Khamis, 11 April 2013

Biaqpila

Biaqpila


INI KALI SIAP LA HANGPA AMNO Oiiii !!!!

Posted: 11 Apr 2013 12:00 AM PDT




Tabik spring melantun kepada para aktivis PAS yang mempunyai daya kreativiti dan kesungguhan yang tinggi untuk menghasilkan satu kapal terbang BOEING PRU 13 PAS..Pergh!!!! hebat sungguh!!!Datangnya motivasi bertaraf tinggi ini disebabkan rakyat bertekad mau melakukan perubahan.

Semangat sebegini yang membuatkan para pemimpin UMNO sedar yang rata-rata rakyat kini sudah bangkit mau menentang kezaliman dan rasuah dengan melakukan perubahan...PR pemerintah UMNO/BN pembangkang.Lagi kreativiti penyokong Pas menjelang PRU 13 DISINI.

INI KALILAH TUKAR....JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA.-Sumber


malaysiaberih



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

RAIS YATIM MAKIN MENJADI-JADI

Posted: 10 Apr 2013 06:00 PM PDT

DEY MACHA!!!
INI ORANG GILA KUASA
BOLEH BERCAKAP APA SAJA
SELAGI KUASA ADA DITANGANNYA
BAHKAN DAH TAK ADA KUASA PUN
SEBAGAI PEMANGKU MENTERI TAMAT TEMPOH
MASIH BANYAK SOMBONG
SEMUA KENA KAT DEPA
TAKPA BIAQ PI KAT DEPA
TUNGGU MASA BARU DEPA ADA AKAI
TAK LAMA LAGI DAH
LEPAS NI KITA PAKAT TENGOK
APA NASIB MENTERI EXPIRED NI
KAH! KAH! KAH!


Rais Yatim kata manifesto Pakatan hanya layak diberikan 10 minit


KUALA LUMPUR, 10 April — Datuk Seri Rais Yatim (gambar) hari ini berkata 10 minit masa siaran yang diberikan kepada parti Pakatan Rakyat (PR) untuk menerangkan manifesto pilihan raya mereka adalah "bersesuaian".

Pemangku menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan itu juga berkata masa pendek yang ditawarkan kepada PR adalah lebih daripada cukup untuk PR menerangkan janji mereka.

"Ia lebih daripada cukup kerana kami hanya menerangkan prinsip perjuangan parti. Jadi untuk BN dan pembangkang, mereka layak untuk terima tempoh siaran yang ditawarkan selepas kami mempertimbangkan berapa pentingnya untuk mereka membentangkan manifesto.

"Bagi BN, ia lebih daripada itu, ia komitmen dan janji yang baru sahaja diumumkan oleh perdana menteri," kata beliau kepada wartawan selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara pengerusi BN dan pemangku perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

PR telah menolak tawaran itu, mengganggapnya sebagai sebagai "jenaka" dan penghinaan kepada kebebasan akhbar.

Pemimpin pembangkang berkata mereka mahukan hak menjawab, bukan hanya semasa pilihan raya umum, tetapi pada setiap masa dalam semua media arus perdana dan stesen TV, yang mana hampir semuanya dikawal oleh BN.

Ruang percuma ke media adalah antara lapan tuntutan utama yang dibuat oleh PR dan juga kumpulan pendesak pilihan raya Bersih 2.0. Ia juga merupakan salah satu cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa khas parlimen (PSC) berkenaan dengan reformasi pilihan raya.

Rais, yang memberitahu agensi berita Bernama ia adalah "ok" untuk menggunakan aset negeri untuk berkempen menjelang tempoh rasmi berkempen , berkata peluang itu diberikan sejajar dengan sistem demokrasi di negara ini dan menyifatkan penolakan tawaran itu sebagai satu tindakan "sombong".

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mendakwa tawaran itu adalah berepisod dan bukan hanya sekali sahaja serta mengatakan pembangkang salah faham niat kerajaan.

TMI


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

GAMBAR BANJIR KILAT DI KL SEMALAM

Posted: 10 Apr 2013 03:00 PM PDT


Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.



Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.



Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujanlebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesakteruk di beberapa laluan utama.



"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama.



Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.



Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.



Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. - BERNAMA



















Greenboc


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Tiada ulasan: