Ahad, 7 April 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


GAMBAR PALING MENAKJUBKAN MAHARAJ?

Posted: 07 Apr 2013 07:30 AM PDT


MAHARAJA DAN TUAN GURU..

Posted: 07 Apr 2013 02:30 AM PDT

Menteri perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berkempen untuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum nanti.

former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad 2"Kalau Ibrahim Ali menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Dia punya (Pertubuhan) PERKASA bukan calang-calang. Parti (pertubuhannya) dah ada 400,000 orang ahli.

"Kita berharap BN akan memberi tempat kepada Tuan Guru Datuk Ibrahim Ali. Ini adalah sebagai balasan. Kerana (budi) BN, kita balas," kata Dr Mahathir diiiringi dengan gelak ketawa hadirin.

"Tak macam orang itu, tak balas budi. Dia tikam daripada belakang," katanya tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkannya.

Bekas presiden Umno itu berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran NGO pendesak Melayu PERKASA negeri itu di Shah Alam petang ini.

Bercakap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, bekas presiden Umno itu juga mengambil kesempatan menyeru supaya rakyat memberi sokongan kepada BN bagi membolehkan segala janji dapat ditunaikan kepada rakyat.

"Kalau tak tunai, saya akan datang sekali lagi. Tetapi saya tahu, Najib akan menunaikan janji. Mengundilah calon BN, tidak kira siapa jadi calon.

"Kita undi dacing, tengok dacing dan pangkah dacing. Bukan calon yang buat kerajaan tapi parti. Beri BN kemenangan, Insya-Allah, Selangor akan selamat," katanya sambil diiringi dengan tepukan hadirin.

Sebelum itu, Ibrahim dalam ucapannya mengumunkan akan menyerahkan jawatannya untuk dipangku oleh timbalannya Datuk Abdul Rahman Bakar pada 9 April ini kerana mahu mempertahankan kerusi Pasir Mas.

"Saya akan mempertahankan kerusi Pasir Mas... Membujur lalu melintang patah," katanya sambil menyeru hadirin membantu BN bagi mendapat kemenangan dua pertiga majoriti di parlimen.

BARANG TIRUAN MELAMBAK LAMBAK SAKSIKANLAH!!!

Posted: 06 Apr 2013 11:01 PM PDT

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa BN menciplak kandungan manifesto Pakatan Rakyat untuk dimasukkan dalam manifesto yang dibentang oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam tadi.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Mustafa mendedahkan sekurang-kurangnya sembilan perkara yang didakwa dicedok daripada manifesto Pakatan.

NONEMustafa berkata BN hanya mengolah istilah tertentu dalam untuk membezakan antara kedua-dua manifesto tetapi "polisi yang dipinda mengikut cara kita".

Antara perkara yang dicedok daripada manifesto Pakatan itu, dakwa Mustafa, adalah janji untuk mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Manifesto Pakatan pula, katanya, menawarkan untuk menghapuskan cukai eksais kereta dalam tempoh lima tahun agar harga kereta lebih berdaya saing serta membolehkan kereta dikeluarkan dengan harga serendah RM25,000 sebuah.

Selain itu, BN juga berjanji untuk membina 1,000,000 rumah mampu milik termasuk 500,000 rumah melalui skim Perumahan Rakyat 1Malaysia.

Beliau membandingkan janji berkenaan dengan tawaran untuk membina 150,000 rumah akan dibina dalam akategori kos rendah, sederhana dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.

bn manifesto launch 060413 02Selain itu, BN juga berjanji untuk meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas daripada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Dalam manifesto Pakatan pula, bayaran royalti itu kepada negeri pengeluar minyak dan gas itu ditawarkan untuk dinaikkan dari 5 peratus ke 20 peratus.

"Ini beberapa perkara yang disebut. Apa yang disebut dalam manifesto dalam manifesto BN banyak persamaan, bukan sahaja kebetulan tapi diceduk daripada manifesto Pakatan," katanya.

Sementara itu, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media berasingan hari ini berkata, beliau melihat bahawa manifesto yang diumumkan tidak disalin bulat-bulat daripada tawaran Pakatan tetapi cuba mengetengahkan tawaran "populis, tanpa perubahan fundamental".

NONE"Ini adalah plagiarisme dalam definisinya yang jelas. Manifesto itu populis, tetapi tercicir perkara yang lebih utama, iaitu reformasi fundamental," katanya dalam ucapan selepas acara pemeriksaan kesihatan di kawasan Lembah Pantai hari ini.
Di sisi DAP pula, setiausaha organisasi kebangsaannya Anthony Loke berpendapat pengumuman Najib untuk meningkatkan bayaran melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada RM1,200 akan turut meningkatkan peruntukan untuk bantuan berkenaan kepada kira-kira RM6 bilion.
Loke dalam laporan The Star hari ini berkata, Pakatan sebaliknya menawarkan bantuan tunai kepada warga emas sebagai tanda penghargaan.
"Bila BN mengkritik kita bahawa pembangkang akan membankrapkan negara dengan manifesto kami, mereka sepatutnya melihat diri sendiri," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Tiada ulasan: