Isnin, 1 April 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Adnan: BN Tak Goyah Dengan Pencalonan Dato' Fauzi

Posted: 01 Apr 2013 06:28 AM PDT

KUANTAN, 1 April - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) berkata pencalonan pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman untuk bertanding kerusi Parlimen Indera Mahkota di Kuantan tidak akan menggoyahkan semangat BN untuk merampas kembali kerusi itu. Beliau yakin BN boleh memenangi kembali Indera Mahkota dengan meletakkan calon yang tepat dan berpotensi. "Datuk Fauzi adalah seorang yang sangat berpengalaman dan bekas ahli BN, tetapi... sokongan untuk beliau kini telah berkurangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek perpustakaan awam negeri di Kemunting dekat sini hari ini. Sabtu lepas ketika berceramah di Balok Makmur, dekat sini Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Fauzi sebagai calon parti itu di Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum ke-13 nanti, menggantikan penyandang Azan Ismail, yang akan bertanding di Terengganu. Dalam pilihan raya umum 2008, Azan mengalahkan calon BN, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan majoriti 1,027 undi. Fauzi pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1997 hingga 1999 dan pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO Kuantan. Pada 23 Julai 2008, Fauzi mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR. Adnan berkata pencalonan itu juga bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun tidak mengambil perkara itu dengan remeh sebaliknya fokus akan diberikan dalam memastikan perpaduan di kalangan anggota BN terus kental. Mengenai projek perpustakaan awam baharu itu, Menteri Besar berkata projek perpustakaan awam di tapak seluas 1.6 hektar dan menelan belanja RM45 juta itu dijangka siap tahun depan. Beliau berharap orang ramai, khususnya pelajar akan memanfaatkan sepenuhnya perpustakaan yang boleh memuatkan 2,500 pengunjung pada satu-satu masa itu, apabila ia siap nanti. Sumber: Bernama

Panas: Umumkan Fauzi Ganti Azan, Anwar Buat Silap Besar Kepada Pengundi Di Parlimen Indera Mahkota !

Posted: 31 Mar 2013 05:51 PM PDT

KUANTAN, 1 April - Ramai pihak terutamanya para pengundi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya umum lalu mendakwa mereka kurang setuju dengan tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) mengumumkan nama Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman sebagai calon bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. Dalam ceramahnya di Balok Makmur malam kelmarin, Anwar tiba-tiba mengumumkan Fauzi menggantikan Azan Ismail untuk bertanding di situ. Ia sesuatu yang tidak masuk dek akal kata seorang penyokong Pakatan Rakyat yang ditemui. "Anwar sepatutnya tidak berbuat demikian terlalu awal kerana parlimen masih belum dibubarkan lagi. Kenapa perlu umum Fauzi ganti Azan sekarang, sedangkan di tempat-tempat lain semua calon yang menang (penyandang) dikekalkan. Itulah keputusan pusat sebelum ini.. maknanya YB Azan perlu dikekalkan kerana dia menang pada PRU12 lalu. Jika pun mahu umum, apa salahnya selepas parlimen bubar.. ini tidak, Azan masih Ahli Parlimen Indera Mahkota tiba-tiba diumum Fauzi gantikan Azan. Sedangkan Anwar tak umum pun Azan akan bertanding di kerusi mana pada malam itu. Apa yang terjadi ni macam sesuatu yang tak kena.. tambahan pula kami semua tahu hubungan Fauzi dan Azan agar tegang sejak beberapa tahun kebelakangan ini", katanya. Beliau turut mendakwa, sebagai pemimpin Anwar sepatutnya mendamaikan dulu Fauzi dan Azan dikhalayak ramai pada malam itu. "Apa salahnya Anwar umumkan Fauzi dan Azan berdamai secara rasmi mulai malam itu.. kemudian biarkan kedua-duanya bersalaman dan berpelukan.. barulah orang macam kami terharu dan sedia menerima kehadiran Fauzi... Tapi apa yang berlaku seolah-olah Fauzi tak sabar nak suruh Anwar umum .. takut Azan kekal bertanding di sini (Indera Mahkota). Ini tidak bagus dan saya ada baca dalam Sinar Harian hari ini.. Azan mendakwa dia tidak diundang langsung ke program malam itu dan hadir atas kapasiti Ahli Parlimen Indera Mahkota. Anwar boleh umum ditempat lain yang PKR tidak menang... tapi bukan di kerusi yang PKR menang.. sebab ia menimbulkan syak wasangka dikalangan rakyat. Kenapa perlu tukar orang lain jika kerusi itu Azan Ismail menang", ujarnya.


"Jika nak tukar pun tak boleh ke tunggu parlimen bubar?. Anwar boleh umum Fuziah tanding di Kuantan sebab dia penyandang dan Murni Hidayah di Paya Besar sebab itu bukan kerusi menang pada PRU12 dulu.. Tapi bukan di Indera Mahkota.. Inilah kesilapan besar yang dilakukan oleh Anwar kali ini.. Saya takut banyak undi PKR akan lari melihat senario yang berlaku ini. Kenapa terlalu tergesa-gesa buat keputusan yang cukup kontroversi seperti ini", tambahnya.

[Persoalannya sekarang, kenapa pemimpin berpengalaman seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membuat tindakan (umum calon awal sebelum parlimen bubar) seperti ini?. Kini, perpaduan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kembali bergoncang di sana sini apabila wujud suara-suara panas yang mempertikaikan keputusan itu. Walau pun beliau Ketua Umum PKR dan orang terpenting dalam parti, namun tidak semestinya semua keputusan boleh dibuat sesuka hati. Lihat apa yang berlaku di Nibung Tebal, Gelang Patah, Paya Besar dan kini  merebak ke Indera Mahkota. Pemimpin tidak wajar sewenangnya menentukan calon pilihan mereka sesuka hati, kerana yang akan memilih ialah rakyat. Mereka mahukan yang terbaik dan bukan calon yang belum diuji tahap kesetiaan mereka kepada perjuangan rakyat itu sendiri. Melihat kepada senario yang berlaku di Parlimen Indera Mahkota ini, maka kemungkinan besar harapan untuk PKR mempertahankan kerusi itu kini nampak sukar. Tambahan pula Dato' Fauzi Abd Rahman dulunya adalah ahli parlimen kawasan itu (dulu Parlimen Kuantan sebelum jadi Indera Mahkota). Fauzi merupakan wakil rakyat tiga penggal disitu ketika bersama UMNO BN. Jika ketika berada dalam BN pun beliau gagal membawa perubahan besar kepada kehidupan rakyat, apatah lagi sekarang. Sewajarnya, PKR menampilkan caolon-calon muda yang berwibawa jika mahu dihormati rakyat. Jika pun ingin menamakan Fauzi, Anwar eloklah umumkan dulu kerusi yang bakal diberikan kepada Azan di Terengganu. Bukan membuang beliau ketika masih bergelar wakil rakyat di kawasan itu. Apa yang berlaku ini adalah satu-satunya kerusi PKR di Malaysia sekarang (calon yang menang tapi digantikan orang lain) !].

Lagi berita panas menyusul di Pahang Daily Online selepas ini :- 
  • Penyokong PAS Cini Hantar Memorandum Tolak Calon PKR !
  • Calon Bebas Dari PKR Bakal Lawan Calon Wahyu Paya Besar 
  • Bekas Calon PKR PRU12 Tanding Bebas Di Indera Mahkota !!

Lagi Foto Pemimpin UMNO Dengan Suspek Tersebar !

Posted: 31 Mar 2013 05:11 PM PDT


[Selepas tersebarnya foto keintiman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan lelaki yang dikehendaki polis berhubung siasatan kes Operasi Daulat iaitu Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman, kini muncul pula foto-foto terbaru kelibatnya dengan dua orang menteri kabinet iaitu Datuk Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri) dan Datuk Ahmad Maslan (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri).Foto-foto ini juga sedang tersebar dengan meluasa di laman sembang sosial facebook. Tidak dapat diketahui apakah program yang mempertemukan kedua-dua pemimpin terbabit dengan suspek itu. Namun, dari adengan yang dipaparkan ini jelas membuktikan beliau bukanlah asing bagi pemimpin UMNO itu sendiri. Maka itu, pihak polis yang mahu orang ramai memberi maklumat tentang suspek terbabit juga boleh berhubung dengan kedua-dua pemimpin UMNO itu bagi mendapatkan maklumat lanjut. Ia lebih elok dari bertanya kepada rakyat agar memberi info kepada rakan cop tentang lelaki ini. Dengan bukti terbaru ini, maka tentu ramai yang boleh membuat andaian pihak manakah yang mempunyai hubungan langsung dengan pihak berkenaan. Sebelum ini tersebar kelibat kesultanan Sulu dengan beberapa orang pemimpin UMNO. Kini seolah-olah bagai mengesahkan lagi apa yang didakwa oleh Naib Presiden PKR, YB Tian Chua tentang isu Lahad Datu bagai ada kebenarannya].

Panas: Foto Lelaki Di Cari Polis Bersama PM Tersebar

Posted: 31 Mar 2013 02:03 PM PDT


[Ramai pihak kini pasti keliru apabila melihat paparan foto diatas ini. Apa tidaknya lelaki yang dikehendaki polis berhubung siasatan kes Operasi Daulat iaitu Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman kelihatan begitu intim dengan pemimpin utama negara kita, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri . Berdasarkan kepada gambar yang dipaparkan ini jelas sekali menunjukkan lelaki terbabit amat dikenali dan begitu rapat dengan Najib. Beliau yang kini amat dikehendaki pihak polis kerana dikatakan terlibat dalam menghulurkan dana kewangan kepada penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah yang mencetuskan huru-hara di negeri itu baru-baru ini. Sebelum ini media arus perdana ada melaporkan bahawa pemimpin pembangkang disyaki terlibat menghulurkan dana tersebut. Namun, dengan bukti bergambar ini maka rakyat mungkin semakin keliru kerana suspek berkenaan dilihat begitu intim dengan Perdana Menteri. Gambar ini juga jelas menunjukkan Najib pasti kenal dengan individu tersebut Justeru, pihak polis digesa memudahkan kerja dengan mendapatkan maklumat awal daripada Perdana Menteri sendiri sekarang. Soalnya, apakah pihak polis berani berbuat demikian?. Kini segalanya penuh dengan misteri yang pasti akan lebih membingungkan rakyat Malaysia. Sumber: FB].

Ops Daulat: Polis Jejaki Lelaki Bergelar "Datuk Seri" !

Posted: 31 Mar 2013 01:45 PM PDT


[Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran. Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat. "Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran. "Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, semalam].

Tiada ulasan: