MIMPI SENJA |
- PRU 13 : Penamaan calon 20/4 Mengundi 5/5
- PRU 13 : PAS Perak Umum Nizar Bertanding Di Changkat Jering
- Kor Risik ATM Latih Ahli Umno Sabotaj Pakatan?
- PRU13: Mohamad Sabu di Pendang, Husam di Putrajaya. Raja Datuk Kamarul Bahrin di Kuala Terengganu, Datuk Fauzi Shaari di Larut, Aishah di Jempol
PRU 13 : Penamaan calon 20/4 Mengundi 5/5 Posted: 09 Apr 2013 10:27 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April. Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini. Ini bermakna tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, yang bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei. Menurutnya, seramai 13,268,002 layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 ini. Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012. Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April, katanya. Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). |
PRU 13 : PAS Perak Umum Nizar Bertanding Di Changkat Jering Posted: 09 Apr 2013 09:55 AM PDT LUMUT: PAS Perak mengumumkan bekas menteri besar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai calon parti bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. Tempat beliau di DUN Pasir Panjang akan digantikan oleh anak tempatan, Rohawati Abidin, pemimpin Dewan Muslimat kawasan dan pakar IT. Pengumuman dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussien di Kampung Pasir Panjang, malam Selasa. Abu Bakar berkata PAS Perak telah bersedia dengan calon-calon yang amanah dan berintegriti yang akan bertanding di 22 kerusi DUN dan tujuh kerusi Parlimen di Perak pada pilihan raya akan datang. "PAS Perak akan membekalkan pemimpin-pemimpin berkredibiliti, berintegriti, telus dan melihat ini sebagai amanah, bukan satu peluang," katanya pada majlis perisytiharan calon PAS Perak dekat sini. Calon-calon lain yang turut diumumkan ialah Nazri Din, DUN Kubu Gajah dan Idris Ahmad Parlimen Bukit Gantang. Dalam pilihan raya umum lalu PAS menang dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN di Perak. Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Bukit Gantang dan Parit Buntar manakala kerusi DUN adalah Pasir Panjang, Selinsing, Titi Serong, Gunung Semanggol, Changkat Jong dan Lubuk Merbau. PAS akan mengumumkan senarai penuh calonnya di negeri Perak pada 18 April ini bersama PKR dan DAP |
Kor Risik ATM Latih Ahli Umno Sabotaj Pakatan? Posted: 09 Apr 2013 07:09 AM PDT PETALING JAYA: PKR hari ini mendakwa Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah melatih anggota Pemuda Umno dan orang awam yang bukan ahli Umno sabotaj dan mengganggu program Pakatan Rakyat (PR). Dalam kenyataan segera, Pemuda Umno menafikan dakwaan tersebut. Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa, beberapa hari lalu beliau telah dihubungi oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai salah seorang orang awam yang dilatih untuk membuat huru-hara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 terutamanya di kawasan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang. Wakil rakyat Sungai Petani ini berkata, latihan tersebut turut membabitkan pemantauan terhadap kegiatan PR secara berterusan. "Dua kumpulan yang didakwa telah dilatih oleh Kor Risik ialah Kumpulan Batas dan Warisan Malaya. "Kini ahli kumpulan ini bertaburan di seluruh negara dan telah bersiap sedia untuk melalkukan huru-hara," dakwanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini. Johari , PKR menggesa Pengarah Kor Risik ATM tampil membuat penjelasan terhadap dakwaan itu. Katanya, "... adakah benar Kor Risik mempunyai program melatih kumpulan-kumpulan tertentu bagi melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap PR dan ahli-ahli kumpulan ini akan melakukan huru-hara jika BN serta Umno tumbang pada PRU13. "Kami tidak menuduh Kor Risik terlibat tetapi minta pihak bertanggungjawab menjawab dakwaan ini memandangkan dakwaan yang dikemukakan adalah serius," katanya lagi. Dalam pada itu, tambah Johari, PKR juga memohon Ketua Polis Negara dan Panglima ATM memberi sedikit ruang serta masa untuk bertemu pemimpin PR untuk memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan akan terus komited memastikan perkara seperi dakwaan ini tidak berlaku. "Kami amat yakin polis, ATM, pemimpin-pemimpin politik dari mana-mana parti dan rakyat dapat bergabung mempertahankan negara demi masa depan negara yang lebih aman," ujarnya lagi. Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan pihaknya menerima apa-apa latihan Kor Risik ATM seperti yang didakwa. "Tak betul... itu fitnah. Saya amat menghormati profesionalisme pihak ATM yang tidak terlibat langsung dalam politik terutamanya dalam melatih mana-mana ahli dalam parti sama ada Umno ataupun Barisan Nasional (BN). "Bagi saya, ini adalah satu bentuk penghinaan Johari terhadap ATM. Saya harap pihak tentera dapat memberikan satu kenyataan untuk menafikan perkara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Katanya lagi, sekiranya Johari membuat tuduhan sedemikian dan tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti, Khairy berharap Johari menarik balik tuduhan tersebut. Mengulas perkara sama, Khairy turut mendakwa kemungkinan Johari ditugaskan oleh Anwar untuk membuat 'operasi-operasi hitam'. "Misalnya dalam kes pendedahan bapa Saiful, semasa pendedahan awal, saya rasa ramai yang terpengaruh, tetapi dua tiga hari selepas pendedahan itu, Johari membawa bapa Saiful sekali lagi membuat sidang media untuk menyertai PKR. "Ketika itu, ramai orang sudah tidak lagi percaya dengan bapa Saiful. Jadi, sama jugalah dengan perkara ini," jelas beliau. Ketika ditanya sama ada Pemuda Umno akan membuat laporan polis berhubung dakwaan ini, Khairy berkata, pihaknya akan kaji perkara ini. "Pemuda Umno tidak mahu begitu membuang masa. Namun, jika perlu, kami akan membuat laporan polis," katanya lagi. Oleh Ruzy Adila Idris / Sinar Harian |
Posted: 09 Apr 2013 04:52 AM PDT .Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor. Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi. "Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh. Latrut Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia". Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya. Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak. Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin [penyanyi] juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan