. |
- Seorang Mufti Akan Jadi Calon PKR
- Mukhriz Pernah Dalam Satgu Majlis Dengan Muhamad Ridzuan?
- Seruan Mahathir Untuk Rakyat Johor Sia-Sia Saja
- Saiful Bahrin Terus Mendapat Kepercayaan Tokguru?
Seorang Mufti Akan Jadi Calon PKR Posted: 01 Apr 2013 02:36 AM PDT MENELAH KHABAR PKR bakal mendapat lonjakan baru apabila seorang Mufti dikatakan akan bertanding atas tikit parti berkenaan. Pengumuman penyertaan Mufti berkenaan ke dalam parti itu akan diumumkan sendiri oleh Penasihat Umumnya Anwar Ibrahim sempena kunjungan Anwar ke negeri berkenaan 7 April nanti. Penyertaan Mutfi ini memberi suntikan dan keyakinan baru bahawa PKR bukan parti yang cuba membawa pepercahan umat negara ini atau pun menolak tanggapan ia parti rasis ataupun tidak memandang berat kepada kedudukan agama Islam. Seorang Mufti sudah tentu beliau tahu mengenai hukum hakam dan juga falsafah politik dan kepentingan politik dari sisi agama. Penyertaan Mufti ini secara tidak langsung menempelak pandangan dan kritikan ulama muda yang cuba mengaitan perjuangan PKR sebagai alat kepada DAP seperti mana dituduhkan ke atas PAS. [wm.kl.5:34 pm 01/04/03] | ||
Mukhriz Pernah Dalam Satgu Majlis Dengan Muhamad Ridzuan? Posted: 01 Apr 2013 01:48 AM PDT ERTI SEBUAH GAMBAR Lelaki yang diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Hamza Taib yang dikehendaki oleh polis bagi membantu peristiwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Mohamad Ridzwan Sulaiman telah menyerah diri kepada polis hari ini. Lelaki itu rupanya Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan yang mesra dengan pemimpin UBN termasuk Najib Razak.
Bercakap kepada media sebelum menyerah diri kepada polis Ridzwan mengakui beliau ada memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulo, Jolo Selatan Filipina iaitu Sultan Muedzual Lail Tan Kiram yang ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu. Rizdwan menyerah diri ekoran gesaan dan pendedahan dibuat oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Hamza Taib yang menyuruh dia berbuat demikian di mana-mana balai polis berdekatan. Hamza juga ada menunjukkan gambar lelaki berkenaan di skrin tv, berona macam Arab India dan bermisal tebal dan mengenakan serban. Timbul sedikit tanda tanya untuk apa Ridzwan dikehendak menyerah diri di balai polis sedangkan dia tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari Sulu yang menyerang Lahad Datu, Sabah? Ketidakterlibatan itu telah disebut oleh Hamza Taib? Apakah polis terkeliru di dalam hal ini atau pun sengaja berbuat demikian? Sekiranya Ridzwan tidak terlibat dengan pencerobohan itu untuk apa diperlukan oleh polis? Biasanya polis meminta seseorang menyerah diri kerana didapati terlibat dengan sesuatu kes atau arif dengan kes itu. Apakah polis ingin suatu pandangan dan pengakuan lain dari Ridzwan? Jangan pula selepas ini polis akan mendakwa Ridzuan dimahkamah atas kejadian berkenaan yang tujuannya mengaitkan nama Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di sebalik kejadian itu? Rewel nanti. Agak aneh kerana lelaki itu tidak terlibat tetapi dalam masa sama kata Hamza, lelaki itu boleh membantu polis dalam kes pencerobohan itu. Macam mana Hamza boleh kata tidak terlibat sedangkan siasatan langsung ke atasnya belum dilakukan lagi? Adalah wajar disebabkan Rizdwan sebelum ini pernah tampil dengan beberapa tokoh Umno termasuk Mukhriz Mahathir, turut memanggil atau menyiasat mereka termasuk Mukriz berhubungan perkaraan ini. Terma atau ayat yang sama boleh digunakan, "Mukhriz tidak terlibat dengan pencerobohan di Lahad Datu, tetapi mungkin dia boleh membantu kerana mengenali Rizduan yang diminta membantu polis dalam kes Lahad Datu. Bukti yang Mukhriz mengenali Rizdwan ini ialah pada sekeping gambar yang tertera (disiarkan) di atas yang kini dilambak dalam wall facebook. Harapnya foto berkenaan bukan super imposer tetapi ia adalah asli. [wm.kl.4:40 pm 01/04/13] | ||
Seruan Mahathir Untuk Rakyat Johor Sia-Sia Saja Posted: 01 Apr 2013 12:47 AM PDT ULASAN PETANG Kesian marilah berdoa untuk Mahathir Mohamad, dia masih bercakap dalam luruh lama tanpa melihat kepada realiti semasa. Beliau telah terlupa era politik hari ini bukan lagi di zaman kerajaan 2M selepas kerajaan 1M1G atau kerajaan 1M1A atau 1M1A (sekali lagi). Era sekarang ini ialah era Umno dibawa 1N1M.
Saya tiak dapat pasti sudah berapa lama beliau tidak jejak kaki ke Johor Baharu? Yang pastinya sebaik Abdullah BAdawi jadi Perdana Menteri setahun selepas itu dia keluar dri Umno. Sebagai bukan ahli Umno Mahathir tidak berhak untuk berada atau menghadiri majlis Umno di Johor kecualilah untuk pekena rojok Singapura di Johor Baharu. Atau apakah sebaik saja meninggalkan Putrajaya kerana terpaksa, apabila ditekan arus reformasi ekoran tindakan mernyingkirkan Anwar Ibrahim, beliau terus menyepikan diri untuk melihat perkembangan politik mutakhir di Johor. Lantaran itu Mahathir masih beranggapan Johor masih kubu kuat Umno. Johor masih seperti Johor di era Umno dibawah pimpinan 2M; Mahathir - Musa. Elok kalau Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan yang sudah tentu beliau meyimpan banyak klik video mengenai kegiatan parti politik di Johor dalam setahun dua ini. Sudah pasti ada rakaman gambar majlis politik anjuran Pakatan Rakyat; mengenai kunjungan Niik Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang atau Anwar Ibrahim ke Johor. Klik video atau gambar sambutan masyarakat Johor terhadap majlis-majlis itu boleh dijadikan sumber pencerahan kepada Mahathir untuk beliau tidak terus berilusi atau syok sendiri mengenai Umno Johor yang masih dianggap kubu kuat Umno. Kita tidak mahu Mahathir terkejut dengan realiti yang berlaku di Johor yang boleh menyebabkan dia lemah jantung. Ceritakan juga macam mana suhu atau pun semangat orang Melayu Johor bingkas tatkala Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pulang ke Johor. Kepulangan Sallahuddin disambut baik dan dianggap oleh orang Melayu Johor pulangnya si pertapa untuk berbakti di negeri sendiri. Kekosongan tokoh pembangkang di Johor selama ini terpenuhi dengan kepulangan Sallahuddin. Bahawa ada kejutan politik luar biasa di Johor sejak ke belakangan ini. Kepulangan Sallahuddin benar-benar memberi semangat dan rangsangan kepada orang Melayu Johor. Kombinasi Sallahuddin bersama Pesuruhjaya PAS Johor Mahdfoz Omar dan juga pemimpin aktivis PAS Mazlan Aliman serta Ketua Pemuda Suhaizat Kayat dan lain-lain menjadikan Umno tidak boleh tidur malam seperti dahulu. Tiba-tiba saja majlis-majlis anjuran PAD dan juga parti Pakatan lain meledak. Era sekarang ini bukan lagi era Umno boleh tidur nyanyak. Ketakutan Umno kepada kehadiran mereka ini serta kebangkitan semangat PAS tidak dapat dilindungkan dan ianya terbukti apabila Umno berada dalam keadaan desparate di mana tergamak mengambil tindakan politik ala samseng menghalang ceramah PAS dan Pakatan. Bender PAS, PKR dan DAP satu masa diturun dan diconteng dengan cat. Ceramah-ceramah Pakatan Rakyat atau kunjungan Anwar Ibrahim dalam acara jelajah kemerdekaan diganggu dan dihalang. Contohnya semasa di Semberong kawasan Hishmuddin Hussein, kereta Anwar dibaling batu, telor busuk di balik ke pentas ceramah. Semua itu memberi petunjuk bahawa Umno di dalam keadaan tertekan. Mahathir seharusnya mengarifi perkembangan ini semua. Apa dinamakan kubu Umno di Johor sudah pun retak dan kini menunggu masa saja untuk menanti belah. Mahathir sendiri sudah tidak ada kekuatan dan hilang kuasa keramat untuk membendungnya. Makanya laungan dan seruan Mahathir agar rakyat Johor tolak pembangkang (PR) sudah tidak bererti lagi. Ia sudah pun terlambat. Kalau ibarat hendak menandak air, air sudah pun melimpahi tebing empangan, dan bibir empangan sudah pun pecah. Kedatangan Mahathir itu juga atas ilusi dia merasakan dia masih disanjung dan pandangannya dihormati. Politik Mahathir yang memburuk-buruk dan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi. Ia tidak diterima pakai lagi oleh golongan muda hari ini. Mungkin kempen fitnah dan memrendahkan wibawa Lim Kit Siang dan Anwar itu valid di zaman dia tetapi tidak waktu ini. Makin dia memburukkan lawan, kebencian tertompok-tompok pada dirinya. Sebenarnya kedatangan Mahathir ke Johor tidak membantu apa-apa kepada Umno Johor. Orang Johor mengerti apa yang Mahathir lakukan ke atas Johor semasa dia berkuasa dahulu. Johor tidak diberi kuasa mutlak untuk merancang pembangunan negerinya sendiri. Johor adalah satu-satunya negeri dibawah Umno yang pembangunannya diuruskan oleh kerajaan Pusat. Mahathir sendiri semasa menjadi PM dia juga merangkap menjadi Menteri Besar Johor. Jadi kalau hari ini dia ke Johor untuk menyuruh dan memaksa rakyat Johor tolak pembangkang adalah kerja sia-sia sahaja. Rakyat Johor tidak melihat keikhlasan Mahathir untuk membela dan menyelamatkan bumi Johor dimiliki warga asing tetapi lebih kepada untuk mencapai hasrat peribadinya. Dalam politik gerhana menimpa Umno kini Mahathir ada ada dua cita-cita atau nawaitu besar dari penglibatannya itu. Pertama dia mahukan Muhyiddin Yassin menadi Perdana Menteri seccepat mungkin yan boleh. Lantaran itu dia mahu pastikan Umno Johor kuat kerana kekuatan itu beliau hendak sangkutkan kepada Muhyiddin. Dalam masa sama dia lupa bahawa sebahagian Umno Johor tidak suka dengan Muhyuddin kerana masih ingat dosa dan noda Muhyuddin menjual tanah Johor Bharu kepada rakat Singapura atas masalah pembangunan. Kenapa Mahathir menjaga dan memelihara Muhyuddin ialah dengan harapan Muhyuddin akan menjadi Perdana Menteri. Kenapa beliau perlukan sangat Muhyuddin menjadi PM, jawabnya seperti yang sudah tercoret sebelum ini kerana dia mahu anaknya Mukriz pula selepas akan akan mewarisi jawatan itu. Untuk meletakkan anaknya di kerusi itu maka beliau kena membina jambatan dan pagar yang cukup kuat bagi Mukhriz. Itulah rahsia. Maksud jauh dari itu kenapa dia memerlukan pewaris politik ialah untuk menjaga keselamatan dirinya sendiri kerana jikalau anaknya menjadi PM kebusukan yang sedang dikendung kini akan terselamat dan terus terlindung. Jadi mengenai seruan Mahathir agar rakyat kekalkan Johor sebagai kubu BN tidak akan berhasil. Orang ramai akan mendengar apa yang Mahathir pohonkan tetapi orang ramai tidak akan sedia melaksanakan kerana mereka memahami sangat apa yang Mahathir sumbangkan untuk Johor. Dosa-dosa Mahathir ke atas Johor yang tidak memberikan kebebasan untuk melakar plan pembangunan semasa dia jadi PM selama 22 tahun tidak akan tertebus dengan muslihat dia menjual Muhyuddin menjadi PM. Apa lagi kerja menjual Muhyuddin itu dilakukan Mahathir umpama sambil menyelam minum air. Mahathir tidak pernah tidak memikirkan kepentingan dan laba politiknya dari setiap tindak tanduk atau pun penglibatannya dalam politik Umno. [wm.kl.3:27 pm 01/04/03] | ||
Saiful Bahrin Terus Mendapat Kepercayaan Tokguru? Posted: 31 Mar 2013 05:31 AM PDT UALASAN Adun PAS Selising Saiful Bahrin Mohamad mungkin boleh menarik nafas lega untuk sektika setidak-tidaknya sebelum Dun Kelantan dibubarkan.
Semalam di hadapan lebih 10,000 orang yang menghadiri upacara pecah tanah untuk pembinaan Stadium Red Warriors stadium baru Kelantan di Bukit Merbau, Pasir Puteh, Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan Saiful Bahrin akan diberikan peluang bertanding sekali lagi di Dun Selising. Kalau ini menjadi kenyataan, bermakna Saifu Bahrin akan diberi peluang kali ke empat untuk bertanding di Dun berkenaan. Tahun 1999 beliau telah menangi kerusi berkenaan bagaimana pun tewas tahun 2004 dan menang semula tahun 2008. Kalau dia bertanding lagi pada PRU-13 ini adalah penentuan baginya dan juga menguji akan kekukuhannya dalam politik. Siaful Baharin harus merasa besyukur atas pengumuman itu kerana beliau seolah-olah diistimewakan oleh Tokguru Nik Aziz. Saifu Baharin sendiri mungkin terperagah dan tidak mempercayai dengan pengumuman itu. Dalam saat orang melihat beliau sudah pasti akan disingkirkan dari menjadi calon tiba-tiba namanya menjadi nama terawal diumumkan akan diturunkan sebagai calon. Nama Saiful Bahrin dikatakan tercemar dan moralnya menjadi sebutan apabila difitnah kononya terlibat dengan skandal, bermukah dengan isteri orang. Pengumuman oleh Tokguru Nik Aziz semalam ada satu pembelaan dan pembaikian maruah Saiful paling tinggi darjatnya. Langkah Tokguru itu mungkin menyebabkan mereka yang sebelum ini berada dalam keadaan 50 : 50 sama ada akan dicalonkan semula atau tidak menjadi jelous dengan apa yang berlaku itu. Sebelum ini wakil rakyat itu telah difitnah kononnya mempunyai skandal dengan isteri orang. Apa dinamakan skandal di atas keretapi telah ditabur oleh pihak tertentu baik didalam internet dan juga disebar menerusi sursat-surat layang. Saiful Bahrin sendiri seolah-olah tidak terjawab dengan fitnah itu melainkan berdia dan menyerahkan diri kepada Allah s.w.t. Lebih menyedihkan khabarnya ada orang tertentu berjumpa dengan Tokguru memberi tahu akan kejadian yang merupakan fitnah itu. Sungguh pun begitu kerana datang tanpa mengemukakan bukti, Tokguru menolak begitu saja. Seperti mana ditegaskan semasa mengumumkan nama Saiful Bahrin itu, kalau benar tuduhan ke atas itu kenapa suami perempuan tidak datang menemuinya menjelaskan perkara yang berlaku. Demi bepergang atas prinsip keadilan dan kebenaran di mana sesuatu tuduhan itu tidak boleh diterima jika tidak ada empat orang saksi maka fitnah ke atas Saiful Bahrin itu tidak membekas apa-apa bagi Tokguru Nik Aziz. Sepertilah beliau menolak fitnah ke atas Anwar Ibrahim kerana tidak disertakan bukti dan saksai mungkin begitulah juga MB itu menolak fitnah terhadap anak buahgnya itu. Apabila Nik Aziz membuat pengumuman mengejutkan itu mengenai Saiful Bahrin sudah pasti ianya ada alasan tersendiri. Khabarnya semasa membuat pengumuman itu Tokguru dalam keadaan mood murih dan tidak senang dengan berbagai tohmahan dan tuduhan dilontarkan kepada Saiful. Sudah pastilah pengumuman itu menempelak mereka yang memfitnah dan mahukan memburuk-buruk Saifu Baharin dengan harapan beliau tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang. Apakah Nik Aziz mahu menjadikan pengumuman itu sebagai senjata untuk menghentikan fitnah yang dilempatkan kepada orang-orang politik? Sudah tentu mereka yang galak memainkan fitnah itu akan terperagah dan tertempelak dengan pengumuman Nik Aziz itu. Kalau hanjat penabur fitnah itu untuk menghalang Saiful Bahrin dari dijadikan calon, pengumuman itu membunuh harapan mereka. Boleh jadi juga cara Nik Aziz berbuat begitu memberi amaran agar jangan ada lobi melobi atau pun unsur fitnah digunakan di kalangan ahli PAS untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Pengumuman itu merupakan syarat tegas daripadanya bahawa untuk naik dalam politik tidak boleh dilakukan menerusi jalan yang tidak halal. Dalam pada itu seperti saya katakan diawal tadi, pengumuman nama Saiful Baharin sebagai calon itu ia mungkin bersifat sementara sahaja? Saya percaya kalau ada bukti-bukti yang boleh menyakinkan Tokguru Nik Aziz terhadap tuduhan ke atas Saiful Baharin itu menyebabkan pengumuman itu boleh ditarik balik, Saiful Bahrin akan digugurkan sebagai calon kerana ia menjadi libialiti kepada PAS. [wm.kl.8:29 pm 31/03/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan