RAKYAT MARHAEN |
- Penamaan PRU13: DAP guna roket, Tee Keat tak tanding..Calon UMNO@BN tak serah borang di Pasir Mas...Timb Ketua Wanita UMNO jadi calon bebas di Kuala Kangsar
- Penamaan PRU13; Mohamad Sabu lawan Othman, 3 di Tokai, 4 Sungai Tiang
- Penamaan PRU13: Satu lawan satu antara Salahuddin dan Nur Jazlan di Parlimen Pulai
- Penamaan PRU13: Papagomo palat lagi bacul tidak hadir di Permatang Pauh
- GE13: Three-cornered tussle in Lembah Pantai
- GE13: Big name in blogosphere takes on MCA man in Raub
- Penamaan PRU13: Sekitar penamaan calon Parlimen Pekan, bekas tentera nekad tolak najib
- Penamaan PRU13: Husam akan hilang wang deposit - Tg Adnan dengan nada takbur dan sombong
- Penamaan PRU13: Kamalia Ibrahim tanding bebas setelah dihina UMNO@BN
- Penamaan PRU13: Datuk Fauzi dicabar dua calon di Larut
- Penamaan PRU13: Satu lawan satu di Jempol
- Penamaan Calon PRU 13 : Kapar Bakal Enam Penjuru, Dua Kerusi DUN di Klang Bakal Empat Penjuru
- PRU13: Rafizi Dicabar BN Dan Calon Bebas
- PRU13: Untuk Rausyanfikir, ini kalilah
- PRU13: Ibrahim Ali pertahan Pasir Mas, lawan Nik Abduh..Calon BN takut, tak serah borang penamaan.
- Lensa PRU13: Suasana Penamaan Calon
- PRU13: Penamaan calon ditutup 10 pagi
- Penamaan calon PRU13 : Perkembangan di lokasi
- Lensa PRU13: Penamaan Calon Dari Kubang Krian
- PRU13: DAP guna logo detik bersejarah dalam perjuangan PAS - TGNA
- PRU13: Sekat Lambang DAP Lonjakkan Undi Pakatan Rakyat?
- PRU13: Senarai Nama Calon - Calon KEADILAN Seluruh Malaysia
- Senjata makan tuan: PAS jangka DAP akan dibenar guna 'Roket'
- Kelebihan kepada PAS jika DAP guna logo ‘bulan’, kata Salahuddin
- Masalah logo roket DAP meningkatkan populariti bulan PAS dalam PRU13, kata penganalisis
Posted: 19 Apr 2013 09:19 PM PDT Hari penamaan calon pagi ini menandakan permulaan rasmi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang membabitkan pertandingan merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Cuaca pagi ini diramalkan baik di kebanyakannya tempat di seluruh negara, kecuali Pulau Pinang, Johor dan kawasan-kawasan tertentu di Melaka. Penamaan calon akan bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi. Untuk pertama kalinya, tidak akan ada tempoh bantahan awam terhadap mana-mana calon seperti sebelum ini. Tidak seperti pada tahun 2008, pakatan PAS, PKR dan DAP dijangka tidak akan bertanding sesama mereka tetapi ramai calon Bebas akan muncul untuk membawa kepada pertandingan pelbagai penjuru. Sebilangan besar mereka yang tidak terpilih sebagai calon BN dan Pakatan dijangka bertanding sebagai calon Bebas. Sabah, seperti tradisinya, dijangka menyaksikan paling banyak pertandingan pelbagai penjuru, dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Negeri (Star) turut serta dalam pilihan raya kali ini. DAP dijangka menggunakan logonya sendiri untuk bertanding berikutan jaminan pada saat-saat akhir daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa ia tidak ada bantahan terhadapnya walaupun tidak mengiktiraf barisan kepimpinan parti itu. Sebaik sahaja pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan calon-calonn yang bertanding, kempen pilihan raya umum akan bermula secara rasmi selama 15 hari sehingga tengah malam 4 Mei. LAPORAN LANGSUNG 7:54am: Penyokong BN dan Pakatan Rakyat mula berkumpul di pelbagai kawasan untuk bergerak ke pusat penamaan bersama calon masing-masing. Kota Kinabalu - Keadaan lalulintas tidak banyak dan, jika tidak kerana bendera yang dipasang di sepanjang jalan, mungkin orang ramai tidak perasaan yang hari ini adalah hari penamaan calon. Bentong - Kira-kira 300 penyokong Himpunan Hijau dan penyokong Pakatan Rakyat mula berarak dari Medan Selera Kampung Baru - 600 meter dari pusat penamaan calon. Mereka melaungkan "Ini Kalilah" dan "Kuburkan BN" . Jerlun - Penyokong kedua-dua pihak mula berkumpul. Pusat penamaan calon ialah di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dan kedua-dua kem berkumpul di kawasan yang bertentangan. Kerusi Parlimen Jerlun dan kerusi DUN Ayer Hitam akan menyaksikan orang kuat Umno, Datuk Othman Aziz dan Datuk Mukhriz Mahathir berdepan dengan Exco PAS, Dr Ismail Saleh dan Abdul Ghani Ahmad. Pandan - Walaupun tidak ramai kelihatan penyokong parti dari mana-mana pihak, lebih 100 anggota polis dan petugas majlis tempatan telahpun menutup jalan di hadapan pusat penamaan calon. Read More / Baca Lagi >> |
Penamaan PRU13; Mohamad Sabu lawan Othman, 3 di Tokai, 4 Sungai Tiang Posted: 19 Apr 2013 09:14 PM PDT PENDANG: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berdepan calon BN, Datuk Othman Abdul di Parlimen P.011 Pendang sementara tiga calon bertanding di Dun N.18 Tokai dan empat di N.19 Sungai Tiang. Read More / Baca Lagi >>Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya P.011 Pendang, Md Nordin Yahya pada jam 10.30 pagi ini di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah Pendang. Calon-calon yang bertanding di Dun Tokai ialah penyandang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Najmuddin Darus (BN) dan Abu Bakar Abdullah (Bebas). Bagi Dun Sungai Tiang, penyandang, Datuk Suraya Yaacob (BN) ditentang Fadzil Baharom (PAS), Cherean a/l Isen (Kita) dan Rosli Omar (Bebas). Sebelum itu, Mohamad Sabu menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi P.011 Pendang pada jam 9.14 pagi. Wakil beliau ialah Fadzil Mohd Noor Sahni, pencadang pula Idrus Hamid yang disokong Abdullah Abdul Razak. Ramlan Hamid pula wakil dan pencadang kepada calon PAS bagi Dun N.18 Tokai, Datuk Mohd Taulan Rasul sementara Abdul Awang adalah penyokong. Abdul Latif Ahmad adalah wakil kepada calon PAS di Dun N.19 Sungai Tiang, Fadzil Baharom, Abdual Ghani Mohd Salleh (pencadang) dan Mat Noor Md Hussain (penyokong). Pada PRU12 lalu, calon PAS, Mohd Hayati Othman yang mendapat 27,311 undi memenangi Parlimen Pendang, menewaskan calon BN, Md Rozai Shafian dengan majoriti 4,073 undi. Mohamed Taulan yang memperolehi 16,271 undi pada PRU12 lalu memenangi Dun Sungai Tokai menewaskan Fatimah Ismail (BN) dengan majoriti 6,578 undi. Suraya yang mendapat 13,871 undi memenangi Dun Sungai Tiang pada PRU12 lalu sementara calon PAS, Ab Muthalib Awang mendapat 10,865 undi. Mohamad bersama calon Dun Tokai dan Sungai Tiang menunju ke Pusat Penamaan Calon P.011 Pendang. |
Penamaan PRU13: Satu lawan satu antara Salahuddin dan Nur Jazlan di Parlimen Pulai Posted: 19 Apr 2013 09:12 PM PDT JOHOR BARU, 20 April — Kerusi Parlimen Pulai menyaksikan pertempuran satu lawan satu antara penyandang sebelum ini dari Barisan Nasional (BN) Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. Kedua-dua pemimpin itu disahkan bertanding selepas Pengurus Pilihan Raya Umum Abdul Ghazali Karim mengumumkan nama mereka selepas penyerahan kertas pencalonan di Dewan Jubli Intan di sini. Dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menyaksikan calon BN di Pengakalan Rinting Chang Nei Kee akan menentang Cheo Yee How dari DAP, manakala bagi kerusi DUN Kempas calon BN Tengku Putra Harun Aminurrasyid Tengku Hamid akan berentap dengan Shuhaizan Kaiat dari PAS. Kesemua mereka turut diiringi penyokong masing-masing bergerak ke pusat penamaan calon sekitar jam 7 pagi dengan 2,000 penyokong BN dilihat mengibarkan bendera ketiga-tiga parti komponen — MCA-Umno-MIC sambil menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita" dan laungan "Hidup BN" sejak jam 7 pagi. Read More / Baca Lagi >> |
Penamaan PRU13: Papagomo palat lagi bacul tidak hadir di Permatang Pauh Posted: 19 Apr 2013 09:10 PM PDT (DS Anwar, Datuk Salleh dan penyokong bergerak ke pusat penamaan calon) PERMATANG PAUH: Ke empat-empat calon Pakatan Rakyat selesai menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) jam 9.20 pagi tadi di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Berapit, Bukit Mertajam. Calon Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dum) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man, calon Dun Penanti, Dr. Norlaila Ariffin manakala Dun Seberang Jaya menerusi calonya, Dr Afif Baharuddin terpaksa berada di luar dewan kira-kira 20 minit sebelum diminta memasuki dewan. Kelihatan para penyokong ke dua-dua belah pihak berpekik mengeluarkan kata-kata semangat kepada calon yang bertanding dan kadang-kadang kedengaran kata-kata kesat kepada para penyokong yang berada agak jauh dari satu sama lain. |
GE13: Three-cornered tussle in Lembah Pantai Posted: 19 Apr 2013 09:04 PM PDT Independent candidate Rusli Baba spoils chances of a straight fight between Nurul Izzah Anwar and Raja Nong Chik. KUALA LUMPUR: The hot seat of Lembah Pantai will witness a three-cornered tussle following the entry of an Umno man, who is set to be the spoiler in the contest between heavyweights PKR vice-president Nurul Izzah Anwar and Federal Territories and Urban Well-being Minister Raja Nong Chik Zainal Abidin. The surprise candidate Rusli Baba, a 54-year-old businesmman and Lembah Pantai Umno man, put in his nomination papers soon after Nurul Izzah. At 10.10am, returning officer Rolan Abd Rahman announced that all three candidates were eligible to contest for the general election. Earlier, Nurul Izzah was accompanied by her proposer Sheik Zahari Sheik Yaacob and supporter Rafiza Shahean at 9.02am to file her nomination papers at Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya. Rusli arrived 10 minutes later to the astonishment of many and filed his nominations with proposer Zakaria Jantan and supporter Nasarudin Mohamed Johan. Raja Nong Chik on the other hand was accompanied by supporter Narayanan T Ratnam and supporter Lai Kong Fah and submitted his nomination papers at 9.25am. |
GE13: Big name in blogosphere takes on MCA man in Raub Posted: 19 Apr 2013 09:03 PM PDT The opposition party's move to field a Malay candidate here is seen as an acid test on Chinese reception towards the DAP's effort to boost its multiracial image. This will also be a test of the MCA's relevance in light of the steady decrease in Chinese support for the senior BN component party since Election 2008. Raub was one of the last few MCA strongholds that survived the opposition onslaught in the last general election. |
Penamaan PRU13: Sekitar penamaan calon Parlimen Pekan, bekas tentera nekad tolak najib Posted: 19 Apr 2013 08:59 PM PDT Puak-puak umporno berpecah teruk di Pekan, semalam di Dun Bebar, puak yang tidak berpuas hati dengan calon pilihan najib telah membuat demo besar-besaran dan keadaan menjadi kecoh hingga FRU terpaksa leraikan puak-puak umporno yang memberontak kerana calon mereka tidak dicalonkan. Manakala di Batu 10, tentera pula kali ini diberi pilihan untuk mengundi sendiri dan mereka bebas mengundi calon pilihan mereka. Isu skandal penyelewengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dibawa oleh Cikgu Fariz Musa terlalu dekat dihati mereka. Bekas tentera yang sempat sharpshooter temui semasa penamaan calon di Pekan berkata "Mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong. Itu duit kami bukan duit mak bapak umno" Beliau berkata kali ini kami bekas tentera dan tentera bertekad akan ajar najib cukup-cukup sebagai pengajaran. |
Penamaan PRU13: Husam akan hilang wang deposit - Tg Adnan dengan nada takbur dan sombong Posted: 19 Apr 2013 08:55 PM PDT PUTRAJAYA: Calon BN Putrajaya, Tengku Adnan Mansor yakin, calon PAS Datuk Husam Musa akan hilang deposit dalam pilihan raya kali ini. Adnan yang merupakan Setiausaha Agung Umno berkata demikian ketika bercakap kepada para pemberita hari ini. Adnan mengimbau kembali pilihan raya 2004 di mana calon pembangkang ketika itu hilang wang deposit. Husam, Naib Presiden PAS akan bertanding melawan Tengku Adnan secara satu lawan satu dalam pilihan raya ini. Beliau juga bertanding di DUN Salor, Kubang Kerian Kelantan. Sikap sombong dan cakap besar Adnan ini dipercayai akan makan tuan selepas ini. |
Penamaan PRU13: Kamalia Ibrahim tanding bebas setelah dihina UMNO@BN Posted: 19 Apr 2013 08:53 PM PDT Timbalan Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar. Read More / Baca Lagi >>Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru. Kamilia kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN dengan tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti iu sebagai calon. |
Penamaan PRU13: Datuk Fauzi dicabar dua calon di Larut Posted: 19 Apr 2013 08:51 PM PDT (Calon-calon PAS di Larut) LARUT: Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari akan dicabar oleh 2 calon masing-masing daripada BN dan bebas. BN akan diwakili oleh Datuk Hamzah Zainuddin manakala satu calon Bebas,Raveendran Vallikana yang akan menggunakan simbol bunga. Pertarungan satu lawan satu dengan calon BN di ketiga-tiga Dun iaitu Selama, Kubu Gajah dan Kuala Kurau. Ustaz Nazri Din (PAS) akan dicabar oleh Hasbullah Elias (BN) manakala Ustaz Akmal Kamaruddin (PAS) akan ditentang oleh Datuk Mohd Daud Mohd Yusof Satu lagi Dun yang ditandingi PKR iaitu Kuala Kurau akan diwakili oleh Fadzil Alias dan akan ditentang oleh calon BN, Mohd Amin Zakaria Suasana penamaan calon berlangsung penuh meriah. Read More / Baca Lagi >> |
Penamaan PRU13: Satu lawan satu di Jempol Posted: 19 Apr 2013 08:48 PM PDT (Aishah lawan Isa Samad di Jempol) JEMPOL: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan satu lawan satu di P127 Jempol antara calon PAS Wan Aishah Wan Ariffin dan calon BN Tan Sri Isa Samad. Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan perkara tersebut jam 11 pagi tadi selepas proses penyerahan borang di Dewan Besar Kompleks Pejabat Kerajaan selesai. Sementara itu bagi N05 Serting turut menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS Abdul Rahman Ramli dan calon BN, Datuk Samsu Kahar. N06 Palong juga ditandingi dua penjuru iaitu calon PKR Rebin Birham dan calon BN Datuk Lilah Yasin. |
Penamaan Calon PRU 13 : Kapar Bakal Enam Penjuru, Dua Kerusi DUN di Klang Bakal Empat Penjuru Posted: 19 Apr 2013 08:47 PM PDT 11. 30 Pg Di SELAYANG, Parlimen Selayang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara William Leong Jee Keen (PKR), Datuk Donald Lim Siang Chai (BN) dan calon muka baru, Mohd Hazizi Rahman (BERJASA). Manakala DUN Kuang pula menyaksikan pertembungan calon antara Abdul Shukur Idrus (BN), Zahariman Abdul Latip (BEBAS) dan Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (PKR). Sementara itu, DUN Rawang masih kekal ditandingi Gan Pei Nei (PKR) menentang calon BN, Lee Li Yew. DUN Taman Templer juga kekal ditandingi Datuk Seri Subahan Kamal (BN) dengan menyaksikan dua calon baru iaitu Roslan Basaruddin (BEBAS) dan Zaidy Abdul Talib (PAS). Kesemua naman calon yang bertanding itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Selayang, Mohd Azizi Mohd Zain di hadapan ibu pejabat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kira-kira pukul 10.55 pagi tadi. 11.20 pg Di Kerusi Parlimen KAPAR enam borang pencalonan difailkan di Pejabat Tanah dan Daerah Klang. Selain G Manivannan dari PKR dan A Sakthivel (MIC-BN), borang difailkan oleh Mohd Farhan dari Berjasa dan tiga calon Bebas, Nor Hamzah, Mohd Nazri dan A R Palaya. 11 pg Di Klang, kerusi DUN KOTA ALAM SHAH dan PANDAMARAN masing-masing bakal menyaksikan perlawanan empat penjuru selepas empat individu memfailkan kertas pencalonan di Dewan Hamzah Majlis Perbandaran Klang. Di Pandamaran, calon DAP, Tan Pok Shyong ; calon Bn Datuk Ching Eu Boon disaingi calon bebas, A.Deliganu yang merupakan veteran DAP dan Hamzah Lamin. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Rafizi Dicabar BN Dan Calon Bebas Posted: 19 Apr 2013 07:33 PM PDT 10.30 pg Sementara di KUALA SELANGOR, suasana hari penamaan calon Pakatan Rakyat (PR) bagi kawasan Parlimen Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor berlangsung aman dengan laungan selawat terhadap Nabi Muhammad s.a.w Calon-calon Pakatan Rakyat seperti calon Pas Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, Manikavasagam Sundaram dan calon PKR bagi DUN Ijok, Dr Idris Ahmad dilihat memasuki Pusat Penamaan calon tepat pukul 9.13 pagi. 10 pg Penamaan calon bagi Parlimen Pandan menyaksikan pertembungan sengit di antara Pakatan Rakyat dan BN serta kemunculan calon Bebas yang bakal menyertai PRU-13. Parlimen Pandan dijangka melibatkan pertembungan tiga penjuru diantara calon PKR, Rafizi Ramli, calon MCA-BN, Gary Lim Chin serta calon Bebas Yee Allan Tan. Allan Tan hadir sebagai calon menggantikan penyandang Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Kiat yang menarik diri di saat akhir. Rafizi yang tiba pada jam 9.05 pagi menyatakan keyakinan untuk menang tetapi perlu bekerja keras sekiranya melibatkan pertandingan tiga penjuru. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Untuk Rausyanfikir, ini kalilah Posted: 19 Apr 2013 07:30 PM PDT Antara hujah mereka yang menolak demokrasi, ialah demokrasi memberikan peluang kepada orang-orang bodoh membuat keputusan lantas meminggirkan para bijak pandai. Menurut golongan ini, golongan cerdik pandai itu bilangannya amat sedikit, yang ramai di kalangan anggota masyarakat ialah golongan kebanyakan yang jahil dan juga mereka yang kurang berilmu. Rasionalnya, dalam ruang demokrasi yang mementingkan suara majoriti sebagai kata pemutus dan penentu kuasa, maka keputusan orang-orang yang kurang cerdik akan lebih berpeluang untuk mendominasi keputusan yang diambil. Hal ini lazim terjadi disebabkan oleh sistem satu individu satu undi yang menjadi medium untuk menentukan suara majoriti di dalam pilihanraya. Makanya, bagi golongan ini, demokrasi merupakan satu sistem yang tidak boleh diharapkan. Jika dinilai hujah tersebut, jawapan yang paling mudah diberikan kepada mereka yang berhujah dengannya ialah: Read More / Baca Lagi >>"Senario yang dibawa itu mencerminkan bahawa sistem yang diamalkan itu bukanlah sistem demokrasi yang sebenar". Demokrasi bukanlah hanya semata-mata proses membuat keputusan menurut suara majoriti sahaja, sebagaimana ia juga bukanlah hanya sekadar mengadakan pilihan raya dalam tempoh lima tahun sekali sahaja. Apa yang lebih penting dalam kerangka sistem demokrasi ialah proses pembuatan keputusan (sama ada melalui pilihan raya ataupun referendum) hendaklah bersih, telus dan mempunyai kredibiliti. |
PRU13: Ibrahim Ali pertahan Pasir Mas, lawan Nik Abduh..Calon BN takut, tak serah borang penamaan. Posted: 19 Apr 2013 07:27 PM PDT Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan. Persaingan kedua-duanya disebabkan calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir di situ pagi ini. |
Lensa PRU13: Suasana Penamaan Calon Posted: 19 Apr 2013 07:21 PM PDT (Calon PAS di DUN Pasir Panjang, Lumut Rohawati Abidin sedia untuk bergerak ke pusat penamaan calon di Perak) (Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim berdoa di perkarangan Masjid Lama Jengka sebelum bertolak ke Temerloh untuk menyerahkan borang penamaan calon) (Dr Rani bersama calon-calon Pakatan di sekitar Klang) (Ustaz Idris dan Ustaz Norazli Musa berjalan menuju pusat penamaan calon) (Aishah sedia ke pusat penamaan calon) (Datuk Fauzi Shaari bersama Nazri Din berdoa sebelum memasuki pusat penamaan calon) (Razman [tengah] mengetuai bacaan doa untuk kemenangan Pakatan di sana) Di Parlimen Lenggong (Salahudin mengetuai cabaran Pakatan di Pulai berarak ke pusat penamaan calon di Pulai bersama calon-calon Pakatan yang lain di samping para penyokong) (Tuan Guru Nik Aziz memberikan panduan dan tazkirah sebelum mengimamkan solat) (Zamri di tengah-tengah para penyokongnya menuju pusat penamaan calon) Titiwangsa (Ribuan penyokong mengiringi Datuk Husam Musa) |
PRU13: Penamaan calon ditutup 10 pagi Posted: 19 Apr 2013 07:17 PM PDT KUALA LUMPUR - Proses penamaan calon di 222 pusat di seluruh negara tamat pada pukul 10 pagi ini setelah menyaksikan penyerahan borang pencalonan bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). Proses yang berlangsung selama sejam sejak dibuka pada pukul 9 pagi ini dapat diselesaikan lebih awal berikutan buat pertama kalinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak ada lagi tempoh bantahan selama sejam dan penarikan balik pencalonan. Laporan awal menunjukkan bahawa proses penyerahan borang pencalonan di seluruh negara berlangsung dalam aman, tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penamaan calon termasuk sama ada terdapat pertandingan atau tidak bagi mana-mana kerusi Parlimen dan Dun dapat diketahui menjelang 12 tengah hari ini. SPR yang akan mengadakan sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat SPR di Putrajaya akan turut mengeluarkan statistik termasuk jumlah calon dan parti yang bertanding, calon bebas, jumlah calon wanita dan lelaki, calon termuda dan calon tertua. Sidang berita itu akan diadakan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyerahkan kertas pencalonan beliau di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan pada pukul 9.08 pagi bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak tahun 1976. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengemukakan kertas pencalonannya bagi kerusi Parlimen Pagoh yang disandangnya sejak tahun 1978 di Kompleks Sukan Pagoh pada pukul 9.30 pagi. SPR menetapkan 30 April sebagai tarikh pengundian awal dan 5 Mei pengundian biasa. Calon mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen, sebaik sahaja proses penamaan calon selesai. Seramai 13,268,002 orang layak mengundi pada PRU13 dengan 275,341 orang merupakan pengundi awal dan 12,992,661 orang pengundi biasa. |
Penamaan calon PRU13 : Perkembangan di lokasi Posted: 19 Apr 2013 07:14 PM PDT BERIKUT perkembangan di sana sini pada hari penamaan calon: KUALA KANGSAR: Calon-calon PR bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim Abdullah; Dun Manong, Jamil Dzulkarnain dan Dun Bukit Chandan, Fathmawaty Salim tiba jam 8.25 pagi di pusat penamaan calon diiringi penyokong. Lagu Negaraku turut dinyanyikan sebaik sahaja tiba diikuti dengan bacaan selawat. Calon-calon BN Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Dun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan Dun Manong, Mohamad Kamil Shafie tiba jam 8.44 di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Turut mengiringi calon, Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari, bekas Ketua Wanita Umno Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz serta kira-kira 300 penyokong. Keadaan kedua-dua penyokong terkawal. 9.00 pagi - Calon BN masuk ke pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Majlis Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. 9.03 pagi - Calon bebas bagi Dun Bukit Chandan, Jahidin Isa masuk ke pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Majlis Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. 9.05 pagi - Calon PR masuk ke pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Majlis Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. SKUDAI: Fokus pada hari penamaan calon pada hari ini seramai 536 polis dan 49 pegawai ditugaskan mengawal ketat di pusat penamaan di Dewan serbaguna Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Skudai. Penyokong Barisan Nasional ( BN ) berarak daripada kawasan Batu 10,Skudai, untuk memberi sokongan kepada calon mereka iaitu Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen, calon BN bagi kerusi Dun Nusajaya, Dr Zaini Abu Bakar dan Dun Skudai, Liang Ah Chai. Bagi penyokong Pakatan Rakyat (PR) memulakan perarakan bermula di Jalan Tun Teja, Taman Ungku Tun Aminah sebagai sokongan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Turut dijangka hadir adalah calon Dun Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan calon Dun Nusaya, Dalahudin Ayub. Penyokong hanya dibenarkan berdiri dalam jarak 50 meter di luar dewan pusat penamaan calon. Setakat ini keadaan terkawal. ALOR GAJAH, MELAKA: Berlaku persaingan tiga penjuru di N08- Dun Machap. Calon yang bertanding - Datuk Lai Meng Chong (BN), Ravinther a/l Sekaran (KITA), Ginie Lim (PKR). Jam 8.56 pagi penyokong BN dan calon BN diketuai Dtk Koh Nai Kwong tiba di pusat penamaan dr arah Hutan Percha. Disusuli pada jam 8.58 pagi penyokong dan calon dr pembangkang tiba di pusat penamaan calon diketuai Adly zahari dari parti Pas dari arah bertentangan. LEMBAH PANTAI: Calon PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga penyandang tiba di lokasi penamaan calon jam 8.50 pagi LENDU: Suasana di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah masih lengang dan berada dalam keadaan aman tanpa kelihatan penyokong calon pada jam 8.30 pagi. Seramai 200 pegawai dan anggota polis termasuk pasukan bantuan mula berada di perkarangan kompleks yang menjadi pusat penamaan calon bagi kawasan Parlimen Masjid Tanah seawal jam 6 pagi yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Suprintendan Abd Rahman Jid. SHAH ALAM: Kedua-dua sisi dewan MBSA dibanjiri penyokong BN dan PR. BANDAR TUN RAZAK: 8.20 pagi: Padang Flat Sri Labuang di penuhi penyokong PKR, kebanyakan mereka telah bersiap sedia untuk ke pusat penamaan calon. Bagaimanapun peyandang ahli parlimen BTR Tan Sri Khalid Ibrahim tidak kelihatan. 8.30 pagi: Sementara penyokong calon BN/MCA Tan Kok Eng menjadikan perkarangan stadium bola sepak kuala lumpur sebagai tempat berkumpul. 8.40 pagi: Kedua-dua penyokong parti sudah mula berarak ke pusat penamaan calon. 8.45 pagi: Suasana semakin meriah apabila penyokong PKR menaiki motosikal membunyikan hon ketika melintasi kawasan perarakan BN 8.50 pagi: Tan Kok Eng tiba di pusat penamaan calon 9.00 pagi: Kemunculan calon Bebas memberi kejutan khususnya kepada penyokong kedua-dua parti. Mokhtar Salahudin memberitahu beliau percaya mampu beri saingan hebat pada calon BN dn PKR 9.05 pagi: Tan Sri Khalid Ibrhaim tidak hadir dan hanya mewakilkan Ketua Cabang BTR Azman Abidin. Azman yang juga pencadang tiba bersama penyokong iaitu Chin Chee Kong. 9.15 pagi: Pengurus Pegawai SPR omar abas menerima borang pencalonan Tan Kok Eng JOHOR BAHRU: Calon kerusi Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (BN) dan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein hadir Hari Penamaan Calon di Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Johor Bahru, di sini hari ini. Shahrir yang merupakan penyandang kerusi berkenaan turut ditemani Calon Dun Stulang, Chong Chee Siong dan Calon Dun Tanjung Puteri, Datuk Adam Sumiru. Manakala, Md Hashim pula bersama Calon DAP Dun Stulang, Andrew Chen dan Calon PKR Dun Tanjong Puteri, Mohd Salleh Ahmad. Ketua Umno Bahagian Johor Bahru bersama dua calon BN lain masuk ke perkarangan bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Johor Bahru sekitar jam 8.45 pagi. Sementara, Md Hashim bersama dua calon PR bagi kerusi Dun masuk ke bangunan berkenaan untuk proses penamaan calon sekitar jam 8.40 pagi. Masing-masing hadir ditemani pencadang dan Pegawai Pengurus Pilihanraya bagi kawasan Parlimen Johor Bahru adalah Amran Abdul Rahman. SEREMBAN: Seawal jam 8 pagi kira-kira 400 penyokong Pakatan Rakyat telah berkumpul di perkarangan wisma negeri bagi memberi sokongan kepada calon-calon mereka. Hadir sama, pengasas DAP, Dr Chen Man Hing. Jam 8.45 pagi mereka mula berarak ke pintu masuk sambil melaungkan reformasi. Manakala penyokong dan calon BN hanya kelihatan jam 9 pagi. MANJUNG: Kira-kira jam 8.20 pagi tadi, hampir 200 orang penyokong Pas dan PKR berarak dari 'bus stand' Manjung sambil melauangkan zikir Lailahaillah...hidup Islam. SUNGAI SIPUT: Parlimen Sungai Siput dijangka bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru di semua kerusi apabila dua calon bebas tampil pada proses penamaan calon hari ini. SP Nagalingam, 46, seorang anak tempatan yang juga penuntut sebuah kolej mahu bertanding atas tiket bebas di kerusi Parlimen dan Dun Lintang sementara S Kalimuthu, 53, di Dun Jalong. Bagaimanapun sehingga jam 9.20 pagi ini, hanya Kalimuthu sahaja yang tampil sementara kelibat Nagalingam belum kelihatan. TAMBUN: Proses penamaan calon di Parlimen Tambun dikejutkan dengan kehadiran calon bebas yang bakal bertanding di Dun Hulu Kinta kali ini. PUTRAJAYA: Keadaan mula gamat menjelang pukul 9.30 pagi, kelihatan kedua-dua penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) berkumpul pada dua bahagian yang berasingan. Dari pemantauan Sinar Harian Online, penyokong BN berpakaian baju berwarna biru dengan lambang parti serta berkumpul menyanyikan lagu Barisan Kita. Manakala penyokong Pas bersama benderanya melaungkan takbir untuk menaikkan semangat. Kedua-dua penyokong parti dipisahkan dengan pagar yang berjarak 500 meter dengan dikawal dengan pasukan keselamatan polis. LEMBAH PANTAI: Suasana di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya Bangsar di penuhi penyokong kedua-dua parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sekitar jam 8.00 pagi. Pada jam 8.30 pagi penyokong dua-dua parti mula memenuhi berhampiran kawasan sekolah. Penyokong PR melaung-laung takbir, reformasi dan menyanyi lagu Negaraku sementara penyokong- penyokong BN tenang menanti calon mereka. Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba jam 8.50 pagi dan masuk ke dalam dewan penamaan calon tepat jam 9.00 pagi. Pencadang untuk beliau adalah Sheikh Zahari Sheikh Yaacob manakala penyokongnya, Rafiza Shaean. Sementara itu, seorang calon bebas, Rusli Baba hadir ke dalam dewan jam 9.05 pagi. Beliau telah dicadang oleh Zakaria Jantan dan disokong oleh Nasarudin Mohamed Johan. Sementara itu, Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong. Chik Raja Zainal tiba pada jam 9.20 pagi. Beliau telah dicadang oleh Narayanan Ratnam dan disokong oleh Lai Kong Wah. PENGERANG: Sesi penamaan calon bagi Parlimen Pengerang yang berlangsung di Dewan Kejora Bandar Penawar berjalan dengan lancar, calon BN dan Pembangkang sampai pada jam 9 pagi dengan penyokong masing-masing. Manakala calon bebas sampai pada jam 9.15 pagi. SEMBRONG: Barisan Nasional (BN) Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bersama calon Dun Paloh, Teoh Yap Kun dan calon Dun Kahang, R Vidyananthan hadir ke penamaan colon lebih kurang jam 9 pagi, di Dewan Kejora Taman Sri Lambak, di sini, pagi ini. Terdahulu, ketiga-tiga calon hadir diiringi penyokong lebih kurang 1,000 penyokong yang terdiri daripada masyarakat setempat dan Orang Asli berarak menuju ke tempat penamaan calon. Ketiga-tiga calon di sambut oleh Pegawai Pilihan Raya kawasan Parlimen Sembrong, Ahmad Ma'in. BAKRI: Empat calon Barisan Nasional (BN) dan tiga calon Pakatan Rakyat (PR) bagi Parlimen Bakri tiba di Dewan Mesyuarat Majlis Perbandaran Muar (MPM) tepat jam 9 pagi untuk menyerahkan borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengurus Pegawai Pilihan Raya, Zulkiflee Abbas mengetuai penyerahan borang penamaan calon bagi kerusi P 145 Chris Lee Ching Yong;calon kerusi N12 Bentayan, Fong Soh Lan; calon kerusi N13 Sungai Abong, Datuk Dr Haris Mohd Salleh dan calon kerusi N14 Bukit Naning, Datuk Saipolbahri Suib. Manakala calon PR untuk kerusi N13 Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh; calon kerusi P145 Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan calon N12, Chua Wee Beng. Setiap calon masing-masing membawa seorang penyokong dan pencadang. |
Lensa PRU13: Penamaan Calon Dari Kubang Krian Posted: 19 Apr 2013 05:58 PM PDT |
PRU13: DAP guna logo detik bersejarah dalam perjuangan PAS - TGNA Posted: 19 Apr 2013 05:48 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 April — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS dalam Pilihan Raya 2013 sebagai satu detik bersejarah dalam perjuangan parti Islam itu. Hari ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan untuk menjadikan logo PAS sebagai sandaran di Semenanjung Malaysia jika pegawai pengurus (RO) menolak surat watikah dari calon parti tersebut. Bagi negeri di Malaysia Timur di Sabah dan Sarawak, logo mata PKR akan digunakan oleh DAP sekiranya terpaksa. "Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan petang ini. Semalam pendaftar pertubuhan (RoS) menghantar satu surat kepada pucuk pimpinan DAP mengatakan mereka tidak mengiktiraf pemilihan CEC yang dijalankan pada Disember tahun lalu. Menurut menteri besar Kelantan sementara itu, keberanian DAP untuk menggunakan logo bulan PAS untuk bertanding di kawasan Cina membuktikan tembok perkauman yang selama ini cuba ditanam oleh pemerintah Barisan Nasional (BN) akhirnya berjaya dipecahkan. "PAS dan DAP sering dilagakan oleh Umno/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin Umno menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Sekat Lambang DAP Lonjakkan Undi Pakatan Rakyat? Posted: 19 Apr 2013 05:43 PM PDT Kesediaan DAP untuk menggunakan logo bulan PAS dalam pilihanraya umum ke-13 kerana masalah perundangan boleh memberikan peningkatan penerimaan bukan Melayu terhadap parti Islam itu yang selama ini ditakuti kerana imej konservatif, kata penganalisis. Langkah DAP itu dilihat sebagai berani dan bersejarah oleh kerana kedua-dua parti itu pernah berpecah lebih sedekad dahulu kerana pelaksanaan undang-undang Islam keras di Terengganu yang menyebabkan parti sosialis itu dihukum oleh masyarakat Cina pada pilihanraya 2004 kerana bersekutu dengan PAS. Masalah logo roket DAP meningkatkan populariti bulan PAS dalam pilihanraya umum ke-13 kata penganalisis Tidak lama lagi pada pukul 10 pagi hari ini parti itu akan mengetahui sama ada boleh menggunakan logo Roket ataupun terpaksa menggunakan logo PAS dan KEADILAN di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur apabila calon mereka memfailkan kertas pencalonan untuk pilihanraya 5 Mei. Walaupun kesan keputusan DAP masih belum dirasai di bawah, penganalisis berkata langkah itu menyebabkan gabungan longgar ketiga-tiga parti untuk mendapatkan logo biasa yang dikenal pasti menentang kerajaan Barisan Nasional (BN). "Keputusan tersebut akan menyebabkan dua kemungkinan. Pertama kemungkinan ia menyebabkan pengundi berpotensi melarikan diri dari DAP. "Satu lagi terdapat juga kemungkinan symbol bulan menjadi satu logo, yang mewakili lebih dari satu parti," kata Dr Farish A Noor. Tiga parti — DAP, PAS dan KEADILAN — menubuhkan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008 apabila mereka bersetuju untuk tidak lawan diantara satu sama lain. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Senarai Nama Calon - Calon KEADILAN Seluruh Malaysia Posted: 19 Apr 2013 05:42 PM PDT Dun Perlis N.03 Chuping: Wan Mohamad Fishaal Wan Daud N.04 Mata Ayer: Ammar Gazali N.07 Sena: Tuan Marja Tuan Mat N.08 Indera Kayangan: Chan Ming Kai N.09 Kuala Perlis: Noor Amin Ahmad N.12 Tambun Tulang: Azhar Ameir Parlimen Kedah P.004 Langkawi: Dato' Ahmad Abdullah P.009 Alor Star: Gooi Hsiao-Leung P.010 Kuala Kedah: Dr. Azman Ismail P.014 Merbok: Nor Azrina Surip P.015 Sungai Petani: Datuk Johari Abdul P.017 Padang Serai: N Surendran K Nagarajan P.018 Kulim-Bandar Baharu: Datuk Saifuddin Nasution Ismail Dun Kedah N.02 Kuah: Datuk Ahmad Kasim N.05 Bukit Kayu Hitam: Nasrul Omar Che Mansor N.08 Pedu: Ir. Zamri Yusuf N.12 Bakar Bata: Mohd Eekmal Ahmad N.22 Gurun: Salma Ismail N.25 Bukit Selambau: Dr. Krishnamoorthy Rajannaidu N.28 Bakar Arang: Ooi Tze Min N.29 Sidam: Dr. Robert Ling Kui Ee N.34 Lunas: Azman Nasrudin N.35 Kulim: Chu Maw Nian Parlimen Kelantan P.026 Ketereh: Ab Aziz Ab Kadir P.027 Tanah Merah: Nik Mahmood Nik Hassan P.029 Machang: Dr. Wan Zawawi Wan Ismail Dun Kelantan N.01 Pengkalan Kubor: Prof. Saharun Ibrahim N.38 Kuala Balah: Ramlan Mat N.40 Guchil: Mohd Roslan Puteh N.43 Nenggiri: Mohammad Azihan Che Seman N.44 Paloh: Amran Ab Ghani Parlimen Terengganu P.040 Kemaman: Kamarudin Chik Dun Terengganu N.02 Kota Putera: Drs. Mohamed Abdul Ghani Haji Ibrahim N.06 Permaisuri: Wan Mokhtar Wan Ibrahim N.11 Seberang Takir: Ahmad Nazri Mohd Yusof N.14 Bandar: Azan Ismail N.21 Telemung: Narawi Embong N.25 Bukit Besi: Mohd Shamsul Mat Amin Parlimen Pulau Pinang P.044 Permatang Pauh: Datuk Seri Anwar Ibrahim P.047 Nibong Tebal: Datuk Mansor Othman P.052 Bayan Baru: Sim Tze Tzin P.053 Balik Pulau: Muhammad Bakthtiar Wan Chik Dun Pulau Pinang N.02 Bertam: Syed Mikael Rizal Aidid N.03 Pinang Tunggal: Ahmad Zaki Yuddin Abd Rahman N.06 Telok Ayer Tawar: Norhayati Jaafar N.10 Seberang Jaya: Dr. Afif Bahardin N.12 Penanti: Dr. Norlela Ariffin N.14 Machang Bubuk: Lee Khai Loon N.17 Bukit Tengah: Ong Chin Wen N.18 Bukit Tambun: Law Choo Kiang N.20 Sungai Bakap: Maktar Hj Shapee N.21 Sungai Acheh: Badrul Hisham Shaharin N.24 Kebun Bunga: Cheah Kah Peng N.35 Batu Uban: Dr. Jayabalan A. Thambyappa N.36 Pantai Jerejak: Mohd Rashid Hasnon N.37 Batu Maung: Abdul Malik Abdul Kassim N.39 Pulau Betong: Mohd Tuah Ismail N.40 Telok Bahang: Datuk Abdul Halim Hussain Parlimen Perak P.058 Bagan Serai: Dr. Muhammad Nur Manuty P.061 Padang Rengas: Dr. Meor Ahmad Isharra Ishak P.063 Tambun: Siti Aishah Shaik Ismail P.071 Gopeng: Dr. Lee Boon Chye P.072 Tapah: Vasantha Kumar Krishnan P.073 Pasir Salak: Mustaffa Kamil Ayub P.074 Lumut: Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Abd Hamid P.075 Bagan Datok: Madhi Hasan P.077 Tanjong Malim: Datin Paduka Tan Yee Kew Dun Perak N.01 Pengkalan Hulu: Mej. (B) Abdullah Masnan N.02 Temengor: Mohd Supian Nordin N.03 Kenering: Mohamad Tarmizi Abdul Hamid N.04 Kota Tampan: Zahrul Nizam Abdul Majid N.07 Batu Kurau: Mohammad Fadzil Alias N.09 Kuala Kurau: Abdul Yunus Jamahri N.10 Alor Pongsu: Rosli Ibrahim N.13 Kuala Sapetang: Chua Yee Ling N.24 Hulu Kinta: M.A Tinagaran Arumugam N.34 Bukit Chandan: Fathmawaty Salim N.39 Bota: Zulkifly Ibrahim N.42 Tualang Sekah: Baldip Singh Santokh Singh N.44 Simpang Pulai: Tan Kar Hing N.45 Teja: Chang Lih Kang N.46 Chenderiang: Bah Tony N.48 Sungai Manik: Osman Abdul Rahman N.52 Pangkor: Mohd Saifullah Mohd Zulkifli N.54 Hutan Melintang: Kesavan Subramaniam N.59 Behrang: Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab Parlimen Pahang P.082 Indera Mahkota: Datuk Fauzi Abdul Rahman P.083 Kuantan: Fuziah Salleh P.084 Paya Besar: Murnie Hidayah Anuar P.085 Pekan: Mohd Fariz Musa P.090 Bera: Zakaria Abdul Hamid Dun Pahang N.04 Cheka: Abas Awang N.05 Benta: Rizal Jamin N.06 Batu Talam: Khairul Hakimin Mohd Ali N.10 Damak: Jamaluddin Abd Rahim N.13 Semambu: Lee Chean Chung N.14 Teruntum: Sim Chon Siang N.18 Lepar: Jefri Jaafar Tukemin N.22 Bebar: Mohd Jafri Ab Rashid N.23 Chini: Sitarunisah Ab Kadir N.25 Kuala Sentul: Mohamad Razali Ithnain N.27 Jenderak: Suhaimi Said N.31 Lanchang: Ahmad Nizam Hamid N.39 Kemayan: Manolan Mohamad N.41 Muadzam Shah: Muhamad Nordin Pa'wanchik Parlimen Selangor P.092 Sabak Bernam: Dr. Abdul Aziz Bari P.094 Hulu Selangor: Khalid Jaafar P.097 Selayang: William Leong Jee Keen P.098 Gombak: Mohamed Azmin Ali P.099 Ampang: Zuraida Kamaruddin P.100 Pandan: Rafizi Ramli P.104 Kelana Jaya: Wong Chen P.105 Petaling Jaya: Selatan Hee Loy Sian P.107 Subang: Sivarasa K. Rasiah P.109 Kapar: G. Manivannan Gowindasamy P.112 Kuala Langat: Abdullah Sani Abdul Hamid Dun Selangor N.07 Batang Kali: Ramachandran Kandasamy N.09 Permatang: Mohd Yahya Mat Sahri N.10 Bukit Melawati: Manikavasagam Sundaram N.11 Ijok: Dr. Idris Ahmad N.13 Kuang: Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman N.14 Rawang: Gan Pei Nei N.16 Batu Caves: Amirudin Shari N.19 Bukit Antarabangsa: Mohamed Azmin Ali N.24 Semenyih: Hamidi A Hassan N.25 Kajang: Lee Chin Cheh N.32 Seri Setia: Nik Nazmi Nik Ahmad N.33 Taman Medan: Haniza Mohamed Talha N.37 Bukit Lanjan: Elizabeth Wong N.40 Kota Anggerik: Dr. Yaakob Sapari N.41 Batu Tiga: Rodziah Ismail N.43 Sementa: Dr. Daroyah Alwi N.46 Pelabuhan Klang: Tan Sri Abd Khalid Ibrahim N.49 Seri Andalas: Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam N.50 Sri Muda: Mat Shuhaimi Shafiei N.55 Dengkil: Borhan Aman Shah Parlimen Wilayah Persekutuan P.115 Batu: Chua Tian Chang P.116 Wangsa Maju: Datuk Dr. Tan Kee Kwong P.118 Setiawangsa: Ibrahim Yaacob P.121 Lembah Pantai: Nurul Izzah Anwar P.124 Bandar Tun Razak: Dr. Abd Khalid Ibrahim P.166 Labuan: Tan Sri Ibrahim Menudin Parlimen Negeri Sembilan P.129 Kuala Pilah: Mohd Nazree Mohd Yunus P.131 Rembau: Radzali A Ghani P.132 Telok Kemang: Datuk Kamarul Baharin Abbas Dun Negeri Sembilan N.02 Pertang: Muhamad Syamwill Mertadza N.06 Palong: Rebin Birham N.07 Jeram Padang: Kumar Thuraisingam N.13 Sikamat: Aminuddin Harun N.14 Ampangan: Datuk Kamarul Baharin Abbas N.15 Juasseh: Rosli Omar N.16 Seri Menanti: Tengku Zamrah Tengku Sulaiman N.18 Pilah: Mohamad Nazaruddin Sabtu N.27 Rantau: Aisah Lamsah N.29 Chuah: Chai Tong Chai N.32 Linggi: Rosman Jonet N.33 Port Dickson: Ravi Munusamy N.34 Gemas: Karip Mohd.Salleh Parlimen Melaka P.136 Tangga Batu: Rahim Ali P.137 Bukit Katil: Shamsul Iskandar Mohd Akin P.139 Jasin: Ir. Rahmat Yusof Dun Melaka N.03 Ayer Limau: Halim Bachik N.06 Rembia: Prof. Madya Dr. Rusnah Aluai N.07 Gadek: Rajandran Govindasamy N.08 Machap: Ginie Lim Siew Lin N.11 Sungai Udang: Asri Buang N.13 Paya Rumput: Taha Ahmad N.25 Rim: Azmi Kamis Parlimen Johor P.140 Segamat: Datuk Chua Jui Meng P.141 Sekijang: Julailey Jemadi P.144 Ledang: Hassan Abdul Karim P.146 Muar: Nor Hizwan Ahmad P.149 Sri Gading: Mohd Khuzzan Abu Bakar P.150 Batu Pahat: Datuk dris Jauzi P.153 Sembrong: Onn Abu Bakar P.157 Pengerang: Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid P.158 Tebrau: Steven Choong Shiau Yoon P.159 Pasir Gudang: Dr. Ahmad Faidhi Saidi P.160 Johor Bahru: Jen. (B) Tan Sri Md Hashim Hussein P.164 Pontian: Haniff @ Ghazali Hosman Dun Johor N.04 Kemelah: Natrah Ismail N.07 Bukit Serampang: Saadon Abdullah N.14 Bukit Naning: Abdul Aziz Muhammad N.17 Semerah: Md Ysahrudin Kusni N.27 Layang-Layang: Mohd Ishak Shir Mohd N.31 Kahang: Hamdan Basiran N.33 Tenggaroh: Murugan Muthu Samy N.34 Panti: Mohd Annuar Mohd Salleh N.36 Sedili: Abd Kadir Sainudin N.39 Tanjong Surat: Hasnul Ahmad N.44 Tanjong Puteri: Mohd Salleh Ahmad N.51 Bukit Batu: Jimmy Puah Wee Tse Parlimen Sabah P.167 Kudat: Rahimah Majid P.168 Kota Marudu: Datuk Maijol Mahap P.169 Kota Belud: Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy P.170 Tuaran: Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing P.174 Penampang: Ignatius Darell Leiking P.175 Papar: Datuk Yahya Lampong P.176 Kimanis: Jaafar Ismail P.177 Beaufort: Datuk Seri Panglima Lajim Bin Ukin P.178 Sipitang: Ramle Bin Dua @ Ramli Dua Lee P.179 Ranau: Jonathan Yasin P.180 Keningau: Stephen Sandor P.181 Tenom: Masdin Tumas P.182 Pensiangan: Datuk Dr. Richard Sakian Gunting P.183 Beluran: James Miki P.184 Libaran: Mohd Serman Hassnar P.187 Kinabatangan: Abdullah Abdul Sani P.188 Silam: Dr. Badrulamin Bahron P.189 Semporna: Dr. Zamree @ Mohd Suffian Abdul Habi P.190 Tawau: Datuk Kong Hong Ming Dun Sabah N.01 Banggi: Datu Abdul Razak Datu AbdulSalam N.02 Tanjong Kapor: Chin Chung Kui @ William Chin N.04 Matunggong: Jelin Bin Dasanap @ Jelani Hamdan N.05 Tandek: Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau N.07 Kadamaian: Ukoh @ Jeremmy Malajad @ Malazad N.08 Usukan: Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud N.09 Tamparuli: Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing N.11 Kiulu: Rhodes Panilau N.12 Karambunai: Muali Aching N.13 Inanam: Dr. Roland Chia Ming Shen N.15 Api-Api: Christina Liew Chin Jin N.18 Petagas: Mat Yunin @ Mohd Yunin Atin N.20 Moyog: Terrence Siambun N.21 Kawang: Kefli @ Dzulkefli Safar N.22 Pantai Manis: Fred Gabriel N.23 Bongawan: Tan Sri Ibrahim Menudin N.24 Membakut: Narawi @ Sinar Ahmad N.25 Klias: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin N.26 Kuala Penyu: Johan @ Christopher O T Ghani N.27 Lumadan: Abdul Rahman Yakub N.28 Sindumin: Harunsah Ibrahim N.29 Kundasang: Satiol Indong N.30 Karanaan: Muhiddin @ Mohd Anas Yusin N.31 Paginatan: Amru Abd Kadir N.32 Tambunan: Wilfred Win Ponil N.33 Bingkor: Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau N.34 Liawan Paul: Bunsu Gitang @ Paul Gitang N.36 Kemabong: Biou Suyan N.37 Sook: Liberty @ Alibi Lopog N.38 Nabawan: Raymond Ahuar N.39 Sugut: Pagrios @ Petrus Zabang N.40 Labuk: Datuk Tan Yong Gee N.41 Gum-Gum: Ahmad Thamrin Mohd Jaini N.42 Sungai Sibuga: Irwanshah Mustapa N.43 Sekong: Musah Ghani N.47 Kuamut: Mustapa Datu Tambuyong N.49 Tungku: Johani Abd Halim N.50 Lahad Datu: Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong N.52 Sulabayan: Hermeny Murgal N.53 Senallang: Mohd Amin Abdul Mem N.55 Balung: Frank Salazar @ Franco N.56 Apas: Alizaman Jijurahman Parlimen Sarawak P.193 Santubong: Zulrusdi Mohamad Hol P.194 Petra Jaya: Ahmad Nazib Johari P.198 Mambong: Willie Anak Mongin P.201 Batang Lupar: Abang Zulkili Abang Engkeh P.203 Lubok Antu: Nicholas Bawin Anak Anggat P.202 Sri Aman: Nicholas Mujah Anak Ason P.204 Betong: Cecilia Siti Una @ Sittie Endek P.205 Saratok: Ali Anak Biju P.209 Julau: Wong Hong Yu P.210 Kanowit: Thomas Laja Anak Besi P.214 Selangau: Joshua Anak Jabing @ Joshua Jabeng P.216 Hulu Rajang: Abun Sui Anyit P.219 Miri: Michael Teo Yu Keng P.220 Baram: Roland Engan P.221 Limbang: Baru Bian |
Senjata makan tuan: PAS jangka DAP akan dibenar guna 'Roket' Posted: 19 Apr 2013 05:39 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS percaya DAP akan dibenarkan menggunakan lambang Roket untuk bertanding dalam PRU13, dalam penamaan calon hari ini selepas Umno-BN melihat perkara itu telah menjadi senjata makan tuan. Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali yang dihubungi Harakahdaily berkata segala tindakan yang diambil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) adalah bermotifkan politik semata-mata. "Reaksi rakyat terhadap isu ini adalah di luar jangkaan Umno-BN. Maka, hasrat itu bakal terbatal. Senjata sudah makan tuan. Saya menjangkakan DAP akan dibenarkan menggunakan simbol Roket untuk bertanding – keputusan ini juga bermotifkan politik," kata beliau. Mustafa berkata sekiranya betul calon-calon DAP tidak dibenarkan untuk menggunakan simbol Roket pada penamaan calon hari ini, ia adalah satu malapetaka kepada sistem demokrasi negara. "Keputusan yang dibuat di saat-saat akhir ini begini telah menimbulkan persepsi bahawa Umno-BN akan menggunakan segalanya, termasuk agensi kerajaan untuk mengelakkannya dari tumbang," tegas beliau. Read More / Baca Lagi >> |
Kelebihan kepada PAS jika DAP guna logo ‘bulan’, kata Salahuddin Posted: 19 Apr 2013 05:38 PM PDT Beliau menegaskan, tindakan itu sekaligus menjadi bukti PAS bukanlah parti yang perlu ditakuti pengundi bukan Melayu kerana DAP telah meletakkan kepercayaan kepada PAS dengan menggunakan "lambang bulan" untuk calon mereka yang bertanding kerana Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah melarang lambang parti itu digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13). "Itu akan beri kelebihan kepada PAS, DAP memilih PAS untuk calon mereka di semenanjung, ia sekaligus menyingkir persepsi DAP takut PAS, ini kita buktikan hasil kerjasama kita DAP akhirnya berikan kepercayaan kepada PAS," kata Salahuddin Ayub kepada The Malaysian Insider yang ditemui di pejabatnya di sini. "Sudah pasti kelebihan kepada PAS. Orang bukan Islam akan melihat ia bukti PAS sedia terima kawan kita daripada DAP," katanya lagi. Mensasarkan kepada generasi muda, Salahuddin yang merupakan calon kawasan Parlimen Pulai menegaskan, tindakan itu akan memberikan kesan kepada kumpulan berkenaan kerana mereka mempunyai daya pemikiran yang lebih ke hadapan. Read More / Baca Lagi >> |
Masalah logo roket DAP meningkatkan populariti bulan PAS dalam PRU13, kata penganalisis Posted: 19 Apr 2013 05:36 PM PDT Langkah DAP itu dilihat sebagai berani dan bersejarah oleh kerana kedua-dua parti itu pernah berpecah lebih sedekad dahulu kerana pelaksanaan undang-undang Islam keras di Terengganu yang menyebabkan parti sosialis itu dihukum oleh masyarakat Cina pada pilihan raya 2004 kerana bersekutu dengan PAS. Tidak lama lagi pada pukul 10 pagi hari ini parti itu akan mengetahui sama ada boleh menggunakan logo Roket ataupun terpaksa menggunakan logo PAS dan PKR di semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur apabila calon mereka memfailkan kertas pencalonan untuk pilihan raya 5 Mei. Walaupun kesan keputusan DAP masih belum dirasai di bawah, penganalisis berkata langkah itu menyebabkan gabungan longgar ketiga-tiga parti untuk mendapatkan logo biasa yang dikenal pasti menentang kerajaan Barisan Nasional (BN). "Keputusan tersebut akan menyebabkan dua kemungkinan. Pertama kemungkinan ia menyebabkan pengundi berpotensi melarikan diri dari DAP. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan