Jumaat, 19 April 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


WATIKAH CALON BELUM SELAMAT LAGI?

Posted: 19 Apr 2013 12:05 AM PDT

PETANG semalam KEADILAN Pahang telah umumkan senarai nama calon Dun yang diwakili oleh parti tersebut di Negeri Pahang.  Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman di dalam sidang media yang telah diadakan di kediaman Sdr Ahmad Nizam, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga Ketua Cabang Temerloh.

Hampir kesemua calon yang dipilih kelihatan memenuhi kediaman Sdr Nizam di Temerloh petang semalam.  Rata-ratanya berwajah ceria mengepit watikah calon masing-masing dan dikongsi bersama oleh para penyokong yang turut kelihatan ceria.

Difahamkan tidak semua calon yang terpilih itu direstui oleh pimpinan negeri tetapi atas dasar meletakkan disiplin parti lebih utama maka akhirnya negeri akur dengan pilihan Pusat.  Kebijaksanaan pimpinan negeri mengendalikan isu berkenaan calon-calon sebenarnya dapat mengurangkan pertelingkahan yang lebih besar sekurang-kurang tidak seperti apa yang berlaku di dalam rumahtangga umno di Pahang khususnya.  Memang ada pihak yang tidak berpuashati dan perkara ini telah kita maklum lebih awal kerana ianya perkara biasa.  Pimpinan negeri nampaknya telah bersedia untuk menghadapi keadaan sedemikian, apatah lagi pimpinan negeri telah berusaha sedaya upaya menentukan hanya calon yang layak dan mendapat sokongan akar umbi sahaja yang terpilih.

Paling kuat terasa kesan dari pengumuman petang semalam adalah para penyokong di kawasan Muadzam Shah, Lepar, Damak dan juga Batu Talam. Lanchang juga mendapat perhatian.  

Senarai calon yang telah diumumkan anda boleh lihat di dalam blog PKR Pahang.  Tetapi hari ini dikhabarkan ada berita yang panas.  Apakah terdapat perubahan calon mahu pun perubahan kerusi?  Apa yang pasti, semua calon yang telah mendapat watikah semalam belum boleh mengadakan kenduri kesyukuran lagi sebelum pagi esok selepas hari penamaan calon.  Kita tunggu.....

Tiada ulasan: