WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Petanda Raja Nong Chik Bungkus Di Lembah Pantai Posted by Addin Deen at 4/18/2013
- Pakatan tubuh Majlis Etika Media yang bebas lepas menang PRU 13
- Chegu Bard sah tanding DUN Sungai Acheh
Petanda Raja Nong Chik Bungkus Di Lembah Pantai Posted by Addin Deen at 4/18/2013 Posted: 18 Apr 2013 04:05 AM PDT Petanda Raja Nong Chik Bungkus Di Lembah PantaiKUALA LUMPUR 18 APRIL: BN pasti akan 'bungkus' di Parlimen Lembah Pantai apabila Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang terpalit skandal rasuah anaknya diletakkan sebagai calon BN, melawan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. Ini berikutan pemberian projek kepada anak Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai itu bernilai RM30.8 juta yang tentunya memberi kesan buruk kepada pengundi. Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Lembah Pantai, Siddik Ibrahim berkata, Nong Chik yang masih belum memberi penjelasan berhubung skandal itu hanya akan melingkupkan BN kawasan. "Peluang untuk KEADILAN menang tetap cerah. Ini kerana isu Nong Chik sampai sekarang belum selesai. Rakyat sekarang celik, mereka tahu apa yang berlaku di sekeliling. "Sepatutnya sebelum bertanding, Nong Chik perlu bersihkan nama. Sama-sama kita tunggu BN lingkup kali kedua di Lembah Pantai," katanya kepada Keadilan Daily. Pada Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan. Syarikat itu dilaporkan dimiliki Nong Chik dan ia bukan satu-satunya projek yang dianugerahkan kerajaan kepada syarikat beliau. Anak perempuan Nong Chik, Raja Farhana turut disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat. Syarikat itu yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu semasa Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta dan liabiliti semasa kira-kira RM400,000 terhadap aset semasa. "Apabila dicalonkan, mana ada masa lagi nak bersihkan nama, Nong Chik hanya akan terus berkempen, dan semua itu akan jadi sia-sia kerana rakyat bukan bodoh untuk menilai," kata Siddik. Selain skandal itu, Nong Chik juga dilaporkan antara tersenarai mempunyai aset luar negara yang banyak melalui pemilikan syarikat luar pesisir seperti didedahkan Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ). ICIJ yang berpangkalan di Washington mendedahkan 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia. Nong Chik disenarai melalui syarikat keluarganya, RZA International Corporation. Pemilikan rahsia itu berkemungkinan bertujuan menyembunyikan aktiviti kabur, mengelak cukai atau menyembunyikan urusan jual beli luar negara. ~keadilandaily |
Pakatan tubuh Majlis Etika Media yang bebas lepas menang PRU 13 Posted: 18 Apr 2013 04:00 AM PDT Pakatan tubuh Majlis Etika Media yang bebas lepas menang PRU 13(Oleh Sidiqin Omar)KUALA LUMPUR 18 APRIL: Majlis Etika Media yang bebas dari kawalan Menteri Dalam Negeri akan ditubuhkan sebaik Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ini sesuatu yang semestinya berlaku. Kita tak boleh mengandaikan media seperti Utusan Malaysia dan TV3 meneruskan cerita fitnah tanpa dikawal oleh sebuah majlis etika media yang bebas. "(Dan Majlis Etika Media) bukannya (dikawal) oleh Menteri Dalam Negeri," kata Anwar pada 'Forum Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama' di Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi. Anwar menjelaskan, keangkuhan Umno BN yang berterusan memperbodohkan rakyat jelas kini disebarkan melalui propaganda di semua media arus perdana dan ia perlu dihentikan. "Hingga sekarang ini, kita masih belum mendapat jaminan tegas untuk kerajaan menjawab tuntutan pilihan raya yang bersih, jaminan perundangan dan senarai undi yang sah. "Dengan hambatan dan keterbatasan ini, apakah kita yakin (menang)? InsyaAllah," kata Anwar. Beliau merujuk pandangan ahli falsafah Sepanyol, José Ortega y Gasset dalam tulisan La rebelión de las masas (The Revolt of the Masses) bahawa hasrat rakyat yang mahukan kepada perubahan, tidak dipedulikan pemerintah. "Ini bicara soal kekuatan rakyat. Kita jangan ingat rakyat ini tidak rumit…(dan kita) hanya fikir soal perubahan politik semata-mata. Ini menyebabkan pemerintah terjangkit dengan apa yang dikatakan sebagai 'keangkuhan kuasa'. "Kita mahukan perubahan nilai yang lebih baik dan keupayan mengangkat kesedaran. Kalau pimpinan politik tak merasakan mereka serba tahu, maka kena ada tawadhu' untuk mengakui ada kekuatan daripada rakyat. "(Perubahan) ini adalah berkenaan kepedulian dan keprihatinan nilai kemanusiaan," tegas Anwar. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50685 |
Chegu Bard sah tanding DUN Sungai Acheh Posted: 18 Apr 2013 03:56 AM PDT Chegu Bard sah tanding DUN Sungai Acheh(Oleh Aisha Geoffrey)SUBANG JAYA 18 APRIL: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin sah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini. Badrul atau Chegu Bard yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima watikah pencalonan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi. Sungai Acheh sebelum ini menjadi rundingan antara KEADILAN dan PAS yang turut meletakkan calonnya, Yusni Md Piah. Sebelum itu, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman terlebih dahulu mengumumkan Chegu Bard calon di kawasan tersebut. Sungai Acheh merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal selain N20 Sungai Bakap dan N19 Jawi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50701 |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan