Rabu, 10 April 2013

PERAKITE

PERAKITE


Calon PAS Tasek Gelugor

Posted: 09 Apr 2013 06:23 PM PDT

Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin akan menjadi calon Pas mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dijangka akan ditentang calon Umno/BN Shabudin Yahya yang merupakan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor.

Pak Chad
calon Tasek Gelugor Rahman Maidin

Shabudin juga adalah mantan Adun Permatang Berangan.

Sementara bagi kerusi DUN Permatang Berangan, PAS akan mencalonkan Arshad Salleh yang tewas kepada Shabudin pada PRU2008. Arshad atau dikenali sebagai Pak Chad adalah anak jati di kawasan Permatang Berangan.

cikgu zahadi
Arshad adalah bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negera dan merupakan Pegawai Penyelaras Kadun (PPK) Permatang Berangan sejak 4 tahun lepas. Beliau amat disenangi pengundi kawasan berkenaan.

Sementara itu,  bagi kerusi DUN Sungai Dua pula, PAS akan diwakili Cikgu Zahadi..iaitu PPK Sungai Dua yang mengambil alih teraju daripada arwah Fahmi (PPK).

Satu lagi kerusi DUN dalam parlimen Tasek Gelugor adalah Teluk Air Tawar yang akan diwakili PKR. 

PAS juga kan mencalonkan Sdr Afnan Taib Azimudiin untuk kerusi Parlimen Kepala Batas, manakala Roshidi Hussin untuk kerusi Dun Penaga. Bagi Kerusi Bertam pula, PKR akan meletakkan Sdr Johari Kassim (ketua Penerangan PKR Negeri P Pinang) dan Sdra Ir Haji Zaki untuk Dun Pinang Tunggal


Tiada ulasan: