Khamis, 18 April 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: DAP akan guna lambang PAS, PKR jika surat RoS tidak ditarik balik

Posted: 18 Apr 2013 04:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April — DAP menuntut Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini untuk menarik balik surat tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti tersebut selewat-lewatnya esok, gagal melakukan sedemikian memaksa mereka menggunakan lambang PKR dan PAS dalam Pilih Raya 2013 nanti.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata laporan Bernama yang memetik Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman hari ini sebagai berkata bahawa DAP masih boleh menggunakan simbol Roket pada pilihan raya 5 Mei nanti masih "tidak cukup baik".
"CEC DAP dalam mesyuarat malam ini memutuskan RoS perlu membatalkan surat tidak mengiktiraf pemegang jawatan dalam CEC selewat-lewatnya jam 3 petang esok, Jumaat," katanya kepada wartawan di ibu pejabat DAP hari ini, yang merujuk kepada jawatankuasa pusat parti.
"Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan DAP mengarahkan 53 calon parlimen dan 103 calon-calon negeri di seluruh negara untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di bawah lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak," katanya.
Lim mengecam langkah RoS ekoran surat bertarikh 17 April 2013 yang dikeluarkan menjelang dua hari sebelum penamaan calon, berkata ia bertujuan untuk "membunuh peluang DAP dalam pilihan raya dengan memaksa semua calon DAP menjadi calon bebas."
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Gelang perkauman patah di Gelang Patah

Posted: 18 Apr 2013 03:59 PM PDT

 
Laporan maharaja lawak 'April Fool' yang lalu memberitakan khabar mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat Johor menjadikan pertandingan PRU13 kerusi Parlimen Gelang Patah sebagai kubur kerjaya politik tokoh veteran DAP Lim Kit Siang.

Malah ke tahap melampau, Dr Mahathir membakar api perkauman dengan menyatakan kemenangan Lim Kit Siang akan mengakibatkan perseteruan antara kaum.

Menteri besar kerajaan sementara Johor Abdul Ghani Othman pula menambah rencah menjadi wira Melayu kununnya dengan berkata kemenangan Lim Kit Siang bakal menggugah keharmonian kaum di Johor.

Gelang Patah menjadi 'kubur' Lim Kit Siang merupakan suatu saranan yang teramat munasabah untuk politik tahun 1983. Di zaman kebenaran paling muktamad hanya didapatkan daripada tiga saluran tivi warna, dengan imej wajah 'dewanya' tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi pada tahun 2013 ini, di zaman pencerahan Internet, ia menampakkan sikap yang menggelabah. Kerana maklumat dan pengetahuan telah pun mematahkan gari ideologi, gelang perkauman yang merantai kita selama ini. Orang sudah tahu.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Semua Manifesto Mesti "Populist", Mesti Pro-Rakyat

Posted: 18 Apr 2013 12:20 PM PDT

Anwar Ibrahim: The New Economic Policy Now Is Proven To Enrich The Families & Cronies Of UMNO

Posted: 18 Apr 2013 12:19 PM PDT

Video Kempen PRU13: Sekejap

Posted: 18 Apr 2013 12:17 PM PDT

Video Kempen PRU13: Bos Kira

Posted: 18 Apr 2013 12:17 PM PDT

Anwar Ibrahim: We Recognize And Support All Schools

Posted: 18 Apr 2013 12:16 PM PDT

PRU13: PKR tanding 102 kerusi Parlimen 162 Dun, Calon wajib membayar sebanyak RM 5 juta jika lompat dam khianat parti

Posted: 18 Apr 2013 09:32 AM PDT

SHAH ALAM - PKR akan bertanding di 102 kerusi Parlimen dan 162 kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, daripada 102 Parlimen, 64 adalah di Semenanjung, 21 (Sabah) dan 17 (Sarawak).

Azmin berkata, senarai calon sudah dimuktamadkan kecuali dua kerusi yang sedang dibincang dengan komponen Pakatan Rakyat (PR).

"Kami jangka baki kerusi akan dimuktamadkan petang ini.

"Kami dalam proses mengadakan perundingan, mahu mencapai penyelesaian terbaik," kata beliau pada sidang media selepas penyerahan watikah pelatikan calon PKR di sini hari ini.

Kira-kira 25 peratus calon berusia bawah 40 tahun. Seramai 30 peratus berumur antara 40 dan 50 tahun.

Menurut Azmin, calon termuda berusia 28 tahun iaitu Siti Aisyah Sheikh Ismail yang akan bertanding di Tambun.

Azmin berkata, calon yang terpilih 'bukan calon biasa' tetapi merupakan ejen perubahan kepada parti tersebut.

Katanya, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi taklimat kepada calon yang terpilih secara tertutup.

Menurutnya, dalam taklimat tersebut Anwar menyatakan calon terpilih mestilah mencerminkan parti yang mempunyai potensi besar dan mempunyai masa depan pada PRU13.

Beliau berkata, calon yang dipilih tersebut juga telah dimuktamadkan kerana mempunyai semangat reformasi yang dipegang oleh PKR.

"Ketua Umum telah adakan perjumpaan tertutup dengan calon yang dipilih.

"Dan beliau memberi taklimat dan amanat kepada calon bahawa mereka bukan calon biasa tetapi agen perubahan, reformasi.

"Perwatakkan dan tindak tanduk mereka mestilah mencerminkan PKR sebuah parti yang ada potensi besar dan ada masa depan pada PRU13," katanya.

PRU13: PKR bertanding 14 kerusi Parlimen di Sarawak

Posted: 18 Apr 2013 09:27 AM PDT

KUCHING - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan tiga lagi calon untuk bertanding kerusi Parlimen di Sarawak, menjadikan 14 kerusi Parlimen yang akan ditandinginya dalam pilihan raya umum ke-13.
  
Tiga calon itu ialah Andy Wong Hong Yu (Julau), Willie Mongin (Mambong) dan Boniface Willy Tumek (Mas Gading).
  
Nama calon PKR yang diumumkan sebelum ini ialah Ketua Penerangan Negeri Baru Bian (Limbang), Ali Biju (Saratok), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar), Abun Sui Anyie (Hulu Rajang), Roland Engan (Baram).
  
Nicholas Bawin (Lubok Antu), Thomas Laja (Kanowit), Joshua Jabeng (Selangau), Zulrusdi Hol (Santubong), Cecilia Siti Una (Betong) dan Ahmad Nazib Johari (Petra Jaya).
  

TERKINI PRU13: Senarai penuh calon DAP kerusi Parlimen dan Dun Melaka

Posted: 18 Apr 2013 09:12 AM PDT

Senarai calon DAP di Melaka terdiri daripada:
  
    PARLIMEN:

    P135 Alor Gajah - Yeo Shen Li (sebelum ini bertanding di Dun)
    P138 Kota Melaka - Sim Tong Him

    DUN:

    N14 Klebang - Liou Chen Kuang
    N15 Bachang - Lim Jak Wong
    N16 Ayer Keroh - Khoo Poay Tiong
    N19 Kesidang - Chin Choong Seong
    N20 Kota Laksamana - Lai Keun Ban (muka baru)
    N21 Duyong - Goh Leong San
    N22 Banda Hilir - Tey Kok Kiew
    N24 Bemban - Gandhi Rajan Nalliah (muka baru)

TERKINI PRU13: Senarai penuh calon DAP kerusi Parlimen Sarawak

Posted: 18 Apr 2013 09:10 AM PDT

Senarai calon DAP di Sarawak terdiri daripada:
  
    PARLIMEN:

    P192 Mas Gading - Mordi Anak Bimol (muka baru)
    P195 Bandar Kuching - Chong Chieng Jen
    P196 Stampin - Julian Tan Kok Ping  (muka baru)
    P199 Serian - Edward Anak Andrew Luwak@Edward Luwak (muka baru)
    P202 Sri Aman - Leon Jimat Donald (pernah bertanding di Dun)
    P208 Sarikei - Wong Ling Biu (muka baru)
    P211 Lanang - Alice Lau Kiong Yieng (pernah bertanding di Dun)
    P212 Sibu - Oscar Ling Chai Yew (muka baru)
    P213 Mukah - Hai bin Merawin@Bonaventure (muka baru)
    P215 Kapit - Ramli Anak Malaka (muka baru)
    P217 Bintulu - John Brian Anthony Anak Jeremy Guang (muka baru)
    P219 Miri - Lim Su Kien
    P222 Lawas - Baru Langub (muka baharu)

TERKINI PRU13: Senarai penuh calon DAP parlimen Kuala Lumpur

Posted: 18 Apr 2013 09:08 AM PDT

Senarai calon DAP di Kuala Lumpur, terdiri daripada:

    P114 Kepong - Dr Tan Seng Giaw
    P117 Segambut - Lim Lip Eng
    P120 Bukit Bintang - Fong Kui Lin
    P122 Seputeh - Teresa Kok
    P123 Cheras - Tan Kok Wai

TERKINI PRU13: Senarai penuh calon DAP kerusi Parlimen dan Dun Selangor.

Posted: 18 Apr 2013 09:07 AM PDT

Berikut adalah senarai calon DAP yang bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dun Selangor.
      
    PARLIMEN:

    P102 Serdang - Ong Kian Ming (muka baru)
    P103 Puchong - Gobind Singh Deo
    P106 Petaling Jaya Utara - Pua Kiam Wee
    P110 Klang - Charles Anthony R.Santiago
  
    DUN:
    N4 Sekinchan - Ng Suee Lim
    N6 Kuala Kubu Baharu - Lee Kee Hiong (muka baru)
    N22 Teratai - Tiew Way Keng (muka baru)
    N30 Kinrara - Ng Sze Han (muka baru) (kaunselor Majlis Perbandaran Subang
Jaya (MPSJ)
    N35 Kampung Tunku - Lau Weng San
    N36 Damansara Utama - Yeo Bee Yin (muka baru)
    N27 Balakong - Ng Tien Chee (muka baru)
    N28 Seri Kembangan - Ean Yong Hian Wah.
    N31 Subang Jaya - Hannah Yeoh Tseow Suan
    N34 Bukit Gasing - Rajiv Rishyakaran (muka baru)
    N44 Sungai Pinang - Teng Chang Khim
    N47 Pandamaran - Tan Pok Shyong (muka baru)
    N48 Kota Alam Shah - Ganabatirau Veraman (muka baru)
    N52 Teluk Datuk - Loh Chee Heng (muka baru)
    N56 Sungai Pelek - Lai Nyuk Lan (muka bahu)

   

TERKINI PRU13 : Senarai Penuh Calon Dun Dan Parlimen PAS Terengganu

Posted: 18 Apr 2013 08:50 AM PDT




Berikut ialah senarai calon PAS bagi kerusi Parlimen dan Dun di Terengganu pada PRU13.


P.033 Besut : Riduan Mohd Nor

N.001 Kuala Besut : Nafisah Ismail
N.002 Kota Putera : Adam Said
N.003 Jerteh : Wan Azhar Wan Ahmad
N.004 Hulu Besut : Solahuddin Jaafar

P.034 Setiu : Omar Sidek

N.005 Jabi : Azman Ibrahim
N.007 Langkap : Hassan Karim
N.008 Batu Rakit : Che Ghani Che Ambak

P.035 Kuala Nerus : Mohd Khairuddin Aman Razali

N.009 Tepuh : Hishamuddin Abd Karim
N.010 Teluk Pasu : Ridwan Hashim
N.011 Seberang Takir : Zakaria Dagang
N.012 Bukit Tunggal : Alias Razak

P.036 Kuala Terengganu : Raja Kamarul Baharin

N.013 Wakaf Mempelam : Mohd Abd Wahid Endut
N.015 Ladang : Tengku Hassan Tengku Omar
N.016 Batu Buruk : Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

P.037 Marang : Tuan Guru Abdul Hadi Awang

N.017 Alur Limbat : Ariffin Deraman
N.018 Bukit Payung : Mohd Nor Hamzah
N.019 Rhu Rendang : Tuan Guru Abdul Hadi Awang
N.020 Pengkalan Berangan : Sulaiman Sulong

P.038 Hulu Terengganu : Kamaruzaman Abdullah

N.022 Manir : Helmi Harun
N.023 Kuala Berang : Muhyiddin Abd Rashid
N.024 Ajil : Mohd Razki Alias

P.039 Dungun : Wan Hassan Mohd Ramli

N.025 Bukit Besi : Roslan Ismail
N.026 Rantau Abang : Alias Harun
N.027 Sura : Wan Afandi Wan Nik
N.028 Paka : Satipul Bahri Mamat

N.029 Kemasik : Alias Abdul Hamid
N.030 Kijal : Hazri Jusoh
N.031 Chukai : Hanafiah Mat
N.032 Air Putih : Abd Razak

TERKINI PRU13: Senarai penuh calon Dun dan Parlimen PAS Perak

Posted: 18 Apr 2013 08:47 AM PDT

Berikut adalah senarai penuh calon-calon PAS bagi negeri Perak.

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

DUN N05 SELAMA
Ust. Mohd Akmal bin Kamaruddin
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS
Guru)


DUN N06 KUBU GAJAH
Mohd Nazri bin Din
Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Perak / Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut
Ahli Perniagaan


DUN N08 TITI SERONG
Ust. Abu Bakar bin Hussain
Pesuruhjaya PAS Perak
Pesara Guru


DUN N11 GUNUNG SEMANGGOL
Ust. Mohd. Zawawi bin Abu Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
Guru


DUN N12 SELINSING
Haji Husin bin Din
Timb. YDP PAS Kawasan Bagan Serai
Adun Selinsing


DUN N14 CHANGKAT JERING
Dato Seri Ir. Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin
AJK PAS Pusat/Timb. Pesuruhjaya PAS Perak/ YDP PAS  Kawasan Kampar
Adun Pasir Panjang/Ahli Parlimen Bkt Gantang


DUN N15 TRONG
Ust. Norazli bin Musa
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak / YDP PAS Kawasan Ipoh Barat
Aktivis Parti Sepenuh Masa


DUN N16 KAMUNTING
Ust. Mohamad Fakhrudin b. Hj Abdul Aziz
YDP PAS Kawasan Taiping
Ahli Perniagaan


DUN N19 CHENDEROH
Dr.(H) Mohamad Azalan b. Mohamad Radzi
Naib YDP PAS Kawasan Padang Rengas
Doktor Homeopathy


DUN N20 LUBUK MERBAU
Haji Mohd Zainudin bin Mohd Yusof
AJK Badan Perhubungan PAS Perak
Adun Lubuk Merbau


DUN N21 LINTANG
Mej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin Othman
Setiausaha PAS Kawasan Sg. Siput (U)
Jurutera Perunding


DUN N23 MANJOI
Haji Asmuni bin Awi
Pengarah Pilihanraya PAS Perak
Peguam


DUN N35 MANONG
Haji Jamil Bin Haji Dzulkarnain
AJK PAS Kawasan Kuala Kangsar
Pesara Bank


DUN N36 PENGKALAN BHARU
Dr. Khairuddin bin Abdul Malik
YDP PAS Kawasan Tambun
Doktor Perubatan


DUN N38 BELANJA
Dr. Najihatussalehah binti Haji Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
Doktor Perubatan


DUN N43 SUNGAI RAPAT
Radzi bin Zainon
Timb. YDP PAS Kawasan Gopeng
Ahli Perniagaan


DUN N47 AIR KUNING
Dr. Ahmad Razi bin Othman
AJK PAS Kawasan Tapah
Doktor Perubatan


DUN N49 KAMPUNG GAJAH
Ishak bin Saari
AJK PAS Kawasan Pasir Salak
Usahawan


DUN N51 PASIR PANJANG
Puan Rohawati binti Abidin
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut
Ahli Perniagaan


DUN N53 RUNGKUP
Ust. Mohd Misbahulmunir bin Hj Masduki
Timb. Pesuruhjaya PAS Perak / YDP PAS Kawasan Bagan Datoh
Aktivis Parti Sepenuh Masa


DUN N56 CHANGKAT JONG
Haji Mohd Anuar bin Sudin
Bendahari PAS Kawasan Teluk Intan
ADUN Changkat Jong


DUN N58 SLIM
Haji Aminuddin bin Zulkipli
YDP PAS Kawasan Tanjung Malim
Peguam



Bagi kawasan Parlimen


PARLIMEN P54 GERIK
Norhayati binti Kassim
Ketua DMP Kawasan Gerik
Ahli Perniagaan


PARLIMEN P55 LENGGONG
Haji Razman bin Zakaria
Timb. Pesuruhjaya PAS Perak / YDP PAS Lenggong
Ahli Perniagaan


PARLIMEN P56 LARUT
Dato' Fauzi bin Shaari
Bekas Pengarah JSJ PDRM


PARLIMEN P57 PARIT BUNTAR
Dr. Mujahid bin Yusof
AJK PAS Pusat / Timb. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Ahli Parlimen Parit Buntar


PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG
Ust. Idris bin Haji Ahmad
AJK PAS Pusat
Ahli Politik & Guru Agama


PARLIMEN P67 KUALA KANGSAR
Drs. Khalil Idham Lim bin Abdullah
AJK Badan Perhubungan PAS Perak
Adun Titi Serong


PARLIMEN P69 PARIT
Ust. Muhammad Ismi bin Mat Taib
YDP PAS Kawasan Parit
Ahli Perniagaan

TERKINI PRU13: Senarai penuh calon Pakatan Rakyat Kedah

Posted: 18 Apr 2013 08:44 AM PDT


P004 Langkawi – Ahmad Abdullah (KEADILAN)

N01 Ayer Hangat – Zubir Ahmad (PAS)
N02 Kuah – Ahmad Kassim (KEADILAN)

P005 Jerlun – Dr Ismail Salleh (PAS)

N03 Kota Siputeh – Ismail Wan Teh (PAS)
N04 Ayer Hitam – Abdul Ghani Ahmad (PAS)

P006 Kubang Pasu – Mohd Jamal Nasir (PAS)

N05 Bukit Kayu Hitam – Nasrul Omar Che Mansor (PAS)
N06 Jitra – Dr Rohani Abdul Mutalib (PAS)

P007 Padang Terap – Mohd Nasir Zakaria (PAS)

N07 Kuala Nerang – Syed Ibrahim Syed Omar (PAS)
N08 Pedu – Ir Zamri Jusoh (KEADILAN)

P008 Pokok Sena – Mahfuz Omar (PAS)

N09 Bukit Lada – Ahmad Izzat Mohamad Shauki (PAS)
N10 Bukit Pinang – Wan Romani Wan Salim (PAS)
N11 Derga – (DAP)

P009 Alor Setar - Gooi Hsiao Leung (KEADILAN)

N12 Bakar Bata – Mohd Ikmal Ahmad (KEADILAN)
N13 Kota Darul Aman – (DAP)
N14 Alor Mengkudu – Ahmad Yahaya (PAS)

P010 Kuala Kedah – Dr Azman Ismail (KEADILAN)

N15 Anak Bukit – Amiruddin Hamzah (PAS)
N16 Kubang Rotan – Mohd Nasir Mustafa (PAS)
N17 Pengkalan Kundur – Phahrolrazi Zawawi (PAS)

P011 Pendang – Mohamad Sabu (PAS)

N18 Tokai – Mohamed Taulan Mat Rasul (PAS)
N19 Sungai Tiang – Fadzil Baharum (PAS)

P012 Jerai – Mohd Firdaus Jaafar (PAS)

N20 Sungai Limau – Azizan Abdul Razak (PAS)
N21 Guar Chempedak – Musoddak Ahmad (PAS)
N22 Gurun – Salma Ismail (KEADILAN)

P013 Sik – Che Uda Che Nik (PAS)
N23 Belantek – Abu Bakar Bakilani (PAS)
N24 Jeneri – Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS)

P014 Merbok – Norazlina Surip (KEADILAN)

N25 Bukit Selambau – Dr Krishnamurthy (PKR)
N26 Tanjung Dawai – Fakruddin Fakhrurazi (PAS)

P015 Sungai Petani – Johari Abdul (KEADILAN)

N27 Pantai Merdeka – Abdullah Jusoh (PAS)
N28 Bakar Arang – Ooi Tze Min (KEADILAN)
N29 Sidam – Dr Robert Ling (KEADILAN)

P016 Baling – Brig Gen (B) Najmi Ahmad (PAS)

N30 Bayu – Mahmud Yaakob (PAS)
N31 Kupang – Johari Abdullah (PAS)
N32 Kuala Ketil – Md Zuki Yusuf (PAS)

P017 Padang Serai – N Surendran (KEADILAN)

N33 Merbau Pulas – Siti Aishah Ghazali (PAS)
N34 Lunas – Azman Nasrudin (KEADILAN)

P018 Kulim Bandar Baharu – Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN)

N35 Kulim – Chu Mau Nian (KEADILAN)
N36 Bandar Baharu – Mohd Khairi Mohd Salleh (PAS)

Tiada ulasan: