Addin |
- Senarai Calon Umno Yang Gugur Bocor
- Bancian Sinar Harian Online Menunjukkan 82% Tolak Manifesto BN
- Mahkamah Sahkan Tian Chua Layak Tanding PRU13
- Panas!! Bekas MB Perak Dari Umno Bakal Sertai Pakatan Rakyat
- Wajib Baca!! Peringatan Buat Pemimpin Pakatan Rakyat Menjelang PRU13
- Gobalakrishnan Rayu Najib Supaya Calonkan Beliau Di Parlimen Padang Serai
- Bekas MP Indera Mahkota, Azan Ismail Gugur?
Senarai Calon Umno Yang Gugur Bocor Posted: 10 Apr 2013 09:00 AM PDT Rupanya patutlah bekas perdana menteri, Najib hari ini menangguhkan pengumuman senarai calon Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk pilihanraya umum tak lama lagi. Dengan menjadikan alasan mahu memujuk beberapa pemimpin yang merajuk kerana digugurkan, sebenarnya ia hanyalah alasan dangkal kerana dikhabarkan keadaan agak kecoh apabila pemimpin yang mengetahui nama mereka tidak tersenarai mula merayu dan mahu berjumpa sendiri dengan Najib Altantuya. Mengikut maklumat yang bocor, sumber ini mendedahkan lebih 25 calon Umno sendiri tergolong dalam salah satu dari tiga kategori iaitu: a) Senarai calon yang digugurkan secara automatik b) Senarai calon yang tidak dibenarkan bertanding; dan c) Senarai calon kekal tiada dalam senarai tapisan pertama dan kedua Mendahului senarai adalah bekas ahli parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed Yakcop diikuti oleh beberapa nama besar lain seperti bekas ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, BEKAS ahli parlimen Putrajaya, Adnan Mansor dan tidak ketinggalan, bekas perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Kepala Batas. Inilah senarai yang dikatakan bocor selepas mesyuarat tertutup antara pemimpin BN siang tadi di ibu pejabat parti itu Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara. SENARAI CALON BN YANG DIGUGURKAN: 1. Nor Mohamed Yakcop (BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor) 2. Awang Adek Hussein (BEKAS calon parlimen Bachok) 3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding) 4. Noh Omar (BEKAS ahli parlimen Tanjong Karang) 5. Abdullah Ahmad Badawi (BEKAS perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas) 6. Abdullah Md Zin (BEKAS ahli parlimen Besut) 7. Abu Seman Yusop (BEKAS ahli parlimen Masjid Tanah) 8. Azalina Othman Said (BEKAS ahli parlimen Pengerang) 9. Azmi Khalid (BEKAS ahli parlimen Padang Besar) 10. Baharum Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sekijang) 11. Bung Mokhtar Radin (BEKAS ahli parlimen Kinabatangan) 12. Halimah Mohd Sadique (BEKAS ahli parlimen Tenggara) 13. Hamim Samuri (BEKAS ahli parlimen Ledang) 14. Ismail Kassim (BEKAS ahli parlimen Arau) 15. Jamaluddin Jarjis (BEKAS ahli parlimen Rompin) 16. Lilah Yassin (BEKAS ahli parlimen Jempol) 17. Mohamed Nazri Aziz (BEKAS ahli parlimen Padang Rengas) 18. Mohd Johari Baharum (BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu) 19. Mohd Zin Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sepang) 20. Rafidah Aziz (BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar) 21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BEKAS ahli parlimen Papar) 22. Adnan Mansor (BEKAS ahli parlimen Putrajaya) 23. Shahrir Samad (BEKAS ahli parlimen Johor Bharu) SENARAI CALON TIDAK DIBENAR UNTUK DICALONKAN: 1. Reezal Merican Naina Merican (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Kepala Batas) 2. Abdul Azeez Abdul Rahim (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Baling) KEKAL TIADA DALAM SENARAI: 1. Abdul Rahim Tamby Chik (Pengerusi GABEM) 2. Mohd Isa Samad (Pengerusi FELDA) 3. Radzi Sheikh Ahmad (BEKAS ahli parlimen Kangar) 4. Syed Hamid Albar (BEKAS ahli parlimen Kota Tinggi) Menurut sumber blogger pro-Umno ini juga, ada beberapa nama lain yang tidak tersenarai pada awalnya kemudian dicalonkan semula bagi memperkuatkan kedudukan BN antaranya: 1. Khairy Jamaluddin (BEKAS ahli parlimen Rembau) 2. Zainal Abidin Osman (BEKAS calon parlimen Nibong Tebal) 3. Shaziman Abu Mansor (BEKAS ahli parlimen Tampin) Setakat maklumat ini ditulis, belum ada sebarang pengesahan dari ibu pejabat Umno bagaimanapun senarai ini belum muktamad kerana Najib Altantuya masih belum berpuas hati dengan senarai terbaru yang ditapis hari ini. Besar kemungkinan lebih banyak bekas penyandang yang bakal gugur akan memprotes keputusan Najib yang menyebabkan dia kini dalam dilema. ~jalan pulang |
Bancian Sinar Harian Online Menunjukkan 82% Tolak Manifesto BN Posted: 10 Apr 2013 06:00 AM PDT Menurut seorang sahabat yang berada dalam barisan pengurusan penerbitan akhbar Sinar Harian, matlamat penerbitan ini ialah untuk menyiarkan laporan secara adil buat Kerajaan dan juga Pembangkang. Oleh itu boleh dikatakan hingga ke saat ini Sinar Harian boleh dikatakan memberikan laporan yang telus buat kedua-dua belah pihak, biarpun ada kalanya laporannya kelihatan memihak kepada Kerajaan. Jika dulu dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian On-Line hasilnya telah memeningkan kepala Najib apabila hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar langsung tidak memihak kepada Najib dan UMNO.. Lihat di SINI Kali ini hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian juga menerima maklumbalas yang sama.. dengan lain ayat apa saja yang cuba dibawa oleh UMNO/BN ditolak oleh majoriti rakyat.. Kaji selidik kali ini berkisar tentang Manifesto untuk pilihanraya.. Jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam kaji selidik ini hingga jam 4.00 petang tadi ialah 6822 orang pembaca. Bagi soalan "Jika anda seorang pengundi, manifesto parti mana yang memikat perhatian anda".. 81% pembaca meletakkan Manifesto Pakatan Rakyat sebagai lebih menarik.. Bagi soalan yang kedua pula "Manifeso yang mana meyakinkan anda, hingga bakal mempengaruhi sokongan anda".. 6034 dari 7321 pembaca yang mengambil bahagian iaitu 82% memberikan jawapan Manifesto Pakatan Rakyat.. Soalan seterusnya pula mengenai penilaian rakyat berhubung tawaran Manifesto Barisan Nasional, 62% pembaca menyatakannya sebagai 'Tidak Menarik', 21% menyatakannya sebagai 'Sederhana'.. Walaupun ianya bukanlah mewakili seluruh pengundi dalam Malaysia, sikit sebanyak ianya membuktikan bahawa apa yang di bentangkan oleh Najib dalam Manifesto BN itu hanyalah syok sendiri.. Hmmm.. mungkin ada kebenarannya dakwaan seorang sahabat dari UMB yang mengatakan ramai cybertrooper dari UMB masih bersama UMNO tetapi tidak menyokong UMNO lagi... Jika mereka masih menyokong sudah tentu lebih dari 10,000 cybertrooper tu mampu mengubah hasil kajiselidik oleh Sinar ini.. ~anak sungai derhaka |
Mahkamah Sahkan Tian Chua Layak Tanding PRU13 Posted: 10 Apr 2013 03:38 AM PDT PETALING JAYA 10 APRIL: KEADILAN menegaskan, penyandang Parlimen Batu, Tian Chua layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi, Ghazali Cha dalam penghakiman bertulis pada 17 Jun 2010 mengenepikan hukuman asal, iaitu penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang diputuskan Majistret Mohd Faizi Che Abu. "Tian Chua layak bertanding walaupun denda RM2,000 dikenakan terhadapnya sebelum ini dalam satu dakwaan kes jenayah berikutan satu perhimpunan awam. "Hakim Ghazali telah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara jika denda tak dibayar. "Beliau memutuskan Tian kekal sebagai Ahli Parlimen Batu dan tidak hilang kelayakan," menurut kenyataan Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dibacakan Nurul Izzah Anwar. Merujuk perenggan 42 penghakiman, Hakim Ghazali menyatakan keputusan diambil untuk tidak menjadikan Tian hilang kelayakan secara automatik. Ini kerana denda untuk menjadikannya hilang kelayakan adalah RM2,001.00 ke atas, bukannya bermula daripada RM2,000.00. Tegas Izzah, Parlimen juga sedia maklum tentang fakta kes dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghilangkan kelayakan Tian sebagai Ahli Parlimen. "Jelas kedua-dua Parlimen dan SPR bersetuju dengan penghakiman Ghazali atau sekurang-kurangnya melihat tiada keperluan untuk berbeza pendapat dalam hal ini. "KEADILAN menjangkakan bahawa SPR akan mengarahkan pegawai pengurus di Parlimen Batu untuk bertindak sewajarnya dalam hal ini," kata Nurul Izzah. ~keadilandaily |
Panas!! Bekas MB Perak Dari Umno Bakal Sertai Pakatan Rakyat Posted: 10 Apr 2013 01:09 AM PDT Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat. Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini. Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi. "Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas. Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa minggu lepas. Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar). Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib. Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008. Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian. Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi. Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya. Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding. Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar. ~jalan pulang |
Wajib Baca!! Peringatan Buat Pemimpin Pakatan Rakyat Menjelang PRU13 Posted: 09 Apr 2013 07:49 PM PDT Mengikut maklumat terbaru yg Tulang Besi dapat, undi Melayu tidak berganjak hasil dari pelancaran Manifesto Barisan Nasional. Malah, para pemerhati menjangka manifesto Barisan Nasional itu bakal makan tuan dan kesan psikologi yang diharapkan tidak akan menjadi. Sokongan orang Melayu pada Pakatan Rakyat tidak berganjak walaupun telah dilancar manifesto BN dengan gilang gemilang sekali. Soalnya sekarang hari mengundi itu masih jauh. Adakah pemimpin Pakatan Rakyat dapat menjaga disiplin mereka dan tidak mengeluarkan kenyataan2 yang merugikan Pakatan Rakyat? Tulang Besi masih ingat bagaimana kenyataan TEngku Razaleigh di Terminal 3 Lapangan Terbang Subang dimainkan oleh media milik UMNO secara berulang-ulang kali. Apabila ditanya kepada Tengku Razaleigh apakah tindakan berjumpa PBS itu satu tindakan yang bijak, antara respon Tengku Razaleigh adalah "don't ask stupid questions" (jangan tanya soalan2 bodoh). Kejadian itu diulang-ulang oleh TV3 dan media2 milik UMNO sehingga menampakkan Tengku Razaleigh ini seorng yang bongkak dan sombong. Kemuncak penipuan adalah apabila digambarkan Tengku Razaleigh ini seorang yang pro Kristian dengan membawa gambar Tengku Razaleigh memakai tengkolok yang digambarkan sebagai salib (walaupun hakikatnya ia adalah tengkolok daun ubi). Pada hakikatnya, Tengku Razaleigh tidak perlu ke Sabah sebelum hari mengundi. Pada hakikatnya Tengku Razaleigh boleh mengadakan pertemuan dengan Pairin Kitingan selepas keputusan pilihanraya diumumkan. Pada hakikatnya, Tengku Razaleigh cuma perlu menunggu 4 hari sahaja lagi untuk membuat apa-apa perbincangan dengan PBS. PAda hakikatnya Tengku Razaleigh sudah tidak perlu bertemu dan bercakap lagi dengan media pada masa itu. Namun, Tengku Razaleigh telah berdegil dan berkeras kepala. Nasihat Haji Mustafa Ali supaya jangan ke Sabah tidak diendahkan sama sekali. Cabaran kepada Pakatan Rakyat adalah jangan ada mana2 pemimpin Pakatan Rakyat yang berbuat atau berkata perkara2 bodoh dan tidak berfaedah. Mampukah pemimpin2 PAkatan Rakyat mempelajari kesilapan Tengku Razaleigh?Tulang Besi mencadangkan kesemua pemimpin2 utama Pakatan Rakyat berhenti bercakap atau bertemu dengan media mulai dari hari ini sehinggalah hari membuang undi kelak. Terlalu banyak risiko dan jurangnya bagi mereka untuk bertemu dengan mana-mana media tidak kira media yang pro PR atau anti PR. Lebih baik masa digunakan untuk berkempen dan bertemu pengundi.Kalau tiada kenyataan2 yang bodoh dan merugikan dari mana-mana pemimpin PR, inshaalah kemenangan adalah dalam tangan kita. ~tulang besi |
Gobalakrishnan Rayu Najib Supaya Calonkan Beliau Di Parlimen Padang Serai Posted: 09 Apr 2013 06:17 PM PDT Anggota Parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas. Gobalakrishnan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut. "Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Paya Besar di Kulim hari ini. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penasihat Undang-Undang Perkemas Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Presiden Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Kedah Khairul Anuar Ramli. Katanya jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif. Beliau yakin Naib Presiden PKR R. Surendran yang diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen itu oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hilang wang pertaruhannya kerana kemunculan Surendran membawa isu-isu lapuk mengenai masyarakat India tempatan sejak sebulan dua lalu memualkan masyarakat di Kulim. ~bernama |
Bekas MP Indera Mahkota, Azan Ismail Gugur? Posted: 09 Apr 2013 05:57 PM PDT Teka teki berhubung kedudukan Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail yang disebut-sebut akan mengisi kerusi Kemaman malam tadi musnah. Sebaliknya Naib Pengerusi KEADILAN negeri, Kamaruddin Chik diumumkan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dalam ceramah sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Chukai malam tadi. Azan dijangka diletakkan bertanding di kerusi lain namun belum dapat dipastikan menurut sumber dalaman parti itu lewat malam tadi. Manakala bagi kerusi bagi parlimen di Pahang, Anwar mengumumkan Pengerusi Jingga 13, Fariz Musa dicalonkan untuk berhadapan dengan BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya dan pengerusi Gerakan Mahasiswa 13 (GM13), Syis Abdul Kadir. Kerusi parlimen Bera pula bakal ditandingi ahli majlis pimpinan pusat, Zakaria Abdulhamid yang dijangka ditentang BEKAS menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun beberapa sumber memetik pencalonan Zakaria ditentang beberapa pihak dalam PAS walaupun parti itu bersetuju bertukar kerusi Temerloh yang diberi laluan untuk PAS bertanding. Tetapi kem Barisan Nasional (BN) juga tidak kurang masalahnya apabila Ismail Sabri bakal digantikan dengan timbalannya, Mustafa Yasin membuatkan jentera BN masih belum melakukan gerak kempen di parlimen itu. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan