Roslan SMS Corner |
Jangan jatuh perangkap musuh (7/4/13) Posted: 06 Apr 2013 09:48 PM PDT BN baru sahaja melancarkan manifestonya semalam bertema: "Menepati janji membawa harapan", sebelumnya PR telah pun melancarkan manifestonya bertema: "Pakatan harapan rakyat". Tampak "harapan" menjadi cogankata pilihan bersama dan memang sesungguhnya harapan lah yang mahu rakyat lihat dalam PRU. Bagi saya dalam tempoh pusingan akhir ini dari hari ini sehinggalah ke hari mengundi Pakatan Rakyat khasnya perlu memberi fokus kepada manifestonya dan manifesto-manifesto sampingan untuk negeri-negeri tertentu. Para petugas, calon-calon dan pimpinan parti perlu beri fokus, menerangkan isi kandungan manifesto dan kalau perlu buat perbandingan dengan manifesto BN. Ini penting kerana dipusingan akhir ini dari pengalaman yang lepas-lepas banyak perangkap dipasang musuh di kiri kanan jalan, kalau tak berhati-hati kita terjerat akibatnya kecundang. Perangkap yang saya maksudkan datangnya dari provokasi lawan dan ini biasanya diserahkan kepada pihak media arus perdana untuk main peranan. Agen-agen media akan bertugas mengikut rapat pimpinan PR bagaikan lalat. Apa sahaja isu akan dipinta komen, di sinilah dari pengalaman lepas-lepas banyak yang terperosok jatuh masuk perangkap. Lepas itu komen yang "sensasi" tadi akan dimainkan diulang-ulang saban hari sehingga tiada kesempatan peluang dan masa untuk di jawab……tahu-tahu dah masuk hari mengundi. Ingat, media arus perdana di bawah genggam mereka….media alternatif adalah "option" kita naum ia masih belum melaus capaiannya. Kalau mengikut Memoir Khatijah Sidek, pada PRU 1959 (PRU 1) pihak Perikatan (yang kemudiannya diganti BN) menggunakan isu kominis untuk memerangkap PAS, kononnya Presiden PAS ketika itu Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi mirip dan condong pada kominis!. Pada PRU 1990 (PRU 8) semasa PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) gambar Tengku Razaleigh Hamzah (ketika itu Presiden Semangat 46) dengan tenggolok kononnya "bersalib" terpampang berwarna di muka depan Mingguan Malaysia pada hari mengundi. Begitu juga PRU 11, komen negatif kedua-dua Tok Guru Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS berkenaan DAP, dan Karpal Singh : "dinosaur" dan "ubat luput tarikh" terus menerus menjadi mainan TV dan media cetak sehinggalah hari mengundi. Kerana itu saya sarankan, tak perlu pimpinan PR ulas dan komen isu-isu lain selain yang terkandung dalam manifesto. Tak rugi tak bercakap dengan media arus perdana dalam tempoh berkempen ini kerana apa sahaja yang diulas akan diolah akhirnya menjadi peluru menyerang kita kembali. Ada pimpinan PR yang "loose canon", mulut sedikit gatal (memang ada segelintir biar kita berterus terang) , kawal mereka ini, Kalau boleh buatlah kerja sahaja menawan pengundi, ini masanya bukan untuk menempah maut! Selain itu jangan buang "peluru" menembak sesama sendiri……."peluru" (dalam ruang ringkup peperangan demokrasi) untuk musuh bukan untuk sesama kita. Jika kita berjaya elakkan provokasi dan serangan media, insyallah sumber kita boleh digunakan untuk perkara-perkara lain, akhirnya "Harapan Rakyat" benar-benar dapat rakyat rasai. |
Tidak ada sebab Allah menangguhkan kemenangan buat PAS.....(7/4/13) Posted: 06 Apr 2013 09:14 PM PDT "Pertempuran" pilihanraya sudah memuncak, sekadar menunggu tarikh penamaan calon dan pilihanraya sahaja. Kini masing-masing parti berjuang bagi "menjual" parti masing-masing agar menambat dan memenangi hati pengundi, akhirnya biar pengundi pangkah dan beri kemenangan kepada parti mereka. Bagi PAS pilihanraya menentukan tertegak atau tidak matlamat perjuangan mereka, dan kerana PAS merupakan parti Islam maka khazanah Islam digunakan dalam apa sahaja tindakan dan pendekatannya. Bagi PAS pilihanraya adalah "peperangan". "Peperangan" demokrasi yang akan melihatkan pertempuran antara PAS dan parti musuh bagi meraih tampuk kekuasaan negeri dan Negara. Samada berseorangan atau kini "bersyarikat" dalam PR, begitulah PAS setiap kali berpilihanraya. Kesungguhan akan terpancar bukan sahaja pada wajah calon-calon tetapi lebih-lebih lagi pada para petugas mereka yang bekerja dengan semangat seolah setiap mereka adalah calon bagi memenangkan Islam. Allah swt berfirman di dalam al Quran maksudnya: Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penindasan dan sehingga agama itu untuk Allah semata-mata, kemudian jika mereka berhenti maka tidak ada pencerobohan lagi kecuali terhadap orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah: 190-193) "Peperangan" demokrasi tidaklah melihatkan pertumpahan darah dan kekerasan, tetapi sebagaimana peperangan konvensional matlamat akhir adalah untuk meraih "kuasa" kerana itu kebijaksanaan "jeneral-jeneral" PAS dalam memimpin ketumbukan tentera PAS penting. Bukan bertarung secara fizikal dengan musuh politik tetapi bertarung memenangi hati rakyat. Kalau dalam perang konvesnional, Rasulullah saw pernah bersabda: Rasulullah SAW bersabda: "Peperangan adalah tipudaya." (Muttafaq 'Alaih). Maka begitulah juga dalam "peperangan" demokrasi, kebijaksanaan jeneral-jeneral perang dalam menyusun taktik dan strategi penting. Hadis di atas walaubagaimanapun bukanlah bermaksud menipu sehingga menjanjikan sesuatu yang "palsu". Dalam peperangan konvensional, Rasulullah saw sehingga menggariskan disiplin peperangan yang ketat iaitu: Bila kamu berperang, jangan kamu robohkan rumah-rumah ibadat orang yang bukan Islam. Jangan kamu tebang pokok-pokok yang sedang berbuah. Jangan kamu bunuh kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa. Dan jangan kamu bunuh orang-orang tua yang lemah. Sudah tentulah dalam "peperangan" demokrasi begitu meluas maksudnya. Apa pun inilah masanya bagi PAS untuk mendakwahkan sebaikanya dasar dan matalamat perjuangannya serta apa yang dapat ia laksanakan melalui PR. Pergunakanlah peluang ini sebaik mungkin, PAS bukan sekali tetapi kali ini kali ke 13 menyertai pilihanraya, sudah pasti ia menggalas bersamanya banyak pengajaran dan pengalaman. Saya yakin ramai yang mendoakan agar PAS terus dikurniakan kekuatan untuk mencatat agar cita-cita perjuangannya dapat terlaksana akhirnya. PAS mewarisi perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat, sekiranya menepati ciri-ciri pejuang Islam sebenar tidak ada sebaba kemenangan ditangguhkan oleh Allah swt. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan