hidup-hidup anak tikus yang baru lahir dan belum terbuka kelopak matanya ke dalam botol sake. Inti roti ini adalah semacam agar agar yang dibuat dari bahagian tubuh babi (bibir, moncong, atau bahagian organ lain) yang dimasak sebentar lalu dituangkan dalam cetakan untuk mengeraskan Ikan yang dibusukkan di dalam tin dalam jangka waktu yang lama. Mereka mengatakan bahawa baunya sangat membangkitkan selera. Sumber |
Cincin RM24juta Bukan Rosmah Punya, Habis Tu Siapa Punya? Posted: 06 Apr 2013 08:37 PM PDT Tukang emas yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Jacob & Co akhirnya tampil menyokong penjelasan isteri perdana menteri Rosmah Mansor bahawa cincin kontroversi RM24 juta yang dibawa masuk ke negara ini bukan bawah namanya atau dibeli olehnya. Dalam sebuah wawancara video, Pengarah Barang Kemas Jacob & Co Philip Nassimi (kiri) berkata, "Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring" 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan. "Ia dibawa untuk pameran dan penelitian sahaja, bukan untuk dijual - untuk perhatian Maira Nazarbayev, (yang berada) bawah jagaan Madam Rosmah Mansor "Oleh kerana Maira Nazarbayev menjadi tamu di kediaman perdana menteri, barangan itu dihantar dengan keadaan begitu. "Alasan kenapa dalam House Airway Bill, disebut nama Madam Rosmah Mansor, kerana untuk menghantar barangan berharga ke Malaysia - Kuala Lumpur - ia perlu dihantar bawah jagaan rakyat tempatan Malaysia dan bukannya warga asing," katanya. Beliau menjelaskan, House Airway Bill merupakan dokumen biasa untuk menghantar barangan berharga AS ke dalam atau luar negara. M/kini |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan